"KENAPA kau datang lagi!??"soal Puan Nirma sambil menjegilkan mata.Kecil besar saja dia pandang Eiliya.
"Liya nak tengok papa."kata Eiliya.Sememang dia rindukan papanya.Sudah lama dia tidak kemari kerana emosinya tidak stabil.
Hampir sebulan juga dia cuba menenangkan diri.Baru hari ini dia ada sedikit kekuatan.Apa yang berlaku biarkan berlalu.Sekarang dia hanya perlu fikirkan diri sendiri dan masih ada orang yang sayangkan dia.
"Papa kau elok saja!Aku sebenarnya tak ingin nak bagi kau masuk!Aku tahu kau cuba nak runtuhkan rumahtangga anak aku lagi!"kata Puan Nirma sambil bercekak pinggang di hadapan pintu bilik.
"Mama..Liya tak buat macam tu.Liya datang nak tengok papa saja.Sekejap pun tak apa."pinta Eiliya.
"Aku tahu sangat niat jahat kau!Kau datang sini nak goda Zikri kan!?Kau jangan ingat aku tak tahu!"tuduh Puan Nirma.
"Sumpah mama!Liya tak akan buat macam tu pada kak Eira."Eiliya mengeluh.Puan Nirma masih lagi menuduh dia mahu merampas Zikri.
"Aku tak tahu kau ni perempuan jenis apa hah!Sanggup nak rosakkan rumahtangga kakak sendiri!"marah Puan Nirma.
"Cukup Ima!Bagi Liya masuk..."kata Encik Ahmadi dengan suara lemah.
Dia naik pening dengan kelakuan isterinya yang masih memarahi Eiliya.Sedangkan Zikri sendiri telah mengaku perbuataan dia.Dan Eiliya yang menjadi mangsa.
"Sampai bila-bila pun aku benci tengok muka kau!"katanya pada Eiliya dengan penuh rasa marah.
Eiliya terkejut.Sampai hati mama.
"Kenapa mama benci Liya sangat...apa salah Liya?"tanya Eiliya dengan linangan airmata.Dia sudah tidak tahan lagi.Dihina diherdik dimarah disisihkan oleh Puan Nirma.
Tergeleng kepala Encik Ahmadi sambil mengucap panjang.Puan Nirma masih menyimpan dendam lama.Dia tak akan berpuas hati.
Encik Ahmadi mengesot ke tepi katil.Perlahan dia menjatuhkan kaki dengan payah sekali.Dia takut Puan Nirma mengapakan Eiliya.Isterinya itu seperti bila-bila masa saja mahu 'menerkam' Eiliya.Ketika ini Eira dan Zikri tiada di rumah.
"Kau nak tahu sangat kan.Kau dengar sini!"semakin meningkat darjah kebencian Puan Nirma terhadap Eiliya.Amarahnya tak pernah padam.
"Cukup Ima!"jerit Encik Ahmadi menghalang niat isterinya.
"Abang diam!Biar dia tahu siapa dia yang sebenar!Kau bukan anak..!!"
Belum sempat Puan Nirma meneruskan niatnya Encik Ahmadi cuba mendapatkan isterinya.Di tarik tangan Puan Nirma.Puan Nirma meronta dengan kasar.Tanpa sengaja berlaku pergelutan antara mereka.
"Papa..papa.."Eiliya terpaksa masuk campur melihat keduanya bergaduh kerana dia.
"Semua ni pasal dia ni kan!Aku benci kauuu!!!"jerit Puan Nirma sekuat hati.Tangannya cuba mencapai tudung Eiliya tetapi dihalang oleh Encik Ahmadi.Dengan kudrat yang tak seberapa di cuba melindungi anaknya dari disakiti Puan Nirma.
Tenaga Encik Ahmadi makin lemah.
"Sudah Ima!!!Allah!!."jerit Encik Ahmadi sambil memegang dadanya di sebelah kiri.
Encik Ahmadi tiba-tiba rebah ke lantai sambil tangan memicit dadanya.Sakitnya kembali menyerang.
"Papa!'jerit Eiliya dan terus terduduk di lantai memangku kepala Encik Ahmadi.Puan Nirma ikut terduduk mengusap dada Encik Ahmadi.
Tercungap-cungap mulut Encik Ahmadi mahu berkata sesuatu.Nafas juga semakin tersekat.
"Papa..mengucap pa..."kata Eiliya sambil menangis.
"Abang..abang.."panggil Puan Nirma.Melihat keadan Encik Ahmadi dia menjadi takut.Dia tahu serangan jantung Encik Ahmadi datang lagi.Tapi kali ini semakin parah.
Namun semua sudah terlambat.Perlahan-lahan tangan Encik Ahmadi terkulai layu jatuh ke atas lantai.Mata juga tertutup rapat.Mulut yang tadi masih terkumat- kamit ikut terdiam.
Eliya makin cemas.Dia memanggil-manggil papanya namun tiada tidak balas.Dia cuba memeriksa nadi dan jantung Encik Ahmadi namun semua sudah berakhir.Encik Ahmadi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Eiliya menangis di sisi papanya yang terbujur kaku.Hilang sudah tempat dia bermanja.Tiada lagi tempat dia untuk menumpang kasih.Dia menangis hiba.Pilu di hati bila orang tersayang pergi untuk selamanya.
Eiliya hanya bangun setelah ahli keluarga yang lain datang untuk mengangkat jenazah Encik Ahmadi.Puan Nirma juga dilihat menangis meratapi pemergian suami tercinta.
Tiada apa yang dapat dia ungkapkan hanya air mata yang mengalir laju menuruni pipi.Kali ini dia benar berasa diri keseorangan.Kepada siapa dia mahu menumpang kasih.Suami?dia sudah tidak berharap lagi.Sudah sebulan Leon 'menyepi'.
Saat jenazah Encik Ahmadi dikebumikan,terputus sudah ikatan mereka di antara dua alam.Airmata Eiliya gugur tanpa henti.Satu-satunya lelaki yang Eiliya paling sayang sudah pergi.Pergi yang tak akan kembali lagi.
Kini hanya tinggal ahli keluarga terdekat sahaja yang berada di rumah.Keluarga mertua Eiliya juga turut hadir memberikan penghormatan terakhir.Puan Vina setia menemani Eiliya di sisi.Sikit pun dia tidak mahu berjauhan dari menantunya.
Dia tahu Eiliya paling bersedih.Pelukan dari Puan Vina sedikit sebanyak menenangkan diri Eiliya.Leon pula hanya duduk di satu sudut bersama papanya.Tadi dia juga ikut menyempurnakan majlis penghormatan terakhir buat arwah papa Eiliya.
"Liya pergi naik mandi dulu.Mama tengok dari semalam Liya tak cukup tidur.Liya pun makin kurus sekarang."omel Puan Vina.
Benar kata Puan Vina.Semalaman Eiliya berada di sisi jenazah sehinggalah segalanya selesai.Semalaman juga Eiliya tidak tidur.Matanya tidak mengantuk.Dia hanya mahu menemani jenazah papanya buat kali terakhir.Alunan surah dan doa tidak henti-henti dari bibirnya.
Puan Vina mengamit Leon agar mendekati.Kasihan dia melihat wajah Eiliya sugul dan pucat.
"Leon bawa isteri kamu naik atas.Berehat."arah Puan Vina.
Leon akur dan bangun.Baru Leon nak tarik tangan Eiliya.Eiliya sudah bangun berdiri terlebih dahulu.Dia mengesat sisa-sisa airmatanya.
Perlahan kaki di atur melangkah.Leon ikut membelakangi Eiliya walaupun dia tahu Eiliya bersikap dingin dengannya.
"Nanti dulu!"kata Puan Nirma kepada Eiliya dengan lantang dan tegas.Wajahnya berubah serius.
Semua yang berada di situ tercengang dan memandang satu sama lain.
"Kenapa mama?"tanya Elman kehairanan melihat sikap Puan Nirma yang berubah bengis terhadap Eiliya.
Tajam mata Puan Nirma memandang ke arah Eiliya seolah Eiliya seorang penjenayah.
"Puas hati kau sekarang!suami aku dah mati!"kata Puan Nirma dengan kuat.
"Apa mama cakap ni?"tanya Eiliya dengan wajah sembab.Apa.pula salah dia kali ini.
"Kau jangan panggil aku mama! Aku bukan mama kau!"lantang suara Puan Nirma hampir bergema segenap ruang tamu.
"Mama!Kita semua masih sedih.Kubur arwah papa masih baru."kata Elman dengan tenang cuba memujuk Puan Nirma.
"Kau diam El!Aku akan cakap jugak!Tak guna aku simpan lagi!Biar dia tahu siapa dia sebenarnya!"lurus jari telunjuknya ke arah Eiliya.
Eiliya menelan liur.Pahit.Debaran jantung semakin laju.
"Mama tolong jangan cakap lagi.Kesian Liya.."rayu Elman seperti dia tahu apa yang Puan Nirma mahu sampaikan.
"Arghhhh!Aku nak cakap jugak!Kau dengar sini baik-baik!Kau bukan anak aku!"tekan Puan Nirma dengan lantang dan kuat.
Semua mata yang ada di situ membulat dengan kenyataan dari Puan Nirma.Tercengang.
"Mama cakap apa ni?"tanya Eira yang masih bersedih.Dia juga tidak tahu apa.
"Dia ni bukan anak aku!"ulangnya lagi.
"Dia anak perampas!Dia yang telah rampas kebahagiaan aku satu ketika dulu!"
"Mama jangan cakap Liya macam tu.Liya tahu mama benci Liya tapi tolong jangan cakap yang Liya bukan anak mama..."rayu Eiliya sambil menangis teresak.
"Kau tengok sendiri!"Puan Nirma membaling sehelai kertas ke arah Eiliya.Melayang jatuh ke kaki Eiliya.
"Kau tengok sendiri!Kau memang anak Ahmadi tapi bukan aku yang kandungkan kau! Kau anak seorang perampas!"jeritnya bersama dendam kesumat.
Eiliya membaca tulisan di atas kertas putih itu.Tertera sijil lahir Eiliya Sofia binti Ahmadi.Tetapi nama ibu...Aishah binti Yusuf!
Dada Eiliya berombak kencang seolah berlari pecut.
"Sekarang kau dah tahu kan!Aku nak kau bawak semua barang kau dan berambus dari rumah aku!Jangan kau jejak kaki ke sini lagi!"
"Mama sudahlah tu!"marah Elman.
"Sudah kau kata!Aku yag terpaksa menderita selama ini.Sebab aku terpaksa jaga anak orang yang rampas kebahagiaan aku!Dua puluh empat tahun aku terpaksa bersabar menghadap muka dia ni!"luahnya dengan rasa marah.
"Sekarang papa kau pun dah tak ada.Kau tak ada tempat lagi dalam rumah ni!Ini rumah aku!Dah cukup bertuah aku bagi kau tempat tinggal bagi nama aku pada kau!Sekarang aku nak kau berambus dari sini!"katanya lagi.
Eiliya makin menangis teresak-esak.Dia sudah hilang arah.Mama yang di sangka ibu kandung adalah bukan sebenarnya.
"Maafkan Liya,mama.Liya tak tahu.Liya sayangkan mama."katanya dalam tangisan.
Semua yang ada di situ turut berasa kasihan melihat Eiliya.Baru sahaja kehilangan papa kini dia kehilangan 'mama' pula.Dia betul-betul keseorangan.
"Sayang konon!Aku tak perlukan kasih sayang kau!Anak aku hanya Elman dan Eira!Kau tak ada kena mengena langsung dengan keluarga aku!"kata Puan Nirma dengan jelek.Dia memuntahkan segala yang di pendam selama ini.
"Mama marah lah Liya..pukul lah Liya..Liya tak tahu langsung.Kenapa semua ini terjadi dekat Liya?"
"Sebab mak kau memang perampas!Kau pun sama macam mak kau!Sebab tu aku benci kau!"hamburnya lagi.
Elman mendapatkan Eiliya yang lemah mahu berdiri.Lututnya terasa longlai.
"Mama sudahlah..Kesian Liya.Cukuplah tu."Elman masuk campur.
"Cukup kau kata!Aku yang tanggung beban selama ni!Patutnya dia ikut sama mati macam mak dia!Tapi nyawa dia liat!Kau memang menyusahkan hidup aku!"
"Mulai saat ini aku nak kau keluar dari rumah aku!Kau memang bawa nasib malang!Laki aku mati disebabkan kau!Eira keguguran juga disebabkan kau!Kau sengaja nak hancurkan rumahtangga dia!Kau tak puas hati sebab kau tak dapat Zikri!Sama macam mak kau!"
Eiliya menangis kuat.Tuduhan mama sangat berat.
"Papa mati bukan sebab Liya.Doktor sahkan papa kena serangan jantung!"jawab Elman.Tak sanggup dia lihat wajah Eiliya yang lencun dengan airmata.
"Ima sudahlah.Apa yang berlaku kita tak boleh ubah.Liya tak bersalah."kata Puan Vina cuba membela nasib Eiliya.
"Aku dah cukup sabar selama ini!Aku tak nak tengok muka dia dekat sini lagi!Aku haramkan dia pijak rumah aku!"terus Puan Nirma melangkah naik ke tangga.
Segalanya sudah dihamburkan.Dia berasa lega dapat membuat anak perampas kebahagiaannya terseksa.
Sedikit pun dia tidak menoleh memandang wajah Eiliya.
Eiliya masih menangis dan di tenteramkan Elman dan Puan Vina.Leon hanya kaku berdiri.Dia ikut terkejut dengan kenyataan ini.Zikri juga begitu.Masing-masing terdiam sepi.
"Liya sudahlah.jangan menangis..Abang tahu Liya sedih.Abang kan ada.Kak Eira ada."pujuk Elman.
"Liya tak layak jadi adik abang lagi..."katanya dalam sedu.
"Walau apa pun jadi Liya tetap adik kandung abang.Kita berkongsi darah yang sama."pujuk Elman.
"Leon tunggu apa lagi.Bawa Eiliya balik."arah Encik Bad.Eiliya perlu ditenangkan terlebih dahulu.Geram dia dengan sikap Puan Nirma.Langsung tak berhati perut.Berganda kesedihan Eiliya.
Share this novel