USAI merapikan tudung buat kali terakhir,Eiliya kalih pandang pada Leon yang masih lena di ulit mimpi.Sudah berapa kali jam di telefon bimbitnya berbunyi tapi tuan masih berdengkur.Mahu tak mahu terpaksa Eiliya kejutkan Leon juga.
"Tu lah tidur lewat lagi.Kan susah nak bangun."bebel Eiliya perlahan.
Leon tersengih dan terus masuk ke bilik mandi.Sempat dikerling jam dinding yang menginjak ke angka tujuh pagi.
Eiliya segera kemaskan tempat tidur Leon.Toto dilipat dan dimasukkan ke dalam almari.Harus simpan seperti biasa takut mama atau sesiapa masuk nanti banyak pula sesi soal jawab.
Bila dengar pintu bilik mandi di buka dari dalam terus Eiliya mencapai beg tangan dan turun ke bawah.
Leon bukan boleh.Sesuka hati dia saja nak pakai tuala keluar dari bilik mandi.
Leon tersengih melihat Eiliya yang kalut keluar dari bilik.
"Tahu takut."ejeknya sendirian.
Dia cepat memakai baju yang digosok Eiliya semalam.Setelah merapikan rambut dia ikut bergegas turun ke bawah.
Dilihat Eiliya sedang berbual dengan mama.
"Sayang..tunggu sekejap."kata Leon buatkan Eiliya terpinga seketika.
"Sekejap.. abang minum kopi dulu."beritahunya sambil duduk dan menyisip sedikit air kopi.
Eiliya sudah berada di muka pintu bersama mama.Entah apa yang dibual kan mereka berdua.Terdengar mereka ketawa kecil.Mereka kelihatan serasi dan mesra.
"Sayang tak payah drive.Pergi dengan abang saja hari ni."
"Tapi ak.."Eiliya tersedar akan keterlanjurannya.
"Abang tak ada meeting ker?"tanya Eiliya dengan lembut.Mama Leon masih setia disitu.
Leon koyak senyuman.Entah kenapa dia rasa bahagia tiap kali bila Eiliya memanggilnya 'abang'.Sedap pula dengar.
"Apa sayang cakap?"Leon sengaja bertanya lagi.
Eiliya mengetap bibir.Saja lah tu Leon nak kenakan dia depan Puan Vina.
"Abang tak ada meeting ker hari ni?"Eiliya tanya sekali lagi dengan suara lemah lembut.
"Oh.. meeting.Hari ini tak ada.Sayang boleh pergi dengan abang."kata Leon sambil menyarung kasut.
"Bagus lah tu.Pergi dan balik bersama.Liya tak payah susah-susah nak drive."sokong mama.
Eiliya tiada pilihan dan alasan.Terpaksa naik dengan Leon.Ini pertama kali dia menumpang kereta Leon.
"Bye mama.Kami pergi dulu."Eiliya dan Leon menyalami tangan Puan Vina.
"Bye.Bawa kereta jangan laju sangat.Ingat isteri dekat sebelah tu."pesan Puan Vina bersama kenyitan mata.
Eiliya tersenyum sambil melambai tangan pada Puan Vina hingga hilang dari pandangan.
Leon di sebelah masih senyum sengih.Entah apa yang buat dia gembira sangat pagi ni.Mungkin kesan dari berjumpa kekasih hati semalam.
"Nanti dekat ofis pun kau panggil aku abang tau."kata Leon sambil meneruskan pemanduan.
"Kena juga ker?Tak boleh ker panggil macam biasa.Encik Leon."Eiliya buat muka kurang senang dengan permintaan Leon.
"Ehh...tak boleh.Kita kan masih pengantin baru.."jawab Leon menyakinkan.
Perlu ker?Bukan pengantin betul pun.Eiliya malas sebenarnya mahu 'bermesra' di khalayak ramai.Bagi dia tak penting semua itu.
"Tengoklah kalau perlu."jawab Eiliya bersahaja.
"Sayang ni...mana boleh tengok-tengok.Kena lah guna selalu baru lah menjadi."
Eiliya buat muka geli.
"Dah la Leon.Aku malas nak layan kau. Tak ada sesiapa nak tanya pun kalau panggil macam biasa.Ofis tempat kerja kita kan.Nanti orang cakap aku mengada pula."
Eiliya tidak mahu di cop sebagai pekerja mengada.Walaupun dia sudah menjadi isteri Leon tak bermakna dia sewenangnya menunjukkan yang dia ada hak di situ.
"Kau ni aku nak manja sikit pun tak boleh."kata Leon.
"Kalau kau nak manja bukan dengan aku tapi Hana."
Terus Eiliya cepat keluar dari kereta.Ketika itu sudah sampai di tempat pakir.
"Eh Liya.Tunggulah."tak sempat Leon nak kejar,Eiliya sudah masuk ke dalam perut lif.
Nasib lif ada dua.Kalau tak jenuh dia mahu menunggu.
Leon nampak Eiliya tergesa-gesa mengakses kad kerjanya.Segera dia menghampiri.
"Liya aku suruh tunggu kan tadi."bisiknya ke tepi telinga Eiliya yang ditutupi dengan tudung.
"Aku takut gaji kena potong.Kau tu bawa kereta macam siput.Esok aku nak datang sendiri."balas Eiliya kembali.
Terus dia berjalan ke meja kerja nya.Leon hanya memandang Eiliya yang tidak kalih pandang dia langsung.
Eiliya memang begitu kalau bab kerja dia tak akan main-main.Sebab itu papa sayang pada dia.
Masing-masing sibuk dengan kertas kerja hinggalah tiba waktu pulang.Suasana pejabat menjadi lenggang.
Sedari tadi Eiliya menunggu Leon namun tuan tubuh masih belum muncul.Entah apa yang Leon dalam bilik ofis.Kak Rina selaku setiausaha Leon juga telah pulang.Tak kan kerja dia tak habis lagi.
Perlahan Eiliya mengetuk pintu bilik kerja Leon.Kedengaran suara Leon menyuruh dia masuk.
"Encik Leon banyak kerja lagi ker?"tanya Eiliya dengan formal.
Leon buat muka cemburut.Sudah lah tengahari tadi Eiliya tidak pedulikan dia.Baru saja dia nak ajak Eiliya makan sekali,gadis itu sudah keluar terlebih dahulu bersama rakan sekerja yang lain.
Termanggu Eiliya menunggu jawapan dari Leon.Beberapa minit menanti Eiliya sudah bosan.
"Kalau kau banyak kerja tak apa lah.Aku balik naik grab."
"Jangan pandai-pandai.Nanti papa mama tahu teruk aku kena marah."
Ada pula suara ingat dah tak nak cakap tadi.Entah apa yang Leon tengah tulis atas sekeping kertas itu.
"Kau ni kenapa?Gaduh dengan buah hati ker?"tanya Eiliya.
"Mana ada.Aku dengan Hana okey saja."
"Dah tu.Apasal muka macam tu?"
Muka Leon masih masam mencuka.
"Aku marah dekat kau!"
"Dekat aku!?"Eiliya tunding jari ke dirinya.
"Kenapa pulak?"tertanya Eiliya.Rasanya dia tak buat salah.Dari pagi sampai ke petang sibuk dengan kerja.
"Waktu lunch tadi kenapa kau tak tunggu aku.Kau dah lupa 'suami' kau ni."suara sedikit merajuk.
"Lahh.. pasal tu rupanya.Aku betul-betul lupa.Selalu kita mana pernah makan sekali."Ingatkan pasal apa tadi.Fuhhh...kuss semangat.
Merajuk pulak Leon ni.Memang padan sangat dengan si Hana tu.Sama-sama kuat merajuk,ejek Eiliya dalam hati.
"Kau nak papa perasan pasal kita."
"Tak kan pasal tak makan sekali papa kau nak syak.Tak logik lah."dalih Eiliya.
"Mestilah.Kita kan baru kahwin.Feel pengantin baru tu kena ada."tegas Leon sambil menyimpan kertas kerjanya.
Eiliya mengetuk jari ke dagu nya.Ada betul juga.Macam mana aku boleh tak terfikir langsung.Boleh pulak aku lupa dia.Eiliya rasa mahu ketawa namun dia matikan niat bila muka Leon masih mencuka.
"Okeylah.Esok kita lunch sama."jawab Eiliya sambil senyum pada Leon.
Leon kembali senyum.Tak jadi merajuk lama.
"Esok jangan kau buat-buat lupa pulak."pesan Leon.
"Ya lah..dah jom balik.Kerja lebih masa bukan bos nampak pun."
"Amboi mengata aku pulak."
Eiliya terkekek ketawa.
"Malam ni bagi aku tidur atas katil pula.Sakit lah badan aku tidur bawah."adu Leon dengan wajah berkerut.
Ketika itu mereka di dalam kereta dalam perjalanan pulang.
"Habis tu aku nak tidur mana?"
"Macam biasa kau tidur bawah pula.Kita tukar tempat."
"Kau ni nama saja lelaki.Badan berketul-ketul pun sakit tidur bawah."Eiliya mencebik.
"Mestilah.Kau ingat badan aku ni tak ada urat tulang semua.Mestilah rasa sakit."
"Ya lah.Kau tidur lah atas pula."Eiliya mengalah.
Leon tersenyum sinis.
"Aku ada idea.Apa kata kita kongsi katil..Lagipun jimat masa.Tak payah susah nak kemas pagi-pagi."Leon kulum senyum mahu melihat reaksi Eiliya.
Laju Eiliya menggeleng.
"Kau jangan nak cari nahas!"penumbuk di tunjuk.
Leon ketawa.
"Bagus apa idea aku.Kita tidur sebelah-sebelah.Aku pun tak sakit badan,kau pun tak payah tidur bawah.Lagi pun ruang atas katil aku tu luas.Muat untuk kita dua orang."Leon cuba memancing.Tujuan dia mahu menyakat Eiliya.
"Aku lebih rela tidur dekat bawah dari tidur sebelah kau."
"Tawaran terhad untuk malam ni saja.Jangan esok kau mengadu sakit badan pula."
"Jangan mimpi aku nak tidur sebelah kau!"kata Eiliya dengan geram.
"Okey.Terima kasih isteri ku sayang sebab bagi abang tidur atas.Jangan lupa cuci kaki sebelum tidur.Takut menggigau tersilap tempat tidur.Aku tak tanggung kalau kau terpeluk aku."bersama ayat itu Leon terkekeh ketawa.
Eiliya malas mahu menjawab.Nanti ada saja alasan untuk Leon kenakan dia.
Share this novel