HUJUNG minggu yang ditunggu,Eiliya dan Siti mengikut Hazrul balik ke kampungnya.Teruja sekali mereka berdua setelah sampai di kampung.Pertama kali dapat merasai suasana kampung.
"Wahh..seronoknya.Rasa nyaman saja.Dah tak sabar nak mandi sungai."kata Siti.
Rumah Hazrul dikeliling dengan pokok buah-buahan.Begitu juga dengan rumah jiran tetangga.Kawasan rumah yang sangat luas dan berpasir putih.
"Mari masuk makan nasi dulu.Kejap lagi boleh pergi sungai."kata makcik Hasnah,mak Hazrul.
Wanita lewat 50 an itu menyambut mereka di muka pintu.Tersenyum manis dia menerima tetamu.Pertama kali Hazrul membawa kawan perempuan datang bertandang.Hazrul juga mempunyai dua orang adik perempuan Iza dan Ita.Masing-masing masih bersekolah menengah.Iza di tingkatan 5 manakala Ita di tingkatan 3.
"Masuklah kak.Jemput makan..."pelawa Iza.Berbesar hati mereka menerima tetamu.
"Baiklah.Terima kasih buat makcik sekeluarga.Susah-susah saja masak untuk kami."kata Eiliya.
"Tak ada susahnya.Dah biasa macam ni.Kejap lagi ayah Hazrul balik lah tu.Tadi dia pergi kait manggis di kebun."beritahu makcik Hasnah.
Seronok mereka mendengar makcik Hasnah bercerita.Menurutnya ayah Hazrul menjual manggis dan rambutan kepada pemborong.Nasib mereka baik kerana tahun ini buahan semua menjadi.Tak macam tahun lepas,pokok kurang mengeluarkan hasil.
"Ini masak tempoyak ikan patin.Rasa lah.."pelawa makcik Hsanah sambil meletakkan mangkuk di hadapan mereka berdua.
"Sedapnya makcik.Saya suka masak tempoyak ni."kata Siti.Ditambah lagi nasi ke pinggan.Siti bab makan memang laju.Badan tak besar mana pun.
Rajin sungguh makcik Hasnah anak beranak memasak untuk mereka.Sambal tempoyak pun ada bersama ulaman jering,petai dan beberapa jenis daun lagi yang mereka tidak pernah tengok.Eiliya cuba juga memakan ulaman berdaun bersama sambal tempoyak.Memang berselera benar.Jarang sekali mereka dapat makan makanan kampung.
"Tambah lah kak Liya,kak Siti.Mak masak memang macam ni.."kata Ita sambil angkat ibu jari tanda sedap.Memuji mak sendiri.
"Cepat makan.Lepas solat kita pergi mandi sungai."kata Hazrul.
Jalan kaki saja sudah sampai ke sungai berhampiran rumah Hazrul.Iza dan Ita diajak sekali.Tidak kekok mereka berbual seperti sudah kenal lama.Terutamanya dengan Siti.Mandi sampai tak mahu balik.Seronok mandi air sungai yang sejuk.
Sempat juga mereka melawat kebun ayah Hazrul.Siapa ada pondok kecil untuk berehat.Menurut ayah Hazrul bila tiba musim durian,mereka akan bermalam di kebun.Bila durian luruh boleh cepat kutip.Pertama takut berlaku kecurian.Kedua habuan binatang seperti tupai.Sebab itu kebanyakan mereka akan bermalam di kebun.Siap pasang kelambu lagi bagi menghalang nyamuk.
"Seronok kan Liya.Lain kali kita datang tidur sini.Nak juga rasa bermalam dalam kebun."kata Siti.
"Boleh apa salahnya.Lain kali datang lagi."kata ayah Hazrul.
"Rasa macam tak nak balik.Nak tinggal sini."
"Kalau Siti nak tinggal sini boleh saja.Liya balik dulu.Dah habis musim buah baru Liya datang ambil."sakat Eiliya pada Siti.Mereka yang lain ketawa kecil.Siti suka sungguh tinggal di kampung.Dia terlebih teruja dari Eiliya.
"Tak payah ambil pun tak apa.Biar dia jadi orang sini.."sambung makcik Hasnah dalam tawa.
Penuh bonet kereta Eiliya dengan segala jenis buahan.Tu tak masuk lagi dalam bonet kereta Hazrul.Segala ulaman dan tempoyak pun mak Hazrul bekalkan juga.Siap berpesan supaya datang lagi.Siti yang paling tak sabar untuk datang lagi.Eiliya hanya tergeleng melihat telatah Siti.Pengalaman yang sangat bermakna.Ada rezeki boleh datang lagi.
Pagi-pagi lagi Leon sudah terpacak depan lobi.Eiliya juga naik hairan.Entah pukul berapa Leon tiba disitu.Eiliya meniti jam ditangan.Pukul 7.45 pagi.Reaksi Leon bila nampak Eiliya semakin mesra seolah tiada apa yang pernah berlaku antara mereka.
Leon sendiri mengaku dia yang selalu letak makanan atas meja Eiliya.Leon makin tidak keruan bila tidak berjumpa Eiliya seharian.Cuti dua hari terasa lama sangat.Segala panggilan dan mesej Leon tidak Eiliya balas.Sebab itu seawal lagi dia sudah datang.
"Sedap kan nasi lemak hari tu.Ni saya beli lagi.Nanti makan tau."pesan Leon sambil menyerahkan bungkusan berisi nasi lemak kepada Eiliya.
Eiliya teragak mahu mengambil.Bila Leon memaksa baru dia ambil.Bila bungkusan sudah bertukar tangan,Leon senyum-senyum dan terus pergi.Kiranya dia datang semata mahu menghantar sarapan kepada Eiliya.
Bungkusan nasi lemak di atas meja,Eiliya tenung lama.Bukan sekali dua malah berkali-kali Leon menghantarnya sendiri.Boleh dikatakan setiap hari pula tu.Ada saja sarapan.
Sudah rezeki tak akan Eiliya nak buang pulak.Jadi habuan Siti lah nampaknya.
"Siti,nah pergi makan dulu."Bungkusan nasi lemak dihulurkan pada Siti.
Tanpa banyak soal,Siti ambil sambil tersengih.
"Terima kasih Liya.Selalu bagi sarapan."ucap Siti.
"Liya tahu Siti tak sarapan lagi kan.Pergilah makan dulu.."
Siti terus menghilangkan diri ke dalam pantri.Manakala Eiliya kembali ke mejanya.
Leon pun satu hal, tak faham bahasa.Dah larang tapi tetap macam tu juga.Tahu dek Hana nanti jadi masalah pulak.
Teringat pertemuan mereka dimalam majlis rumah Puan Vina.Hana asyik jeling saja pada Eiliya.Lagak tidak berpuas hati.Dah dapat Leon pun masih tak puas hati lagi.Bukannya Eiliya mahu rebutkan Leon pun.Dalam mimpi pun Eiliya tak ingin.
Malam tu Eiliya rasa dia jadi mangsa jelingan sedunia.Siapa lagi kalau bukan Puan Nirma.Sikit pun dia tak pandang muka Eiliya.Siap buat muka lagi.
Eiliya yang senyum terpaksa kendurkan balik senyuman.Orang dah tak sudi tak akan mahu terhegeh lagi.
Sempat juga Eiliya berborak dengan kak Eira.Muka dia kelihatan berseri-seri.
Semenjak tinggal berasing,kak Eira sudah pandai memandu kereta sendiri.Tak perlu lagi mama yang bawa.Nak pergi mana pun senang.
Hal rumahtangga pun dia uruskan sendiri.Tak harapkan sesiapa.Kiranya kak Eira banyak positifkan diri sejak berpindah.
Sudah agak kak Eira memang boleh buat semua sendiri.Cuma mama saja yang risau terlebih sangat.Pendek kata dulu apa saja atau ke mana saja kak Eira pergi,mama sentiasa ada bersama.
Teruja sungguh kak Eira bercerita.Eiliya hanya mampu mendoakan kebahagian kak Eira dan Zikri.Nak sembang lama-lama pun tak boleh bila Puan Nirma asyik pandang semacam.Takut Eiliya caras menantu kesayangan dia.
Apa lah nasib Eiliya.Sejak Puan Nirma bongkarkan hal sebenar,Eiliya sudah disisihkan.Mungkin dulu Eiliya tidak terasa sangat tapi sekarang dia Puan Nirma sudah 'membuangnya'
Selama hidup Eiliya memang tidak pernah langsung merasai kasih sayang seorang ibu.Sikit pun Puan Nirma tidak menunjukkan rasa kasih pada dia.Selalu Eiliya akan dipersalahkan.Dari kecil hinggalah sekarang.Tiada satu benda pun yang Eiliya buat pernah mendapat tempat di hati Puan Nirma.Semuanya nampak salah.
Eiliya ingat lagi,sewaktu keputusan SPM keluar.Sikit pun Puan Nirma tidak berbangga.Dia hanya bangga dengan kak Eira sedangkan waktu tu keputusan Eiliya lebih cemerlang.Pendek kata Eiliya tetap tidak pernah mendapat tempat di hati mama.Hanya arwah papa saja yang menjadi penguat semangat Eiliya.
Sedih hati Eiliya dengan kenyataan itu.Namun dia harus terima yang dia bukannya lahir dari rahim Puan Nirma.
Lahirnya Eiliya umpama merampas segala kebahagian rumahtangga Puan Nirma.
Patutlah selama ini Puan Nirma tidak suka akan Eiliya.Dia takut Eiliya akan rampas semua kebahagiaan dan hak anak-anak kandung dia.
Tok!Tok!
Ketukan di meja mengejutkan Eiliya.
"Amboi!berangan apa pulak Liya ni.Siti balik dulu tau."kata Siti.
"Okey,bye.Jumpa esok."sambil membalas lambaian Siti.Dia menyusun apa yang patut sebelum meninggalkan ofis.
Eiliya segera mengambil beg tangan dan menuruni lif.Waktu ini keadaan agak lenggang.Ramai yang sudah pulang.
"Liya..."panggil suara yang amat dikenali.
Eiliya berpura tidak dengar dan terus melangkah menuju ke kereta.Derapan tapak kasut makin kuat menghampiri.Eiliya cepat-cepat membuka pintu kereta.
Baru nak tutup pintu,ada tangan yang menahan.
"Liya,tunggulah dulu.."
Eiliya buat muka malas.
"Encik Leon nak apa lagi!?saya nak balik dah ni.."jawab Eiliya dengan malas.
"Tunggulah kejap."tahan Leon.
"Boleh tak Encik Leon jangan ganggu hidup saya.Buat hal sendiri sudah lah."Eiliya sedikit marah.
"Liya please..sekejap saja.Kita dinner sama malam ni.Boleh kan?"tanya Leon penuh mengharap.
Tangan masih menahan pintu kereta Eiliya dari di tutup.
"Saya tak nak."tegas Eiliya.
"Saya janji kejap saja.Lepas makan kita balik."Leon masih lagi merayu.
"Encik Leon,tolong faham.Saya tak nak!"
"Please Liya.Saya nak sangat cakap dengan Liya.Ada benda yang saya nak cakap."
"Cakap sajalah dekat sini."kata Eiliya dengan geram.
"Tak sesuai dekat sini.Kita pergi tempat lain."
Eiliya julingkan mata.
"Encik Leon tak malu ker orang semua tengok kita."marah Eiliya.
"Nak malu apa.Lainlah kalau saya cium awak dekat sini.."Leon senyum nakal.
Eiliya jeling tajam.Nak buat lawak konon.
"Encik Leon tu tunang orang,saya ni janda!Tak elok kalau orang nampak kita berdua."sengaja Eiliya tekankan perkataan janda.
Leon masih sengih.
"Kalau takut orang nampak,jom lah kita pergi tempat lain.."
Mendidih rasa darah Eiliya.Leon sengaja buat tidak faham.
"Encik Leon nak apa lagi dari saya?Tak ada benda yang kita nak bincangkan lagi.Antara kita dah lama tamat!T.A.M.A.T!"kata Eiliya dengan nada marah.
"Liya...kita dah lama kenal.Saya cuma nak ajak Liya makan bukannya buat apa pun."Leon masih cuba memujuk.
"Saya dah cakap tadi kan..tak nak!Dan satu lagi jangan beli atau hantar nasi lemak lagi dekat saya.Tolonglah faham..saya tak nak ada kaitan dengan Encik Leon lagi,faham tak?"
Leon terdiam.
"Tolong jangan buat baik dengan saya lagi!Saya tak suka!"Cakap terus terang pulak biar Leon faham.
Leon buat muka sedih.Mungkin sedikit terkesan dengan kata-kata Eiliya.
"Dah la Encik Leon,saya nak balik.."kata Eiliya dan terus menghidupkan enjin kereta.
"Okey, saya janji ini last.Kita makan kejap.Saya janji lepas makan kita balik."Leon angkat tangan berjanji.
Eiliya mengeluh.Leon tiadk faham atau buat-buat tidak faham.Tak cukup jelas lagi kah apa yang Eiliya cakap.
"Please Liya...kejap saja.Okey Liya follow saya dari belakang."Leon masih merayu.
Eiliya dah naik geram.Kalau tak mengaku sampai ke malam mereka masih di situ.Akhirnya Eiliya mengalah.
Leon sudah tersenyum lebar.
"Ikut tau.Saya bawa slow."kata Leon sebelum menuju ke keretanya.
Eiliya hanya mengeluh panjang.Dia tak mahu dikaitkan dengan Leon lagi.Kenapalah Leon tak boleh nak faham.
Leon memandu perlahan di hadapan mahu memastikan Eiliya mengikut dari belakang.Memang Eiliya ikut tetapi hanya separuh jalan.Dalam keadaan jalan raya yang agak sesak di waktu kemuncak,Eiliya berjaya meloloskan diri.
Memang tak lah Eiliya nak ikut dia.Tak pasal Eiliya kena tuduh menggatal dengan tunang orang.Tak nak lah Eiliya ada kaitan dengan hak orang.
Lega hati dia bila Leon tidak ikut sampai dirumah.Biar Leon tahu dia bukan marah main-main.
Share this novel