SUDAH tiga hari Leon tidak bertegur sapa dengan Eiliya.Pergi dan balik kerja pun sudah naik kereta asing-asing.Leon juga tidak datang lagi ke ofis untuk menjemput Eiliya makan bersama.
Leon akan bercakap apabila perlu sahaja.Selebihnya dia banyak diamkan diri.
Bangun pun awal dari biasa.Tidur pula awal dari Eiliya.Pendek kata Leon tidak lagi peduli tentang Eiliya.Tiada lagi usikan dan gurauan senda seperti selalu.
Melangkah kaki masuk ke rumah terasa seperti asing sekali.Sunyi sepi.
Buat seketika Eiliya berasa lega dari 'gangguan' Leon.
Tetapi hati Eiliya tidak rasa begitu.Perasaannya menjadi lain.Bila dia curi pandang Leon pun Leon buat tidak kisah.Malah sibuk membuat hal sendiri.Suara Leon sangat berat untuk bertutur dengannya.
Tertanya juga Eiliya,adakah Leon sudah berputus asa untuk memikat hati dia?Atau Leon sudah terjumpa pengganti dia?Kalau betul pun kenapa Eiliya nak tahu.Bukan itu ker yang Eiliya mahukan.
Eiliya berasa sangat pelik dengan perubahan Leon.Terserempak dalam lif sewaktu pulang kerja pun Leon tidak meyapanya.Leon lebih banyak mendiamkan diri.
Eiliya rasa sesuatu sangat bila Leon tidak mengendahkannya lagi.Langsung dipujuk hati agar tidak bersedih.Eiliya sedih?Mustahil!Eiliya juga yang cakap hati dia sudah mati untuk Leon.Tapi sekarang lain pulak jadinya.Apa sudah jadi.Dah cuba pujuk tapi hati sendiri tetap jugak rasa terkilan.Apakah Leon sudah tekad tidak mahu memujuk Eiliya lagi?
Eiliya capai beberapa barangan dapur dan dimasukkan ke dalam troli.Sengaja dia tidak terus balik ke rumah hari ini.Selalu Leon yang akan beli semua keperluan rumah.Tapi entah lah Leon macam dah tak ambil peduli akan semua itu lagi.
Selesai membuat bayaran Eiliya berjalan ke deretan kedai.Sekadar mencuci mata tapi fikiran melayang entah ke mana.Sambil berjalan pun masih fikirkan Leon.Sekarang nama Leon sentiasa berlegar dalam fikiran.Tertanya akan perubahan mendadak Leon.
Bammmmm!
Terlepas beberapa buah beg plastik yang Eiliya pegang.Tu lah mengelamun lagi.Sampai terlanggar orang dah.Jasad saja yang berjalan tapi minda di tempat lain.
"Maaf cik..Saya tak perasan tadi."Eiliya segera tunduk mengutip beg plastik yang berterabur.Mujur tidak terburai isi di dalam.
Perempuan berbaju merah jambu itu turut mengutip dan menghulurkan pada Eiliya.Ada sepasang tangan lagi turut membantu.
"Terima kasih cik..."ucap Eiliya.Dia masih tidak melihat siapa gerangan yang dilanggarnya.Sibuk melihat ke lantai mencari kalau ada barang yang berciciran.
"Eiliya."panggil wanita itu.
Eiliya angkat kepala.
"Hana."ucap Eiliya.Punya ramai manusia dalam pasaraya ini,kenapa dengan Hana juga dia bertembung.Eiliya baru perasan Hana tidak keseorangan.Ada seorang lelaki disampingnya.Sekadar senyum segaris.Macam pernah nampak tapi lupa di mana.
Terus Hana mengajak Eiliya duduk minum bersamanya.Dalam fikiran Eiliya pelbagai persoalan mula berlegar.
"Apa kahabar Hana?"Sudah lama mereka tidak bertemu.Kali terakhir adalah pada majlis di rumah Puan Vina dan Encik Bad.
"Baik.Kau okay ker?"tanya Hana kembali.
"Aku okay."Eiliya tersenyum hambar.
"Ya lah tu.Masa kau jalan tadi macam tengah mengelamun saja."Hana tawa kecil.Kalau tidak mereka tidak berlanggar lah.
"Tak ada apalah."jawab Eiliya.
"Kau dengan Leon macam mana?"tanya Hana.
"Okay saja."jawab Eiliya.Dia tidak tahu tujuan apa Hana mengajaknya berbual.Lelaki bersama Hana duduk di meja sebelah.Baru Eiliya ingat dimana dia pernah nampak lelaki itu.Lelaki yang sama makan bersama Hana tempoh hari.
"Aku minta maaf Eiliya.Selama ni dah banyak susah kan kau.Sebab kan aku kau sanggup berkorban."kata Hana.
Hana capai tangan Eiliya di atas meja.Eiliya agak terkejut.
"Aku dah lupakan semua tu.."
"Tak Eiliya.Aku hargai sangat apa yang kau buat pada aku dan Leon.Walau kami dah cuba sedaya upaya,kami tetap tiada jodoh."
"Aku..."Eiliya rasa bersalah.Sepatutnya Hana dengan Leon.
"Nanti dulu Eiliya biar aku habis cakap dulu."
"Aku dengan Leon memang dah tak sehaluan selepas Leon ceraikan kau.Hubungan kami bermasalah.Dan masalahnya berpunca dari aku."
Hana sisip sedikit kopi panas di hadapannya.
"Aku dan jumpa seseorang yang sangat istimewa untuk aku.."Hana kerling lelaki itu.Lelaki itu membalas dengan senyuman.
"Hubungan aku dengan Leon tak akan ke mana.Bukan sebab mama Leon atau sesiapa.Hati kami berdua dah hilang rasa cinta yang bertahun kami bina.Aku yang sendiri putuskan untuk melepaskan Leon dari hati aku.Aku rasa Leon juga begitu.Aku dah jumpa cinta sebenar aku.Begitu juga dengan Leon."
Hana tersenyum.Jelas sekali dari raut mukanya yang dia sedang bahagia.
"Tapi kau dengan Leon kan..."Eiliya masih ragu.
"Itu dulu..."
"Habis tu tak kan kau tak ada perasaan lagi pada dia."Sukar untuk Eiliya percaya.
Hana senyum kecil.
"Perasaan aku pada Leon sudah lama hilang.Memang dulu aku dihati dia.Tapi sebenarnya dia lebih cintakan kau,Eiliya.Dia sayangkan kau lebih dari aku.Setiap saat nama kau sentiasa meniti di bibir dia.Masa tu dia tak sedar yang dia dah jatuh cinta dengan kau."
"Leon suka kan kau,Eiliya.Lebih dari seorang kawan.Kau berada ditempat paling istimewa dihati Leon..bukannya aku."
Eiliya pandang Hana dengan wajah berkerut.
"Ya Eiliya.Dia sayangkan kau sebenarnya.Tapi dia tak sedar yang dia dah lama cintakan kau.Selama kami bersama di lebih banyak sebut nama kau dari aku.Sampai aku rasa benci dengan kau."
Eiliya terpinga.
"Kau mesti tak percaya kan?Tapi itu lah kenyataannya.Leon suka dan sayangkan kau."kata Hana mengukuhkan lagi ceritanya.
"Sejak kami bertunang aku dah nampak Leon tak gembira.Dia dah tak ceria seperti selalu.Leon seperti kehilangan sesuatu."
"Tapi aku.."
"Percayalah Eiliya,Leon hanya akan bahagia dengan kau dan bukannya aku.Sebenarnya aku pun lega bila kami tak jadi kahwin.Sekurangnya kami jujur dengan perasaan sendiri."
"Hana,aku tak ada perasaan pada dia.."
Hana senyum.
"Eiliya kau memang boleh tipu semua orang tapi kau tak boleh tipu diri kau sendiri.Cuba kau tanya hati kau sekarang.Siapa yang ada di situ."Hana senyum-senyum.
Leon.Sekarang ni pun hati Eiliya tengah sebut nama Leon.Tengah fikir pasal Leon.Tapi kenapa Leon?
"Kau dah ada jawapan kan.."
"Tapi..."
"Aku dah agak Leon pasti akan dapat kan kau balik.Tak sangka rupanya dia berjaya juga kahwin balik dengan kau."
"Leon...Leon.."Hana tawa kecil.
"Ntah lah Hana.Aku dengan Leon tak sepatutnya kahwin semula."
"Eiliya,kau tahu tak betapa menyesalnya Leon melepaskan kau. Dia asyik teringatkan kau.Aku yang jahat.Aku cuba untuk lenyapkan kau dalam hati Leon.Aku paksa dia ceraikan kau dan bertunang dengan aku.Aku cemburu pada kau kerana aku tidak pernah mendapat tempat di hati mama Leon."
"Aku ingat aku bijak dapat sembunyikan dari Leon.Rupanya dia sudah tahu aku ada hubungan dengan lelaki lain.Sangka aku Leon akan kecewa dan sedih tapi dia langsung tak kisah pun."
"Bakal suami kau tahu yang kau dengan Leon pernah..."
"Dia tahu semuanya."
"Eiliya,aku minta maaf banyak-banyak.Aku baru tahu yang kau pernah gugur sebab aku.Sumpah aku tak tahu kau mengandung masa tu."
Wajah Hana bertukar muram.Terbit rasa bersalah.
"Benda dah jadi,Hana.Tak payah ungkit lagi."
"Aku dapat tahu Leon dengan kau pernah 'bersama'.Aku marah sangat.Aku paksa Leon pilih aku atau kau.Masa tu dia keliru dengan janji kami untuk hidup bersama.Aku rasa malu sebab bertahun kami bercinta tapi dia pilih kau.Aku jadi marah bila tengok muka kau masa tu.Maafkan aku Eiliya..."
"Dah la Hana.Semua dah terjadi.Tak ada guna ungkit lagi."
"Percayalah Leon hanya cintakan kau,Eiliya."ucap Hana sebelum pergi bersama lelaki bernama Fad.Sempat Hana mengundang Eiliya ke majlis perkahwinananya.Hana kelihatan begitu bahagia.
Patutlah Leon hanya diam bila Eiliya kaitkan nama Hana.Terungkai sudah segala tanda tanya mengenai Hana selama ini.Tapi betulkah Leon cintakan dia.Eiliya juga masih tidak pasti akan perasaan sebenarnya pada Leon.
*********************
"Hai mengeluh panjang nampak."tegur Siti di sebelah.
Eiliya kembali meletakkan telefon bimbitnya.Tiada sebarang panggilan masuk mahu pun mesej.Saja dia nak periksa mana tahu henfonnya kehabisan bateri.Elok saja bateri tujuh puluh lima peratus.Eiliya mengeluh hampa.
"Tunggu cik abang call ker."usik Siti.Macam tahu saja.
"Mana ada.Saja belek mana tau ada mesej ker apa."
"Elehh.. malu pula.Cakap lah rindu suami kan.Lain lah macam Siti masih single available."
"Cari lah sorang."giliran Eiliya menyakat Siti.
"Hurmmm..tak ada yang sudi.Bujang lagi lah sampai tahun depan.."
"Apa pulak cakap macam tu.Mana tahu bila jumpa terus nikah.."
"Bertuah lah badan Siti ni.Kalau macam Liya kan best.Diam-diam kahwin.Patutlah Encik Leon rajin datang sini."Siti senyum sambil jongket kening.Saja nak sakat Eiliya lah tu.
"Ada saja Siti ni.Orang cakap pasal dia,dia kata kita pula."
"Ya lah.Siti teringin juga nak macam Liya.Encik Leon tu baik romantik pulak tu."
Amboi Siti baik punya puji.Nak try Leon ker.
"Liya sentiasa doakan Siti cepat jumpa jodoh.Amin..aaminn.."sambil angkat tangan dan menyapu ke muka.
"Aamiinn.."Siti ikut mengaminkan doa Eiliya.Mana tahu berkat doa orang baru kahwin terkenen dekat dia pula.Ibu dah sibuk tanya calon.Mana Siti nak cari.Kalau semudah macam beli sayur dekat pasar senanglah Siti pilih,beli,bawak balik dan tunjuk sahaja yang berkenan dihati.Ini jangan kata nak tengok muka,bayang-bayang pun tak nampak lagi.Kikiki..
"Liya nak tanya sikit boleh tak?"tanya Siti.
"Apa tu."
"Encik Leon tak ada ker sepupu lelaki.Kalau ada boleh rekemen.."Siti kulum senyum.Zaman sekarang nak malu apa.Biarlah perigi cari timba dari andartu sampai ke tua.
"Liya rasa semuanya dah kahwin.Siti janganlah risau,Siti muda lagi.Insyallah pasti ada jodoh Siti.Yang nampak sempurna pun belum tentu bolah menjamin kebahagiaan".
"Bukan macam tu.Siti tak kisah pun siapa dia.Yang penting boleh terima Siti seadanya."
"Dah kahwin pun belum tentu bahagia lagi."mendatar saja ayat Eiliya.
"Ehh Liya ni.Kenapa cakap macam tu?Siti tengok Liya bahagia saja."
"Siti ni.Liya cakap saja..Apa kata Siti try pikat Hazrul."cadang Eiliya.Tersipu malu Siti bila nama Hazrul disebut.
"Malu lah.Tak kan Siti nak mula kan.."Dia sebenarnya sudah lama ada hati pada Hazrul.Tapi memandangkan Hazrul rapat dengan Eiliya dia terus undur diri.
"Nak malu apanya.Siti dah kenal dia lama kan.Cuba lah.Mana tahu dia jodoh Siti."Eiliya cuba untuk kenenkan Siti dengan Hazrul.Mana tahu tersangkut.
"Rancak borak.Jom keluar lunch."celah Hazrul.
"Terkejut lahh.."kata Siti sambil menggosok dada.Terbantut dia yang tengah berborak dengan Eiliya.Nasib Hazrul tak dengar.
"Sorry ladies..saya nak ajak makan saja.Jomlah.."gesa Hazrul pada Eiliya dan Siti.
"Err..saya beli bungkus dah tadi.Siti pergilah dengan Hazrul."kata Eiliya sambil menghantar isyarat mata pada Siti.Dia sebenarnya tidak mahu kerap keluar makan dengan Hazrul.Maruah keluarga mertuanya perlu dijaga juga.Mahu satu ofis canang dia ada hubungan dengan Hazrul.Eiliya juga tidak mahu 'memberi harapan' pada Hazrul.
"Alaa..tak best lah tak ada Liya."Siti masih dalam mood malu.Nak pandang Hazrul pun malu-malu.
"Orang dah tak sudi nak buat macam mana kan,Siti."kata Hazrul.
"Bukan macam tu,saya dah bungkus tadi.Sayanglah..tak kan nak buang pulak."
"Macam tu kita pergi berdua sajalah."kata Siti.Dia mahu mencuba nasib.
Riak muka Hazrul sedikit berubah.Tak seceria tadi.
"Macam tu tak apa lah..Jom Siti."kata Hazrul sedikit kecewa.Siti mengekor dari belakang.Eiliya angkat ibu jari dan mengucap 'Good luck' pada Siti dalam isyarat.Siti tersipu.Mudahan dia berjaya memikat hati Hazrul.
"Byee..."ucap Eiliya.Biar Hazrul kecewa sekarang dari kemudian hari.Harap lepas ni Hazrul tidak menyimpan sebarang perasaan padanya lagi.
Sekali lagi Eiliya membelek henfonnya.Hampa.Satu mesej pun tak ada.Leon sudah mengalah akhirnya.Selalu time lunch macam ni Leon akan muncul di ofis mengajaknya makan bersama.Sungguh Leon sudah berputus asa untuk mengambil hati Eiliya.Cinta Leon tidak lah sehebat mana pun.Eiliya cuba memujuk hati sendiri.
Sampai di rumah Leon sudah pulang.Tetapi masih keadaan yang sama.Tidak menegur Eiliya mahu pun berbual.Leon lebih kepada hal sendiri.
Semasa menyapu losyen pada tangan,Leon sudah naik tidur atas katil.Sengaja Eiliya melambatkan diri.Leon langsung tidak menegurnya.
Tidak sibuk bertanya itu dan ini lagi kepada Eiliya.Maknanya Leon sudah tidak ada hati pada dia.
Share this novel