BAB 12

Drama Completed 49800

KELAM-kabut Eiliya bangun setelah mendengar jam loceng di telefon bimbit berbunyi.

Rasa dia tidur lama sangat berbanding malam sebelumnya.

Perlahan di intai Leon yang sedang tidur nyenyak di atas lantai.Terdengar dengkuran halus dari Leon.Letih memujuk buah hati agaknya.

Sungguh semalam dia tidak sedar langsung akan kepulangan Leon.Mungkin Leon ada mengetuk pintu,dia yang tidak sedar.Harap Leon tidak perasan dia tidak bertudung dalam gelap.

Terus Eiliya mencapai apa yang patut dan meluru masuk ke bilik mandi.Selalu begitu,dia akan mandi seawal pagi sebelum Leon bangun.

Saat keluar dari bilik mandi,Leon sudah bangun sambil menggeliat membetulkan urat sarafnya.

Eiliya terus menghampar sejadah dan bersolat.Tidak di hiraukan Leon yang yang baru bangun.

Sempat Leon melemparkan senyuman kepada dia.

"Kenapa dengan dia ni.Seronok dapat pujuk buah hati lah tu,"kata Eiliya.

Leon berjalan ke bawah sambil bersiul kecil menuruni anak tangga.

"Good morning mama papa,"ucap Leon dengan gembira.

"Morning."balas Puan Vina dan Encik Bad serentak.

"Wah!ceria saja Leon pagi ni.Ada apa-apa rahsia ker?"tanya Puan Vina sambil senyum kecil.

"Tak ada apa lah.Liya mana?"

"Tu.Amboi!tak boleh hilang sekejap."kata Puan Vina seraya ketawa kecil.

Eiliya datang dari arah dapur sambil menatang semangkuk bihun putih.

"Sayang pergi mana?tak tunggu abang pun.."kata Leon dengan lagak manja.

Mula lah Leon nak tunjuk aksi kucing miang dia tu.

"Tadi kan dah cakap nak turun dulu."jawab Eiliya.Entah kenapa dia rasa Leon lain sangat hari ini.Nampak lebih bersemangat.Ceria tu lain macam.Asyik senyum saja pada dia.

"Sayang masak ker ni?"Leon pandang ke arah Eiliya yang sedang mencedok bihun ke dalam pinggan mereka.

"Bihun biasa saja.Rasa lah."jawab Eiliya merendah diri.Dah bangun awal tadi sempat juga dia sediakan sarapan.Nasib pembantu rumah Puan Vina sudah merendam bihun semalam.

"Mama dah rasa dekat dapur tadi.Sedap."puji Puan Vina.

"Sayang cedok lebih sikit.Perut abang dah lapar sangat ni."Leon senyum sengih pada Eiliya.

Mengada lah Leon ni.

Eiliya hanya balas dengan senyuman pendek.

"Dah pujuk Hana ker?"tanya Eiliya sewaktu kereta Leon bergerak menuju ke jalan besar.

"Hana.Oh..Hana okey."jawab Leon.

"Semalam balik pukul berapa.Tak sedar pun."Saja Eiliya mahu melihat reaksi Leon.

"Lebih kurang pukul satu."jawab Leon.

"Patutlah tak sedar.Kau ada panggil aku tak.Buka lampu ker.Sebab aku memang tak sedar langsung."

"Ada panggil.Dah ketuk banyak kali tapi kau tak dengar.Takut nak ketuk kuat nanti mama dengar.Jadi abang pun buka pintu dan masuk."Leon leret senyuman.

Eiliya jeling Leon.'Abang' konon.Pagi-pagi dah mabuk cinta.Dia ingat aku ni Hana kot.Bukan ada sapa pun dalam kereta ni.

"Kau terus tidur?"

"Ya lah.Dah lewatkan."Leon cuba sembunyi kenyataan sebenar.

Eiliya berasa sedikit lega.

"Waktu lunch nanti tunggu tau.Kita makan sekali."ujar Leon sambil tersenyum lagi.

"Err..tengok lah dulu."

"Tak boleh tolak sebab hari ni aku rasa happy sangat."Leon sengih.

"Mestilah happy kan semalam dah jumpa buah hati"tembak Eiliya.

Leon tidak jawab tapi senyuman masih ada.Tak lekang.

Dah sah Leon angau kan Hana.Senang kerja Eiliya tak payah serabut nak fikirkan masalah mereka.

Eiliya leka menumpukan perhatian pada kerjanya.Tiba-tiba muncul Steven di hadapannya.Senyum sengih anak Cina ni.

"Bos kecil panggil you."katanya.

"Buat apa?"Eiliya mengangkat sedikit kepala.Baru saja tadi keluar makan sekali.

"Entah.Rindu isteri dia kot."seloroh Steven sambil tersengih.

Hish anak cina ni.Dah pandai bergurau sejak bercampur dengan rakan sepejabat yang ratanya orang Melayu.

"Thank you,Steven."

Dia hanya membalas dengan lambaian.Eiliya sefeta bangun dan menuju ke bilik Leon.

Diketuk pintu terlebih dahulu.Terdengar suara Leon menyuruhnya masuk.

"Kenapa panggil.Kerja banyak lah."kata Eiliya.
Dia tahu ini bukan pasal hal kerja. Tapi hal lain.

Geram Eiliya bila Leon asyik sengih dari pagi terbawa ke petang.

"Duduklah dulu.Aku nak tanya pendapat kau pasal sesuatu ni."

"Hmm..apa dia?"Eiliya duduk juga.

"Kalau perempuan kan cantik rambut panjang atau pendek?"

Eiliya tayang muka bosan.Pasal rambut rupanya.Dah agak dah.Ada saja si Lion ni.Tak boleh tengok aku senang sikit.

"Ikut pada orang tu lah.Nak panjang atau pendek.Kenapa kau tanya?Nak suruh Hana potong rambut ker?"tanya Eiliya.Setahu Eiliya rambut Hana panjang juga hingga mencecah paras pinggang.

"Tak lah.Aku memang suka perempuan rambut panjang."

"Habis tu kau tanya aku buat apa.Tanya lah Hana."kata Eiliya dengan geram.Buang masa dia saja layan Leon.

"Jadi aku nak tanya pendapat kau lah.Warna apa yang sesuai perang atau hitam?"

"Ikut citarasa Hana lah dia nak warna apa.Hitam ker perang ker biru.Yang kau tanya aku buat apa?"Eiliya berdecit.Geram dengan Leon.

Leon bangun berjalan menggelilingi Eiliya.Eiliya makin bosan.

"Saja nak tahu.Tapi aku suka warna hitam.Hana suka perang.Pendapat aku hitam lagi cantik.Nampak asli.Betul tak?"Leon tunduk dan menarik kerusi disebelah Eiliya.Dia duduk menghadap Eiliya.

"Dah dia suka perang.Rambut dia kan.Kalau kau tak suka cakap sajalah.Yang kau tanya aku buat apa.Macam ni lah kau beli saja buku fesyen rambut dan kau suruh dia pilih sendiri."cadang Eiliya.

"Dah la malas aku nak nak layan kau ni.Dah la kerja banyak..Ingatkan hal penting apa tadi."rungut Eiliya dan mahu bangun dari kerusi.

"Tapi aku suka rambut panjang hitam dan lurus.Nampak cantik..ayu gitu.Boleh buat sanggul pulak tu.Cantik.." Leon dekatkan mukanya ke tepi telinga Eiliya.

Eiliya masih belum mengerti.Mata melilar kiri kanan mahu memahami maksud sebenar pertanyaan Leon.

Dua tiga saat baru dia perasan.Terus membulat mata dia.Leon dah nampak..

Eiliya bingkas bangun tak pandang belakang dah.Dia dengar suara Leon ketawa kecil.

Maksud Leon rambut dia bukan rambut Hana.

Argghhh..Leon!Percaya sangat cakap dia.Kan dah 'tercemar'.

Leon masih tersenyum sengih seorang diri mengingatkan tentang semalam.

Dia balik dalam kekecewaan bila Hana masih merajuk.Sikap Hana seperti acuh tak acuh saja dengan dia.Sudah di bawa keluar makan.. jalan-jalan. pun masih merajuk.Pening Leon dengan Hana.

Sampai di rumah memang Leon ada mengetuk pintu bilik tetapi Eiliya tidak sedar.Jadi dia buka sendiri.

Lampu tidur yang malap menyukarkan dia untuk mencari baju tidur.Jadi dia buka lampu.

Pap!terang satu bilik.

Setelah selesai menyalin pakaian baru dia perasan akan figura Eiliya yang sedang tidur.Nyenyak sekali hingga tidak sedar.

Semakin dekat dia menghampiri katil.

Wajah polos Eiliya yang sedang tidur di amati satu persatu hingga ke hujung rambut yang terurai.

Tanpa sedar dia ikut tersenyum melihat wajah sebenar Eiliya tanpa tudung.Rambut panjang berwarna hitam pekat.

Sudah sebulan kahwin baru Leon tahu rupa sebenar Eiliya.Dia begitu teruja.Lama juga dia berdiri di tepi katil.Menghayati permandangan yang indah.

Leon senyum di hujung bibir.Dia lelaki pertama yang dapat melihat mahkota gadis ini.Terasa diri bertuah berbanding Zikri.

"Liya.."panggil Leon.Lampu bilik sudah dimatikan dan digantikan dengan lampur tidur.

"Hurmmm..."jawab Eiliya malas.

Malam ni dia tidur bertudung.Tak mahu dia percaya dengan Leon lagi.

"Minggu depan dah dapat kunci."beritahu Leon.
Tak tahu sama ada dia gembira atau tidak.Pada hal itu salah satu dari rancangannya untuk senang keluar berjumpa Hana.

"Baguslah.Tak payah aku nak kongsi bilik dengan kau lagi."Eiliya berkata dengan gembira.

"Err..kau gembira?"

"Mestilah.Akhirnya aku boleh tidur bebas dalam bilik sendiri."

"Aku rasa kita pindah hujung bulan depan saja lah."

"Lambat lagi tu.Dah dapat kunci terus pindah saja lah."protes Eiliya.

"Tapi rumah mesti berhabuk tak sempat nak cuci lagi."dalih Leon.

"Tak apa.Aku ada kawan kerja MyCuci buat servis bersihkan rumah.Nanti boleh minta tolong dia.Settle."

"Nanti mesti mama sunyi kita tak ada."alasan Leon.

"Mama kau mesti faham punya.Ker kau yang tak nak pindah sebab manja dengan mama kau."Eiliya ketawa kecil mengejek.Leon kan anak tunggal.

Hubungan Leon dan Puan Vina sangat rapat.

"Tak ada lah.Nanti mama rindu kau."

"Nanti kita selalu lah datang melawat.Masa ni lah kau kena suruh Hana ambik hati mama."cadang Eiliya.

"Tengoklah macam mana."suara Leon tidak beremangat.

"Apa pula cakap macam tu.Rancangan asal kau macam tu kan.Tak kan dah lupa.Bila kita duduk asing,kau plan bagi Hana rapat dengan mama kau.Suruh dia ambil hati mama.Tak susah pun.Aku tengok mama kau tak adalah cerewet sangat."
ulah Eiliya.

'Tak sama macam kau,Liya.Mama suka kau bukan Hana.'bisik hati Leon.

"Dah la.Esok kita bincang lain.Aku dah mengantuk ni.Nanti dah boleh kemas barang."kata Eiliya dengan penuh semangat.

Dalam hati dah tak sabar nak pindah.Tak payah berlakon lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience