"MAMA sihat?"tanya Eiliya sebaik duduk dan bersalaman dengan Puan Vina.
"Alhamdulillah sihat.."
Sudah berapa kali dia menolak pelawaan bekas mentuanya untuk datang ke rumah.Kali ini dia tidak dapat mengelak lagi.Itu pun setelah Puan Vina menyakinkan yang Leon tiada di rumah.Cadangan Eiliya untuk berjumpa diluar ditolak oleh Puan Vina.Alasannya dirumah lebih selesa.Boleh berbual panjang.
"Liya macam mana sihat ker?"tanya Puan Vina.
"Alhamdulillah sihat."Eiliya tersenyum manis.Mata melilar sekeliling bimbang Leon muncul.Encik Bad juga tiada di rumah.
Terharu Eiliya bila Puan Vina memasak dan menghidangkan pelbagai jenis makanan.Pada hal hanya mereka berdua sahaja.
Sudah lama hal ini berlegar dalam fikiran Puan Vina.Kini tiba masa dia mahu dengar dari mulut Eiliya sendiri apa yang Eiliya sembunyikan selama ini.
"Bukan senang mama nak jumpa Liya.Asyik sibuk saja Liya ni.."
"Sibuk sikit sekarang ni mama.Banyak kerja."
"Nanti mama cakap dekat papa.Jangan bagi Liya kerja banyak."
"Ehh.. jangan lah mama.Tak ada lah banyak sangat.Liya okey saja.Lagipun bukan selalu."Tak mahu lah dikatakan mengada.Bukan teruk mana pun kerja dia.Setakat buat paperwork menhadap PC apalah sangat.Bukan Eiliya kena turun gali tanah ker apa.Kalau yang tu kena fikir balik.
"Mama sebenarnya ada hal nak tanya dekat Liya."ketika itu mereka berehat di ruang tengah.Kekenyangan sangat.Tak sempat nak hadam nasi lauk tadi, Puan Vina sudah menghidangkan puding roti pula sebagai pencuci mulut.Terpaksa Eiliya makan sikit supaya Puan Vina tidak berkecil hati.Susah payah tuan rumah siapkan mahu menyambut tetamu istimewa.
Eiliya terkedu sebentar.Dia ada buat salah ker?
"Hal apa tu mama?"
Puan Vina usap lembut belakang tangan Eiliya.
"Mama sayang Liya macam anak mama sendiri.Liya jangan segan nak kongsi apa pun dengan mama.Mama faham apa yang Liya rasa."Itu kata Puan Vina.
Berkerut kening Eiliya.Cuba memahami maksud sebenar Puan Vina.
"Mama cuma nak tahu.Betul kah Liya..Liya pernah.. keguguran?"
Eiliya pandang muka Puan Vina.Macam mana bekas mentuanya boleh tahu.Atau Puan Vina hanya serkap jarang.Tapi tak mungkin Puan Vina sengaja bertanya begitu.
"Liya..Liya..."suara Eiliya tersekat-sekat.Dia gelisah gementar.Berteguk liur ditelan.
"Maknanya betul kan?"Puan Vina masih menanti jawapan Eiliya.
Air muka Eiliya berubah keruh.Mata Eiliya terasa panas.Sensitif bila hal ini disentuh.Ada cecair jernih mula bergenang di tubir mata.Diseka dengan hujung jari.Untuk tujuan ini Puan Vina beria mengajaknya ke mari.Tapi macam mana Puan Vina boleh tahu.Siapa yang bocorkan rahsia.Abang El?tak mungkin.Kak Ikin?juga bukan kerana mereka masih di Langkawi.Mustahil Puan Nirma atau pun kak Eira.Persoalannya dari mana Puan Vina dapat tahu.
"Kenapa Liya tak bagitahu mama?"terus Puan Vina rapatkan diri dan memeluk Eiliya sambil menggosok lembut belakang badan Eiliya.
"Maafkan Liya,mama..."suara Eiliya tenggelam timbul dalam kerongkong.
"Bukan salah Liya..."Puan Vina sebak.
"Liya tak tahu pun..."kata Eiliya dengan suara serak.
"Maknanya betul lah masa Eiliya gugur sebab terjatuh dekat sini kan.Hari yang sama Leon ceraikan Liya."
Eiliya pejamkan mata sambil mengangguk.Dia kehilangan keduanya dalam satu masa.
"Macam mana mama tahu?"
Puan Vina kembali bertenang.Masih bersedih.Dia turut merasai gelodak perasaan Eiliya.
"Doktor Wafa..dia anak sepupu mama.Dia nampak Liya masa hari kenduri malam tu."terang Puan Vina.
Tak sangka kecilnya dunia.
"Mama..tolong rahsiakan.Liya tak nak orang lain tahu."Eiliya genggam kemas tangan Puan Vina.Berharap rahsianya tidak sampai ke pengetahuan Leon.
"Tapi Leon kena tahu pasal ni."
"Tak mama.Kalau mama sayangkan Liya..tolong jangan bagitahu dia.Dah tak makna lagi.Liya tak nak ingat lagi.."mendayu suara Eiliya.
"Ya Allah,Liya..mama tak sangka Liya tanggung semua ni sorang diri.Maafkan mama,Liya.."Puan Vina sambung menangis.
"Mama tak salah pun.Liya yang salah sebab tipu mama dengan papa.Mungkin sebab itu Liya tak layak untuk jadi seorang ibu."
"Jangan cakap macam tu Liya.Liya tak salah.Leon patut tahu apa yang telah terjadi."
Eiliya gelengkan kepala.
"Janji dengan Liya yang mama tak akan bagitahu dia."
"Kenapa Liya kena tanggung semua ni sorang diri."Puan Vina rasa bersalah.
"Benda dah jadi mama.Liya dah lupakan.."hakikatnya maih segar dalam ingatan.Mana boleh lupa semudah itu.
Puan Vina menghela nafas berat.Dia masih diruntun kesedihan.Dia kembali memeluk Eiliya dengan erat.
"Mama tak sangka sejauh ini Liya tanggung..mama minta maaf Liya..mama minta maaf..."berkali Puan Vina ucap begitu.Terpaksa Eiliya menenangkan perasaan Puan Vina sebelum pulang.Dia tak mahu Puan Vina terusan bersedih.
Tanpa mereka sedari ada seseorang yang telah mendengar setiap butir bicara mereka.
Melorot jatuh di sebalik dinding ruang utama.Siapa lagi kalau bukan Leon.
Perasaan bersalah makin bertimpa-timpa.Dia yang menyebabkan Eiliya mengandung.Dia juga penyebab Eiliya keguguran.
Kenapa Eiliya tanggung semua ini seorang diri.Tidak layak kah untuk dia tahu.Memang patut Eiliya membenci dia.Rupanya ini yang terjadi pada Eiliya.
Leon akui dia baru sedar yang Eiliya adalah cinta sejati dia.Dia akan berusaha untuk mengambil hati Eiliya kembali.
Di atas tikar sejadah Leon menangis.Dia menyesal dengan apa yang telah terjadi.Dia penyebab Eiliya mengandung.Dan Eiliya gugur juga sebab dia.
"Ya Allah apa yang telah aku buat...Aku berdosa pada dia..Aku menyesal ya Allah..Kau berilah peluang kepada aku untuk berubah..Aku sayangkan dia..Aku cintakan dia.."rintih Leon.
"Tolong aku ya Allah..Tolong kembalikan dia pada aku..Aku nak tebus segala kesilapan aku pada dia..satukan kembali aku dengan dia..aku mohon padaMu..."
Leon mengulang ayat yang sama.Menyesal dengan apa yang telah dilakukan pada Eiliya.Tidur pun tak lena memikirkan kesilapan yang telah dia lakukan.Pertama kali air mata lelakinya gugur.Dia tidak pernah rasa sesedih hingga ke tahap ini.Tak terhitung berapa banyak dosa yang telah dilakukan.Dia telah menyakiti hati Eiliya.
****************
"Encik Leon ni dah kenapa.Tak boleh tunggu esok ker?"marah Eiliya.Berang dia bila Leon tak henti-henti membunyikan hon di hadapan rumah.
Kisahnya Leon menghantar pesanan untuk berjumpa dengan Eiliya pada hari esok.Eiliya tidak membalas.Berapa kali dia call pun Eiliya enggan jawab.Dibiarkan telefon berbunyi hingga senyap begitu saja,hinggalah kedengaran bunyi hon di halaman rumah.
Terkejut Eiliya bila kereta Leon elok terpakir di hadapan rumah.Bertalu-talu hon kereta dibunyikan dengan kuat menyebabkan Eiliya keluar juga dari rumah.Nanti apa kata jiran abang El.
"Dah tu saya call awak tak jawab..mesej pun tak balas.Saya datang terus lah."kata Leon sambil tersenyum.
"Orang kalau tak jawab tu ada lah benda nak di buat.Ni datang rumah buat bising pulak.Nanti jiran saya cakap apa pulak!"Marah Eiliya.
Leon masih senyum.Suka dia tengok Eiliya marah macam ni.Sekurangnya dia dapat dengar suara Eiliya.Bukan senang nak dengar suara Eiliya.Bila jumpa berat mulut Eiliya untuk berbual dengannya.
"Cepatlah cakap.Ada hal apa datang sini?"Eiliya pandang kanan kiri.Bimbang jika ada yang melihat.Sekuriti pun satu kenapalah benarkan si lion ni masuk.Nak marah pun tak boleh sebab jaga di sana kenal dengan Leon.Leon kan pernah datang ke mari waktu mereka masih suami isteri.Tak kan Eiliya nak heboh satu taman bagitau yang dia telah bercerai.
"Tak nak jemput saya masuk dulu ker?"
Saja Leon mahu menyakat Eiliya.Dah tahu orang tengah marah lagi dia nak sakat.
Mencerlung mata Eiliya memandang Leon.
"Kita bukan pasangan suami isteri lagi."Eiliya jeling sekilas.
Leon bersandar di kereta sambil memeluk tubuh memandang ke arah Eiliya.
"Jadi kita halalkan saja.."Leon senyum.
"Jangan nak merepek!Cakap saja tujuan apa Encik Leon datang ke sini."Eiliya ikut berpeluk tubuh sendiri.
"Jom kita kahwin."
Terlopong mulut Eiliya bersama mata membulat.
Leon dah gila ker apa.Tiba-tiba datang nak ajak dia kahwin.Leon sengaja mahu mempermainkan perasaan dia.
"Jangan merepek.Saya tak ingin!"pantas Eiliya menjawab.
"Saya serius Liya.Jom kita kahwin."kata Leon dengan nada serius.
"Suka hati Encik Leon saja nak ajak saya kahwin.. lepas tu cerai.Ingat kahwin ni boleh dibuat main.Oh... saya lupa.Encik Leon dah pernah main kahwin-kahwin ni kan.."sindir Eiliya bersama tawa sinis.
"Liya..saya serius.Jom kita rujuk balik."pinta Leon.Dia tak main-main.Tidur dia tak lena memikirkan Eiliya.
"Saya tak nak!"jawab Eiliya dengan tegas.Tak ada makna nak rujuk balik.Ingat aku ni barang mainan.Tak suka buang.
"Saya nak tebus kesilapan saya pada awak,Liya..."
"Antara kita dah lama tamat.Saya dah ada life sendiri.Awak pun dah ada life sendiri.Saya dah ada orang lain."kata Eiliya dengan serius.
"Siapa?Hazrul?"soal Leon.
"Ya lah."jawab Eiliya selamba.
"Saya sayangkan awak Liya."Leon pandang muka Eiliya sedalamnya.
Eiliya ketawa kecil.
"Sudah lah Encik Leon,pergi balik.Saya tak suka bergurau dan saya tak suka dipermainkan oleh lelaki yang macam Encik Leon ni!"
"Liya...saya serius.Saya sayangkan awak.Bagi saya peluang.."rayu Leon.
"Sudah lah Encik Leon.Saya dah penat.Tolong jangan ganggu hidup saya lagi!"Leon ingat semudah itu untuk dia terima.Tidak untuk kali ini.
"Saya sayangkan awak,Liya.Saya tahu awak masih marahkan saya.Saya minta maaf.Saya leka dengan perasaan saya.Saya dah sedar.Saya tak nak kehilangan awak lagi."
"Kan saya dah cakap saya maafkan.Tapi tolong lah..jangan ganggu saya lagi.Malu kalau orang nampak awak kat sini.Kalau abang El tahu macam mana?!"
"Saya akan cakap dengan abang El.Saya nak kita rujuk balik.Percayalah saya tak kan kecewa kan awak lagi.Saya tahu awak pun masih sayangkan saya lagi."
Semudah itu Leon bercakap.Mana dia tahu Eiliya sayangkan dia lagi.Perasan sungguh Leon ni.Segala perasaan yang pernah ada dahulu telah Eiliya campak jauh ke laut dalam.
"Jangan buang masa awak boleh tak.Awak cakaplah apa pun saya tetap TAK NAK!Lagipun saya dah nak bertunang."
Muka Leon terus berubah.
"Saya akan cakap dengan Hazrul."kata Leon dengan berani.
Eiliya makin bengang dengan sikap Leon.
"Awak jangan cari pasal!Jangan nak libatkan orang lain!Awak dah ada kekasih hati awak,Hana.Beria awak nak kahwin dengan dia kan.Awak nak mainkan dia pula macam awak mainkan saya!"mencerlung mata Eiliya.Marah.Gigi diketap.
"Tak Liya.Perasaan saya pada awak lain.Saya cintakan awak.Saya nak awak ada disisi saya.Saya perlukan awak Liya.."
Perlu untuk ambil kesempatan!
"Tolonglah pergi dari sini!Saya tak nak jumpa awak lagi!Dan jangan nak buat bising kalau tak saya panggil sekuriti heret awak!"ugut Eiliya sebelum berpaling pergi.Dia tahu Leon pasti akan membunyikan hon lagi.Baik dia warning sepsiap.
"Liyaa...Liyaaaa.."
Eiliya terus masuk ke dalam rumah tanpa mempedulikan laungan dari Leon.
"Liya..dengar dulu!"panggil Leon.
Namun Eiliya terus menutup daun pintu.Dikuncinya dari dalam.Laungan Leon tidak dipedulikan.Terus dia mengunci diri dalam bilik.
Hampir beratus miscall dan juga mesej dari Leon.Semua Eiliya tak layan.Untuk apa bagi Leon peluang..untuk sakitkan hati Eiliya lagi.Untuk Leon ambil kesempatan lagi. Eiliya dah penat untuk hadap semua yang terjadi.
Leon dah ada Hana.Kenapa nak cari dia lagi.Mesti Leon ada masalah dengan Hana sebab tu cari Eiliya.Tak habis-habis Eiliya yang jadi mangsa.Cukuplah sekali dan bukannya untuk kali kedua.
Terus dia block nombor Leon.Hati dia sakit.Geram bercampur marah dan kecewa.
Share this novel