BAB 17

Drama Completed 49800

"LEON,mama nak tanya ni."Puan Vina pandang muka Leon dengan penuh tanda tanya.

Leon yang sedang bersandar di sofa terus tegakkan badan.Mama kalau sudah berwajah begitu pasti ada sesuatu yang serius.

"Tanyalah mama."

"Leon masih berhubung dengan Hana lagi ker?"soal Puan Vina.

Leon sedikit tersentak.

"Ada..cuma jarang jumpa.."Leon gugup.Takut untuk berterus terang.

"Kenapa mama?"tanya Leon.

"Mama terjumpa dia dekat spa.Mama tak nak Leon berhubung lagi dengan dia!"serius bunyinya.

Leon termanggu.Mama masih tidak dapat menerima Hana.Rancangan mereka memang tidak berjaya lagi.Sangat susah untuk menambat hati mama.

"Leon kena jaga perasaan Eiliya sama.Mama takut dia makan hati dengan sikap Leon.Patutnya Leon tak perlulah nak berhubung dengan mana-mana perempuan.Tak kira lah siapa pun.Jaga hati isteri sendiri bukan hati perempuan lain!"

Kan dah kena berleter panjang lebar.Leon garu kening yang tidak gatal.

"Leon jumpa dia sebagai kawan.Tak salah kan.."Leon mencuba.

"Leon kena faham hati seorang isteri.Memang Eiliya akan cakap tak kisah tapi dalam hati dia siapa tahu.Mama nak tanya Leon.Macam mana kalau isteri Leon pula asyik jumpa lelaki lain.Leon rasa cemburu tak?"

Leon terpukul dengan soalan Puan Vina.Terlayar kembali kisah di pejabat beberapa hari lepas.

Eiliya keluar makan bersama Hazrul.Walaupun bukan berdua tetapi Leon tetap rasa cemburu melihat senyuman manis Eiliya untuk orang lain.

Cara Eiliya bercakap,sorotan mata Eiliya menggambarkan yang dia tengah bahagia.Siap gelak ketawa lagi.

Sakit mata Leon bila tahu Hazrul semakin rapat dengan Eiliya sejak kebelakangan ini.

Sekarang mana ada Eiliya peduli sangat pasal Leon.Waktu makan pun dia akan keluar terlebih dahulu dengan rakan pejabat yang lain.Sikit pun tak pelawa Leon.Eiliya susah lupa siapa suami dia.

Makin sakit hati bila di rumah pun Eiliya banyak buat hal sendiri.

"Leon dengar tak ni?mama tak nak Eiliya terasa hati."

Hakikatnya sekarang anak mama yang terasa hati!

"Okey lah mama.Leon balik dulu.Kesian pula Eiliya tunggu lama di rumah."

"Kejap mama nak bungkuskan lauk.Boleh makan dengan Eiliya nanti."

Eiliya yang kebosanan di rumah keluar untuk ke rumah papanya.Sudah lama dia tidak bertemu dengan papa.Kesihatan papa juga asyik terganggu sejak kebelakangan ini.

"Papa dah makan ubat ker?"tanya Eiliya pada papanya yang bersandar di kerusi rehat.

"Dah.Sampai tak larat nak telan ubat dah ni."katanya sambil membetulkan duduknya.

"Ni Liya ada belikan papa mee goreng.Kejap Liya pergi ambil pinggan."

Eiliya segera keluar dari bilik Encik Ahmadi dan menuju ke dapur.Mee goeng yang masih panas dimasukkan separuh ke dalam pinggan.

"Papa tak ada selera..."beritahu Encik Ahmadi setelah makan sesuap dua.Itu pun hanya dihujung sudu.

"Papa dah kurus sekarang.Makan lah sikit lagi."Eilya mahu menyuap ke mulut papanya namun di halang.

"Tak nak dah.Papa nak rehat kejap.Rasa pening pula kepala."

Eiliya meletakkan pinggan ke tepi.Dia menolong membetulkan bantal di atas katil supaya papanya berasa selesa.Diambil sedikit minyak angin dan di sapu ke kepala papa.Perlahan Eiliya memicit kepala papa.

"Liya balik sorang ker.Mana Leon?"tanya Encik Ahmadi.Lemah saja rasa badan sejak akhir-akhir.

"Leon ada hal tadi tak sempat nak ikut balik sini."beritahu Eiliya.Pada hal dia tidak tahu Leon ke mana.Mungkin keluar bersama Hana.

"Liya dengan Leon macam mana?Liya bahagia?"tanya papa.

"Liya bahagia sangat.Papa jangan risau pasal Liya.Kesihatan papa yang lebih penting."

"Papa tak tahu lama mana boleh hidup lagi.."suaranya mengendur.

"Papa ni tak baik cakap macam tu.Liya selalu mendoakan agar papa sentiasa sihat"Liya cepat pangkah cakap papanya.

"Sebelum papa pergi.Papa nak tengok Liya hidup bahagia."sambungnya lagi.

"Papa kenapa cakap macam tu.Liya bahagia.Jangan risau.Leon baik.Papa dengan mama Leon pun baik sangat dengan Liya."

"Liya...papa minta maaf."

"Papa tak ada salah apa pun dengan Liya."

"Papa sayangkan Liya."ucapnya.

Eiilya hanya menahan sebak.Mama tidak pernah sekalipun menyatakan perasaan sayang pada Eiliya.

"Liya jangan ambil hati kalau mama cakap apa pun.Mama memang macam tu."Encik Ahmadi mengeluh kecil.

"Tak lah papa.Liya okey saja.Papa jangan fikirkan pasal Liya.Papa kena kuat melawan sakit."kata Eiliya menyembunyikan perasaan sebenarnya.

"Papa rehatlah dulu.Liya nak hantar pinggang kotor ke dapur."Eiliya menutup pintu bilik setelah papanya tertidur keletihan.

Eiliya leka membasuh pinggan di dapur.Bibik pula sedang menyiram pokok di luar.

"Liya.."Zikri berdiri di belakang Eiliya.

Eiliya agak terkejut.

"Err...awak."katanya sedikir terkejut.

Bila masa Zikri ada di situ.Tadi semasa dia tiba tiada siapa di rumah.Mama juga telah keluar.

"Maaf buat Liya terkejut."Zikri senyum segaris.

"Tak ada apa.Cuma terkejut saja.Mana kak Eira?"tanya Eiliya.

"Dia keluar dengan mama."

"Oh.. patut tak nampak."

"Liya datang sorang?"tanya Zikri.Dia mahu berbual dengan Eiliya walau nampak Eiliya tidak selesa.

"Ya."Eiliya menggelap tangan nya yang basah.

"Liya tak tidur sini?"tanya Zikri.

Eiliya menggeleng kecil.

"Saya minta diri dulu."kata Eiliya tidak mahu berdua dengan Zikri.

"Awal lagi ni.Duduk lah dulu.Dah lama saya tak berbual dengan Liya."sorotan mata Zikri seolah menahannya dari pergi.

"Saya kena balik sekarang.Lagipun papa dah tidur.Mama pun tak ada."

"Kenapa Liya selalu mengelak dari saya?"tanya Zikri walaupun sudah tahu jawapan.

"Dengar sini!Saya tak nak timbul sebarang masalah.Awak tahu kan."kata Eiliya.

"Saya masih sayangkan awak,Liya."Zikri tanpa rasa bersalah meluahkan.

Zikri buat hal lagi.Eiliya tidak terkejut tetapi bertambah geram bercampur marah.

"Zikri sudahlah!Berapa kali nak cakap!Saya dah kahwin.Saya dah ada kehidupan saya sendiri!Awak pun macam tu jugak.Tolonglah..saya dah penat dikaitkan dengan awak!"Eliya mengeluh kasar.

"Saya tahu awak tak bahagia Liya.Awak kahwin dengan Leon bersebab."

Eiliya terpampam.

"Zikri saya rasa elok awak jangan masuk campur.Saya tahu apa yang saya buat."Eiliya naik angin.

"Saya tak nak awak terluka Eiliya.Leon cintakan Hana bukannya awak."Kata Zikri dengan berani.

Dari mana Zikri dapat tahu pasal Leon dan Hana pun Eiliya tidak pasti.

"Zikri,saya dah cakapkan jangan masuk campur!Awak patutnya jaga kak Eira bukannya sibuk hal saya!"marah Eiliya.

"Betul kan apa yang saya cakap."Zikri maaih berdegil.

Eiliya sudah malas mahu melayan karenah Zikri.Dia segera berpaling dan mahu meluar dari situ.Tanpa diduga,Zikri merentap tangan Eiliya menyebabkan Eiliya hampir terjatuh.Tubuh Eiliya disambut kemas oleh Zikri.

"Zikri!"jeritan Eira mengejutkan mereka berdua.Dua pasang mata memandang mereka berdua dengan pandangan yang tajam.

Eiliya segera menolak tangan Zikri.

"Kak Eira."Eiliya gelabah.

"You buat apa dengan Liya!?"tanya Eira dengan nada meninggi.Turun naik dadanya menahan marah.

"Kak Eira jangan salah faham.Semua ni salah sangka..."

"Kau diam Liya!Selama ni aku tak percaya apa yang mama cakap.Sekarang baru aku tahu,rupanya kau nak rosakkan rumahtangga aku!Kau nak balas dendam sebab aku dapat Zikri!"tuduh Eira.

"Eira,I boleh explain.."Zikri mendengus.Cepat pulak Eira balik.

"Tak kak Eira.Ini salah faham..."Eiliya cuba menceritakan hal sebenar.

Mama yang berdiri dibelakang Eira tersenyum dihujung bibir dengan lagak mengejek Eiliya.

"Nak expalain apa lagi.Terang-terangan kau berdua berasmara dana depan mata aku!"Eira naik darah.

"Kak Eira percayalah,Liya bukan macam tu."rayu Eiliya sambil menangis teresak.

"Kau pandai berlakon kan!"searang Eira.

"Tak kak Eira..."rayu Eiliya.

"Eira dengar dulu.Memang I yang salah.I tarik tangan Liya.I masih sayangkan Eiliya."

Eiliya melopong.Kenyataan Zikri bukan mahu menolong malah membelit dirinya.

"Kan mama dah cakap.Dia masih ada hati dengan laki kamu.Sekarang Eira percaya kan.."sampuk mama sambil buat muka pada Eiliya.

"Kak Eira percayalah..Liya tak ada hati pada Zikri."sayu suara Eiliya cuba membela diri.

"Aku tak percaya kau sanggup tikam belakang aku,Liya!Tak cukup lagi kah dengan Leon!"jerit Eira hampir bergema satu rumah.

"Liya tak ada hati dengan dia...Kak Eira percayalah.."Eiliya menangis teresak-esak.

"Mama dah cakap dia ni memang perampas!Dia yang goda suami kamu,Eira."tambah mama seolah mencurah minyak ke dalam api.

"Aku kecewa dengan kau,Liya!Kau adik aku.Tapi kau sanggup buat aku macam ni!Dan kau Zikri,tergamak kau curang dengan adik ipar kau sendiri!"hambur Eira bersama tangisan.

"Kau ni memang tak tahu malu kan.Suami kakak sendiri pun nak dirembat.Perempuan jenis apa kau ni.Kalau ikutkan aku,kau jangan pijak lagi rumah ni!"

Tangan Puan Nirma sudah di angkat tinggi ke udara.Masa ni lah dia mahu membelasah Eiliya sepuas hati.

"Nanti dulu!"tahan satu suara.

Leon masuk dari arah pintu belakang.Terkejut semua yang ada di situ.

Ditarik Eiliya ke arah dia dan memeluk Eiliya.Eiliya masih menangis hiba.

"Kenapa nak salahkan Liya.Patutnya tanya Zikri kenapa dia selalu ganggu Liya.Saya sendiri dengar dan lihat apa yang berlaku."

Sebenarnya Leon sudah tiba awal.Dia terus ke dapur mahu meminum air.Bila ternampak kelibat Eiliya masuk ke dapur,Leon terus menyorok di sebalik dinding luar.Niat dia mahu mengusik Eiliya namun dia sendiri terperanjat dengan kehadiran Zikri.

Dia telah mendengar semuanya.Ternasuklah nama dia dikaitkan.

Eira memandang ke arah Zikri.Zikri kelihatan gelisah.

"Aku dah dengar semuanya Zikri.Aku percaya Eiliya tak pernah simpan sikit pun perasaan pada kau!"

"Kalau nak kan bukti lagi.Sila periksa cctv.Segalanya ada di situ."kata Leon dan terus menarik Eiliya pergi dari situ.

Puan Nirma ketap bibir.Eiliya terlepas lagi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience