BAB 2

Drama Completed 49800

"SAYA setuju sangat budak tu kahwin.Tak ada lah dia nak kacau suami Eira lagi."sokong Puan Naima selepas
mereka berjumpa dengan Puan Vina dan Encik Bad sebentar tadi.

"Kita kena tanya Liya dulu.Mana tahu dia dah ada orang lain."kata Encik Ahmadi kurang bersetuju dengan cadangan isterinya.

"Abang ni tak nampak atau buat-buat tak nampak.Liya tu masih ada hati dengan Zikri.Saya ni bukan saja nak burukkan dia.Saya nampak dengan dua biji mata saya sendiri."adu Puan Nirma.

"Tak kan lah Liya nak buat macam tu.Zikri kan dah jadi abang ipar dia."sangkal Encik Ahmadi.

"Saya dah agak abang tak akan percaya kan..Tak apa.. abang tengok saja lah nanti.Budak tu memang ada niat tak elok pada anak saya."Puan Nirma buat muka tidak puas hati.

"Liya pun anak kita jugak.."mendatar saja suara Encik Ahmadi.

Puan Nirma menjeling kasar.Suami dia memang selalu akan menangkan 'budak bertuah' tu.
Semakin hari semakin sakit hati dibuatnya.

"Nantilah abang cuba cakap dengan Liya..."Encik Ahmadi terpaksa mengalah.

Pada hal dia memang tidak percaya dengan apa yang isterinya sampaikan.
Ada saja yang tidak kena di mata Puan Nirma tentang Eiliya.

"Abang jangan cakap saja,saya tak nak dia rampas hak anak saya!"kata Puan Nirma dengan tegas.

Encik Ahmadi hanya menggeleng kepala dengan sikap isterinya.Kalau pasal Eiliya semuanya tak kena.Dia pun tak tahu macam mana lagi mahu meredakan 'kebencian dan kemarahan' isterinya sendiri.

Bukan dia tak perasan akan layanan Puan Nirma pada Eiliya.Sangat berbeza sekali dari adik beradiknya yang lain.

Anak sulung mereka, Elman Syafiq sudah berkahwin dan tinggal berasingan bersama menantunya Asyikin serta anak mereka,Mimi.Manakala anak kedua Encik Ahmadi,Eira Syafiqa baru sahaja setahun mendirikan rumah tangga dengan Zikri Amsyar.

Boleh kata kan sejak kecil Eiliya tidak pernah mendapat kasih sayang dari seorang ibu.Dia selalu tersisih dari mendapat kasih sayang dari Puan Nirma.

Eiliya juga dibesarkan dalam rumah yang sama.Cuma yang bezanya dia tidak di asuh oleh Puan Nirma.

Segala urusan Eiliya disediakan oleh pembantu rumah sejak dari bayi lagi.Manakala anak yang lain selalu mendapat tempat di hati Puan Nirma.

"Bad dengan Vina memang sukakan Liya... tapi tak tahu pula anak mereka macam mana."keluh Encik Ahmadi.Bukan dia tak setuju tapi dia juga harus memikirkan perasaan Eiliya.

"Dah okey sangat lah tu.Ada yang berkenan nak buat menantu.Kalau saya jadi abang,saya setuju saja.Tak payah nak tanya-tanya dia dah."Puan Nirma mencebik.

Encik Ahmadi diam sejenak.Terfikir juga dia akan cadangan kawan baiknya itu.Tapi dia mahu dengar sendiri dari mulut anaknya.

Sejak meningkat dewasa,Eiliya sudah banyak buat hal sendiri.Dia tidak seperti kakaknya Eira,yang masih bergantung harap pada isterinya, Nirma.

Eira Syafiqa juga tinggal bersama mereka selepas berkahwin.Zikri sudah berkali mengajak Eira berpindah ke rumah ibu bapa dia tetapi Eira berdegil.Dia tidak mahu tinggal di tempat lain.Baginya keluarga mertua lebih 'menakutkan'.Semuanya hasil hasutan dari Puan Nirma juga.

Sejak Zikri tinggal bersama mereka,Eiliya yang banyak terasa hati.Macam-macam hal yang Puan Nirma salah kan dia.Encik Ahmadi berasa kasihan pada anak bongsunya itu.

Eiliya sangat rapat dengan Eiman dan Eira sejak kecil lagi.Hubungan mereka baik-baik saja.Tapi sejak Eira berkahwin,hubungan mereka sedikit rengang.Ada saja perkara yang buatkan Eira bermasam muka dengan Eiliya.

Encik Ahmadi sangat kecewa dengan sikap Puan Nirma.Namun dia tidak boleh buat apa.Kekayaan yang ada sekarang adalah asal dari milik keluarga Puan Nirma.

Encik Ahmadi dulu seorang pekeeja yang rajin.Bermula kerjaya sebagai budak ofis di dalam syarikat dan terus dia angkat sebagai pengurus hotel.Sekarang dia yang mengendalikan bisnes perhotelan arwah bapa mertuanya.

Kerana terhutang budi dia berkahwin dengan Puan Nirma.

******************************

"LEON,mama dengan papa dah bincang.Kami setuju kalau Eiliya yang jadi menantu kami."kata Puan Vina.

Encik Bad ikut senyum.Sama-sama berharap Eiliya dapat menjadi menantu mereka.

"Tapi mama.Kita tak tahu Liya suka kan Leon atau tidak."dalih Leon Maalik.

"Mama dengan papa dia pun dah setuju.Tak kan Liya nak bantah.Lagipun Eiliya tak ada boyfriend kan."kata Puan Vina.

Dahsyat betul mama ni.Boleh tahu pasal Eiliya.Dah pasang spy agaknya.Bahaya ni.

"Papa suka kalau Eiliya jadi menantu kita.Baik budak nya."sokong Encik Bad.

"Kita tak tanya Liya lagi..Mana tahu dia tak suka kan Leon."Leon Maalik mula mencipta alasan.

"Leon jangan macam-macam.Mama tak akan terima orang lain selain dari Eiliya."tegas Puan Vina.Ingat dia tak tahu alasan demi alsan yang Leon berikan.Semuanya dalam kepala dia.

Ini mama lah, Leon..

Dia tetap mahu kan Eiliya Sofia jadi menantunya.Kalau Leon membantah dia tetap akan paksa juga Leon berkahwin dengan Eiliya.

"Hujung minggu ni kita ke rumah uncle Madi.Kita bincang dekat sana."kata Encik Bad.

"Leon,jangan pergi mana-mana pula.Mama nak Leon ada sekali."Puan Vina memandang anaknya dengan tajam.

Faham sangat dengan perangai anak tunggalnya.

"Ya mama.Leon ikut."jawab Leon lemah.

"Papa harap semuanya akan berjalan lancar."ucap Encik Bad dengan penuh berharap.

"Mama pun harap begitu."Puan Vina sudah tersenyum lebar.

Dia sudah membayangkan hari-hari bahagia Leon dan Eiliya.Rasa tidak sabar mahu merealisasikan semuanya.

Tiba hari dinantikan mereka sekeluarga berkunjung ke rumah keluarga Encik Ahmadi.

Leon memberi isyarat pada Eiliya agar mengikut pelan yang mereka telah bincang sebelum ini.

"Gila lah kau nak suruh aku iya kan saja."Eiliya sedikit marah.

"Habis tu kau nak suruh aku buat macam mana.Aku lagi lah tersepit.Mama dengan papa tak mahu terima Hana.Dia nak kan kau saja,"kata Leon dengan wajah buntu.

"Aku tak boleh lah..Cuba kau pujuk lagi mama dengan papa kau.Mana tahu hati mereka sudah terbuka."kata Eiliya.

"Aku dah cuba pujuk.Semua tak jalan.Mama siap warning tak bagi aku jumpa Hana lagi.Dia tak suka Hana."

"Habis tu kau nak suruh aku buat apa?"

"Ikut pelan B kita."kata Leon.

"Pelan kau bukan aku."jawab Eiliya sambil menjeling kasar.Tak pasal dia terlibat.

"Ya.. ya..pelan aku."kata Leon.

"Kau ingat senang.Kahwin lepas tu cerai."marah Eiliya.

"Aku dah tak ada cara lain.Itu saja jalan yang ada.Lepas tiga bulan kita cerai.Aku janji."kata Leon bersungguh.

Eiliya mengeluh.

"Boleh percaya ker kau ni?"tanya Eiliya.Atas bawah dia pandang Leon.

"Kau dengan aku sama-sama tak ada perasaan sebab tu kita cerai.Mesti family kau dengan family aku percaya punya."Leon menyakinkan Eiliya.

"Cakap memang senang.Kau tak apa lah lepas cerai boleh kahwin terus.Aku ni siapa yang nak.Bekas janda."kata Eiliya dengan geram.

"Liya aku janji tak akan sentuh kau.Kau tak akan rugi apa pun.Percayalah!"

Eiliya memejam mata seketika.

"Liya please...Aku dah tak ada sesiapa nak minta tolong.Aku percaya kan kau.Hana pun dah tahu pasal rancangan aku.Tak lama pun tiga bulan saja."

"Entah kenapa aku boleh setuju dengan rancangan gila kau ni."gerutu Eiliya.Dia juga buntu.

"Sebab tu aku sayang kau.Jangan risau aku berpegang pada janji.Terima kasih Liya...Aku akan ingat jasa kau seumur hidup."

"Ya lah tu.Aku tolong pun sebab terpaksa.Kalau tak jangan harap aku nak kahwin dengan kau."

"Jangan lah marah...hanya kau saja harapan aku untuk bersatu dengan Hana lepas kita cerai.Aku terhutang budi dan nyawa pada kau."kata Leon lagi.

"Simpanlah nyawa kau tu untuk Hana.Harap lepas tiga bulan tu kau cepat-cepat kahwin dengan Hana.Aku dah tak larat nak jadi kaunselor tak bertauliah untuk kau!"

"Thanks..my future wife."Leon tersenyum lebar.

Eiliya menjeling geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience