"THANKS Liya.Kau dah buat yang terbaik untuk aku dan Hana.Aku hargainya sangat.",kata Leon sewaktu Eiliya sedang memasukkan barang miliknya ke dalam kereta.
"Sampai di sini saja.Aku doakan kau bahagia bersama Hana."walaupun dalam hati sudah dirobek dan disiat-siat.Dia tidak mahu menangis dihadapan Leon.
"Aku sayang...."
Cepat Eiliya memotong.
"Dah Leon jangan cakap lagi.Aku minta diri dulu.Halalkan segala makan minum selama aku tinggal di sini."
"Liya..aku minta maaf.."
Leon hulur tangan mahu bersalam dengan Eiliya.
"Kita bukan muhrim lagi.."Eiliya terus masuk ke dalam kereta.
Leon terkaku di situ.Melihat Eiliya pergi begitu saja.
Tanpa ucapan selamat tinggal.Kereta Eiliya bergerak keluar dari perkarangan rumah.
Sepanjang perjalanan ke rumah abang Elman,Eiliya menangis.Mata dia tak dapat mahan sebak di dada.Terpaksa berhenti di bahu jalan.Tidak dipeduli kereta yang lalu lalang di situ.Empangan matanya pecah.Dia benar-benar terluka.Hancur hatinya.
Eiliya tiba dirumah Elman dan disambut baik oleh kakak iparnya,Asyikin.Ketika itu Elman tiada di rumah.Di situ saja tempat yang dia boleh tuju.Mahu pulang ke rumah arwah papa,Puan Nirma tidak membenarkan.
"Liya masuklah berehat dulu."kata Asyikin.
Eiliya akur dan terus menuju ke bilik tetamu.Sebenarnya dia sudah rasa mahu tumbang.Badannya terasa sakit dan seram sejuk.
Asyikin juga agak terkejut dengan kedatangan Eiliya.Wajah Eiliya kelihatan muram dan berduka.Simpati Asyikin melihat.Mahu bertanya lanjut dia bimbang adik iparnya kepenatan.Jadi di suruh berehat terlebih dahulu.
"Mana Liya?"tanya Elman sebaik masuk ke dalam rumah.
"Ada dalam bilik.Ikin suruh dia rehat.Nampak dia macam penat sangat.Dia tak sihat tu."beritahu Asyikin.
"Liya ada bagitahu apa-apa tak.Abang nampak tadi dalam kereta ada beg dia."Elman terperasaan beg Eiliya ditempat duduk belakang kereta Eiliya.
"Tadi Ikin dan angkat satu.Yang lain dia cakap tinggalkan dalam kereta ."
Elman semakin pelik.
"Risau pula abang."katanya pada Asyikin.
"Abang tak cuba call Leon?mana tahu mereka ada selisih faham ker apa.."syak Asyikin.
"Dah.Tapi tak dapat."
"Kejap Ikin tengok Liya dah bangun ker belum."
Asyikin masuk ke dalam bilik.Dilihat muka Eiliya berkerut seperti menahan sakit.Berpeluh dahi dan mukanya.
"Liya kenapa ni?"tanya Asyikin cemas.
"Sakit perut lah kak Ikin."beritahu Eiliya sambil menekan-nekan perutnya.Di bawah perut terasa sangat sakit.
"Liya sengugut ker?"Ikin ikut meraba perut Eiliya yang sakit.
"Mungkin jugak."
Berpeluh mukanya menahan sakit.
"Liya tak makan lagi kan.Takut gastrik pulak.Boleh bangun tak?Liya mandi dulu lepas tu makan."
Perut dia terasa sakit sangat.Ikutkan period dia memang tak menentu.Rasa menyucuk di bawah perut.Ngilu.Sakit sangat.
"Mari kak Ikin tolong."
Asyikin membantu Eiliya untuk bangun.Muka Eiliya memang pucat habis.Eiliya terpaksa memegang dinding sambil dipimpin Asyikin.Dia rasa pandangan semakin kelam.Pening mual semua ada.
Baru berapa langkah,Eiliya terasa seperti sesuatu yang panas meleleh turun dari celah paha menuju ke kaki.
"Kak Ikin..sakit.."katanya dengan lemah dan kesakitan.
"Ya Allah Liya.Darah!"Asyikin makin cemas.Darah laju menuruni celah paha Eiliya.Beberapa tompok darah menitik ke atas lantai.
Eiliya rasa nak jatuh.Mujur Asyikin cepat menyambar tubuhnya.
"Abang!abang!cepat tengok Liya ni!"jerit Asyikin memanggil suaminya.
Elman yang terdengar jeritan Asyikin segera berlari masuk ke dalam bilik tamu.
"Kenapa dengan Liya?"
"Darah .."Asyikin dah takut.
"Ya Allah.Liya kenapa ni?"Elman tidak menunggu lama.Terus dicempung tubuh Eiliya keluar dari situ.
"Cepat abang!bawak Liya ke hospital!"
Itu saja yang Eiliya dengar sebelum dia tidak sedarkan diri.Dia terus pengsan.
"Macam mana ni abang.Kesian Liya."kata Asyikin.Dari tadi mereka berdua menemani Eiliya.Dari wad kecemasan sehingga masuk wad biasa.
"Abang dah cuba call Leon tapi tak dapat."gusar Elman bila Leon tidak dapat dihubungi.
"Kita tunggu Liya sedar dulu."cadang Asyikin.
Sudah empat jam mereka menunggu Eiliya sedar.
Perlahan mata Eiliya terbuka.Dia masih dalam keadaan mamai.
"Alhamdulillah Liya dah sedar."kata Asyikin dan segera duduk di tepi katil Eiliya.
"Liya kat mana ni?"dia terasa asing dengan keadaan keliling.Semuanya nampak asing.
"Liya dekat hospital."beritahu Asyikin.
"Hospital?"Eiliya picit perlahan kepalanya.Perut yang tadi sakit kini semakin kurang.Cuma dia berasa senak di kawasan bawah perut.
Eiliya cuba bangun untuk bersandar sambil di bantu Asyikin.
"Teruk sangat ker sakit Liya?"
Asyikin dan Elmam berpandangan sesama sendiri.Elman memberi isyarat kepada Asyikin.
"Liya..sebenarnya... Liya keguguran."beritahu Asyikin dalam nada perlahan.Takut Eiliya terkejut dengan berita sedih ini.
"Keguguran?"Eiliya panik.Macam mana boleh jadi begitu.Bila dia mengandung pun dia tidak tahu.
Dia dengan Leon pernah tidur bersama.Tak kan sekali sahaja dia sudah mengandung.Period Eiliya pula memang tidak teratur.
"Sabar ya Liya...mungkin tak ada rezeki Liya lagi."pujuk Asyikin.
Eiliya terkedu.Tak pernah dia bayangkan sampai ke tahap ini.
"Abang dah cuba call Leon tapi tak dapat."beritahu Elman dengan wajah kerisauan.
Eiliya baru teringatkan sesuatu.Elman dan Asyikin masih belum tahu hal penceraiannya dengan Leon.
"Abang nak pergi rumah uncle Bad cari Leon."kata Elman.Dia tak boleh berdiam diri lagi.Leon patut tahu.
"Abang..abang..jangan.Leon tak boleh tahu pasal ni."Eiliya menahan.
"Kenapa Liya?Dia kena tahu.Abang nak pergi cari dia jugak."
"Abang...Liya rayu dekat abang tolong jangan bagitahu dia atau sesiapa.Tolonglah abang El!"Eiliya mula menangis sambil merayu.
Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.Masih tidak mengerti.
"Leon kena tahu keadaan Liya sekarang..."pujuk Asyikin.
"Abang..tolonglah.Liya minta sangat rahsiakan dari dia.Liya..Liya dengan dia..baru saja bercerai."
"Hah!cerai!?"terbangun terus Elman.Asyikin juga ikut terkejut.
"Apa Liya cakap ni?"Elman seakan tidak percaya.
"Liya dah cerai dengan dia.."kata Eiliya.
"Tapi kenapa?"Elman tidak berpuas hati.Tak kan sesingkat ini perkahwinan mereka berdua.Baru sangat.
"Kami tak sehaluan."Eiliya tidak mahu memanjangkan cerita.Itu sahaja alasan yang paling sesuai buat masa sekarang.
Elman tidak percaya.Selama ini Leon melayan Eiliya dengan baik sekali.Mana boleh tiba-tiba mereka bercerai.
"Ya Allah Liya..Macam mana boleh jadi macam ni?"tanya Asyikin.Berganda simpatinya pada Eiliya.
Asyikin terus memeluk Eiliya.Bukan mudah untuk seorang wanita menerima penceraian dalam masa sesingkat ini.
Eiliya mahu berkata sesuatu.Tetapi seorang doktor wanita masuk untuk memeriksa dia.
"Maaf ya.Saya nak periksa pesakit sekejap."ujar doktor wanita itu.Tertera nama Wafa di tag namanya.
Eiliya cepat sapu airmata nya.
"Boleh saya bercakap dengan suami puan?'tanya doktor itu sambil meneliti fail rekod kesihatan Eiliya.
Eiliya pandang wajah kakak iparnya.
"Suami dia di luar kawasan.Doktor boleh beritahu kami saja.Buat masa ni saya dan isteri yang menjaga dia.Saya abang dia dan ini isteri saya."beritahu Elman.
"Baik.Macam ni.Keadaan Puan Sofia stabil buat masa sekarang.Puan Sofia ada terjatuh ker?"tanya doktor Wafa.Lembut sahaja orangnya.
Eiliya terdiam.Memang dia ada terjatuh semasa di rumah Puan Vina.
Eiliya mengangguk kecil.
"Maaf ya..kandungan puan kami tidak dapat selamatkan.Berlaku pendarahan dan kami terpaksa melakukan D&C iaitu Dilation and Curettage.Saya nasihatkan puan kena banyak berehat dan jangan buat kerja berat buat masa terdekat ini."
D&C ialah mengeluarkan tisu yang tertinggal pada rahim selepas keguguran bagi mengelakkan pendarahan teruk.
"Insyallah..jangan bimbang puan masih ada peluang untuk mengandung lagi.Cuma lepas ni kena lebih berhati-hati."
"Saya tak tahu yang saya mengandung." Ya dia tiada sebarang alahan seperti perempuan mengandung yang lain.
Doktor Wafa senyum.
"Selalunya ibu muda macam puan tak akan perasan perubahan pada diri.Terutamanya kali pertama hamil.Ada juga ibu hamil yang tidak mempunyai sebarang alahan.Keguguran biasa terjadi di awal kehamilan yang pertama ataupun seterusnya.Banyak faktor yang menyebabkan keguguran.Antaranya rahim masih lemah.Stress pun boleh jadi faktor utama."
"Tak apa puan kena jaga diri bagi sihat dan kuat dulu. dan jangan stress.Bila stress kandungan kita makin lemah.Dalam masa terdekat ni elakkan dari mengandung dulu.Seeloknya selepas tiga hingga enam bulan."beritahu doktor itu lagi.
"Terima kasih doktor."ucap Elman.
Doktor Wafa meminta diri menuju ke wad yang lain pula.
"Tak apa.Liya duduk dengan kami.Kak Ikin boleh tengokkan Liya.Lagipun Liya kena berpantang."
"Berpantang?"tercengang Eiliya.
"Berpantang lepas gugur.Liya tak boleh makan sebarang terutama makanan berangin nanti bisa satu badan."
"Liya,abang El rasa kita patut bagitahu keluarga Leon.Mereka kena tahu keadaan Liya sekarang."sambung Elman.Dia masih tidak berpuas hati lagi.
"Tolonglah abang El.Kalau abang El dan kak Ikin sayangkan Liya.Tolong jangan bagitahu sesiapa."rayu Eiliya.
Dia tidak mahu mereka tahu.Tiada guna lagi untuk tahu.Belum sempat merasa menjadi ibu,nikmat itu telah ditarik balik.Dia redha.Bukan rezeki dia.
"Liya jangan sedih.Kak Ikin faham perasaan Liya.."pujuk Asyikin.Dia juga pernah alami nasib yang sama.Keguguran pada kali pertama mengandung.
Mujur selepas beberapa bulan,rezeki anak memihak kepada mereka.
"Abang El tolong janji dengan Liya jangan bagitahu sesiapa pasal hal ni."pinta Eiliya sekali lagi.Risau juga dia jika pihak sebelah sana dapat tahu.Tentu bertimpa kesedihan bekas mertuanya.Sebab itu dia mahu merahsiakan.
Tapi kalau tahu pun semua itu sudah tidak bermakna lagi.Lebih baik diamkan saja.
Elman terpaksa akur jugak atas permintaan Eiliya walaupun berat hati dia.Melihat keadaan Eiliya yang masih lagi lemah tidak sampai hati dia mahu membuat adiknya bersedih lagi.Tentu ada sebab kenapa Eiliya mahu merahsiakan.
Share this novel