EILIYA terpaksa menolak cadangan Encik Bad yang mahu dia meneruskan kerja di syarikat mereka.Dia tidak mahu menimbulkan sebarang masalah di kemudian hari.
Dan dia tidak mahu berada di bawah satu bumbung dengan Leon.Cukup apa yang dia lalui.Tak mungkin dia boleh bersemuka lagi dengan Leon.
Sebenarnya,Encik Bad mempunyai syarikat lain.Atas usahasama bersama rakannya.Eiliya di tempatkan di situ.Mulanya Eiliya masih menolak kerana tidak mahu ada kaitan lagi dengan syarikat milik keluarga Encik Bad.
Setelah Encik Bad menjelaskan tiada kaitan perniagaan antara kedua syarikat mereka.Eiliya berasa lega.
Setelah berfikir panjang,Eiliya akhirnya menerima juga.Dia tidak mahu kecilkan hati bekas bapa mertuanya.Bersungguh Encik Bad memujuk.
Dia memang menolak untuk bekerja di syarikat lama Encik Bad memandangkan Leon ada di situ.
Sejak penceraian mereka,Eiliya memang tidak pernah menghubungi Leon.Malah Leon juga langsung tidak pernah bertanya khabar berita darinya.Bagi Eiliya,apa yang berlaku padanya hanya satu mimpi buruk.Dia tidak mahu ingat lagi akan kisah mereka.
Bagi Eiliya kisah antara mereka telah TAMAT!
Pejam celik sudah tiga bulan Eiliya bekerja di situ.Eiliya masih tinggal di rumah Elman memandangkan Elman masih berada di Langkawi.Banyak yang perlu Elman bereskan sehingga hotel benar-benar stabil.
Tanpa disangka rupanya Hazrul juga bekerja tetap di IB Sdn Bhd.Dia hanya ditempatkan sementara di syarikat Encik Bad kerana perlu diberi tunjuk ajar sebelum memasuki IB Sdn Bhd.
Segan juga Eiliya bila ada yang mengenalinya di sini.Bila Hazrul menyapanya seperti biasa,Eiliya menganggap Hazrul tidak tahu ceritanya dengan Leon.Mungkin.
"Eiliya nanti lunch tunggu tau."pesan Hazrul swaktu melewati meja Eiliya.
"Okey."jawab Eiliya sepatah.
Siti yang berada di meja sebelah sudah senyum jongket.
"Untunglah orang tu ada orang selalu ajak lunch."Siti sengih.
"Jangan nak mengarut.Bukan selalu pun.Jom lah join sekali."
"Tak nak lah.Nanti kacau daun pula."Siti senyum-senyum.
"Mana ada.Makan saja pun.Jom lah.."
"Tak apa lah.Aku keluar dengan kak Roy."Siti simpul senyum.
Eiliya jeling kecil.Saja lah tu Siti nak kena kan dia.Selalu kuat menyakat Eiliya.Pada hal Eiliya dan Hazrul hanya kawan sepejabat.Sebab dah lama kenal,Eiliya jadi rapat dengan Hazrul.
Eiliya menyangkut beg tangan ke bahu.Dia menunggu lif tiba.Tadi Hazrul sudah berpesan agar menunggu di lobi.
Saat lif terbuka terus Eiliya melangkah masuk.Matanya masih leka di skrin telefon.Menyemak mesej yang masuk.Hanya dari abang Elman.Berpesan agar dia menjaga diri.Tersenyum kecil Eiliya.Walaupun sibuk di sana,abang El tidak pernah melupakan dia.
Telefon di tutup dan dimasukkan ke dalam beg tangan.Bila dia angkat muka baru dia perasan akan renungan mata seseorang dihadapannya.
Leon!
Sedang berdiri di hadapan sambil merenungnya dengan tajam.Dia tergamam seketika sebelum mengalihkan pandangan ke arah lain.Berpura tidak nampak.
Dada Eiliya berdebar kencang.Dia cuba berlagak biasa.Tidak sedikit pun dia rasa mahu menegur Leon.Nasib masih ada dua tiga orang lagi dalam lif.
Bila lif sudah sampai ke lobi,Eiliya menanti Leon keluar terlebih dahulu.Sengaja dia berjalan lambat.Dia tak tahu kenapa Leon tiba-tiba muncul di situ.Sedangkan IB Sdn Bhd tiada kaitan dengan langsung dengan syarikat keluarga Leon.
"Eiliya."pangggil Hazrul sambil melambai dari dalam kereta yang berhenti di hadapan lobi.
Segera Eiliya membalas lambaian dan melangkah dengan pantas.Terus dia melolos diri ke dalam kereta Hazrul tanpa menoleh ke belakang.
Leon yang berada di situ hanya mengekori langkah Eiliya hingga kereta Hazrul bergerak hilang dari pandangan.Sungguh dia tidak sangka dengan apa yang dilihatnya tadi.
Lidahnya kelu untuk bersuara.
Eiliya langsung tidak menegurnya.Malah langsung tidak kalih pandang pada dia seolah mereka saling tidak mengenali.Leon sedikit terasa hati.Adakah Eiliya sudah lupa pada persahabatan lama mereka?
Leon nampak Eiliya tersenyum manis pada Hazrul sewaktu di dalam kereta.Adakah Eiliya dan Hazrul bercinta?
"Kenapa diam saja?"tanya Hazrul pada Eiliya yang membisu sejak dari tadi.Hingga dah habis makan pun Eiliya masih diam.
"Tak ada apa lah."Eiliya cuba untuk senyum tetapi wajah Leon mula menghantui ruang mata.
"Selalu tak macam ni."Hazrul berasa pelik.
"Kenapa selalu saya bising ker?"Eiliya cuba berseleroh.
"Tak lah bising.Tapi bila awak diam,saya rasa ada benda tak kena."
"Tak ada apalah.Saja nak diam."Padahal dalam kepala sudah berlegar pelbagai andaian.
Hairan juga dia kenapa Leon boleh sampai ke situ.Sedangkan dari awal Encik Bad kata tiada kaitan urusan syarikat.
Eiliya tidak tahu samada Leon senang bertemu dengannya atau tidak.Tapi yang pasti mereka berdua tergamam.Lebih lagi Leon.Tak berkelip mata memandang.
Habis saja kerja,Eiliya terus pecut kereta pulang ke rumah.Tadi di pejabat pun fikiran dia sudah tak menentu.Setelah sekian lama tiba-tiba Leon muncul.
Rasa nak luruh jantung tapi Eiliya cuba berlagak tenang.Tidak mahu mengalah dengan perasaan sendiri.
"Ya Allah lepas ni jangan bagi dah aku terjumpa dengan dia!Engkau jauhkan aku dari dia!Amin-amin.."doa Eiliya sewaktu solat Maghrib tadi.Tak tenteram rasa hati bila terbayang muka Leon yang tengah merenung dia.
Kuss semangat!
Kenapa dia nak takut pulak.Dia tak ada buat salah.Eiliya mendegus kasar.Tu lah degil sangat.Bila abang El ajak kerja di Langkawi tak mahu.Bukan tak ingin tapi bila memikirkan Puan Nirma masih bersikap dingin dengannya,Eiliya terpaksa mengalah.
Tidak mahu terus bersengketa dengan mama tirinya.
Eiliya ingat lagi...
Tempoh hari tiba-tiba boleh terserempak dengan Puan Nirma sewaktu meletak kereta di tempat pakir sebuah supermarket.
Terus Eiliya menyapa tanpa berfikir panjang.
"Assalamualaikum mama.."ucap Eiliya.Dia cuba untuk menyalami tangan Puan Nirma namun tiada respon.
"Kau lagi."sindir Puan Nirma dengan cermin mata hitam besarnya.
"Mama sihat?"
"Kenapa kau nak tengok aku sakit!Baru puas hati kau!"
Eiliya telan liur rasa menyesal pula menegur Puan Nirma.Mujur tiada orang lalu di kawasan berdekatan mereka.
"Liya minta maaf mama."
"Aku dah kata.Aku bukan mak kau!Ibu kau dah mati!Balasan untuk perampas!"
"Tapi maa..."
"Kau ni degilkan!Dari kecil menyusahkan aku sekeluarga.Sekarang pun kau masih menyusahkan keluarga aku!"
Eiliya terkedu.Mencari kesalahan diri.
"Memang padan dengan muka kau kan.Kena cerai lepas tu gugur!Kesian..kesian..."sindir Puan Nirma bersama ketawa yang sengaja dibuat-buat.
"Kau memang tak layak untuk bahagia!Sama macam ibu kau!Muka kau tak tahu malukan!Dah kena cerai,anak kau mati sekarang kau nak kacau hidup anak aku pulak!"hamburnya penuh kebencian.
Eiliya tahan airmata dari menitis.
"Kenapa kau ni suka menyusahkan orang!?Tak reti lagi nak berambus dari rumah anak aku!Ker kau ada rancangan nak bolot semua harta anak aku!Jangan harap!"
"Tak.Liya tak ada niat macam tu.Ma..Puan."
"Aku dah cakapkan.Aku tak suka kau ada kaitan dengan keluarga aku lagi!Tunggu apa lagi,berambus.Aku tak nak tengok muka kau kat rumah El.Buat menyemak saja!"herdik Puan Nirma.
"Kau selayaknya merempat tepi jalan!Tak sedar diri!"katanya lagi sambil berlalu pergi bersama mulut yang masih terkumat-kamit.Entah apa lagi dimaki hamun Eiliya.
Sungguh Eiliya tak sangka dia di hina sebegitu.Di mana rasa kasih Puan Nirma.Sikit pun tiada simpati.
Tanpa menunggu lama Eiliya terus pergi dari situ tak jadi mahu membeli barang.Sakit dan pedih hati dia.
Menangis air mata berdarah sekalipun tak akan menghidupkan orang yang telah lama meninggal.Jujur Eiliya sangat terkesan dengan penghinaan itu.Puan Nirma masih menyimpan dendam dan amarah padanya.Entah bila akan padam.
Tidak menunggu lama,Eiliya terus menghantar mesej kepada Elman.Menyatakan yang dia mahu berpindah ke rumah sewa.
Tak sampai dua minit,terus Elman menelefon.
Eiliya takut nak jawab tapi terpaksa juga kalau tidak Elman akan syak sesuatu.
"Kenapa nak pindah?"tanya Elman di sebelah sana setelah menjawab salam Eiliya.
"Errr..Liya..takk..macam ni..rumah sewa tu dekat dengan tempat kerja."Eiliya gugup.
"Abang El rasa dari rumah nak ke ofis Liya tak sampai sejam pun.Liya nak tinggal dekat mana?"
"Err..tak tahu lagi.Nanti Liya cari yang dekat situ."
"Abang El tak benarkan Liya sewa rumah.Lagipun rumah sewa sekarang mahal.Mana ada murah.Lepas tu nak duduk sorang pulak.Risau abang El."Elman mula membebel kecil.
"Tapi abang El..Liya tak nak susahkan abang El lagi.Liya boleh jaga diri."
"Abang El tetap tak setuju.Abang El tahu Liya dah besar panjang,abang El tetap risau.Liya sorang dekat sana.Kalau jadi apa-apa macam mana."
"Mmmm...Liya.."
"Dengar cakap abang El.Jangan pindah mana pun.Kalau tak abang El naik flight sekarang,ambil Liya datang sini!"gertak Elman.
"Tapi abang El.."
"Ni mesti mama ada cakap apa-apa dekat Liya kan.Kalau tak tak kan tiba-tiba nak pindah.Liya ada jumpa mama ker?Atau mama datang serang Liya?"teka Elman.
"Err..tak-tak..Liya yang nak pindah."
"Jangan tipu abang El.Abang El tahu mesti mama ada cakap sesuatu kan.Dah tak payah fikir pasal mama lagi.Ini rumah abang El bukan rumah mama."
"Liya tetap adik kandung abang El dengan Eira.Arwah papa mesti sedih kalau tahu abang El tak jaga Liya.."sayu suara Elman.
"Liya minta maaf abang El.Bukan niat Liya nak buat abang El sedih.Liya cuma tak nak ganggu abang El."
"Liya bukan budak kecil macam Mimi yang abang El nak kena pantau selalu.Kalau besar tu memang abang El kena dukung lah.."Elman ketawa dihujung sana buatkan Eiliya tersenyum.
Bua lawak pulak abang El ni.
"Abang El tahu Liya pandai jaga diri.Tapi abang El tetap bimbang akan keselamatan Liya.Apa rumah abang El tak selamat kah?"gurau Elman.
Keliling rumah ada cctv di tambah penggera keselamatan.Lagipun ada pengawal keselamatan yang mengawal keluar masuk kenderaan di kawasan perumahan situ.
Eiliya jadi serba salah.Tak tahu nak bagi alasan apa lagi.Semua Elman cantas.Terpaksa Eiliya mengalah.
"Dah jangan fikir pasal pindah rumah lagi.Abang El nak Liya duduk sana sampai abang El balik."
"Baiklah abang El.Terima kasih.."ucap Eiliya sebelum memutuskan panggilan Elman.
Niat mahu berpindah rumah terpaksa dimatikan begitu saja.Selagi Puan Nirma tidak buat sesuatu yang buruk,Eiliya terpaksa juga tinggal di sini.
Share this novel