Bab 53- idola

Romance Completed 248233

Delaila???!

Jep sukar untuk percaya. Zarul tahu sangat. Bukan Jep seorang yang susah nak hadam benda ni. Kami semua pun keliru nak percaya atau tidak. Tapi bukti dah ada depan mata, nak tolak macam mana lagi?

Sosok seorang Delaila itu terlalu 'goog-good'. Macam tak layak jadi watak jahat. Lainlah kalau Zana. Semua orang tak terkejut kalau Zana lah pelakunya. Semua orang tahu perangai Zana. Mulut dia.. Ya ampun masyarakat .. tahap loji perkumbahan

"Malam tu aku kusut sebab salah satu tender terbesar aku kena sailang. Barai lah cerita dia. Aku tinggalkan Alina yang dah lena untuk aku pergi tenangkan diri. Aku cuma ambil angin kat coridor luar bilik. TIba-tiba aku lost. Aku tak tahu apa yang terjadi. Sedar je, korang dah kerumun ramai depan aku. The rest kau sendiri tahu ceritanya. "

Jep senyap masih belum mahu mencelah.

"Aku mati kutu apa yang berlaku. Mati-mati aku salahkan Sarah. Aku sendiri tak dapat fikir dengan waras. Nasib baik ada Zana. Dia yang pecahkan kebuntuan kami. Saat semua orang tuding jari pada Sarah, Zana bagi kami satu tamparan yang hebat. Sumpah kami semua tertipu dengan olah Delaila yang licik. "

"Bukti ?"

"Kau boleh tengok rakaman yang aku dapat dari telefon Zana."

Jep serius melihat tiga rakaman yang menunjukkan situasi sebenar. Boleh tahan licik Delaila. Sedang Zarul berkeluh kesah dan membelek tabnya, Laila tekup mulut dan hidung Zarul dengan sapu tangan chloroform. Ditarik tubuh Zarul ke bilik Sarah. CCTV semua tidak dapat menjejak perlakuan wanita itu. Awal-awal lagi dia dah alihkannya ke arah lain.

Kemudian dia pergi pada Sarah pula.

Sarah yang sudah bersiap berpakaian tidur menanti Jep dengan surprise pun terkedu bila Laila yang muncul. Bercakap serba sedikit, Laila buat benda yang sama jua pada Sarah .

Jep nampak Sarah terjelopok disitu sebelum Laila bawa masuk Sarah ke dalam. Kemudian tubuh Zarul yang diletak di balik tempat yang agak tersorok pula dibawa masuk ke dalam.

Bergerak rahang Jep. Marah. Semudah itu dia terpedaya? Bini aku langsung tak salah!

Dengan muka yang sudah terlihat aura bengang kelas satu, Jep sambung pula rakaman ketiga. Kelihatan tubuh Sarah dan Zarul atas katil. Posisi tidur mereka lagi dahsyat kalau nak dibandingkan dengan posisi tidur yang dia nampak tempoh hari.

Zarul yang perasan akan riak yang menakutkan di wajah itu, tertelan air liur. Janganlah Jep tumbuk aku. Aku tak sedar pun. Bukan kerja aku.

Gila lah Laila. Dia buat Sarah dan Zarul tidur bertindihan begitu. Kalau Jep saksikan benda macam ni depan mata masa hari kejadian rasanya hilang terus nyawa Zarul. Kelihatan jelas, Jep cuba menahan rasa.

Jep pasti, merah-merah di tubuh Sarah semuanya angkara Laila. Gila betul! Segigih itu dia nak kasi real. Bangkai!

Dek ingin membuktikan Sarah tak salah. Zana rakam aksi dia kejutkan pasangan yang nyenyak tidur itu. Hebat juga cara Zana kejutkan Sarah dan Zarul dari lena. Memang nampak sangat mereka bukan tidur, tapi ditidurkan. Zana berusaha keras untuk membuktikan bahawa mereka berdua dianiaya. Dan jelas dah bahawa tanda merah di tubuh Sarah memang sedia ada walau mereka masih saling tak sedarkan diri.

Kerana nak melihat sejauh mana perancangan dan fitnah Delaila, Zana tak cuba untuk bertindak lebih. Dia hanya tukar posisi mereka agar kelihatan tidak keterlaluan seperti yang dilakukan oleh Delaila sebentar tadi dan hanya membiarkan segala-galanya berlaku seperti yang diketahui umum. Zana berlagak bagai tiada apa yang berlaku dan kembali masuk geng Delaila.

Ya, itu lah pentingnya dia tunjuk sikap tak suka dia pada Sarah selama ini. Supaya musuh Sarah berjabat tangan dengannya untuk bekerjasama menjatuhkan Sarah. Hasilnya? Dengan mudah Zana membantu sahabatnya itu agar keluar dari zon fitnah ini dengan cara bermaruah.

Sebab Zana dah tahu perancangan busuk Delaila, Zana awal-awal lagi dah berusaha mendapatkan kad access bilik temannya itu. Bergeliga habis otak terlebih IQ nya dikerah mencari jalan.

Sarah careless! Walau dah pernah zana pesan untuk berhati-hati dengan Delaila, namun masih juga minah itu berlagak biasa. Langsung tak berjaga-jaga. Nasib baik dapat kawan perangai James Bond macam Zana.

"mana laila?"

"dah berhenti."

"police report?"

Zarul geleng. Sarah taknak besar cerita. Dia dah maafkan Laila.

"kau yakin dia takkan buat hal lagi?"

"100% sure. Actually dah pernah buat dan Sarah dah tarik semula. Laila janji takkan ganggu kami. So, no worries."

"macam lah boleh percaya dengan janji perempuan macam tu."

"kau kena percaya sebab yang deal dengan minah tu, bini kau sendiri. Kau tahu bini kau, kan?"

Jep angguk. Dia melepas nafas yang tak berapa nak lega sangat.

Zarul pandang Jep lama.

Kau nak apa? Getus Jep dalam hati.

"sekarang kau kerja dekat mana? Buat part time lagi ke? Aku ada kerja kosong untuk kau. Fulltime. Kau nak?"

"masa untuk aku bermain, bersantai dan bersenang-lenang dah tamat dah bro. Thanks for your offer, tapi aku dah ada kerja sekarang."

Zarul angguk. Lega tengok suami kampung Sarah ini sudah ada kerja tetap. Pandai-pandailah dia uruskan ekonomi sendiri.

Jep senyum. Dia membetulkan duduk yang agak tegang tadi menjadi lebih santai.

"Disebabkan kau baik hati offer kerja pada aku, aku pun sekarang nak offer kau pula. Kau nak kerja dengan aku?" Jep angkat kening.

Zarul terus lepas tawa. Hero kampung Sarah memang kelakar! Baru dapat kerja tetap dah nak offer dia kerja. Adoi lawak sungguh.

"kau kerja kat mana? Selamba offer job untuk aku. Lumayan tak?" Zarul sekadar mengusik. Tak berniat untuk perlekehkan. Dia tahu Jep berniat untuk bergurau jadi dilayankan sahaja.

Mesti Jep dah ada kerja yang bagus dan stabil. Tengok penampilan lelaki itu pun sangat jauh berbeza dari dulu. Zarul pula yang rasa tergugat dengan corporat look seorang Jep Zafrel. Mengancam!

"Aku kerja di The Helang."

Zarul kagum. The Helang adalah target utamanya. Dah lama dia cuba untuk bekerjasama dengan syarikat gergasi itu. Banyak juga proposal yang dihantar ke sana tapi direject mentah-mentah sampai Zarul sendiri dah putus angin nak mencuba. The Helang takkan pandang syarikat cikai miliknya. Itu kesimpulan yang dibuat selama ini.

"kau kerja bahagian mana?"

"top management."

Impressive! Empat bulan menghilang. Dari despatch ke bahagian management. Quite good! Bukan calang-calang semangat hero kampung Sarah ni. Mesti rajin kerja macam Sarah. Kena sangat mereka berdua ini berjodohan.

"ini kad aku. Kalau kau perlukan apa-apa, direct call aku. Aku guarantee tak akan ada lagi kes proposal kau yang direject mentah-mentah macam dulu."

Huluran kad Jep disambut aneh oleh Zarul. Amboi.. Bercakap tak pernah nak kalah laki Sarah Hayla ini. Siap ber'kad' bagai. Ini salah satu kepoyoan suami Sarah yang selalu diperkatakan oleh wanita itu atau memang satu kebenaran?

Nama yang tertera di kad itu dibaca sekilas. Terasa ingin tahu juga dihati Zarul apa jawatan Jep sekarang. Dari gaya Jep, buat dia gusar dan terancam tanpa sedar. Dekat mana beli confidence level yang tinggi macam tu?

Dato' Jep Zafrel bin Zahiril. CEO The Helang.

Gulp. Zarul telan air liur. Sukar untuk percaya.

"Jep... Kau..." zarul speechless. Dia mati kata. Benar-benar tak menyangka CEO The Helang yang dikenali sebagai seorang yang cerewet, tegas, forever alone, anti sosial dan penuh misteri itu adalah seorang Jep Zafrel!

Kalau mamat ini lah Dato' H, bermakna dia bukan lah anti sosial tapi low profile! Gila. Selama ini aku ayam-ayamkan je dia. Sebelah mata pun tak pandang.

Selama ini ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan Dato'H, pemilik The Helang yang gah berdiri memacu dan melakar kecemerlangan demi kejayaan sampai semua orang kagum dengannya.

Cis! Rupanya orang yang dicari tahu selama ini ada selamba sahaja berlegar didepan mata. Selesa menjadi manusia yang biasa, sempoi dan dipandang sebelah mata. Hero Kampung Sarah seorang great CEO! Daebak!

Jep sedekah senyum. "terkejut ke? Chill.. Im still Sarah's hero kampung. Jangan triggered."

Gila kentang anda. Jep, kau memang luar biasa! Wa tabik sama lu. Zarul buat tabik spring. Kagum. Kau Dato' H tapi kau cuci toilet, despatch dan buat grab? Kau memang siot!

Sudah lah baru ini dengar cerita Dato' H tolak untuk terima darjat kebesaran yang nak hendak diberi padanya. Dia selesa hanya berpangkat Dato sahaja, tak mahu dianugerahkan dengan yang lebih tinggi. Kau memang something lah Jep. Kau idola aku! Tiber...

*********

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience