BAB 5

Drama Completed 49800

"LEON! bangunlah...apasal liat sangat kau ni."marah Eiliya.

Sudah di kejut beberapa kali pun Leon masih belum bangun.Hanya tubuhnya saja yang bergerak kecil.

"Leon..kalau kau tak bangun juga..aku simbah kau dengan air!"ugut Eiliya.

Lagi lima minit pukul tujuh pagi.Dari pukul enam setengah tadi Eiliya cuba kejutkan masih tiada tanda Leon mahu bangun.

"Baik!kau tak nak bangun kan.Aku simbah air ni."Eiliya terus pancutkan botol spray air ke muka Leon.Ingat dia berani ker nak simbah guna baldi.Kang 'lion' mengamuk pulak.

Automatik Leon terus duduk.Dia ingat betul Eiliya simbah air sebaldi tadi.Nasib hanya percikan kecil.

"Liya apa ni?Habis basah muka aku."Leon sedikit marah.Tidurnya terganggu.

"Kau ni memang jenis liat nak bangun ya.Subuh pun nak habis!"rungut Eiliya.

"Kenapa tak kejut aku."Leon terus menonong masuk ke bilik mandi.

Tak sampai lima minit dia keluar semula dengan hanya sehelai tuala terlilit di pinggang.

Terbeliak bilik mata Eiliya.Suka hati saja Leon keluar macam tu.

Leon tanpa rasa bersalah terus mendapatkan pakaian di dalam almari.

Leon ni kan.Eiliya sedikit marah.Dah pesan bawa baju sepsiap masuk bilik mandi.Dah la air rambut masih menitis.Dengan badan berketak macam tu.Ingat hensem sangat lah tu.

Eiliya tidak menunggu lama,terus dia keluar dari bilik dan menuju ke bawah.

Tak tentu arah dia berjalan.Terus kaki di bawa ke ruang tamu.Duduk di situ sebentar sambil melihat ke luar jendela.

Encik Bad berdehem.

"Eh.. papa rupanya."tegur Eiliya sambil tersenyum manis.

"Awal Eiliya bangun.Mana Leon?"tanya bapa mertuanya.

"Ada dekat atas."jawab Eiliya penuh sopan.

"Mama ada dekat dapur.Kata nya nak buat nasi lemak sambal sotong."

"Ya ker.Liya ingat mama dalam bilik.Macam tu Liya pergi tolong mama lah."kata Eiliya.Segan juga dia mahu berbual sendirian dengan bapa mertua.

"Mmm...pergilah.Papa nak tengok tv kejap."

Eiliya terus masuk ke bahagian dapur.Bau semerbak nasi lemak memenuhi ruang dapur.

Dilihat Puan Vina sedang sibuk menumis cili ke dalam kuali.

"Assalamualaikum mama.Selamat pagi."ucap Eiliya.

"Waalaikumusalam.Lah dah bangun.Awal lagi ni."

"Liya memang dah terbiasa.Lepas subuh memang tak tidur dah."beritahu Eiliya.

Puan Vina sibuk mengacau cili sambil di bantu pembantu rumah.

"Liya nak tolong."Eiliya menawarkan diri.

"Tak payah lah.Liya kan pengantin baru."Puan Vina tidak benarkan.

"Tak apa...Liya boleh.Lagi pun Liya tak ada buat apa pun."

Sotong di masukkan ke dalam cili yang sudah pecah minyak.

"Mama takut Liya penat."Puan Vina senyum-senyum penuh makna.

"Tak ada lah mama ni.Ke situ pula.Pandai mama masak nasi lemak."puji Eiliya mahu mengelak.

"Setakat nak makan family tu boleh lah.."Puan Vina ketawa kecil.

"Okey lah tu.Nanti boleh Liya belajar dengan mama."

Puan Vina kembali senyum.Kembang kempis hidungnya mendapat pujian dari menantunya.

"Dah siap pun.Jom kita hidangkan atas meja."ajak Puan Vina.

Eiliya membantu mengangkat pinggan dan cawan.
Bibik pula mencedok nasi ke dalam bekas tahan panas.Nasi lemak makan panas-panas baru sedap.Semua sudah siap terhidang di atas meja.

Baru Eiliya nak tarik kerusi mahu duduk,Leon turut menarik kerusi di sebelahnya.

"Morning,papa mama."ucap Leon.

"Morning hensem boy.Senyum-senyum ni ada makna apa-apa ker?"usik Puan Vina.

"Mana ada mama ni.Selalu Leon macam ni kan..."

Leon mengerling Eiliya di sebelah yang hanya menunduk.

"Selalu tu senyum biasa saja tapi sekarang senyum tu makin melebar pula mama tengok.Bagus lah..teruskan senyum macam ni selalu,mama suka.Kan papa."usik Puan Vina lagi.

Encik Bad ikut tersenyum.

"Sudah la tu jangan usik diaorang lagi.Tengok muka Liya dah merah."kata Encik Bad.

"Sayang okey ker?"tanya Leon penuh perihatin.

"Okey."jawab Eiliya sepatah.

"Dah jom makan.Hari ni mama masak special khas untuk menantu mama."kata Puan Vina sambil mencedok sambal sotong ke pinggan Eiliya.

"Amboi mama.Dah dapat menantu,anak sendiri dah lupa."Leon pura merajuk.

"Tak kan mama nak lupa pula.Ni untuk suami mama.Ni untuk anak mama."kata Puan Vina sambil mencedok sambal sotong ke pinggan suami dan anak nya.

Eiliya berasa geli hati melihat sikap Leon.Manja rupanya.

"Lepas ni sayang kena layan abang macam ni juga."kata Leon mematikan senyuman di bibir Eiliya.

"Liya jangan risau.Leon tak lah manja sangat.Sekali sekala tu ada lah."

"Kalah papa."sindir Encik Bad.

Eiliya kembali tersenyum dan meneruskan suapan.

"Sedap mama masak."puji Eiliya buatkan ibu mertuanya tersenyum lebar.

"Mula lah mama tu kembang semacam."seloroh Leon buatkan yang lain ketawa mengusik.

*********************

"Leon,sampai bila kita nak macam ni?"soal Eiliya.

"Sampai cukup tiga bulan lah."jawab Leon selamba.

Eiliya mengeluh.

"Aku rasa bersalah pula buat mama dan papa kau percayakan kita."gusar hati Eiliya bila memikirkan.Papa dan mama Leon baik dengannya.Tak tergamak dia nak lukakan hati mereka.

"Nak buat macam mana.Aku terpaksa."jawab Leon tanpa rasa bersalah.

"Tapi aku rasa bersalah sangat.Aku takut mereka kecewa nanti."

Baru dua hari Eiliya di situ,hati dia sudah terpaut pada kasih sayang mama dan papa Leon.Macam mana lepas tiga bulan nanti.Tentu dia berasa berat hati.

Leon berfikir sejenak.Apa yang Eiliya cakap ada betulnya.Mama dengan papa memang suka pada Eiliya.Sekarang pun sudah terserlah kasih mama pada Eiliya.Bagaimana bila tiba hari mereka berpisah nanti.Tentu mama akan bersedih.

"Macam ni lah.Aku akan cari jalan supaya kau tak rapat sangat dengan mama.Aku takut juga dia tak nak lepaskan kau nanti."

Leon juga ikut risau bila memikirkan.

"Aku cuma rasa bersalah pada mereka.Kalau lah mereka tahu aku tipu,agaknya mama kau akan maafkan aku tak?"

Leon terdiam.Terkesima sebentar.

"Tak apa kau jangan risau.Aku akan tanggung semuanya.Aku akan pastikan mama dan papa tak salahkan kau."

Eiliya berwajah murah.Takut juga bila memikirkan bila tiba masa nya nanti.

"Macam ni.Aku akan usahakan untuk pindah rumah dalam masa terdekat ni.Sementara tu kita boleh bergilir tinggal di rumah family kau pula."cadang Leon.

Eiliya ada juga terfikir mahu balik ke rumah keluarga dia pula.Tetapi dia takut,mama marah.Nanti dituduh Eiliya tergilakan Zikri lagi.

"Macam mana cadangan aku okey tak?"soal Leon bila lihat Eiliya termenung.

"Okey juga lah cadangan kau tu.Tak ada lah aku nak kena menghadap muka kau saja."luah Eiliya tanpa sedar.

"Baru dua hari kau dah komplen macam-macam.Bukannya aku buat benda tak senonoh dekat kau pun."tempelak Leon.

"Kau tu yang tak reti nak jaga adab.Dah tahu kita kongsi bilik boleh kau selamba keluar pakai tuala saja.Tercemar mata aku ni tau."marah Eiliya.

"Baru sikit aku tunjuk kau dah gelabah.Kira okey lah tu aku tak tunjuk habis."Leon ketawa geli hati.

Eiliya dah buat muka.

"Kau jangan buat lagi.Kalau tak aku..."Eiliya tunjuk penumbuk kecil dia.

Leon ketawa lagi.

"Kau nak buat apa?"Leon dekatkan muka nya ke arah Eiliya.

Eiliya terkaku.Terasa kering darah di muka.Sedekat itu Leon menghampiri.

"Tahu takut.Kau tu yang pelik dah la tidur pakai tudung.Tak boleh ker kau buka tudung.Rimas aku tengok."

Ke situ pula Leon ni.

"Suka hati aku lah.Yang kau sibuk kenapa.Aku tak akan buka tudung depan kau.Sebab kau tu bakal duda aku."kata Eiliya geram.

"Bakal duda?Wow!"Leon tepuk tangan.Sengaja mahu memprovok Eiliya.

"Dah memang betul.Baik aku simpan rambut aku untuk bakal suami aku yang sebenar."kata Eiliya.

"Elehh..setakat rambut.Tak rugi mana pun."sindir Leon.

"Biarlah.Janji aku tak rugi apa."

Leon sedikit kagum dengan pendirian Eiliya.Tapi dia kan suami Eiliya,walau mereka berdua ada perjanjian tak semestinya aurat mereka terbatas.Dalam surat nikah tertulis mereka adalah suami isteri yang sah.

"Dah la.Baik aku keluar jumpa Hana.Dah rindu sangat ni."sengaja Leon berkata begitu untuk menyakitkan hati Eiliya.

Tetapi Eiliya tayang muka selamba tanpa sebarang riak.Dia sikit pun tidak terasa hati.

"Pergilah..menyemak saja kau dalam bilik ni.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience