BAB 9

Drama Completed 49800

SELAMA tiga hari berada di rumah keluarga sendiri,layanan Puan Nirma masih seperti dulu.Dingin dan beku.Eiliya sudah lali tetapi tidak bagi Leon.Dia asyik tanya soalan yang sama dan Eiliya terpaksa mengelak dari berterus terang.

Selama ini mana pernah Eiliya menceritakan masalah peribadinya kepada sesiapa.Ingatkan selepas berkahwin dengan Leon,Puan Nirma sudah berubah hati.Sangkaan Eiliya meleset sama sekali.

"Liya,saya nak cakap sikit."Zikri yang baru turun dari tingkat atas menyapa Eiliya yang sedang duduk berehat di halaman rumah.

Eiliya buat muka cemburut.Kurang senang dengan kehadiran Zikri di situ.Tak sempat nak mengelak.Orang baru nak tenang dia datang kacau pula.

"Nak cakap apa lagi?"sedikit kasar suara Eiliya.Mata melilar sekeliling takut Puan Nirma muncul.

Kebetulan hanya mereka berdua saja di situ.Nampak dek Puan Nirma mahu kecoh jadinya.

"Saya tengok awak macam tak bahagia saja."ulah Zikri.

Eiliya pandang tepat ke muka Zikri yang sedang merenungnya.

"Apa maksud awak?"Eiliya naik angin.

"Saya tak rasa Liya dengan Leon saling menyintai.Leon sudah ada kekasih.Tak mungkin dia cintakan Liya."kata Zikri dengan yakin.

"Kenapa nak sibuk akan hal saya?Saya rasa baik awak tak payah ikut campur akan hal kami."marah Eiliya.

"Liya..saya kenal awak jenis macam mana.Tak kan semudah itu untuk awak terima lelaki lain dalam hidup awak."

Eiliya senyum sinis.Bercakap seolah Zikri kenal sangat Eiliya luar dalam.

"Saya rasa baik awak jaga hal sendiri saja.Awak dah kahwin dengan kakak saya.Jadi jangan ambil tahu pasal saya yang tak ada kaitan dengan awak!"marah Eiliya.

"Saya masih sayangkan awak,Liya..."

Eiliya ketawa sinis.Tak malu kah Zikri.Eiliya ini adik ipar dia.Dengar dek Puan Nirma mahu dikerat lapan bekas tubuh Eiliya.Zikri yang cakap tapi Eiliya yang disalahkan.

"Saya sikit pun tak ada perasaan pada awak.Ingat! jangan cakap dengan saya lagi!"bentak Eiliya.

"Liya..please dengar dulu.."Zikri bangun mahu menarik tangan Eiliya.Tetapi cepat sahaja Leon menyambar lengan Eiliya.

Terkejut Eiliya dibuatnya.Nasib Leon muncul di situ.Walau tak pasti bila dia berada di situ.

"Sayang,kenapa ni?"tanya Leon bila tengok muka Eiliya merah dan sedang marah.

Leon pandang Eiliya dan Zikri silih berganti.Lengan Eiliya masih dipegang erat.

"Ada masalah ker Zikri?"soal Leon pada Zikri yang sedang meraup muka.Berpeluh.Mesti dia ingat Puan Nirma yang muncul tadi.

"Saya masuk dulu."kata Eiliya dan terus berlalu pergi.Tidak diendahkan Leon dan Zikri.

"Okey.. sayang masuk dulu.Nanti abang datang ya."kata Leon sambil memegang pipi Eiliya.Sempat lagi dia pegang.

Zikri yang melihat hanya mampu menghela nafas kecewa.

Leon ditinggalkan bersendirian bersama Zikri.Mujur bukan Puan Nirma yang datang tadi.Tidak percuma saja Eiliya kena marah.

"Kenapa Liya macam marah saja tu.."tanya Leon sebaik Eiliya masuk ke dalam rumah.

Zikri kulum senyuman.

"Tak kan kau tak tahu pasal aku dengan Liya."Zikri senyum sinis.

Leon tercengang.Eiliya tak pernah cerita pasal Zikri.

"Eiliya..Dia pernah berada dalam hati aku."katanya dengan bangga.

Leon hanya tenang mendengar.Setidaknya dia dapat tahu Eiliya pernah ada kekasih hati.

"Aku menyesal melepaskan dia."sambungnya dengan nada kesal.

"Kau dengan Eiliya...?"Leon kurang percaya.

"Ya,kami pernah bersama dulu.Hanya sementara.Semua disebabkan aku yang terburu-buru memaksa dia untuk cintakan aku.Dalam masa yang sama aku tertarik dengan Eira.Masa tu lah Eiliya mula mengundur diri."Zikri mula bercerita.

"Kenapa kau lepaskan dia?"tanya Leon.

"Aku rasa tercabar bila Eiliya menolak cinta aku.Dan aku kahwin dengan Eira untuk buat dia cemburu.Tafsiran aku salah.Eiliya langsung tidak cemburu malah aku pula yang cemburu akan dia."

Leon masih setia mendengar.

"Kenapa pula?kau dah dapat kakak dia tak kan kau masih ada hati pada dia lagi?"tanya Leon.

"Kalau kau nak tahu,aku dah cuba buang dia dari hari aku tapi aku masih ingatkan dia.Aku tahu kau pun tak cintakan dia kan.Kau dah ada kekasih sebenarnya."

Leon tersentak.Dari mana Zikri tahu.

"Kau tak payah tanya dari mana aku dapat tahu.Kita kalau masih sayangkan seseorang tu pasti kita akan ambil tahu pasal dia."Zikri senyum nipis.Senipis harapan untuk bersama Eiliya.

"Kau jangan risau.Aku akan cuba buang dia dari hati aku.Aku juga sayangkan Eira."

"Kau beruntung sebab dapat dia.Eiliya begitu istimewa sebenarnya.Bila kau betul cintakan dia baru kau akan tahu."Mendalam sekali maksud Zikri.

Leon hanya diamkan diri.Tak sangka Zikri masih ada hati dengan Eiliya.Patut Eiliya sering mengelak dari bercakap dengan Zikri.

"Berbual apa tu?"tanya Puan Nirma yang tiba-tiba muncul di situ.

"Tak ada apa lah mama.Saja berbual kosong dengan Leon."beritahu Zikri.

"Kenapa tak siap lagi?Kata nak bertolak sekarang.Eira tengah bersiap dah tu."kata Puan Nirma dengan nada tegas dan serius.

"Baik mama."kata Zikri.Sempat dia menepuk bahu kiri Leon.

"Jaga dia elok-elok.Kau tak kan menyesal."katanya lagi sebelum meninggalkan Leon sendirian.

Puan Nirma membuntui Zikri hingga ke dalam.

Leon masih termanggu di luar rumah.Tak tahu sama ada Zikri berkata dengan ikhlas atau sebaliknya.

Leon bukan kenal betul dengan Eiliya.Masih banyak lagi tentang Eiliya yang dia tidak tahu.Dari dia kenal Eiliya memang Eiliya seorang gadis 'perahsia'.
Tidak seperti gadis lain yang akan mencari teman terutamanya teman lelaki untuk meluahkan segalanya.

Bukan Leon mahu memperkecilkan hati perempuan tetapi benda kecil dan remeh temeh pun boleh jadi isu besar.Contoh macam Hana.Sikit punya hal pun nak mengadu

Sanggup pula tu telefon semata nak mengadu pasal baju yang dah tak muat.Pening kepala Leon mahu melayan.

Telefon bimbit Leon berbunyi.Tertera nama 'Baby' di talian.Leon pandang kanan kiri sebelum menjawab.

Dia beralih ke hujung laman.Tidak mahu ada sesiapa yang terdengar butir bicaranya.

"Hello,Baby..Kenapa call?"tanya Leon cemas.

"Amboi B!tak kan nak call pun dah tak boleh.."rungut Hana di sebelah sana.

"Bukan macam tu.You kena faham situasi I macam mana.I dekat rumah keluarga Eiliya sekarang."beritahu Leon separuh berbisik.

"Dah lama B tak call.Baby rindu lah..."

"B faham.Tapi sekarang memang tak boleh.Mungkin esok B balik rumah."

"B ni kan sejak kahwin sibuk memanjang.Entah-entah B dengan Eiliya...."

Leon cepat memotong.

"Jangan nak fikir yang bukan-bukan.B tak ada buat hal.B takut Baby yang buat hal.Mana tahu Baby dah cari orang lain."

Hana terdiam sebentar.

"Mana ada B ni.Baby setia dengan B.Baby sanggup tunggup sampai B ceraikan perempuan tu."

"Jadi jangan nak tuduh B yang bukan-bukan."Leon sedikit angin.

"Baby sayangkan B tau."lunak suara Hana.

"B pun sama.Jaga diri elok-elok.Esok B janji kita jumpa."

"Okey B.I love you.."ucap Hana dan terus mematikan talian.

Eiliya di belakang hanya berpeluk tubuh menanti Leon menamatkan perbualan.

Leon berpaling dan terkejut.

"Liya..terkejut tau..Ingatkan siapa tadi..."katanya sambil mengusap dada.

Eiliya pekup mulut sambil ketawa.

"Sorry Leon.Aku tengok kau sibuk tadi.Tak nak ganggu.Jadi aku tunggu saja."

"Tak apa.Aku cakap dengan Hana.Cari aku ker?"tanya Leon bila tengok Eiliya resah.Seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

"Leon,esok pagi kita balik rumah mama kau."

"Kenapa cepat pula.Kata nak balik petang?"Leon berasa hairan.

"Tak jadilah..kita balik awal boleh kan.."

"Okeylah.. kita balik pagi."Leon bersetuju.

"Liya,kau ada masalah ker?"

"Tak ada lah.Mana ada."dalih Eiliya.

"Habis tu aku tengok kau macam tak selesa saja dekat sini."

"Aku okey lah.Aku takut kau tu yang tak selesa.Maklumlah keluarga aku ramai.."

"Aku okey saja.Ramai lagi lah meriah."

"Ya lah tu.Ramai kadang pening kepala aku.Dah la.Aku nak naik kemas barang."

"Kemas baju aku sekali."pinta Leon.

"Eeii..kemaslah sendiri."Eiliya menjeling geram.

"Kau kan 'isteri'.Tolonglah kemas baju 'suami' kau ni sekali."Leon gelak-gelak.

Eiliya mencebik.

"Kemas sendiri!"

"Jaga sayang.Dapat abang tarik hidung sayang..biar panjang macam Pinochio..tak nak dengar cakap suami sangat kan.."kata Leon sambil berlari anak mengejar Eiliya.

"Tak dapat!"jerit Eiliya dan berlari menuju ke atas.

Leon berlari sambil tersenyum gembira.Apa yang dia tahu,dia tidak 'berlakon' babak ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience