BAB 53

Drama Completed 49800

"LIYA...." panggil Leon berulang kali.

Eiliya enggan berpaling.Dia tahu Leon tengah berdiri di belakangnya sahaja.Pulang dari rumah Puan Vina tadi,Eiliya tidak banyak cakap.Dia berasa terlalu penat sangat.Penat melayan gangguan mental dan emosi.

"Awak nak makan saya ambilkan?'tanya Leon.Tadi mereka tidak sempat untuk makan di rumah Puan Vina.

Eiliya membisu.

"Liyaa..."panggil Leon sekali lagi.

"Leon,saya penat.Saya nak bersendirian.Jangan ganggu saya."

Baru setapak Eiliya melangkah,tangannya sudah di paut Leon.

"Leon.. jangan ganggu saya.Saya betul-betul penat."lirih sekali suara Eiliya.

Leon tidak tunggu lama, terus dia menarik Eiliya ke dalam pelukkannya.Memeluk Eiliya dengan erat.Dia tahu Eiliya perlukan sedikit kekuatan.Kehangatan tubuh Leon sedikit sebanyak meresap ke dalam tubuh Eiliya.Menyalur segala kekuatan yang ada.Eiliya benar-benar pelukan seseorang untuk dia berkongsi segala emosi yang sedang bergelumang di dalam dirinya.Rasa macam tak mampu untuk berdiri tegak lagi.Bila-bila masa saja akan tumbang.

Lama mereka berpelukan hingga Eiliya sendiri menolak tubuh Leon menjauhinya.Dia baru tersedar akan keterlanjuran mereka.Tak sepatutnya mereka berada di dalam situasi begini.

Wajah Eiliya bertukar gelisah dan ketakutan.Dia takut peristiwa lama berulang kembali.

"Liya.."Leon cuba pegang tangan Eiliya.Namun Eiliya cepat tepis.

"Jauhkan diri awak dari saya!"Eiliya mengundur setapak dua.Apa yang perlu dia lakukan adalah jauhkan diri daripada Leon.

"Liya,awak perlukan saya."Leon cuba memujuk.

"Bukan awak Leon.Semua ini salah!"tergeleng kepala Eiliya menidakkan segala perasaan yang mula wujud pada Leon.

"Tak salah Liya.Saya suami awak."

"Jangan jadikan peristiwa lalu berulang kembali!Cukuplah Leon saya dah lelah dengan semua ini!"Eiliya betul-betul terluka.Hatinya sudah hancur.

"Saya sayangkan awak,Liya."ucap Leon.

Eiliya tutup kedua belah telinga.

"Jangan cakap lagi!Saya benci dengar!Sebab perkataan ini lah yang buatkan saya menderita!"Eiliya sudah tidak tahan.Terhambur segala tangisan dan perlahan jatuh terduduk ke lantai.

"Liya,saya tak bohong.Saya sayangkan awak.Saya cintakan awak,Liya."ucap Leon dengan bersungguh.Dia turut duduk melutut di hadapan Eiliya.

"Sudah Leon!Tak cukup lagikah awak seksa hati saya dulu.Sekarang awak nak buat lagi!Awak memang tak ada hati perutkan..Lepas awak dapat semuanya dari saya,awak tinggalkan saya macam tu saja!"tangisan semakin kuat.

"Saya keguguran..Saya tak ada sesiapa.Suami saya buang saya macam sampah.Saya hanya tempat untuk awak lepaskan masalah.Awak tak pernah fikirkan perasaan saya!Awak langsung tak kisah pasal saya!Awak biarkan saya pergi tanpa sebarang rasa belas kasihan mahupun sayang!Sekarang awak kata cintakan saya!?"merah mata Eiliya.Terhambur segala yang sisa yang terbuku di hati.

"Liya..abang minta maaf..Abang berdosa dengan Liya.Dengan anak kita.."Airmata Leon pula bergenang.Dia tak sanggup melihat Eiliya berada dalam keadaan begini.

"Semua dah berlalu.Hati saya sakit sangat.Awak tak pernah langsung ambil kisah pasal saya.Awak sibuk dengan Hana.Awak sibuk kejar cinta Hana.Kenapa sekarang baru awak sedar?Awak dah terlambat,Leon."

Eiliya menangis teresak-esak.Lencun tudung yang dipakai dek air mata yang mencurah-curah tanpa henti.

"Liya..maafkan abang.Abang perlukan Liya.Abang sedar abang dah banyak luka kan hati Liya.."

"Hati saya dah tertutup untuk awak.Saya dah buang segala perasaan yang pernah wujud untuk awak!Jadi memang tak ada guna untuk awak simpan saya lagi."

"Abang merayu sangat...Maafkan abang...Abang tak akan sia kan Liya lagi."

"Saya tak boleh paksa hati saya untuk cintakan awak lagi.Awak dengarkan tadi..saya dah tak ada sesiapa lagi untuk bergantung harap.Ibu.. papa semua dah tinggalkan saya.."Eiliya merintih sayu.

"Jangan cakap macam tu.Abang ada.Abang akan jaga Liya.Abang tak akan tinggalkan Liya seorang diri lagi.."Leon terus peluk Eiliya seeratnya walaupun Eiliya menolak.

Eiliya cuba meronta untuk leraikan pelukan.tetapi Leon ketatkan lagi pelukan hingga tiada ruang untuk dia lolos.Akhirnya Eiliya mengalah.Membiarkan dirinya berada dalam pelukan Leon.Menangis keduanya.

Eiliya dengan hati yang terluka.Leon dengan seribu penyesalan.

Rasa selamat..rasa dilindungi..rasa disayangi..rasa dihargai..dicintai..Itu yang Eiliya rasa bila berada dalam pelukan Leon.Dia memang tak boleh tipu diri sendiri.Hati dia tahu apa yang dia mahu kan.

Mata Eiliya ikut terpejam menghayati kehangatan tubuh Leon.Dia rasa tenang seketika.Hilang segala sedih pilu yang ditanggung.

Leon kucup dahi Eiliya lama bersama titisan airmata.

"Maafkan abang..abang tak sepatutnya abaikan Liya lagi.Abang sayang kan Liya lebih dari nyawa abang sendiri."akui Leon.

Eiliya masih menangis di dada Leon.Lenyap segala masalah yang membelenggu jiwa.Ajaib sekali.Dia seolah baru terjaga dari mimpi.

"Abang janji tak akan tinggalkan Liya lagi..abang akan jaga Liya..Maafkan abang kerana lambat tahu.Abang akan tebus balik segalanya...percayalah Liya..abang cintakan Liya..sayangkan Liya..."ucap Leon entah kali yang ke berapa.

Leon meraup mukanya.Airmata yang turun diseka.Dia dapat rasakan kesedihan yang Eiliya tanggung selama ini.Andai boleh diputar kembali masa lalu,dia tak akan biarkan semua ini menimpa Eiliya.

"Liya cakap sayang,apa yang boleh abang buat untuk kembalikan cinta Liya...abang sanggup buat apa saja..tapi jangan minta abang lepaskan Liya..Liya adalah segalanya untuk abang..Demi Allah,abang sayangkan Liya..abang cintakan Liya.."ucap Leon berkali-kali bersama tangisan kecil.Dia sudah tidak sanggup untuk kehilangan Eiliya buat kali kedua.

"Abang tahu Liya masih marah kan abang..Bukan mudah untuk Liya lupa kan apa yang telah terjadi..abang faham..abang cuma minta Liya jangan pergi tinggalkan abang.."rayu Leon.

Tersedu sedan Eiliya menangis.Segala kesedihan dan kekecewaaan turut terhambur.Di dada Leon dia menangis memuntahkan segala kesedihan yang di pendam selama ini.

Leon pegang muka Eiliya yang basah.Mata Leon menatap sayu ke dalam mata Eiliya.

"Percayalah abang hanya cintakan Liya.."ucap Leon lagi.Pipi Eiliya dicium.Kedua wajah mereka dihujani dengan airmata.

Eiliya masih terkedu dengan pengakuan Leon.Dia hanya mampu menangis.Leon juga begitu.Dua kali sudah Leon menangis kerana dia.Bukan senang untuk melihat seorang lelaki menangis.Leon sudah membuktikan yang dia benar menyesal melepaskan Eiliya dulu.Jauh di lubuk hati Leon dia berharap Eiliya akan kembali mencintai dia.Dan dia akan membalas dengan rasa cinta yang paling berharga.

Mereka masih duduk di atas lantai sambil bersandar pada tepi katil.

"Liya tahu tak apa yang abang kesalkan?"tanya Leon sambil mengenggam jari jemari Liya.Ketika itu keduanya sudah kembali tenang.

Eiliya kalih pandang pada Leon.Pandangnya jatuh pada tangannya yang berada dalam genggaman Leon.Erat sekali Leon pegang.Sejak dari menangis tadi Leon tidak mahu melepaskan tangan kanan dia.

"Abang menyesal lepaskan Liya..baru abang kenal erti cinta sebenar..abang selalu teringatkan Liya.hati abang ni rasa sesuatu bila tak dapat tengok Liya..Sebab tu hari-hari abang datang ofis Liya..masa tu abang dah hilang rasa malu pada papa atau sesiapa pun..yang penting abang dapat jumpa Liya.."

"Abang tak kisah Liya nak cakap apa pada abang..muka tembok ker muka batu pun abang terima..abang tahu Liya marahkan abang..bencikan abang..abang dah tekad mahu rebut balik hati Liya."kata Leon bersungguh.

Leon usap belakang tangan Liya dengan ibu jarinya.Satu perasaan halus meresap ke dalam jiwa Eiliya.

"Abang cemburu bila ada lelaki lain rapat dengan Liya..abang terpaksa guna cara lain untuk dapatkan Liya..."luah Leon.

Eiliya pandang ke muka Leon.Mencerlung mata Eiliya terbayang kembali peristiwa di mana dia diperangkap oleh Leon.Mujur tidak terjadi sesuatu yang tak diingini.

"Abang tahu salah.. tapi abang dah tak ada jalan lain..Liya langsung tak nak bagi abang peluang..Itu saja jalan yang abang ada untuk dapatkan Liya
."Leon sudah tak ada pilihan lain.Macam tahu saja apa yang Eliya tengah fikirkan.

Eiliya hanya diam mendengar segala luahan Leon.

"Abang rasa gembira sangat bila Liya dah jadi milik abang semula walaupun bukan sepenuhnya.."

"Saya tak sepatutnya ada dekat sini.."Eiliya mula bersuara.

"Liya yang paling layak.Tak ada sesiapa pun.Masa abang demam Liya yang jaga abang walau Liya masih marahkan abang..Abang hargai sangat.."

"Saya hanya jalankan tanggungjawab saya.."

"Abang tahu Liya nak cakap apa.Liya nak cakap sebab mama kan.Tapi abang tahu Liya buat bukan sebab mama tapi sebab tanggungjawab Liya sebagai isteri walaupun tidak lengkap sepenuhnya."

"Liya tahu tak betapa terseksanya abang bila kena berlakon tak endahkan Liya?Hanya Allah saja yang tahu betapa tak kuatnya abang.Abang buat macam tu sebab abang nak tahu betul kah Liya tak ada perasaan pada abang."

Eiliya masih tersedu sedan.

"Abang tak silap.Liya masih cintakan abang cuma Liya yang menafikan.Abang banyak buat Liya terluka.Sebab tu sama kan.."kata Leon seyakinnya.

Eiliya teringatkan sesuatu.

"Awak dah ada orang lain kan..,,?Kenapa masih nak permainkan perasaan saya lagi."

"Sumpah Liya.Abang hanya ada Liya saja."Leon angkat tangan ke atas.

"Awak sengaja kan.Saya nampak awak dengan dia."muka Eiliya kembali keruh.

"Siapa?"Leon senyum nipis.

"Dia tu la..girlfriend baru awak."suara Eiliya pun sudah bertukar serak.

Leon ketawa kecil.Eiliya cuba menahan diri dari menangis.Dia tak mahu terlihat cemburu.

"Abang tak sempat nak kenalkan Liya dengan dia..Liya cemburu kan.."Leon tahan gelak.

"Mana ada.Perasan lah awak ni.Ikut suka awak lah nak ada girlfriend ke apa.Saya tak kisah pun.."walahal dalam hati sudah berasap tunggu masa nak meletup.

"Betul ni Liya tak cemburu?"tanya Leon sengaja mahu menduga hati Eiliya.

"Betullah.."Eiliya pandang arah lain.Mulut tu dah muncung.

"Liya tak nak tahu siapa dia?"Leon sengaja nak kucar kacir kan hati Eiliya.

"Tak nak.Dah la..lepas tangan saya.."

"Tak boleh lepas selagi sayang tak dengar penjelasan abang dulu."

Eiliya cuba tarik tangannya kembali tetapi Leon enggan melepaskan.

"Saya tak nak dengar kisah awak dengan dia."

Eiliya masih bergelut mahu lepaskan tangan.Leon tetap tak mahu lepaskan.Terus Leon peluk Eiliya dengan ketat.

"Lepaslah.."Rontaan Eiliya tidak berjaya.Mana nak terdaya tenaga perempuannya.

"Sayang..abang tak pernah terfikir pun nak dua kan sayang atau ada orang lain.Liya hanya satu dalam hati abang.Perempuan yang Liya nampak hari tu,sepupu abang.Anak uncle Khai yang tinggal dekat Australia.Dia dah kahwin pun."jelas Leon.Dia tidak mahu 'berahsia' lagi.

Muka Eiliya masih cemburut.Ingat senang Leon nak gula-gulakan dia.

"Awak cakap lah apa pun saya tak akan percaya.Saya tak kisah lah awak dengan sapa pun.."kata Eiliya dengan geram.

"Ya ker sayang tak kisah.Abang tengok sayang gelisah saja..makan pun tak lalu..kesian Siti kena habiskan.."Leon kulum senyuman.

Eiliya pandang muka Leon.Bila dengar nama Siti dikaitkan.Mustahil Leon tahu dia tak habiskan makanan.Berjarak juga meja mereka.Lagipun Leon sibuk 'berdating'.

"Kenapa pandang abang macam tu?"

"Macam mana awak tahu saya makan tak habis?"

Leon senyum simpul.

"Sayang tanyalah Siti..tapi jangan marah dia.Abang yang rancang semua.Abang nak tengok sayang cemburu tak tengok abang dengan orang lain.Abang dah tahu jawapannya."Leon senyum.

Eiliya membungkam.Dia kena scam rupanya.Siti awak pun sama berpakat dengan Leon.Patut beria sangat ajak keluar.Siap puji lagi perempuan bersama Leon.Patutlah Eiliya hairan macam mana boleh Leon ada di situ.Pandai Siti berlakon.

"Kenapa dia datang rumah mama?"soal Eiliya ingin tahu.Biarlah Leon nak cakap dia cemburu ker apa.Memang dia cemburu pun!

"Oh..Zya ker?Lupa pulak abang nak kenalkan.Nama sepupu abang Zya.Dia datang dengan suami dia.Mesti sayang tak perasan kan.Suami dia ada dalam kereta."

Eiliya cuba mengimbas kembali semasa dia lari keluar dari rumah Encik Bad.Terserempak dengan Zya di muka pintu.Eiliya terus masuk dalam kereta Leon.Eiliya perasan juga enjin kereta Polo sedan putih di tepi kereta Leon masih berbunyi.Sebab cermin gelap jadi dia tidak nampak orang di dalam.

"Liya rasa kalau abang bawa balik orang lain,mama tak marah.Mati mama kerjakan abang.Liya kan menantu kesayangan dia."Leon sambung tersenyum.

Eiliya diam sejenak.Tak kan Leon nak tipu.Dengan Hana pun Puan Vina naik hantu ini kan pula orang lain.

"Kalau sayang tak percaya,kejap abang call mama."Leon keluarkan telefon bimbit dari poket seluarnya.Terus dia mendail nombor Puan Vina.

"Hello mama.Zya dengan Naz dah balik ker?"Leon sengaja buka pembesar suara.Biar Eiliya dengar sama.

"Dah balik pun.Tak sempat nak kenalkan dengan Liya.Nanti Leon bawa Lya pergi rumah uncle Khai.Kita pergi sama-sama."kata Puan Vina di hujung sana.

"Itu lah.Zya pun ada cakap macam tu.Uncle Khai nak juga kenal dengam menantu mama.Insyallah... nanti kita pergi ya."

"Liya macam mana?Mama risau lah..Tak sangka mama mentua kamu masih tak dapat terima Liya.Keras betul hati dia.Mama cuba nak rapatkan diaorang balik.Tapi lain pula jadinya.Salah mama.. buat Liya sedih.."kedengaran sayu suara Puan Vina.

"Mama..Liya dengar ni.Mama cakap lah.Leon buka load speaker."beritahu Leon.

"Liya..maafkan mama.Mama tak sangaka mama Liya masih macam tu.Mama tak ada niat nak buat Liya sedih.Liya jangan ambil hati ya..Mama doakan mama Liya terbuka hati untuk terima Liya.."ucap Puan Vina dengan sebak.

"Mama...bukan salah mama pun..biarlah mama.Liya tak nak paksa sesiapa untuk terima Liya..Mama kan ada untuk Liya.."Eiliya menangis kecil.

"Liya sayang..jangan menangis..mama sentiasa ada untuk Liya.."Puan Vina turut menangis di hujung sana.

"Leon.. tolong peluk Liya untuk mama.Mama sayangkan Liya.Papa sayangkan Liya.Semua sayangkan Liya..Ingat tu..kami sentiasa ada untuk Liya..Mama letak dulu..nanti kita jumpa..bye."Terus Puan Vina matikan talian.Mungkin terasa bersalah pasal tadi.Niat yang baik tidak di alukan.

Leon masih memeluk Eiliya dengan erat sambil mengusap belakang Eiliya.

"Abang tahu sayang kuat..jangan putus asa.Nanti kita cuba pujuk mama sayang.Sayang jangan sedih lagi..."pujuk Leon.

Habis satu muka Eiliya yang lencun demgan airmata,dihujani pula dengan ciuman Leon.Eiliya sudah tidak menolak lagi.Dia sangat perlukan Leon.

Lama juga mereka berkeadaan begitu hingga Eiliya mahu bangun.Punggung pun dah rasa kebas kerana duduk terlalu lama.

"Sayang nak pergi mana?"cuak muka Leon tengok Eiliya bangun berdiri.Dia pun ikut bangun.

"Nak ikut ker?"tanya Eiliya dengan suara serak.

"Nak."Leon angguk laju.

"Orang nak pergi bilik air lah.."Eiliya kulum senyum.Leon ingat dia nak lari agaknya.

"Nak ikut juga."Leon buat muka comel.

"Isshh...dia ni.Orang nak pergi tandas lah.."niat nak sakat Leon tapi dia pula yang terkena balik.Bukan boleh percaya Leon ni.Silap haribulan dia masuk sekali.

"Bolehlah sayang...abang takut sayang lari.."

"Nak lari macam mana..semua tertutup.Dah la awak ni jangan berani nak ikut saya."Eiliya terus masuk dan menutup daun pintu.Tersenyum dia seorang diri di sebalik pintu bilik air.Sungguhnya dada dia sudah lapang.Selapang padang bola.

bab ini paling panjang yg sis pernah tulis :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience