BAB 34

Drama Completed 49800

"SAMPAI bila kita nak macam ni sayang?I bosanlah bila jumpa kita nak kena sembunyi-sembunyi macam ni."

"You tahu kan sayang..i tak nak tunang i tahu pasal kita."

"Habis tu sampai bila kita nak macam ni.Nak jumpa pun susah."

"Alaa..sabarlah sayang.."

"I tak ada masalah nak jumpa you bila-bila masa pun.Bekas isteri i tak akan ganggu kita lagi.I dah ceraikan dia.Anak-anak pun semua i bagi hak kat dia.You saja yang belum tinggalkan tunang you lagi."

"I tahu you dah berkorban untuk i.You tinggalkan ex wife you demi i.I pun akan buat macam tu jugak.Cuma i perlukan sedikit masa lagi."sambil mengusap perlahan dada si lelaki.

"You cakap tak cintakan tunang you.Buat apa tunggu lagi.Biar dia tahu you cintakan i bukan dia."

"I nak tengok dia merana bila i tinggalkan dia.Padan muka mama dia sebab tak suka sangat dekat i.Biar anak dia jadi gila sebab tak dapat kahwin dengan i.Baru i puas hati!"

"I tak faham lah.Dulu you pernah sayangkan dia..cintakan dia.Sekarang mana pergi semua itu?"

"You kena tahu sayang.I jadi bosan bila lama sangat menunggu.Lagipun dia tak macam you.You special sangat dari dia.Sebab tu i pilih you.You ingat i nak sangat bertunang dengan dia.I cuma nak mainkan dia saja."

"You tak tipu i kan?"

"You takut i tipu you juga ker.Kan i cakap cinta i hanya untuk you.Walaupun you ni bekas suami orang tapi you lagi faham i dari dia."

"Tapi sampai bila you nak mainkan dia?"

"Sampai i rasa puas.I geram dengan mama dia.Bertahun i bercinta dengan anak dia.Boleh dia tak nak terima i.I pun dah muak dengan sikap mama dia.Dia ingat i nak melutut merayu dekat kaki dia supaya dia terima i..tidak sama sekali.Ini Hana lah!"

"I nak tengok sejauh mana Leon dapat bertahan.Biar mama dia yang merayu dekat i supaya kahwin dengan anak dia..tolonglah Hana..jangan tinggalkan Leon..kahwinlah dengan anak mama..."ejek Hana sambil ketawa kuat.

"You pasti ker Leon akan merana?"

"Mestilah.Dia sanggup ceraikan isteri dia dulu sebab nak kan i.I rasa dia boleh gila kalau i tingggalkan dia lepas ni."

"I takut semua plan you ni jerat diri you sendiri.Seeloknya you minta putus secara baik.Kita pun tak payah nak sembunyi macam ni lagi."

"You ni sabar lah...i boleh sabar tunggu you tinggalkan family you.Takkan you tak boleh?"

"Mana tahu you ubah fikiran nak kan tunang you balik.Habis tu i ni macam mana?"

"Tak payah takut lah.You tahu kan i akan cari you jugak.Sebab you tahu apa yang i nak..."bisiknya ke telinga Fad.

Lelaki itu kulum senyuman.Tidak menyesal tinggalkan keluarganya demi Hana.Dia tahu macam mana nak ikat Hana agar tidak 'lari' lagi.

"Kenapa Leon tengok mama diam saja.Ada apa yang tak kena ker?"

Sejak dua tiga hari ini Leon perasan mama nya banyak berdiam diri.Sesekali di lihatnya mama banyak termenung.Ntah apa yang difikirkan.

"Mama..mama..."kan dah cakap,Puan Vina tidak dengar pun dia panggil.

Leon sentuh perlahan bahu mamanya baru Puan Vina tersedar dari lamunan.

"Bila Leon ada dekat sini?"

"Baru saja.Mama kenapa duduk sini sorang-sorang.
Papa mana?"

"Ada dekat atas.Tengah solat."

"Mama sebenarnya tengah fikirkan apa?Leon tengok dari tadi mama mengelamun."

"Mana ada apa."dalih Puan Vina.

"Leon kenal mama dari kecil.Mama tak pernah diam macam ni."

"Tak ada apa lah.Mungkin mama risau majlis Leon nanti."dalih Puan Vina.

"Jangan lah mama risau.Leon tak nak mama sakit."

"Mama nak tanya Leon betul-betul.Leon betul ker nak kahwin dengan Hana?"Puan Hana pandang tepat ke muka Leon.

"Kenapa mama tanya macam tu.Mestilah Leon nak."jawab Leon.

"Ya lah,mama risau tengok Leon.Sepatutnya dah nak dekat ni muka ceria..happy.Ni tak..kadang muka Leon masam saja.Ada masalah ker?"

"Mama ni mana ada.Leon okay.Cuma stress majlis dah nak dekat.."

"Mama tak rasa Leon nak kahwin dengan Hana."kenyataan dari Puan Vina buatkan Leon tersentak.Bukan mama nya sengaja serkap jarang.Tapi hati dia juga sependapat dengan mama.

"Sebab mama nampak sendiri persedian Leon.Dulu Leon lagi bersemangat.Baju dah siap pilih..segala barang hantaran Leon dah siap beli.Kira segalanya berjalan lancar.Sekarang mama tengok kucar-kacir.Leon ke utara Hana ke selatan.Macam dah tak sehaluan."kata Puan Vina.

Leon mengeluh sambil tubuh disandar pada kerusi besi menghadap kolam renang.Setenang air dalam kolam,mama tahu ada apa di dalamnya.Macam tu juga perasaan Leon sekarang.Apa yang mama cakap memang benar,semangat tu dah hilang.

"Entah la mama.Hana sekarang dah tak macam dulu.Asyik mengelak lepas tu angin tak tentu pasal.Bila sampai depan butik boleh pula dia tak jadi nak masuk.Pening kepala Leon."luah Leon.

"Kenapa macam tu?Leon ada sakitkan hati dia agaknya.Selalunya perempuan yang nak kahwin mesti excited nak pilih baju pengantin sendiri."

"Mana ada ma..Dia tu kadang cemburu buta.Suka ungkit benda yang lepas.Leon pun tak faham.Kadang dia hilang macam tu saja.Call tak..mesej pun tak."

Puan Vina bertambah pelik dengan keraguan Leon.

"Maksud Leon apa?"Puan Vina cuba selami hati anak bujangnya.

Leon hela nafas berat.

"Dia cemburu kan Liya.Dia cemburu bila Liya lebih dapat perhatian dari mama.Mama tak pernah nak terima dia."

"Mama bukan nak lebihkan Liya tapi mama tak suka sikap Hana.Tak pernah berubah.Mama tak rasa dia nak kahwin dengan Leon!"

Leon terasa dengan kata-kata Puan Vina.

Ingatan Puan Vina masih terbayang Hana berpegang tangan sambil berpelukan dengan seorang lelaki.Mereka kelihatan mesra dan intim sekali.Siap ketawa gembira.Makan pun bersuap-suap.

"Eh!mama..buat apa dekat sini?ni kawan Hana.Saja dia temankan Hana beli barang sikit.."gelabah Hana saat Puan Vina menegurnya ketika itu.

Siap tolak lelaki itu menjauhi dia.Mungkin dia takut Puan Vina memberitahu Leon.Tetapi Puan Vina tidak buat begitu.Dia tahu Leon sangat kemaruk dengan cinta Hana.Hingga sisi buruk Hana pun Leon tidak nampak.

Semasa malam majlis kesyukuran,sengaja Puan Vina bersikap hambar dengan Hana.Dia geram akan Hana yang pandai bermuka-muka.Depan Leon bukan main lagi terlentok-lentok.Pandai dia sembunyikan dari Leon.Dibelakang Leon bukan main ligat lagi.

"Leon pun tak tahu lah mama.Malas Leon nak fikir lagi.Mama masih jumpa Liya?"tanya Leon.Dalam fikiran Leon sekarang mudah sangat teringatkan Eiliya.

"Ada.Sekarang dia makin cantik pula mama tengok.Leon kenal ker lelaki yang datang dengan dia hari tu?"saja Puan Vina ingin tahu.Mahu melihat reaksi Leon.

"Dia kerja sekali dengan Liya."

"Untung Liya.Boleh tahan juga hensem lelaki tu.Padan sungguh dengan Liya."

Leon sudah tidak senang duduk bila Puan Vina tidak habis memuji lelaki itu.

"Siapa nama lelaki tu.Mama lupa pula..Haz...Haz.."

"Hazrul."sambung Leon walau dalam hati sudah panas.

"Mama doakan Liya bahagia dengan pilihan hati dia. Dah tiba masanya Liya cari kebahagiaan dia.Mama yakin Hazrul dapat bahagiakan dia."sempat lagi Puan Vina mendoakan untuk Eiliya.

"Err...dia tak bagitahu mama ker Hazrul tu siapa?maksud Leon dia bercinta ker.Tak tahu pula dia orang ada hubungan atau tak."sengaja Leon berkata begitu.Dia berharap sangat mereka tiada hubungan istimewa.

Api cemburu mula merecik.

"La ye ker.Mama ingat Hazrul tu boyfriend baru Liya.Tapi tak apa lah.Kalau dah jodoh dia dengan Liya dapat juga kita merasa nasi minyak Liya.Lepas Leon kahwin..Liya pula."

Amboi baik punya sakat lah Puan Vina ni.Terhibur juga tengok muka Leon berubah.

"Mama dengar Leon kerap pergi IB.Leon cari apa sebenarnya dekat sana?"
"Err..kebetulan lalu situ.Singgah sekejap."jawab Leon menyembunyikan hal sebenar.

Puan Vina senyum di hujung bibir.Nak tengok sejauh mana Leon mahu menyembunyikan perasaan sebenar dia.

"Bual apa dua beranak ni.Nampak serius sangat."Encik Bad melabuhkan punggung di kerusi sebelah Puan Vina.

"Saja bual kosong.Abang tentu tahu kan pasal Liya dengan Hazrul."

"Ada apa yang abang terlepas ker?"

"Vina cuma terfikir kalau Liya nak kahwin nanti,kita boleh buat majlis dekat rumah kita.Kesian Liya sebatang kara...Ima mesti tak nak ambil tahu pasal Liya dah."

"Boleh saja.Abang rasa kita tak ada masalah nak tolong dia."

Leon sudah terkebil memandang wajah papa dan mama nya.Sudah terang-terangan di hadapan Leon mereka membicarakan tentang hari bahagia Eiliya.Langsung tidak peduli akan perasaan Leon yang sedang dilamun gundah gulana.

Dalam hati Puan Vina sudah tersenyum geli hati melihat muka yang Leon sudah berubah merah menahan pedih di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience