Tamat

Romance Completed 248233

Hang Tuah! Hang Jebat!!

"Oi sayang! Apa terpekik macam Mak Tarzan tu?" Jep yang sedang bermain dengan Tun Teja di atas beranda rumah Mak minah, menegur Sarah ditanah.

"Mana si Jebat dan Tuah? Seharian sayang cari anak abang tu langsung tak nampak batang hidung. Sayang risau dia orang buat benda yang pelik-pelik." Adu Sarah sambil mencekak pinggang rampingnya.

Jep kecewa. Usaha nak kembangkan tubuh Sarah dan melebarkan ukuran pinggang itu menemui jalan buntu. Elok sahaja lepas berpantang, Sarah pasti dapat semua tubuh asalnya. Sudah bermacam cara Jep buat untuk menggemukkan Sarah. Tapi the beauty Sarah pasti ada saja cara untuk kekalkan berat idealnya. Mati kutu Jep.

"mengelamun pula orang tua ni. Orang tengah cemas hal anak!"

"Tak kemana lah budak berdua tu. Dia pergi mainlah tu.. Anak-anak sayang kan berjiwa kampung. Pantang balik kampung habis semua tempat diredahnya.

" Masalahnya abang.. Awe pun tak ada! Sayang nak ajak Awe ke rumah Anak Mokhtar. Nak ukur baju. Zana kan nak anak kita tu jadi pengapit dia."

Jep garu kepala. Mana pula perginya anak daranya itu? Pelik! Hawa Najwa bukan suka melilau macam adik - adiknya. Minah kekwat itu tak suka kampung. Sebijik perangai macam mak dia. Tak sedar diri bahawa dulu memang asalnya budak kampung! Sekarang, Awe kena nyamuk sikit pun tak boleh. Panas sikit merengek. Mentang-mentang anak Dato' Jep. Kekwat gila dia.

"Abang, jom cari budak-budak ni. Sayang rasa tak sedap hati lah."

Jep angguk. Dia beri Tun Teja yang baru berusia setahun lebih itu ke pegangan ibu mertua yang kebetulan datang menjengah.

"Nak pergi mana?" sempat mak minah bertanya. Kenapa nampak macam cemas je.

"Cari budak-budak ni. Entah mana mainnya."

"Rasanya tadi mak dengar dia orang nak mandi sungai. Kamu pergi lah cari kat sana."

Jep angguk mencerna maklumat. Enjin motor dihidupkan. Perlahan - lahan mereka membonceng motor ke laluan Sungai di hujung kampung, sambil mata meliar mencari kelibat si anak. Budak Jebat dan Tuah bukan boleh percaya sangat. Kata je mandi sungai entah-entah ada projek lain!

"ibu! Baba!" Jerit Awe kuat. Bergesel bunyi motor dibreak mengejut oleh Jep.

"Awe tu abang!" sarah cuba cari kelibat si anak.

"Ibu! Baba! Dekat tepi ni!" jerit Awe lagi dalam tangisan.

Sarah kecilkan matanya mencari sebelum melopong. Abang!! Jep yang fokus melihat pun ikut melopong. Istighfar panjang dia. Pantas keduanya memdapatkan si anak dara.

"Ya Allah Awe.. Siapa yang ikat awe ni? Bagitau ibu, biar ibu rotan dia!" Sarah menenangkan Awe yang sempoi punya elok melalak.

"samseng kampung tu lah ibu!" Awe membentak sambil mengadu.

"siapa?"

"Jebat dengan Tuah!"

"Bertuah punya anak. Takpe Awe, tahu lah ibu macam mana nak ajar budak berdua tu. Dah jangan menangis." tubuh Awe dibawa dalam pelukan.

"abang pergi panggil budak bertuah tu! Saya panas hati ni. Biar saya yang ajar mereka."

Jep telan liur. Masak lah korang.. Mak korang dah bertukar jadi Incredible Hulk. Mak kau dah jadi hijau!

"Berdiri kaki lurus! Bergetar kaki, ibu libas korang dengan rotan ni!" marah sarah pada si anak yang didenda berdiri di atas satu kaki dan tangan diangkat lurus ke atas.

" Kenapa ikat Kak Awe dekat pokok? Siapa ajar? "

Tuah pandang Jebat, Jebat pandang Tuah. Masing-masing suruh kembar sendiri yang cakap. Diri sendiri enggan buka mulut.

"cakap!!"

"Kak Awe tu bising. Sibuk sangat nak ikut orang. Bila bagi ikut sama, mulut tu asyik merepek je. Situ ada hantu, sini ada hantu. Hantu jepunlah, hantu tak ada kepala lah. Mambang hijau, kuning, hitam semua dia sebut. Kawan-kawan lain semua takut. Itu pasal kami ikat dia. Nak mandi sungai pun tak tenang."

Sarah mengeluh. Macam-macam!

"ibu faham.. Tapi kenapa buat kakak macam tu? Kamu ikat kakak lepastu tinggalkan dia sorang-sorang dekat semak tu. Kalau jadi apa-apa dekat kakak macam mana? Kalau ada orang jahat ambil kakak kamu, buat yang tak elok. Macam mana? Tak sayang kakak ke? "

Kedua-dua budak lelaki berumur lapan tahun itu menunduk diam. Kesal mungkin.

" Say sorry to kakak. Lepas ni kalau ibu dengar lagi korang pedajal kakak, siap korang! Ibu ikat korang dekat pokok yang ada kerengga." marah sarah lagi.

" sorry kakak.. "

" peluk kakak tu!"

Cepat sahaja Tuah dan Jebat mendekat dan peluk si kakak. Kata maaf meniti bibir dua beradik itu sebelum ketiga - tiga mereka datang peluk Sarah pula. Baba pernah ajar kalau nak redakan amarah ibu, peluk sahaja tubuh itu. Pasti mereda.

" ibu.. We love you.."

Sarah mula bertenang. Tak lama selepas itu, Jep pula datang memeluk anak dan isteri. Tun Teja di dalam dukungan, dibawa bersama.

"Ganas isteri abang." bisik Jep perlahan ditelinga Sarah.

"Terbawa-bawa emosi. Dulu aku pernah kena ikat dekat pokok sebab kau!" sinis Sarah sambil jeling pada Jep.

Jep gelak kuat. Dia takkan lupakan peristiwa itu. Saat dia dirasuk oleh api cemburu buta! Sakit hati punya pasal sampai dia sanggup bagi pengajaran yang memang takkan pernah wanita kesayangannya itu dapat melupakannya.

Kerengga? Macam mana lah aku boleh terfikir sampai macam tu? Dahsyat sungguh bila hati dah sakit kerana cinta bertepuk sebelah tangan.

Nasib baik sekarang Sarah sambut tangannya. Tak ada lah bertepuk sendiri! Siap boleh main tepuk amai-amai dengan anak.

Jep tersengih senang. Tapi sengihannya mati bila terpandangkan jelingan tajam dari si isteri.

Kenapa? Apa salah aku? Jep tertanya sendiri.

"kau tidur luar hari ni!"

Jep faham sangat bahasa mata isterinya. Kenapa sampai kena tidur luar?

Jep mendapatkan si isteri yang bergerak meninggalkannya. Lengan itu ditarik lembut. Tun Teja dah selamat dibawa masuk oleh kakaknya ke dalam. Begitu juga dengan dua orang 'Hang' itu.

"sayang? Kenapa tiba-tiba marahkan abang? Abang tak rasa abang buat salah. Abang tak pergi pun kedai janda meletup tu. Kenapa nak marah abang?"

Sarah ketip perut Jep. Janda pula yang disebut! Dah tahu aku tak suka janda gedik itu, makin berani Jep menyeru-nyeru si penggoda yang memang sah-sah gatal! Elok sehari dia suruh tidur luar, ada berhari-hari juga nanti jadinya!

"abang minta maaf ye sayang.. Walaupun abang tak tahu salah abang apa. Abang minta maaf juga. Boleh sayang share dengan abang, kenapa mood sayang swing ni?"

"anak-anak kita nakalnya macam abang!"

Jep rasa nak terbahak. Itu je?? Itu je sebabnya aku kena tidur luar?? Adoiii!!! Kau ni Sarah! Jep tahan agar gelaknya tak keluar dihamburkan dihadapan isteri. Tahu nanti bakal jadi rumit proses memujuk si isteri. Behave Jep! Behave!

"budak nak membesar, sayang. Memang lah sedang melasak dan nakal. Nanti bila besar, anak-anak kita akan jadi manusia yang paling baik, civilised dan berguna. Trust me."

Muka monyok sarah di pandang lama. Ada juga kena cium ni kejap lagi. Bikin aku geram je dengan perangai dia yang nak naik angin sebab benda-benda kecil.

" Do you love me sayang? "

Sarah jeling. Kenapa tanya lagi kalau Jep dah tahu sayangnya, cinta, kasih, rindu.. Semua untuk Jep! Sengaja kan.. Suka dengar pengakuan cintanya berulang kali. Setiap hari nak tanya. Tak penat ke?

Am i your best husband ever?

Do you love me?

Is that anything that i could improve to make you fall in love with me again and again and again?

Can i be your only man?

Are you happy? With me? With kids?

Setiap hari nak menjawab. Kau rasa? Pening sarah dengan perangai manja si suami. Jep selalu cakap sarah manja tapi jep langsung tak sedar, Jep lagi manja! Kalah anak-anak.

"sayang.. Sayang pilih suami yang mana satu? The Hero Kampung atau the Great CEO?" Tanya Jep tiba-tiba. Mencantas habis khayalan Sarah.

Sarah senyum. Dia suka soalan ini.

"Abang rasa? Siapa yang layak jadi Suami Sarah Hayla?" kening diangkat tinggi. Jep gelak gembira.

"of course me! Betul tak sayang?"

"Betul. Betul. Betul! Dah tahu betul, tolong angkat sayang masuk dalam rumah. Malas lah nak naik tangga rumah mak ni."

"sayang.. Anak tangga ni ada tujuh je sayang."

"tahu.. Tapi apa guna abang jadi Suami Sarah Hayla kalau permintaan sayang yang hanya sekadar tujuh anak tangga ni pun abang tak boleh nak tunaikan? ."

Berlawan kata dengan Sarah semestinya Jep sentiasa kalah. Dengan mudah tubuh itu dibawa dalam kendongan.

Hai lah isteri. Awak cakap anak kita nakal macam abang. Awak pun sama je nakalnya.. Anak kita dapat perangai 'elok' ini semuanya menurun dari sayang tau. Tapi Jep tak berani nak cakap pada Sarah. Takut Sarah mogok pula. Satu hal nak memujuk.

Kenapa Jep yakin bahawa dialah Suami Sarah Hayla?

Jep yakin sebab Jep bukan sahaja the Hero Kampung tetapi juga the Great CEO. Sungguh layak dirinya menjadi satu-satunya SUAMI SARAH HAYLA.

Sarah.. Hingga hujung nafas, kau selamanya bunga pujaan ku. Hilang Zara ku ganti dengan Sarah. Hilang Sarah, ku abdikan diri menjadi pungguk yang merindukan bulan. I love you Sarah...

I love you too, Jep...

~tamat~

Share this novel

bya
2023-06-15 19:14:20 

aku rasa banyak2 novel terbaik yg aku baca ni memang paling touching.. bahasa yg diguna senang d fahami.. bersahaja kena betul dengan jiwa.. ceritanya tak meleret panjang... bab nya padat.. thanks author hadirkan novel yg best giller nie.. semoga terus success novel2nya ...aamiin

Rohani Hussin
2023-05-31 16:48:32 

terbaik..tahniah..best la

awer
2022-03-23 12:50:13 

best..novel2 auyhor smua best ..watak giler2 masuk huaaaa...shuke2


NovelPlus Premium

The best ads free experience