LEON termenung di balkoni bilik.Memandang ke langit yang kelihatan cerah.Bulan purnama penuh.Fikiran jatuh melayang kepada Eiliya.
Leon tahu Eiliya tidak selesa bertemu dengan dia.Sikap dingin Eiliya menyatakan yang dia tidak menyenangi kehadiran Leon.Malah Eiliya sudah menganggap Leon sebagai orang asing dalam hidup dia.Cara bercakap pun sudah tidak sama seperti dahulu.
Eiliya benar-benar meletakkan sempadan antara mereka.Begitu sukar untuk Leon mendekati.
Leon rasa bersalah sebenarnya di atas apa yang telah berlaku.Selepas melepaskan Eiliya,hidup dia seperti tidak lengkap.Dia rasa kehilangan.Kosong.
Walaupun Leon telah bertunang dengan Hana tetapi dia rasa seperti ada yang tidak kena dalam hidup.Seolah dirinya tidak sempurna.
Tidak sampai dua bulan saja lagi dia akan berkahwin dengan Hana.Namun dia rasa seolah hilang perasaan cinta yang dulu hangat membara kini seakan terpadam begitu saja.
Jujur dia cakap yang dia gembira melihat Eiliya di depan mata.Dirinya kembali bersemangat.Dia pun tidak mengerti mengapa dia jadi begitu.Seolah hidupnya kembali ceria.
Bila dapat berbual dengan Eiliya,dia rasa lega walaupun Eiliya melayan dengan dingin seperti mereka tidak pernah mengenali langsung.
Rindu..ya.Itu yang Leon rasa bila berjauhan dari Eiliya.Rasa nak saja dia peluk tubuh Eiliya saat bertemu kembali.Dia nak Eiliya ada bersama dia seperti waktu dahulu.
Tapi itu sangat mustahil kerana Eiliya yang sekarang bukan seperti yang dulu.Eiliya sekarang lebih bersikap tegas,dingin,dan keras.Satu yang Leon perasan Eiliya makin cantik.Kenapa sebelum ini mata dia tidak dapat menilai.
Bila teringatkan Hazrul,Leon jadi cemburu.Leon mengeluh.Tak mustahil Hazrul cuba untuk memikat Eiliya.Entah mereka sudah menjadi pasangan kekasih.Dulu pun Hazrul cuba rapat dengan Eiliya.
Leon raup muka berkali-kali.Nampaknya peluang Hazrul semakin cerah.Dan Leon hanya mampu melihat dari jauh.
Terbit rasa penyesalan kerana lebih memilih Hana.Hana pula masih dengan sikap yang sama.Sikit pun dia tidak kisah dengan perasaan orang lain.Lebih lagi mama.
"I tak kira macam mana pun lepas selesai majlis kahwin kita,I nak pindah rumah.I tak selesa lah nak duduk dengan parent you."
Setiap kali itu saja yang Hana akan ingatkan Leon.Malah naik lali lubang telinga Leon mendengar.
"Tak kan baru sehari kahwin,you dah nak pindah.Tunggu lah seminggu dua dulu."Leon membantah cadangan gila Hana.Kalau mama tahu mesti kecil hati dia.
"Apa!seminggu dua!?You ingat I ni apa?nak kena menghadap parent you.I bukan menantu zaman dulu kala nak ikut cakap mertua.Nak kena ambil hati mertua.Nak kea bersopan santun.Eeeiii..tolonglah...i tak akan buat semua tu!"selar Hana.
"Kenapa dengan you ni!Tak pernah langsung nak berubah.Sekurangnya you boleh ambil hati mama.Ini tak awal-awal lagi you dah jarak kan hubungan dengan mama.Macam mana mana nak suka you."
Leon sudah hilang sabar.Perangai Hana makin menjadi.
"Tak kuasa I nak ambil hati mama you.Dah dia tak suka I,biarlah.Nak buat macam mana lagi.I kahwin dengan you bukan mama you."gumam Hana sambil menjeling kasar pada Leon.
Bukan dia tak tahu mama Leon kurang setuju dengan pertunangan mereka.Malah dihari pertunangan mereka,Puan Vina jatuh sakit.Hanya Encik Bad yang hadir bersama saudara mara mereka.Apa Puan Vina ingat alasan itu dapat menggagalkan rancangan pertunangan mereka.Ini Hana lah!Jangan harap dia nak mengalah.Dia nak tengok Leon pilih siapa dia atau Puan Vina.Ternyata Leon memilih dia.Satu kemenangan untuk dia!
"You ni Hana,I tak tahu lah apa masalah sebenar you.You nak kahwin dengan I tapi you tak pernah nak anggap parent I sama macam parent you.Mama bukannya benci kan you tapi sikap you tu.Tak pernah nak berubah."
Lenyap sudah panggilan 'baby sayang'.Tinggal 'I you' sahaja sejak bertunang.
"Apa yang tak kena dengan sikap I?Selama you kenal I,macam ni lah sikap I.You pun tahu kan yang I tak kan tunduk sesuka hati pada sesiapa."
Hana tidak mahu mengalah.Kalau mama Leon boleh berkeras dia lagi boleh!
"Macam ni lah sikap you.Pentingkan diri.Tak pernah kisah perasaan orang lain.Setidaknya sebelum nikah you dah berbaik dengan mama.Cubalah you ambil hati mama sikit.Ini tak sibuk you nak menang saja."mendatar suara Leon yang kecewa dengan sikap Hana.
"Oh!I ni pentingkan diri.Semuanya I jahat di mata your mom.Siapa yang baik?your ex wife?I dah agak mama you sengaja tak nak terima i sebab masih mengharapkan ex wife you kan?"Hana mendengus geram.
Nama Eiliya sudah sebati dalam kepala Puan Vina.
"Hal ni tak ada kena mengena dengan dia!Ni antara kita berdua!"tekan Leon.
"Habis tu dah mama you asyik nampak salah I.Yang baik mesti bekas bini you kan.I ni buat lah macam mana pun mesti mama you tak suka.Jadi buat apa i bazir masa i dekat your mom!"sindir Hana.
"Sudah lah Hana.I rasa kita tak payah cakap pasal ni lagi.Tak guna nak kaitkan dengan orang yang tak ada kena mengena.Kita fokus pada majlis kita sudah."Leon cepat mengalah.Kalau bertengkar dengan Hana sampai esok pun belum habis.
"Ya lah tu.Pada hal you suka kan.."ejek Hana.Leon hanya berdecit.
Hana memang keras kepala.Saja dia nak sakitkan hati Leon.Sepanjang bertunang ada saja yang tidak kena.Selalu sangat mereka bertengkar.Boleh katakan setiap kali berjumpa mesti akan ada pertengkaran.
"Dah sampai.Jom turun."kata Leon sebaik sampai dihadapan butik pengantin Butik Idaman.
"I tak ada mood.You pergilah sendiri try baju."kata Hana bersahaja.Muka monyok bersama muncung sedepa.
"Pulak dah!"Leon tepuk dahi.Dah sampai depan butik pun nak buat perangai lagi.Sakit kepala macam ni.
"Dah sampai kan.Tak kan tak jadi pulak."Leon cuba kawal amarah.
"Mood I dah hilang.Kalau you nak pergi,you pergilah sendiri."Hana masih berkeras.Enggan keluar dari kereta.
"Hana,you ni memang tak serius kan.Majlis kita nak dekat pun you masih macam ni."
"I dah cakap tak ada mood.You pergilah masuk sorang."Hana masih berdegil.
Leon menghentak tangan pada streng.Angin dengan sikap Hana.Sudah lah buat temujanji terpaksa batalkan lagi sekali.Tempoh hari sebab last minute Hana tak dapat datang.Kali ini dah sampai depan butik buat perangai pula.
Terus di undur kembali kereta dengan laju menuju ke jalan besar.Pedal minyak ditekan agak kasar.Tersenguk Hana di sebelah.
"Bawak kereta elok-elok sikit.Ingat nyawa I ni ada banyak ker.I nak hidup lama.Kalau you nak mati,mati sorang-sorang!"sindir Hana.
Leon menjeling.Hana bukannya mahu keruhkan keadaan malah sengaja menambah api.
Betul cakap mama,jauh berbeza sekali sikap Hana dengan Eiliya.Macam langit dengan bumi.
Leon mengeluh panjang.
Fikirannya kembali teringatkan Eiliya yang dulu.
Suatu masa dahulu,dia dan Eiliya sangat rapat.Bermula di kolej hingga lah ke tempat kerja.Segala masalah Leon selalu dikongsi bersama Eiliya.
Eiliya orang pertama yang akan dicari jika dia ada masalah.Dan Eiliya juga yang membantu Leon menyelesaikan masalah antara dia dah Hana.
Kerana kebaikan Eiliya,Leon mengambil kesempatan.Di saat kedua belah keluarga mahu menyatukan mereka,Leon bersetuju.Ini kerana mama tidak bersetuju dengan pilihan hati Leon.
Bermula saat itu,Leon mula mengatur rancangan supaya mengaburi mata ibubapanya.Perkahwinan yang hanya sesingkat tetapi Leon berasa bahagia.
Suara gelak tawa Eiliya semuanya masih terakam dalam minda.Hinggalah saat dia melepaskan Eiliya dari ikatan perkahwinan mereka.
Kerana kecewa dengan Hana,Leon telah meniduri Eiliya dengan tidak sengaja.Hilang segala bayangan Hana di waktu itu.Di ganti dengan wajah polos Eiliya.Leon seolah tidak dapat mengawal dirinya.Bergelora nafsunya mahu memiliki Eiliya.Dan malam itu menjadi saksi penyatuan mereka.
Leon tersedar di awal pagi,Penuh berhati-hati dia bangun tanpa mahu mengejutkan Eiliya.Terbit rasa bersalah.Sepatutnya dia tidak menyentuh Eiliya.Dia masih sayangkan Hana.
Leon keliru.Terus dia meninggalkan Eiliya yang masih tidur.Tanpa rasa bersalah dia mengaku yang dia keliru.Dia tidak cintakan Eiliya seperti mana dia cintakan Hana.Sayang dia pada Eiliya hanya sebagai kawan.
Memang patut sekarang Eiliya bersikap dingin dengan nya.Dia telah melukakan hati Eiliya.Malah kesucian diri Eiliya diragut oleh dia.Kini perasaan bersalah itu makin menghimpit dirinya.
"Maafkan aku Liya..."ucapnya sendirian.Dia tahu hati Eiliya sudah terluka dan tak mungkin Eiliya dapat memaafkan dia.
"Vina tahu tak,Leon datang cari abang dekat IB.Abang tak tahu samada betul dia datang cari abang atau itu hanya alasan dia."
Puan Vina angkat kening.
"Leon dah kenapa.Tak pernah nak sampai ke sana.Jangan-jangan..."Puan Vina kerutkan muka.
"Liya.."keduanya menjawab.
"Buat apa dia nak cari Liya lagi?"
"Entah lah.Abang dah bagi amaran jangan datang IB lagi.Tapi Vina rasa,dia boleh dengar ker?"
"Peliklah dengan Leon ni.Dah cerai baru sibuk nak cari balik.Masa ada tak hargai."
"Tu yang abang pelik."
"Liya tak ada mengadu apa-apa ker?"
Encik Bad gelak kecil.
"Tak ada pulak.Abang tengok Eiliya macam biasa saja.Tapi yang Leon ni,abang curiga sangat.Dia ingat abang tak tahu dia datang lagi tadi."
"Ish.. makin pelik dengan Leon ni.Jangan-jangan dia nak Liya balik?"
Berkerut wajah Encik Bad.Kaki dilunjur atas kaki.Menegangkan segala urat saraf.
"Abang rasa Liya nak balik ker dekat Leon?"tanya Puan Vina kembali.
Keduanya terdiam.Bagi mereka amat mustahil untuk Eiliya kembali pada Leon.
"Ima macam mana sekarang?Dah berbaik dengan Liya."soal Encik Bad.
"Dia tu degil lah.Nak ikut dendam dia juga.Pada hal dia yang salah sebenarnya."
"Sampai bila dia nak sembunyikan hal sebenar?"
"Entahlah abang.Dia bukan makan nasihat."
"Susahlah kalau macam tu.Diri sendiri bersalah tak nampak.Nampak salah orang jugak."
"Malas lah Vina nak cakap pasal dia lagi.Abang nanti jangan lupa jemput semua datang kenduri kita."
"Ingat nak buat sekali kenduri nikah Leon tapi asyik tangguh tarikh saja.Entah bila nak langsungnya."runggut Encik Bad.
"Saya malas nak cakap pasal majlis Leon.Pandai-pandai lah dia uruskan."
Puan Vina tarik selimut.Dia sudah berkecil hati dengan tunang Leon.Langsung tidak pernah hormatkan dia.Tak tahu macam mana Leon boleh terpikat sangat.
Share this novel