Bab 14- jangan mati

Romance Completed 248237

Jep resah. Mundar-mandir dia tunggu kepulangan Sarah. Mana pula minah ni pergi? Dah malam macam ni tak balik lagi. Kerja apa sampai pukul 9 malam tak balik lagi? Agak- agak lah kalau nak over time pun..

"kenapa baba?"

"ibu Awe ni tak balik - balik lagi. Baba risau ni." lagi sekali jam ditangan dikerling. Buat perangai betul.

"ibu cry..."

Jep pandang muka si anak tak percaya. Betul ke?Boleh ke aku percaya budak seorang ni?

"betul.. Ibu tengah cry.. Mawar yang cakap." Awe kelip matanya macam selalu.

"ibu dekat mana? Cakap dekat baba biar baba cari ibu dan bawa ibu balik rumah."

"kejap eh baba. Awe gi tanya Mawar." mencicit lari budak kenit itu ke satu sudut rumahnya yang agak menjauh dari Jep.

Jep picit kepalanya kusut. Sarah begitu, Awe pula begini kisahnya. Pening kepala melayan dua orang tuan puterinya itu. Macam-macam hal!

"ibu tat tempat inggi. Inggi angat." bersinar mata Awe memberi maklumat pada ayahnya.

Tinggi sangat? Mana? Langit? Takkan bini aku dah mati? Budak ni cakap pasal ibu Zara atau ibu Sarah? Budak kecil ni bukan boleh percaya sangat pun. Pembelit. Kawan lagi dengan hantu.

"jom ikut baba cari ibu.."

"nanak! Nak main dengan Mawar."

"takde.. Takde.. Jangan mengada. Jom ikut baba. Kalau baba jumpa ibu Awe, siap dia baba piat telinga dia. Biasa dia buat baba cemas macam ni." bebel Jep sambil mencapai phone dan dompetnya.

"Mawar nak itut?" Awe pelawa. Dia pandang ke satu sudut yang agak jauh dari Jep.

Jep cekak pinggang. Bengang dengan perangai si anak. Ini lagi seorang degil. Suka-suka dia je nak angkut kawan dia sekali.

"nak kena marah dengan ibu ke?"

Alaaaa.. Awe dah buat muka. Sempat dia jeling sekilas si bapa. Muka protes jelas terpeta.

Eh eh.. Dia main jeling-jeling kita pula.

***********

Sarah! Jep berlari mendapatkan Sarah yang memeluk lutut sambil bahu terhinjut-hinjut tahan tangisan. Istighfar panjang Jep tika itu. Apa yang isterinya buat malam-malam buta begini di atas bumbung bangunan sendirian? Main gila betul.

Tubuh Sarah dibawa ke dalam pelukan. Muka itu lecun dengan air mata. Bengkak teruk mata Sarah. Hidungnya merah tanda menangis terlalu lama.

"what happen? Apa dah jadi pada kau? Zarul buat apa kat kau? Cakap dekat aku! Sarah jangan diam!" kedua belah pipi sarah dipegang kemas. Tiada kata yang keluar hanya esakan hiba yang kedengaran.

Wajah itu dibawa sembam ke dada Jep. Tak guna punya Zarul. Kau buat isteri aku menangis teruk macam ni? Jep simpan marahnya. Sabar sat. Kau tunggu Zarul..

"jom balik Sarah. Kita settle dekat rumah. Kenapa tak call aku? Kenapa jadi lemah macam ni? Berapa kali aku nak pesan jangan jadi hamba cinta. Cinta tu cinta lah jangan sampai merosak diri hanyut dengan rasa kecewa macam ni. Kalau macam ni perangai kau, jangan harap aku akan tolong kau dapatkan Zarul. Jangan mimpi Sarah."

Tubuh Sarah yang lemah, dicempung kemas. Awe hanya mengekor sahaja. Dari tadi dia cekak pinggang tanda marah pada satu makhluk buruk yang sibuk menempel dengan ibunya sebelum baba sampai. Jahat! Busuk! Uwerk! Awe menjelir garang. Dia tak suka benda itu. Sempat dia tunjuk penumbuk pada benda itu sebelum pergi dengan babanya yang sedang melangkah sasa.

Nama pun anak Jep, mesti lah ada darah gangster!

Tubuh Sarah diletak di tempat duduk penumpang hadapan. Tali pinggang keselamatan dipakaikan ke tubuh itu. Kepala Sarah diusap perlahan. Satu ciuman hangat singgah lama di ubun - ubun wanita kesayangannya itu. Tak semena wajah yang sudah membeku tadi kembali berlinangan air mata.

"nak peluk...."

Pantas jep bawa tubuh si isteri dalam pelukan. Dia lakukan tugasnya seperti biasa. Memujuk si isteri sampai reda tangisannya.

"dah ok? Lapar tak? Nak makan?"

Sarah angguk. Tapi dia kembali tarik tubuh Jep agar peluk dirinya. Jep tak terkata apa. Mood over manja Sarah nampaknya baru sahaja di'activate' tanpa sengaja oleh wanita itu. Jep layankan aje. Untung juga nasib diri. Dia sengih nakal.

" nak aiskrim? Aku singgah beli nanti."

"aku nak mati."

"sarah!" marah Jep.

"apa?! Kau tak tahu apa yang aku rasa! Ni... Hati aku ni.. Sakit! Sakit kau tahu tak? Depan mata aku sendiri tengok orang yang aku sayang, orang aku percaya, bahagia!

Alina kawan aku! Dia tahu apa yang ada dalam hati aku. Dia tahu aku sayang zarul sama macam aku sayang nyawa aku sendiri.

Tapi kenapa dia sanggup tikam aku? Kenapa perlu dia terima Zarul kalau betul dia kawan aku? Aku takkan sesakit ini kalau perempuan itu bukan orang yang aku sayang, yang aku percaya dan yang dah aku anggap macam darah daging aku sendiri.

Dari tengok orang yang aku sayang bahagia bertepuk tangan depan aku, lebih baik aku mati je!"

Jep pegang kedua pipi Sarah. Wajah sarah di bawa dekat dengannya. Dahinya singgah di dahi Sarah.

"jangan mati. Kami perlukan kau. Mati takkan selesaikan semuanya!"

Sarah tersedu-sedan. Hilang lagak agresifnya tadi.

" zarul cintakan Alina.. Zarul takkan kembali pada aku. Alina pregnant. Aku benci Alina. Dia kawan yang tikam aku dalam diam. Dia tak sayang aku macam mana aku sayang dia.

Aku percayakan dia. Aku percaya yang dia akan utamakan aku dalam semua hal. Ternyata Alina selfish! Dia tak kisah pun pasal hati dan perasaan aku. Jep.. Hati aku sakit.. Tolong aku Jep.. Tolong aku..."

Wajahnya hilang di dada Jep. Dia menangis lagi di dada bidang itu. Jep gosok belakang tubuh Sarah. Ya Allah.. Kau kuatkan lah isteri aku.

***********

Share this novel

awer
2022-03-23 19:31:34 

lawak la awe...


NovelPlus Premium

The best ads free experience