BAB 23

Drama Completed 49800

SEMALAM merupakan hari yang paling perit dalam hidup Eiliya.Dia baru sahaja kehilangan papa.Tak cukup dengan itu kenyataan yang baru dia terima sangat memilukan hati.

Dia bukan anak kandung mama!Dia bukan anak Puan Nirma!Nama ibu Eiliya yang sebenar Aishah binti Yusuf.

Patutlah selama ini mama membencinya.Rupa nya ada kisah yang terjadi dalam hidup mereka.

Sudah berjujuran airmata yang mengalir.Kesedihan di hati tidak dapat di kawal.Baru kini dia mengerti kenapa mama tidak melayan dia seperti adik beradiknya yang lain.Anak kandung mama hanyalah abang El dan kak Eira!

Mama juga menuduh Eiliya sebagai seorang perampas.Tuduhan itu bukan saja untuk dia tetapi untuk arwah ibunya juga.

Eiliya tidak pasti sama ada arwah ibunya adalah seorang wanita perampas seperti yang Puan Nirma katakan.

Air pancutan hujan yang mengalir laju tidak lah selaju airmata Eiliya yang mengalir turun.Semalam tidurnya hanya ditemani airmata.Kehilangan papa masih belum hilang diganti pula dengan kenyataan baru.Kenyataan yang meragut seluruh tangkai hati.

Kenapa arwah papa merahsiakan dari dia?Kenapa tidak berterus terang selama ini dan membiarkan kemarahan mama terlampias pada dia?

Meletakkan punca segala masalah pada orang yang telah meninggal sudah tiada berguna.Arwah ibu kandung Eiliya meninggal sewaktu melahirkan Eiliya.Selama Eiliya membesar dia hanya kenal seorang ibu,iaitu mama.

Walaupun mama tidak pernah menunjukkan kasih sayang terhadapnya,Eiliya tetap menghormati dan menyayangi mama.

Selama ini memang Eiliya tertanya kenapa mama selalu lebihkan kakak Eira dalam segala hal.Dia akui selama membesar bersama mereka,dia yang banyak terasa hati dengan sikap berat sebelah mama.Dia makan hati melihat kakak Eira selalu mendapat tempat di hati mama.Malah perhatian mama lebih tertumpu kepada kakak Eira,sedangkan dia selalu tersisih.Dia hanya mampu mendiamkan diri.Tidak berani mempersoalkan.

Kini segalanya telah terbukti,persoalannya selama ini akhirnya terjawab sudah.Dia bukan lahir dari rahim Puan Nirma.Kerana terpaksa mereka memalsukan sijil lahirnya.Ketika itu bapa Puan Nirma sangat berpengaruh tinggi.Tiada siapa berani membocorkan rahsia keluarga mereka.

Dendam Puan Nirma sebenarnya pada ibu kandung Eiliya.Tapi ini sangat memberi kesan buruk kepada Eiliya.Bukan dia mahu salahkan ibu yang melahirkan tetapi dia tidak tahu dari mana cerita ini bermula dan bagaimana ia terjadi.

Eiliya terduduk lesu di lantai bilik mandi.Hati dia ibarat retak berkecai-kecai.Memang payah untuk merima kenyataan yang amat memeritkan ini.Bertalu-talu kesedihan yang dia alami sekarang.

Masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak masuk ke pejabat.Emosinya benar-benar terganggu.Dia tak tahu macam mana mahu berhadapan dengan keadaan keliling.

"Kau okey tak ni?"tanya Leon sebaik nampak Eiliya keluar dari bilik mandi.

"Okey."jawab Eiliya bersama anggukan kecil.Matanya kelihatan bengkak kerana terlalu banyak menangis.

"Mama ada bagi bihun sup tadi.Kau pergilah makan."

Mama mertuanya sangat perihatin.Selalu sangat mengirim makanan buat dia.Lega sedikit perasaan yang sedang gundah gulana.Masih ada insan lain yang perhatin terhadap dia.

Eiliya melangkah dengan longlai menuju ke dapur.Sup di dalam periuk di cedok ke dalam mangkuk.Perlahan disuapkan ke mulut.Masih panas.Tentu Leon yang memanaskannya.

Leon hanya melihat dari ruang tamu.Mahu mendekati dia takut Eiliya tidak selesa.

Masih terbayang dimata sewaktu kejadian di rumah keluarga mertuanya.
Patutlah layanan mama mertuanya pada Eiliya jauh berbeza dari Eira.
Dia sendiri tidak menyangka yang Eiliya bukan anak kandung mama Nirma.

Ditinggalkan Eiliya keseorangan di meja makan.Dia naik ke bilik.Masalah dengan Hana juga masih belum selesai.Serabut kepala bila memikirkan.

"Abang kesian saya tengok Liya.Kenapa lah Ima tu kejam sangat.Sampai tak sabar nak bagitahu perkara sebenar."Puan Vina medengus.

Dia sendiri rasa marah bila Nirma mengusir Eiliya dari rumah agam itu.

"Tu lah.Abang pun tak sangka Ima bangkit kan hal itu sedekat ini.Dah la arwah baru meninggal."

Songkok di kepala diletakkan atas meja solek.

"Tak patut Ima beritahu hal sebenar pada masa yang ta sesuai.Kesian Liya.Sedih kehilangan papa tak habis lagi,sambung pulak dengan kenyataan dia bukan anak kandung Ima."

"Itulah..separutnya biar keadaan tenang dulu baru bagitahu.."

"Saya rasa Ima dah lama berdendam pasal hal ini.Abang perasaan tak sikap Ima selama ini pada Liya macam tak sudi."

Encik Bad terdiam seketika.Bukan dia tak perasaan malah pernah beberapa kali kebetulan Ima marahkan Eiliya.Pada hal kecil saja kesalahan yang dibuat.Masa itu dia nampak seperti mengajar.Tetapi bila difikirkan balik,memang ketara sikap Ima pada Eiliya.

"Kenapalah Ima masih rak boleh lupakan hal lalu?Tak patut dia salahkan Liya."

"Arwah pernah dahulu mahu memberitahu Eiliya hal sebenar tapi belum sampai waktu yang sesuai katanya.Tak sangka arwah tak sempat jugak..."

"Entah lah abang..saya kesiankan menantu kita.Kalau boleh saya tak nak bagi dia sedih.."

"Abang tahu Liya kuat.Nanti kita pergi rumah Leon.."

"Okey juga..tak ada lah Liya rasa sedih..saya sayangkan Liya.Dia dah maxam anak sendiri..."luah Puan Vina.

Sayu hati melihat linangan airmata Eiliya.Kalau dia ditempat Eiliya sudah tentu dia akan meraung sekuat hati.

"Kisah dah lama...sepatutnya Ima cakap hal sebenar.Bukan buatkan Eiliya bersedih.."

Encik Bad mengeluh.

"Saya rasa Ima tak habiskan cerita dia.."

"Itu lah..apa yang kita dengar hanya separuh.Kenaoa dia tak ceritakan semuanya.Siapa yang salah sebenarnya.."

"Ikut hati mahu saja saya cerita perkara sebenar pada Liya.."

"Buat masa sekarang jangan lagi.Kita biar keadaan tenang balik.."cadang Encik Bad.

"Ya lah..."Puan Vina ikut setuju.

"Leon ada bagitahu apa tak pasal Liya?"

"Tadi dia datang.Dia kata Liya masih berkurung dalam bilik.."

"Leon kena mainkan peranan.Jangan biar Liya sorang diri.Dia mesti sedih sekarang ni.."

"Saya dah cakap pada Leon tadi.Dia kena temankan Eiliya.Abang pun jangan lah bagi Leon kerja banyak sangat.Biar dia temankan Liya.."

"Ya lah.."

"Walau apa pun terjadi Liya tetap anak menantu kita.Kita jangan abaikan dia.Saya sayangkan Liya.."

"Abang tahu..."

Leon mundar mandir di dalam bilik.Duduk tak kena.Baring lagi tak kena.Dia jadi gelisah.Sejak peristiwa malam itu sampai sekarang Eiliya terus berdiam diri.

Salah dia juga!

Nak cakap suka pun tidak nak cakap tak suka pun tidak.Dia sendiri yang tergoda dan menggoda Eiliya.

Yang hairannya Eiliya seperti merelakan walaupun mulanya Eiliya menolak.

Kejam kah aku buat dia macam tu?

Tak salah dia isteri kau,Leon.Itu tanggungjawab kau dan dia.Kau berhak!

Tapi aku masih cintakan Hana.

Eiliya wanita yang kau patut pilih.

Hana cinta sejati aku.

Eiliya ada keistimewaan tersendiri yang tak ada pada wanita lain.

Hana pun ada.

Apa yang dia ada?

Cantik.Baik.

Eiliya lagi lengkap segalanya.Cantik...baik..suci..

Tapi macam mana dengan Hana?

Tanya hati kau Leon.Siapa yang sepatutnya ada di situ?

Hana?Eiliya?

Tapi kau dah meniduri Eiliya.Kau cintakan Eiliya sebenarnya.

Leon tersedar.Rupanya dia bermimpi.Berpeluh dahinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience