BAB 55

Drama Completed 49800

"KITA nak pergi mana ni?"tanya Eiliya bila dia sedar ini bukan jalan untuk ke rumah mereka.Ketika itu mereka baru pulang dari menghantar Puan Vina dan Encik Bad ke airport.

"Nak balik rumah lah.."Leon tahan senyum.

"Tapi ni bukan jalan rumah kita.Abang cakap nak pergi mana?Abang nak tinggal Liya dekat tepi jalan kan.Mentang-mentanglah mama dan papa tak ada,abang buli Liya.."muka dah cuak habis melihat kanan kiri jalan.

"Astagfirullah..tak kan abang nak tinggal sayang.Sayang kalau mengantuk tidur dulu.Nanti dah sampai abang kejut."Tadi pagi mereka bangun awal jam lima pagi untuk menghantar Puan Vina dan Encik Bad ke airport.

"Cakap lah kita nak pergi mana ni?"muka Eiliya berubah redup.Petanda hujan mahu mari.

"Sayang jangan risau.Tak kan abang nak pergi jual sayang.."Leon kemam mulut.Nak ketawa takut rahsianya pecah.Susah payah dia mengatur rancangan.Siap bersekongkol dengan mama papa lagi. Kesian tengok muka Eiliya masih cuak melihat ke luar tingkap kereta.

Kereta mereka sudah melepasi Plaza Tol Rawang.Eiliya pandang Leon yang sedang memandu.Berbuih dah tanya tujuan mereka ke mana tapi Leon kalih cakap benda lain.

Malas dah nak tanya,Eiliya merajuk sampai tertidur.
Lama juga dia tertidur membiarkan Leon memandu sendirian.Mata dia tak boleh tahan dah mengantuk sangat.

"Sayang bangun kita dah sampai."panggil Leon.

Eiliya menggosok matanya beberapa kali.Suasana terasa sedikit dingin dari biasa.Terbeliak matanya melihat pemandangan di depan mata.Boh Tea Centre.Berkelip-kelip mata Eiliya memandang.Seakan kurang percaya dengan apa yang dilihatnya.Dia menggosok matanya beberapa kali.Sah mereka sekarang berada di Cameron Highlands.

Eiliya pandang muka Leon yang sedang senyum sampai ke telinga.Jelingan manja di tujukan pada Leon.

"Abang tak cakap pun nak datang sini"Suara manja Eiliya mula keluar.Leon senyum.

"Tak surprise lah kalau abang cakap.Sayang cakap abang macam-macam.Nak tinggal sayang lah.Nak jual sayang lah..muka abang nampak jahat sangat ker?"

Eiliya tumbuk perlahan bahu Leon.

"Dah sayang tanya abang tak cakap nak pergi mana."Eiliya lentok ke dada Leon.Dengan Leon dia tidak lagi rasa malu.

"Sayang suka cakap abang macam tu.Tahu lah abang ni tak hensem..jahat..lagi apa ya..tak pandai jaga hati sayang."

Cup!Eiliya cium pipi Leon.Terus terdiam Leon dibuatnya.Eiliya sudah berani menunjukkan perasaan cintanya pada Leon.

"Nak lagi.."Leon tunjuk bibirnya.

"Abang ni..malu lah orang tengok."

"Okey jap lagi kita sambung dalam bilik.Sayang jangan buat-buat lupa."Leon terus mencium pipi Eiliya.Tergamam Eiliya dengan tindakan spontan Leon.

"Abanggg.."keluar lagi suara manja Eiliya.

"Sayang panggil macam tu sekali lagi.Kita terus check in.Tak payah minum teh dekat sini."Leon suka dengan sifat manja sebenar Eiliya.Dengar suara lunak manja Eiliya saja pun sudah buat Leon tidak keruan.

"Abang ni.Dah sampai sini pun.Lapar dah ni.."jam ditangan dikerling.Sudah masuk pukul satu tengahari.Patut perut asyik berkeriut minta di isi.

"Kenapa tak cakap nak datang sini.Sehelai baju pun tak bawa."

"Siapa cakap tak bawak.Abang bawak saja.Sayang saja yang tak bawa.Tapi tak apa..sayang tak payah pakai apa pun.."ayat last ni Leon bisik ke telinga Eiliya.Merah muka dan telinga Eiliya menahan malu.Mujur tiada siapa berhampiran mereka.

Nyett!Eiliya cubit perut Leon.Gatal sangat!

"Aduh sayang ni.Suka cubit abang.Nanti terkeluar kulit abang,biar sayang jalan dengan tengkorak hidup.."Leon gelak.

"Abang tu,malu lah.Orang cakap betul dia main-main."Eiliya berpura merajuk.

"Abang gurau sajalah.Baju sayang semua abang dah bawak.Yang kecil yang besar,selendang,semua abang bawa.Kalau tak cukup kita beli sajalah dekat sini."

Tengok tu bila masa Leon kemas baju mereka pun dia tak tahu.Patut masa turunkan beg mama tadi,mama cakap tak payah.Hairan juga Eiliya bila mama tak jadi bawa beg besar ini.Terfikir juga mama nak pakai apa dekat sana nanti.Mama siap senyum-senyum lagi.

"Kalau abang cakap dari awal kan boleh Liya siapkan beg kita."

"Abang nak surprise kan sayang.Ini kan honeymoon pertama kita.."

"Mama tahu tak?"

"Tahu.Abang dah rancang awal nak datang sini.Nak bawa sayang pergi jauh-jauh,masih banyak kerja belum siap.Nanti lepas mama papa balik kita pergi."

"Liya tak kisahlah..Janji abang ada.."Eiliya pegang tangan Leon.Dia tahu Leon sangat menyayangi dia.Dan dia juga begitu.Mereka saling menyintai.Indahkan pelangi selepas hujan.
"Dah minum cepat teh nanti sejuk tak sedap.Lepas ni banyak tempat kita nak pergi."Leon senyum.Dia cuba untuk membahagiakan Eiliya lebih dari segalanya.

Mereka menikmati vanilla tea bersama cheese cake sambil melihat pemandangan ladang teh yang menghijau di bawah sana.Mujur mereka tidak datang sewaktu cuti sekolah,pasti sesak dengan orang ramai.Masa cuti panjanglah orang ramai mengambil kesempatan datang bersama keluarga dan pasangan.Udara yan segar,pemandangan yang cantik dan menghijau menghilangkan segala tekanan.

Ladang teh tentunya menjadi destinasi pertama bagi pengunjung.Tidak lengkap percutian jika tidak melawat ke ladang teh.Ia telah menjadi destinasi wajib bagi semua.Sempat Leon dan Eiliya bergambar kenangan di situ.

Tempat kedua yang mereka tuju adalah Lavender Garden.Ini salah satu lokasi wajib yang patut singgah.Tidak sah kalau tidak bergambar di sini.Taman yang bersih dengan barisan bunga berwarna unggu.Tidak lupa juga aiskrim berwarna unggu.

Leon dan Eiliya betul-betul menikmati percutian singkat mereka.Sambil berjalan berpegangan tangan.Mereka menghabiskan masa bersama seoerti pasangan yang baru mula bercinta.Tapi memang pun.Cinta berputik kembali.

Zenith Cameron hotel yang menjadi pilihan Leon.Tersergam indah di atas bukit Tanah Rata.Tampak indah bak istana,hotel lima bintang ini sangat istimewa.

Dari luar hotel nampak megah berdiri dengan arkitektur berunsur Eropah.Dari segi hiasan dalaman,mereka ketengahkan kemewahan dengan sikit sentuhan alam semulajadi.

Terdapat pelbagi jenis pilihan bilik yang ditawarkan, kesemuanya cukup selesa dan luas.Signature Room,Signature Garden Room,Family Suite dan Family Garden Suite.Setiap bilik dalam kategori garden didatangkan bersama balkoni luas yang digunakan untuk menikmati pemandangan dan udara segar.

Setiap bilik juga lengkap dengan kemudahan asas seperti peti sejuk,penghawa dingin, dan TV.Sambungan WiFi percuma juga tersedia untuk semua tetamu.Bagi bilik jenis family pula,ianya seperti 2 bilik disambungkan bersama,memudahkan ibubapa terasing dari anak-anak mereka.

Leon mengambil bilik Deluxe Double dimana katilnya lebih besar.Senang nak bergolek-golek kata Leon.Eiliya buat muka selamba pada hal dia sudah faham sangat akan maksud 'golek-golek' Leon itu.Nakal kan Leon ni.

Terasa sangat kekenyangan balik dari makan malam di Highland Steamboat Cheese and Grill.Cuaca waktu malam menjadi semakin dingin.Terpaksa Eiliya membeli stoking tebal untuk tidur.Mujur pihak hotel menyediakan selimut yang tebal.Boleh mati kesejukan macam ni.

"Sejuk sangat ker?"tanya Leon apabila melihat Eiliya menggosok kedua belah tapak tangannya.Ketika itu mereka sudah berada di bilik hotel.

"Sejuklah.Abang tak apa lah banyak lemak,badan berketul.."Eiliya meniup tapak tangannya pula.

"Meh sini abang hangatkan.."Leon terus mengangkat tubuh Eiliya dari atas sofa.

"Abangg.."panggil Eiliya.Terkejut dia dengan tindakan Leon.Tanpa amaran terus Leon mencepung dan meletakkan tubuhnya dengan cermat di atas katil.

Leon duduk disebelah Eiliya sambil menggosok kedua belah tapak tangan Eiliya.Terasa sedikit kehangatan meresap.Tak cukup dengan itu dia menghimpit dan memeluk tubuh Eiliya.

"Sejuk lagi?"tanya Leon.Eiliya angguk.Kaki dimasukkan kedalam selimut tebal.

"Sayang...abang nak ucap terima kasih sebab sayang sudi terima abang semula.Abang harap perkahwinan kita kekal selamanya.Kalau abang ada buat salah yang abang tak nampak sayang bagitahu jangan simpan.Abang nak sayang tahu sayang adalah segalanya untuk abang.."ucap Leon dengan penuh romantis.

"Liya pun macam tu juga.."ucap Eiliya sambil membalas pelukkan Leon.

"Abang sayang Liya.."Leon kucup kening Eiliya lama.

"Boleh tak abang janji jangan tinggalkan Liya lagi?"

"Abang janji sayang.."tangan Eiliya dikucup pula. Masih sejuk.

"Abang janji tak akan buat sayang terluka lagi?"

"Janji.Sayang kamu..."ucap Leon bersama senyuman yang tidak putus dibibir.

"Sayang kamu juga.."balas Eiliya sambil memeluk leher Leon.Manja dan menggoda.

"Abang tahu cara nak hilangkan sejuk."bisik Leon ke telinga Eiliya buatkan Eiliya tersipu senyum.

Haruman bunga ros yang di beli siang tadi masih segar diletakkan di sudut katil.Tak cukup dengan itu Leon menyalakan lilin wangian lavender.Cukup menghidupkan suasana romantis.

Terus Leon matikan lampu utama bilik.Hanya lampu tidur di dinding di biarkan menyala.Pencahayaan lampu kuning memberikan satu mood yang baik.Eiliya turut merasakan dia berada dalam 'mood' yang baik.Dia ikut terbuai dengan sentuhan demi sentuhan yang Leon berikan.

Di luar sana cuaca semakin sejuk tetapi di dalam bilik sedang hangat membara.Doa mereka supaya rumahtangga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah.

Leon telah membuktikan yang dia mencintai Eiliya,bukan kerana rasa bersalah tapi cinta itu lahir dari hati.Selama ini cinta itu masih kabur ternyata sekarang dia sangat menyayangi Eiliya.Bukan sebagai seorang sahabat tetapi sebagai nyawa dia sendiri.

Tak perlu rasa curiga lagi bila Leon sanggup melakukan apa saja untuk Eiliya.Tak pernah sikit pun Leon membelakangkan Eiliya dalam segala hal.Dia sentiasa meletakkan Eiliya pada nombor satu dalam hati selain mama dan papa.

Pagi ini mereka hanya bersarapan di dalam bilik.Kehangatan malam semalam masih terbawa hingga ke pagi.Leon dan Eiliya bersatu dalam menyemai kasih semoga membuahkan hasil.Mereka juga mempunyai keinginan yang sama iaitu memiliki cahaya mata.Tidak dapat dinafikan lagi,mereka adalah pasangan yang serasi bersama.

Eiliya dan Leon betul-betul memanfaatkan bulan madu mereka.Masa dihabiskan berduan berjalan berpimpingan tangan sambil menikmati pemandangan indah.Ada kalanya sikap romantik Leon buatkan Eiliya tersenyum sepanjang hari.Terasa indah setiap saat yang dilalui bersama.

Di sini mereka mencipta dunia kecil sendiri.Hanya mereka berdua.Meluahkan segala isi hati yang terpendam.Tiada lagi rahsia hidup antara mereka.
Berat hati mahu meninggalkan Cameron Highlands.Kenangan manis antara mereka berdua terakam kemas dalam memori.Ini adalah bulan madu yang sangat indah untuk di ingati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience