Bab 33- nakal

Romance Completed 248233

Nakal!

Jep tengok Sarah makin hari makin nakal. Naik pening kepala Jep nak melayan kerenah ratu nakal plus cengeng itu. Tak pernah terfikir langsung minah kutub ais seperti Sarah boleh berubah laku 360 darjah. Sumpah Jep terkejut!

Sarah jadi makin nakal, sakai dan terlebih manja.

Ada saja benda yang nak diusik Jep. Bukan Jep sahaja, dengan anak pun sekali disakatnya. Riuh rendah rumah dengan acara sakat menyakat. Kalau dulu Jep yang selalu menyakat, kini Sarah yang menjulang title kaki sakat.

Sarah juga banyak habiskan masa dengan Jep dan Awe. Macam-macam aktiviti yang direka oleh Sarah. Dan kebanyakan aktiviti itu pasti sakai. Untuk bonding anak beranak katanya.

Benda yang paling sakai Jep rasa tentang Sarah adalah bila dia ajak si anak cari hantu di mall !

Selenga betul. Si awe pun seronok bercerita dan describe pasal hantu yang dia nampak pada si ibu yang sengal itu. Galak dua beranak itu di mall dengan kisah-kisah hantu mereka. Langsung tak kisahbpada orang lain yang dah rasa semacam.

Jep pula yang segan bila dua bibir itu dengan berani tunjuk-tunjuk sekeliling mall akan keberadaan susuk ghaib tersebut. Malu pula bila ada mata yang tak senang dan sama ketakutan bila mendengar akan hal mistik itu.

Itu satu hal. Yang ni pun satu hal lagi.

Manja Sarah sekarang mengalahkan si anak.
Makan nak bersuap. Masuk bilik nak berdukung. Tidur nak didodoi. mandi nak berteman! Ya ampun.. masak Jep nak melayan. Culture shock sekejap Jep dengan perubahan mendadak Sarah.

Part yang paling Jep tak boleh brain, bila dia dipaksa memasak sambil mendukung Sarah dibelakang!

Sarah fikir dia budak kecil? Ringan? Sumpah Jep rasa hidupnya tunggang terbalik di lanyak dengan perangai manja overdose dari sarah.

Sarah punya manja memang kalah habis si Zara yang memang dikenal ramai dengan sikap manja semula jadinya. Manja-manja Zara pun tak pernah berjaya buat hidup Jep jadi roller coaster macam yang Sarah buat. Manja Sarah dah kira level lain. Level buang tebiat nak mampus! Rupanya ketul ais kalau dipecahkan jadi extreme manja macam ni ye?

Pelepek!

Jep gosok dahi yang perit dijentik si isteri. Sarah kata ini jentikan cinta. Pasrah Jep bila selalu jadi mangsa buli Sarah kini.

Dulu Jep yang membuli. Dari kecil sampailah Sarah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekarang pembuli dah bertukar menjadi mangsa. Sabar je lah. Sayang bini memang tak boleh nak kata apa lah.

"Mengutuk aku eh?" Sarah cekak pinggang tak puas hati.

"Aku penatlah jadi suami kau."

"Siapa suruh jadi suami aku? Kau yang tergilakan aku sangat kan? Sendiri tanggunglah!"

"Mak yang suruh. Aku tak berkehendakkan kau pun. Dah lah perangai tak elok." Balas Jep selamba.

Sarah senyap. Terbantut niat nak suruh Jep dukungnya masuk bilik. Sarah bawa langkah sendiri meniti tangga. Jep yang ditinggalkan dibelakang dan termangu tengok aksi isteri yang tarik muka dengan tiba-tiba.

Sentap? Aku salah cakap ke? Aku cakap apa je? Bukankah aku dah biasa gurau-gurau kasar macam tu dengan dia? Asal nak sentap pula? Aiyo.. ini bukan sarah! Bini aku kena sampuk ke? Kembalikan isteri aku!

"Sarah. Sayang.. Lah.. kenapa menangis pula ni?"

kalut Jep mendapatkan Sarah sebaik menapak ke dalam bilik. Dia tengok Sarah dah larut dengan drama air mata sepuluh episod.

"pergilah sana! Buat apa dekat dengan perempuan perangai tak elok ni? Kau dah penat jadi laki aku kan? Apa tunggu lagi, pergilah. Kau bukan sayang aku pun!"

"Aku gurau je lah. Jangan lah sensitif sangat." Bahu Sarah disentuh.

Sarah melarikan bahu. Enggan dipegang oleh Jep. Nak merajuk!

"Jangan sentuh-sentuh! Aku tak suka kau. Dah lah muka buruk macam Jebon, hantu raya, malaun sesat!"

"Alah kutuk-kutuk aku pun kau sayang aku bagai nak rak juga.."

"Siapa sayang kau? Aku sayang Zarul je."

"Haaa.. main kasar nampak. petik-petik nama lelaki lain depan aku. Aku denda nanti baru tahu." Ugut Jep kurang suka bila nama Zarul kembali meniti di bibir itu. Dah lama nama itu hilang tiba-tiba muncul balik. Tak boleh jadi ni..

"Biarlah. Dah memang aku sayang Zarul. Dia lelaki baik. Tak pernah penat pun layan kerenah aku. Dari dulu sabar je dengan aku. Sudahlah kaya, kacak, macho, seksi , berga..."

Sarah jerit perlahan bila pipinya dikepit Jep geram sebelum bibir itu melekap kemas di bibirnya sedikit ganas. Denda lah tu konon? Sarah simpan senyum. Padan muka Jep.

Tahu sangat Jep tengah bengang. Nak kena sebut nama lelaki lain dulu baru pandai memujuk. Nasib kau lah Jep, aku masih Sarah yang sama walau aku dah terlebih buang tebiat tergedik dan mengada-ngada nak attention dari kau. Aku masih Sarah Hayla yang bila aku sakit, kau pun perlu turut rasa sakit. Tak ada istilah sendirian berhad ye..

Sarah tahu adab dengan suami. Memang tak patut dia puji lelaki lain tapi siapa suruh Jep cari pasal?

Sarah alih muka ke tepi bila tautan bibir mereka dilepaskan Jep. Sarah acah-acah malas tengok muka Jep. Beriak tak suka.

"Marah pula kita cium dia. Biasanya setiap masa paksa kita." Jep memerli.

"Kau yang cari pasal dulu. Kenapa cakap macam tu? Terasa hati ni bila kau cakap penat jadi suami aku. Kalau aku tak manja dengan suami aku, aku nak manja dengan siapa? Suami Alina?"

Sekali lagi bibirnya ditarik Jep. Tak suka si isteri bicara begitu.

"Aku sekadar cakap je. Hakikatnya aku suka memenatkan diri demi kau. Kalau kau sudi penat bersama dengan aku atas katil ni lagi aku suka. Shall we?" Jep angkat kening berkali-kali. Senyum nakalnya dah keluar.

Sarah menjeling.

Eh, jual mahal pula dia. Desis Jep.

"Aku ajak baik-baik, kau buat sombong. Maknanya kena paksalah ni? Walau penatnya pasti berganda tapi bagus juga. Lebih mencabar dan mengasyikkan."Pantas bibirnya dah menggila ke serata wajah Sarah.

Sarah ketawa kegelian dengan tingkah Jep yang sangat pandai ambil hati dan mengalih jiwanya yang tadi agak terasa dengan kata-kata yang keluar dari mulut itu. Kesudahnya Sarah sama naik dengan tingkah nakal Jep yang makin tak terkawal. Sarah kuntum senyum bahagia.

"Baba.."

Menyasar Jep tarik handbreak. Budak kecil ini interframe pula. Aduh! Kacau! Jep mula menceceh tak berbutir.

Bengang nampak? Sarah gelak kuat. Faham benar dengan riak kecewa dan tak puas hati yang terpeta di wajah itu.

Awe panjat katil dan peluk si ibu. Jep tumbuk bantalnya. Ishhh rosak program! Potong betul budak kecil ini. Jep hantar isyarat mata pada Sarah.

Siapa suruh tak kunci pintu siap-siap? Ejek Sarah. Nasib hang lah..

"Aku turun bawah dulu. Layan TV. Awe tidur nanti cepat-cepat whatsapp aku. Kita sambung apa yang tergendala tadi." Jep turun dari katil menuju ke luar. Sempat ubun-ubun Sarah dan Awe dicium sekilas.

"Tapi aku dah tak ada mood. Sorry.. Ngantuk lah Jep, nak tidur. Izinkan hamba beradu dulu bersama anak tercinta."

"Cuba lah tidur dulu. Aku botakkan rambut kau nanti."

"tak ada hal. Aku dah bertudung. Balik-balik kau juga yang sakit mata tengok rambut aku dah tak cantik macam selalu." Sarah buat muka comel. menganjing. Sengaja sakitkan hati suami.

Kalau Jep tak minta dia tunggu pun, dia akan tetap tunggu. Dah jadi rutinnya tunggu Jep masuk tidur dan minta maaf sebelum menjemput lena. Sarah kan dah dihidangkan dengan sejuta tazkirah isteri solehah oleh suami gangsternya itu.. Seharusnya lah dah jadi bidadari solehah dambaan syurga. Gittew..Riak dan Takbur pula bunyi. Gasak.

"aku tak nak masak untuk kau." ujar Jep masih belum mahu kalah. Masih mahu memastikan isterinya ikut kehendaknya yang tertunda tadi.

"tak apa , aku boleh makan dekat kedai."

"aku kahwin lain nanti."

"silakan.. ramai lagi jantan bersusun nak dekat aku."

Jep diam. Malas layan. Dari berbalas mulut dengan Sarah baik dia keluar. Di muka pintu dia sempat menjengah kembali. Pasti taktik ini berhasil.

"Aku taknak cium kau sebulan!"

"Mana boleh! Tak aci lah ganggu hak asasi bibir aku.. " Cepat je Sarah menjawab. Jep simpul senyum. Tunggu aku!

Mata dijuling ke atas. Sarah angkat tabik hormat. Yes sir!

Kiss wajib. Tak dapat, tak lengkap hidup sebagai seorang isteri dalam definisi kamus seorang Sarah Hayla. Bibir Jep kan ubat penenang dan bius-bius cintanya yang menyemarakkan satu rasa di jiwa.

Sarah fokus pada Awe. Buku cerita si anak dibuka dan dibaca untuk tidurkan puterinya seorang itu. Tidur cepat anak.. Baba awak dah sasau dekat bawah tu.

Dahi Awe dicium kasih. Me love you, anak.

**************

Share this novel

sayang su
2023-03-05 20:51:25 


NovelPlus Premium

The best ads free experience