Bab 46- Letih

Romance Completed 248237

Sarah terpaksa gunakan cermin mata hitam bagi menutup lingkaran hitam dimatanya. Beg luggage ditarik perlahan. Berjalan bagaikan orang putus semangat. Mata yang memandang dipalaukan. Korang boleh cakap apa sahaja yang korang suka. Aku dah muak! Nak cop aku perempuan murah pun, silakan. Aku bosan dengan dunia yang merepek ini.

"Kau nak kemana Sarah?"

Zana pegang beg Sarah. Dari tadi matanya bagaikan helang memerhati tindak tanduk Sarah. Dia tahu Sarah tak ok. Sarah akan buat benda bodoh. Zana tahu sangat tentang itu. Bukan sehari dua dia kenal sahabatnya itu. Dah lama, dari kecil mereka bersahabat sehingga lah lima tahun lepas mereka berpisah 'dunia'.

"Aku nak ikut Zara. Jep dah tinggalkan aku. Aku dah tak ada sesiapa lagi." Sarah bersuara rintih. Dia fikir dia kuat, tapi baru beberapa jam kehilangan jejak Jep, sarah tak dapat bendung lagi rasa kecewanya. Hati jadi sakit bagai dirobek. Mengingat akan status dan keadaan dirinya kini buat Sarah tertekan teruk.

"tak ada sesiapa? Kau gila ke? Habis dalam perut kau tu apa? Obor-obor? Aku ni? bukan sesiapa juga ke? Aku bukan kawan kau ke?" Zana bengang. Lagi sekali Sarah down sebab cinta.

Sarah diam. Dia memang nak sangat berlagak kuat tapi kini pemikirannya tak dapat dikawal begitu. Kau tak faham apa yang aku rasa Zana! Hati aku tiba-tiba jadi kosong jadi pilu. Aku memang tak layak bahagia agaknya. Tak layak untuk dicintai! Cinta aku ni murah!

"Listen to me. Aku ada untuk kau! Aku ada semua bukti yang boleh buktikan kau tak bersalah bahkan kita dengan mudah boleh heret manusia kejam itu ke muka pengadilan. Aku tahu siapa punya angkara, cuma aku tak tahu motif dia sahaja. Bagi aku masa, kita akan harungi benda ni bersama. Aku janji."

Sarah pandang muka Zana.

"Untuk apa? Semuanya dah tak bermakna. Jep dah ceraikan aku, dah bawa Awe pergi dari hidup aku. Dia dah bencikan aku. Dah tak nak pandang pun muka perempuan curang macam aku ni. Kau buang je lah bukti itu semua. Aku dah tak harapkan apa-apa lagi."

Sarah bawa langkah keluar. Aku takkan jejakkan kaki ke sini lagi. Sampai mati aku benci tempat ini. Tempat yang menjadi saksi terlafazkan talak seorang Jep pada seorang Sarah Hayla.

"Sarah yang aku kenal takkan sesekali mengalah walau orang lempar tahi ke mukanya. Putus asa bukan apa-apa pun dalam kamus hidup kau. Sambut tangan aku Sarah, kita buktikan pada satu dunia siapa manusia yang busuk hati itu. Biar dunia tahu kau isteri teraniaya. Kau wanita setia yang hanya mahukan satu cinta yang tulus dari seorang Jep Zafrel." provok Zana kuat.

"Aku dah letih Zana! Letih! Aku tak perlu untuk buktikan apa-apa. Kalau Jep sayangkan aku, dia takkan tinggalkan aku. Even kalau Zarul nak percaya dan tuduh aku perempuan yang perangkap dia pun, aku dah tak kisah.

Ada apa pada kebenaran? Kalau kebenaran itu tersingkap, boleh kembalikan semula rasa cinta semalam? Mustahil! Kau tak kan faham apa yang aku rasa. Suami aku jijik dengan aku. Kau fikir aku boleh tenang terima penghinaan macam ni. Aku malu! Malu!"

Sarah simpan sebak.

"Tiga kali aku hadap benda yang sama. Aku penat. Mula-mula Haziq, kemudian Zarul. Sekarang Jep pula. cukuplah . Aku dah malas nak tanggung beban perasaan lagi."

Zana hanya melihat Sarah berjalan tanpa jiwa. Demi Allah Zana bertekad akan sentiasa lindungi temannya yang satu itu dari serangan pelbagai sudut. Aku pernah pesan pada kau untuk berhati-hati dengan minah itu, kenapa kau leka Sarah?

Satu keluhan berat dilepaskan.

****************************

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience