BAB 29

Drama Completed 49800

TERPERANJAT Eiliya saat angkat kepala,Leon berdiri tegak di sisi mejanya.

Eiliya terpaku seketika.

"Boleh duduk?"tanya Leon.

Eiliya masih keras kejung dikerusinya.Tanpa menunggu jawapan Eiliya,Leon terus tarik kerusi di meja sebelah.Sedikit gementar bila Leon duduk bertentangan mata dengan dia.Siti pula menghilang entah ke mana.

"Apa khabar Liya?"tanya Leon.Dia rindu mahu memanggil nama itu.Macam mana dia boleh tidak tahu Eiliya bekerja di sini.

"Baik."jawab Eiliya antara dengar atau tidak.Tidak tahu bagaimana riak muka sendiri bila berhadapan dengan Leon.

Leon anggukkan kepala.Senyum.

"Err..ada apa yang saya boleh bantu Encik Leon?"tanya Eiliya dengan wajah serius sambil berpura menyusun kertas di atas meja.Mata mula melilar pandang sekeliling.Bimbang ada yang nampak.

Mujur yang lain sibuk dengan tugasan.

"Tak perlu nak berencik.Kita kan dah lama kenal."Leon senyum kecil.

Wajah Eiliya tetap beku.

"Encik Leon anak majikan saya,Jadi saya perlu hormatkan Encik Leon."jawab Eiliya tegas.

"Liya...."panggil Leon mendayu.

Dada Eiliya kembali bergetar tetapi dia tidak mahu cepat melatah.

"Saya tak biasa dengan nama tu.Encik Leon boleh panggil saya,Eiliya."tegas Eiliya lagi.

Leon terdiam.Mungkin Eiliya cuba melupakan hubungan lama antara mereka.Tapi tidak bagi dia.

"Boleh kita berkawan macam dulu balik,Liya?"

Eiliya agak terkejut dengan permintaan Leon.Dia cuba berlagak tenang.

"Tak boleh dan tak akan!Saya rasa kita tak perlu pun berkawan.Dan saya tak nak berkawan dengan Encik Leon!"

Eiliya jawab dengan muka serius tanpa memandang muka Leon.

Leon agak terkilan.Eiliya langsung tidak boleh berkromponi.Malah mata Eiliya langsung tidak mahu memandang mukanya.

"Liya,please..."Leon mahu meneruskan lagi tapi Eiliya menangkat tangan.Menyuruhnya berhenti bercakap.

"Eiliya,Encik Leon."Tegas Eiliya tanpa secalit senyuman.

Leon ketap gigi.Eiliya langsung tidak mahu memberinya peluang.Malah muka Eiliya kelihatan serius.Terbit jurang besar antara mereka berdua.

"Baiklah,Eiliya."Leon pandang raut wajah Eiliya yang kelihatan amat berbeza dari sebelum ini.

Mata Eiliya hanya jatuh pada kertas di atas mejanya.Sedikit pun dia tidak mahu memandang ke mata Leon.Seolah Leon terlalu asing.

"Kalau Encik Leon tak ada hal mengenai kerja,saya minta maaf.Saya kena siapkan kerja.Dekat sini saya makan gaji."sindir Eiliya.

Leon agak tersentak.Selama ini Eiliya tidak pernah seserius ini.Ini bukan saja serius malah tiada senyuman yang terbit langsung dari mulut Eiliya.Eiliya yang dulu seorang gadis lemah lembut bertukar menjadi tegas dan garang.

Ya,Eiliya semakin garang.Tengok sajalah dia langsung tidak mahu memberi Leon peluang untuk bercakap mengenai hubungan masa lalu mereka.

Eiliya berpura-pura sibuk tanpa mempedulikan renungan mata Leon.

Perlahan Leon bangun dan terus pergi.Lama dia merenung Eiliya yang tampak langsung tidak mengalukan kedatangan dia ke situ.

Dalam kelembutan Eiliya ada ketegasan yang Leon tidak pernah lihat sebelum ini.

Eiliya menarik nafas lega bila Leon sudah beredar dari situ.Memang dia sengaja mahu bertegas kerana pengalaman lalu mengajarnya agar tidak terlalu baik hingga ada yang mengambil kesempatan.

Cukuplah sekali dan tidak mahu ia berulang lagi.

Leon pula berlagak seperti tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.Malah hubungan mereka sebelum ini juga tidak di ambil serius oleh Leon.Jadi untuk apa dikenang kembali.

"Jauh berangan cik kak kita ni."meja Eiliya diketuk beberapa kali oleh Siti.Tersengih dia.

"Mana ada berangan.Ni ha tengah siapkan kerjalah."jawab Eiliya sambil menujukkan kertas di atas meja.

"Ye ker.Tadi nampak anak Tuan Bad dekat sini.Dia nak apa?"

"Oh.. yang tu.Dia tanya pasal kerja lah.Tak kan pasal lain pula."seleroh Eiliya.

"Tak pernah pun dia datang ke sini.Hairan juga.Syarikat pun tak ada buat urusan perniagaan dengan syarikat keluarga Tuan Bad"Siti sudah sengetkan mulut dan mengetuk hujung jari ke dagu.Lagak berfikir.

"Mungkin kebetulan kot dia lalu dekat sini.Tu singgah."

Nasib Siti tak dengar pedebatan kecil antara dia dan si lion tadi.Tidak pasti kecoh.

"Ya lah...Selama Siti kerja dekat sini.Mana pernah anak Tuan Bad datang.Tiba-tiba muncul."Siti masih dengan syak wasangka dia.

"Ker dia datang sebab Liya.Liya kan pernah kerja di syarikat mereka."tembak Siti.

"Mengarutlah.Buat apa datang sebab Liya pula.Liya tak ada kaitan langsung dengan dia.Lagipun dia kan dah nak kahwin."Eiliya cuba mengalih perhatian Siti.

"Mana tahu dia datang nak cuci mata.Liya kan cantik.."omel Siti bersama sengihan.

"Saya ni burung gagak saja cik Siti oii.Mana boleh terbang dengan merak."Eiliya pura ketawa kecil.

"Liya bukan burung gagak tapi burung cenderawasih.Ada tarikan dan keunikan yang tersendiri.Sebab tu Hazrul asyik dekat dengan Liya."gumam Siti perlahan bersama kenyitan mata.

"Pandailah Siti ni..dah la pergi sambung kerja.Kan nampak dekat kak Suria kena bebel panjang.Lepas tu merajuk."usik Eiliya pada Siti.

Siti segera kembali ke mejanya.Takut bila nama Suria dipetik.Eiliya tergeleng-geleng.Kalau dibiarkan sampai habis waktu kerja Siti melekat di mejanya.

Nama pun anak bos mesti lah menarik perhatian semua orang kan.Tapi bukan Eiliya.Dia tak berminat dan tak akan langsung.

Biarlah Leon mahu fikir apa pun atas layanannya yang dingin sebentar tadi.Dia mahu meletakkan jurang yang besar di antara mereka.Biar bersempadan.

Tak jumpa langsung lagi bagus.Biar Leon terasa.Lepas ni pasti dia tak akan datang sini dah.

Temenung Leon seketika setelah pulang dari berjumpa Eiliya sebentar tadi.Tidak disangka layanan dingin yang dia dapat dari Eiliya.

Selama dia mengenali Eiliya tidak pernah dia nampak ketegasan Eiliya.Malah Eiliya sikit pun tidak mahu memandang wajahnya.

Adakah kerana masa lalu mereka Eiliya bersifat begitu.Maknanya Leon salah menilai Eiliya.Dia belum cukup kenal keperibadian Eiliya yang sebenarnya.

Sungguh Leon terasa hati dengan layanan Eiliya padanya.Tapi macam mana dia tak tahu langsung Eiliya bekerja di IB.Papa pun tak pernah bagitahu langsung.Mujur dia datang menghantar telefon bimbit papa yang tertinggal.di rumah.Jika tidak sampai bila pun dia tidak tahu Eiliya di mana.

Dia ada juga cuba menghubungi nombor Eiliya tetapi telah ditamatkan perkhidmatan.

Jujur hati dia berasa lega melihat Eiliya di depan mata.Sudah lama dia mencari.Tak sangka sebenarnya Eiliya dekat dengannya.

"Papa,kenapa tak bagitahu Leon yang Liya kerja di IB?"soal Leon sewaktu makan malam bersama papa dan mamanya di rumah.

Encik Bad tersentak.Semalam memang Suria ada bagitahu Leon datang hantar telefon bimbit yang tertinggal.Ingat Leon bagi pada penyambut tetamu,Anum.

Puan Vina memandang wajah Encik Bad.Kedua mereka terdiam.Selama ini memang mereka merahsiakan dari pengetahuan Leon mengenai Eiliya.

Leon masih menanti jawapan papanya.

"Memang papa ambil dia bekerja di IB.Kenapa Leon ada masalah kah?"soal Encik Bad kembali.

"Masalahnya Leon dah lama cuba hubungi dia tapi tak dapat.Tak sangka papa tahu dia di mana.Kenapa tak bagitahu Leon."

"Perlu ker?tak payah sibuk nak kacau dia lagi.Lagipun dia tak ada kaitan dengan Leon lagi."jawab Puan Vina berbaur sindiran.

"Mama pun tahu?"tanya Leon.

Puan Vina malas mahu menjawab.Dah tak ada ikatan sibuk pula nak ambil tahu.

"Kenapa sorokkan dari Leon?"Leon sedikit marah.

"Eh..kenapa nak marah pulak.Dah memang betul Liya tak ada kaitan dengan Leon.Jangan ganggu dia."tegas Puan Vina.

"Papa tak nak Leon pergi sana lagi.Nanti apa kata staff dekat sana.Kesian Liya.Dia baru nak mulakan kehidupan baru.Leon pun dah life sendiri."tokok Encik Bad.

Leon membisu.Papa dan mama seperti tidak mahu dia rapat semula dengan Eiliya.

"Tapi dia kawan Leon."

"Bekas isteri."sambung Puan Vina sambil berlalu mengangkat pinggan kotor ke dapur.

Leon tahu Puan Vina masih marah dengannya.

"Sudah lah Leon.Baik Leon buat persiapan akhir.Dah nak dekat kan.."

Sempat Encik Bad tepuk perlahan bahu Leon.

"Kenapa mama sorok pasal Liya?"Leon masih tidak puas hati.Semua orang nak jauhkan Eiliya dari dia.

Puan Vina menyudahkan kerja membasuh pinggan dan berpaling ke arah Leon.

"Leon dah ada pilihan sendiri.Tak kan masih nak kacau Liya."

"Leon bukan nak kacau dia pun.Cuma nak berbaik dengan dia macam dulu balik."

Puan Vina memandang Leon.Selama bertunang dengan Hana tak pernah Leon sebut pasal Eiliya.

"Kenapa beria sangat?Leon ingat perempuan senang-senang ker boleh terima lelaki yang ceraikan dia?Leon ingat dia tak hati tak ada perasaan."marah Puan Vina.

"Tapi..Leon sayangkan dia."

"Sayang konon.Kalau sayang kenapa ceraikan dia?"

Leon tidak dapat jawab.

"Dah la tak payah sibuk pasal dia lagi.Majlis Leon pun dah dekat kan.Leon dah buat pilihan.Mama dengan papa tak mahu ikut campur lagi.Nanti tak pasal ada yang kena cerai pulak."sindir Puan Vina dan berlalu meninggalkan Leon sendirian.

Leon terdiam.Masih mencerna kata-kata Puan Vina.Sungguh dia yang salah buat keputusan terburu-buru tanpa berfikir panjang.Inilah akibatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience