BAB 24

Drama Completed 49800

"B,you masih marah dekat I lagi ker?"tanya Hana pada Leon.

Serius muka Leon memandang tajam pada Hana.
Setelah sekian lama Hana muncul kembali.

"I minta maaf.I dah lukakan hati you."ucap Hana dan meraih jari-jemari Leon.

Leon sudah menyangka akhirnya Hana akan kembali semula padanya setelah hampir sebulan mereka memutuskan perhubungan.

"Senangnya you minta maaf."Leon menjeling.Geram marah bercampur kerinduan.

"B..i bukannya apa.I stress bila family you tak dapat terima i.Kalau you kat tempat i,you rasa macam mana?"Hana buat suara manja.

"Habis tu you ingat i ni apa?mana boyfriend baru you tu?"

"I dengan dia tak ada apa-apa lah.I saja nak sakitkan hati you,B..Sebenarnya I rindu sangat dengan you.Tak boleh kah kita bersama macam dulu?"ucapnya sambil merenung tajam ke dalam mata Leon.Mencari cinta Leon yang masih tersisa.

Leon membalas renungan Hana.Memang dia masih cintakan Hana tapi dia juga ragu dengan sikap Hana.Senang buang senang kutip balik.

"I masih sayangkan you B.Cinta i pada you masih sama.Sikit pun tak berubah.I nak kita macam dulu balik.I akui silap i pergi macam tu saja."rayu Hana sambil mengesat beberapa titis airmata.

"Entah lah Hana,You yang pergi tinggalkan I.I tak tahu you betul-betul cintakan i atau you ada orang lain."Leon masih merajuk.

"Percayalah Leon.I masih cintakan you,B.I buat semua ini untuk cuba lupakan you.Tapi i tak boleh.I terkilan sebab mama you."

Leon memandang Hana yang berwajah muram.

"I kan dah cakap akan buat mama suka kan you.You yang tak boleh bersabar.You tahu tak I terseksa bila you tinggalkan i macam tu saja.Habis musnah semua rancangan."

"Sorry B.I janji lepas ni i tak akan buat lagi!"Tangan diangkat bersumpah.

"Sebabkan you,i dah..."kata-kata Leon mati disitu.

"Dah apa?You dah ada orang lain ker?"Tanya Hana.Terdetik dihati risau Leon ada cinta baru.

Leon terdiam.Berat mulutnya mahu menceritakan hal yang terjadi.Takut Hana pergi tinggalkan dia lagi.

"Tak ada apa lah.You ingat i macam you.Senang cari pengganti."tempelak Leon.

"Alaaar B...tak payah ungkit lagi.Kan i dah cakap dia bukan boyfriend i.I kenal pun gitu-gitu saja.I nak buat you cemburu.Tapi i tetap ingatkan you."

"Ya ker?Entah you dengan dia dah lebih..."sindir Leon.Sakit juga hati bila Hana berpegangan tangan dengan lelaki lain.

Hana telan liur terasa kesat.Takut rahsianya terbongkar.Dia kembali pada Leon setelah mengetahui Fad sebenarnya suami orang.Dalam ramai-ramai kenalan suami orang juga dia suka.Tak mahu dia jadi isteri kedua lelaki itu.Nanti tak pasal kena bela anak tiri.Tiga orang pulak tu.Baik cari yang bujang.Dah terangan masih solo.

"B..you tahu tak i rindu sangat pada you.Tapi i kuatkan hati tak nak fikir pasal you lagi.Rupanya i silap..i tak boleh lupakan you.Cinta i masih untuk you,B."Hana merenung ke dalam mata Leon.Mengharap Leon menerimanya kembali.

"Sekarang I dah bersedia untuk hidup dengan you.I dah bersedia untuk menyakinkan parents you."ucap Hana buatkan Leon teruja.

Leon mula mengukir senyuman bila Hana berkata dengan yakin.Cintanya pada Hana masih kukuh.Dia tak akan membiarkan Hana pergi lagi.

"Kita jangan tangguh lagi.Esok you bawa i jumpa parents you.Parents i tak ada masalah.Diaorang lagi seronok bila kita bersama."Hana senyum di hujung bibir.

Tentang mama papa Leon tahulah dia mahu uruskan macam mana.Dia bukan nak hidup dengan mereka.Nanti dah kahwin pandai-pandai lah dia jauhkan Leon dari mereka.Mama Leon tu pengacau saja.Semuanya tak kena di mata dia.Menyampah pulak.

Leon sudah yakin pilihan hatinya adalah tepat.Tidak sabar mahu bersama cinta hati dia,Hana.

*******************

"Liya duduk dulu.Aku nak cakap sikit."panggil Leon sewaktu Eiliya melintasi kawasan ruang tamu.

Eiliya ikut duduk.Muka Leon langsung tidak dipandang.Dia belum punya kekuatan untuk bersemuka secara dekat.Dia rasa malu bila fikirkan cintanya tidak berbalas.

Sejak kejadian hari itu,Eiliya bila balik kerja akan terus memerap dalam bilik.Sudah jarang dia mahu berbual mesra dengan Leon.Leon juga begitu.Bercakap hanya bila perlu.Sikit pun dia tidak peduli akan perasaan Eiliya.Perasaan seorang wanita.

Eiliya duduk di hujung sofa manakala Leon berdiri tidak jauh darinya.Eilya menunggu Leon meneruskan bicara.

"Aku rasa dah tiba masanya untuk kita tamatkan semua ini.Hana dah setuju untuk berterus terang dengan mama dan papa."kata Leon dengan gembira.

Eiliya sama sekali tidak terkejut.Kerana dia tahu Leon masih cintakan Hana.Tak mungkin Leon akan memilih dia.

"Tahniah untu kau dan Hana."ucap Eiliya tanpa sebarang perasaan.Terkilan.Sudah lama dia terasa hati dengan Leon.Hati dia seolah mati.

"Aku nak kita jumpa mama papa dan jelaskan semuanya.Aku tahu kau boleh yakinkan mereka.Kau saja harapan aku."kata Leon sambil cuba meraih tangan Eiliya.

Eiliya segera melarikan tangannya.Leon terkulat.

"Sorry Liya."kata Leon.Salah tangan sendiri.

Eiliya terdiam sebentar.Leon telah pun membuat keputusan.Tak akan Eiliya mahu meratap merayu supaya Leon memilih dia.Eiliya bukan begitu.Dia bukan perampas seperti yang Puan Vina labelkan.Cukuplah setakat ini.

"Pasal hari tu..."Leon serba salah.Eiliya cepat mencantas.Dia tak mahu ingat lagi.

"Nanti ingatkan aku bila nak pergi."Eiliya terus bangun dan menuju ke bilik.Dia tidak mahu berlama di situ.Takut airmatanya tumpah lagi.

Leon termanggu seorang diri.Masih banyak hal yang dia mahu berbincang dengan Eiliya.Namun Eiliya seperti tidak sudi.

Eiliya benar-benar mengelak dari dia.Dia perasan selama dua bulan ini,Eiliya seakan mengasingkan diri dari dunia luar.Bukan tidak timbul rasa bersalah terhadap Eiliya namun hati dia bukan untuk Eiliya.Dia hanya menganggap Eiliya tidak lebih dari seorang kawan.

Setelah sekian lama dia cuba untuk tidak menangis,malam ini airmatanya jatuh sendiri.Laju jatuh berderai.Hati dia yang belum sembuh sepenuhnya kembali retak beribu.Semuanya bakal berakhir.Untuk apa dia mempertahankan lagi.Cinta dia hanya bertepuk sebelah tangan.

Dan Leon...sikit pun tidak mempunyai perasaan pada dia.Jangan harap secebis..sebesar zarah pun langsung tidak ada.

Sememangnya dia sudah agak ini akan berlaku.Cuma dia masih menyimpan secebis harapan.Kini hancur musnah.Orang tak sudi buat apa tunggu lagi.

Jangan mengharap pada yang tak sudi kelak nanti terbakar diri.Itu ayat yang sering didengari.Kini baru dia faham maksud sebenar.

Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak dipeduli
Terus engkau pergi, tinggal 'ku sendiri
Ditemani jasad ini

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Semalam, diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak disayangi
Terus engkau pergi, biar 'ku sendiri
Hilang, sepi, tak berbunyi

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu
Mana semua itu
Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayangmu

Berkali-kali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Berkali kucoba untuk pergi jauh darimu
Setiap langkahku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua, tinggal 'ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Hilang semua segala janji Leon.Ucapan manis Leon masih terngiang di telinga.Bisikan cinta Leon.Sememangnya tiada makna.Malah sikit pun Leon tidak mencintai dia.

Sekadar janji kosong seorang lelaki.Habis madu sepah dibuang.

Hakikatnya Eiliya yang terluka.Jangan tanya bagaimana dia bertahan.Bersama hancurnya hati... cinta dia terkubur di situ.Tanpa tanda dia akan buang segala perasaan yang pernah wujud di situ.

Kini dia benar-benar terasa kehilangan.Kehilangan cinta.Kehilangan arah.Hidup terasa kosong.Sepi tanpa sebarang perasaan.

Perlahan di buka pintu almari dan menarik semua pakaiannya.Air mata yang merembes keluar dibiarkan berhenti sendiri.Dia sudah tidak punya apa.

Kalau boleh dia mahu operate buang segala kenangan dalam fikiran.Untuk apa disimpan kalau itu menambah luka dihati.

Baru sahaja kehilangan tempat untuk dia bersandar kini dia kehilangan cinta dan harapan.Cahaya yang makin pudar kini terasa kelam.Dia ibarat duduk seorang diri di dalam kegelapan.

Gambar perkahwinannya dikoyak menjadi kepingan kecil.Dia cuba memadam segala memori.Satu pun dia tidak mahu ingat mengenai lelaki yang pernah singgah di hati dia.

Biar dia pergi membawa diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience