BAB 33

Drama Completed 49800

"LIYA datang tau.Mama tunggu.."

"Insyallah..Kalau tak ada apa Liya sampai."

"Mama harap sangat Liya dapat datang."Puan Vina mengusap tangan Eiliya.Penuh mengharap akan kehadiran Eiliya.

Sanggup Puan Vina datang menjemput Eiliya dirumah semata mahu mengundang ke majlis kesyukuran.Pada hal dalam telefon sudah diberitahu.Tak cukup dengan itu Encik Bad juga telah mengedarkan kad jemputan kepada semua staff IB.

Eiliya sebenarnya tidak mahu hubungan rapatnya dengan Puan Vina di salah anggap.Terutamanya kepada bakal isteri Leon.

Seboleh mungkin dia mahu menjarakkan hubungan mereka.Tapi agak mustahil kerana Puan Vina seakan enggan melepaskan dia.

"Mama,Liya nak minta satu saja dari mama boleh tak?"

"Apa tu Liya?"

"Lepas ni,kalau mama dah dapat menantu baru.Liya tak boleh dah macam ni dengan mama."susah payah Eiliya mengatur ayat agar Puan Vina tidak berkecil hati.

"Kenapa pula?Liya anak mama.Dia bakal menantu saja.Mama tak nak Liya cakap macam tu lagi."Puan Vina kurang senang dengan permintaan Eiliya.

"Liya tak nak lah nanti ada yang terasa hati."

"Mama tak kisah apa orang nak cakap.Yang penting mama tak nak Liya anggap mama macam orang asing."

"Tapi mama..."

"Tak payah cakap pasal tu lagi.Liya tetap anak mama.Orang lain kalau tak datang mama tak kisah sangat.Tapi Liya mesti datang.Kalau boleh Liya datang bermalam dekat rumah mama pun tak apa."

Eiliya terkedu akan permintaan Puan Vina.Cepat dicari alasan.

"Liya dah janji dengan Siti nak datang dengan dia.Kesian pula dia sorang nanti."

"Tak apa.Janji Liya datang..Lepas ni teman mama shopping baju pula."

Eiliya hanya senyum kecil.Serba salah dia dalam menjaga hubungan dengan Puan Vina.Seboleh mungkin dia mahu menggelak dari pergi ke rumah Puan Vina.Tetapi Puan Vina tetap berkeras mahu dia hadir juga.

Tiba hari kenduri,Eiliya tiada pilihan dia terpaksa hadirkan diri ke majlis kesyukuran Puan Vina.Mujur Siti juga mahu pergi.Kalau tak dia canggung sorang-sorang.

"Liya,meriah betul majlis kenduri rumah Tuan Bad.Dah macam kenduri kahwin."kata Siti.

Eiliya hanya senyum.Betul cakap Siti,memang meriah.Ramai jemputan termasuk kakitangan kedua-dua syarikat.

Eiliya tidak hanya datang bersama Siti,malah Hazrul turut bersama.Beria Hazrul mahu menumpangkan mereka berdua.Elok juga dari bersesak mencari parking.Tak payah peningkan kepala.

"Datang pun."kata Puan Vina sambil memeluk Eiliya.

"Ya,auntie."jawab Eiliya.Dia tidak mahu memanggil mama di hadapan orang lain.

"Jemputlah masuk.."pelawa Encik Bad pada mereka bertiga.

"Terima kasih Tuan Bad jemput kami.."kata Hazrul sambil bersalaman dengan Encik Bad.

"Jemput makan dulu.."kata Puan Vina mempelawa mereka bertiga.Majlis kesyukuran ini sempena kejayaan syarikat milik keluarga mereka.

Mereka bertiga duduk di meja berhampiran kolam kecil.Malam ini suasana kelihatan baik sekali.

Tersenyum Leon bila nampak kelibat Eiliya dari jauh.Dia ingin mendapatkannya.Kalau bukan kerana mama mesti Eiliya tidak akan sudi datang.

"You,nak pergi mana pula.Teman kan lah I.."rengek Hana yang enggan melepaskan tangan Leon.

Bukan dia tak nampak janda Leon yang sedang bersalaman dengan Puan Vina sebentar tadi.

"You duduk lah sini.I nak pergi sambut tetamu kejap."

"Biarlah mama dengan papa yang sambut.You temankan I.Lagipun I belum makan lagi."

"Pergilah ambil makan dulu.."Leon naik rimas.Hana mahu berkepit saja dengan dia.Sampai kan kawan Leon terpaksa datang sendiri pada Leon untuk bersalam.

"Ingat I tak nampak siapa yang datang tadi.."kata Hana perlahan namun masih didengari Leon.

Leon berdecit.Hana sudah masam mencuka.

"I tak nak gaduh dengan you.Orang tengah ramai ni.Bukan nak menghadap rajuk you saja.""bisik Leon dengan nada keras.

Terus dia pergi mendapatkan mama dan papa nya yang sedang melayan tetamu.Senyuman di ukir memaniskan wajah tetapi dalam hati dia berasa geram dengan sikap Hana.

Sudah la di paksa pakai baju sedondon hijau muda.Semua benda nak kena ikut kehendak dia sorang.Kadang Leon rasa seperti tiada perasaan pada Hana.Nak kata cinta pun tidak.Sayang lagi lah..jauh sekali.Perasaan itu semakin hambar dan sepi.Perasaan dia sudah tidak sama seperti dahulu.

"Tunggu sekejap saya pergi ambil kuih."kata Hazrul kepada mereka berdua.

Siti memandang Hazrul yang berlalu pergi.

"Liya kenal ker dengan keluarga Tuan Bad?Tengok macam dah kenal lama saja."komen Siti.

"Kenal macam tu saja lah.Arwah papa Liya kenalan rapat keluarga Tuan Bad."beritahu Eiliya.

"Patut lah.Puan Vina tu macam suka kan Liya saja.Patutlah anak dia pun sama."Siti senyum-senyum.

"Auntie memang macam tu,ramah dengan semua orang."beritahu Eiliya tidak mahu Siti terus mencurigai.

Siti terangguk.Mungkin bersetuju dengan pendapat Eiliya.Tapi tadi Siti tak salah dengar Puan Vina bahasakan diri 'mama' dekat Liya.Terlebih mesra pula tu dengan Eiliya.Siti nak tanya lagi tapi melihat kelibat Leon mendekati dia terus matikan niat.

"Assalamualaikum..dah makan ker?"sapa Leon pada mereka berdua.

"Waalaikumusalam.Dah.Tunggu Hazrul ambil kan kuih pula."beritahu Siti.

"Makan lah lagi.Banyak lagi makanan tu.."Leon kerling pada Eiliya yang hanya mendiamkan diri.

"Semua makanan sedap-sedap.Encik Leon dah makan ker?"

"Belum lagi.Ingat nak join sekali.Boleh ker?"

"Silalah..."pelawa Siti.

Leon duduk dan tidak berhenti menatap wajah Eiliya.Cantik Eiliya memakai baju kurung bewarna kuning cair dipadankan dengan tudung yang sama warna.Sangat sesuai dengan warna kulitnya.

"Dah jumpa mama?"tanya Leon pada Eiliya.

Eiliya hanya mengangguk kecil.Kedatangan Leon meresahkan jiwa.Takut kalau di salah ertikan.Siti pula dah pandang semacam.

"Sayang....kat sini rupanya you.Jom jumpa my parents."Hana terus sambar lengan Leon.

Kan dah cakap.Tunang Leon ada di sini.Eiliya berpura tidak melihat.Dia juga berpura tidak mengenali Hana.

"What the surprise.Liya you pun ada?"Hana berpura ketawa pada hal dalam hati sakit sangat.Leon masih terkejar jandanya.

Eiliya hanya senyum pendek.Malas dia mahu bersapa dengan Hana.

"Excuse me.I nak pinjam my sayang ni.Jumpa lagi ya."Hana menarik tangan Leon.Leon mengeraskan badan.

Leon masih enggan berganjak.Mujur Hazrul kembali tepat pada masanya.Sempat Leon bersalaman dengan Hazrul sebelum beredar.

Mendongkol geram dia dalam hati.Pada hal tadi sudah beramah mesra dengan keluarga Hana.Saja lah tu Hana tak nak bagi dia cakap dengan Eiliya.Cemburu.

"Cantik kan tunang Encik Leon.."puji Siti.Eiliya hanya mengiyakan.

"Tapi Liya lagi cantik...tak berkelip mata..."sambung dia sambil tersengih.

"Ada saja dia tu..."Eiliya cubit perlahan paha Siti.Tidak mahu Siti menyebut nama itu.

"Eiliya cuba rasa kuih kaswi ni.Sedap."kata Hazrul sambil menghulurkan pinggan kepada mereka berdua.

Eiliya ambil satu.Memang betul sedap.Perlahan di kunyahnya hingga habis.Dia mahu segera menghabiskan makanan dan pergi dari situ.Tidak mahu berlama nanti tak pasal jadi hal lain pula.

Puan Vina masih memerhati Eiliya dari jauh.Cantik sekali Eiliya mengenakan baju kuning cair.Sesuai dengan dirinya.Tak sia-sia dia menghadiahkan pada Eiliya tempoh hari sewaktu mereka keluar bersama.Senyuman manis Eiliya tidak lekang dari bibir.Tengoklah pemuda bertuah di sebelah Eiliya pun asyik pandang dia saja.

Kalaulah Eiliya masih menantu dia.Sudah tentu dia berasa bangga untuk memperkenalkan kepada semua tetamu.Eiliya pandai membawa diri.Sikap yang peramah dan mesra.Jauh sekali berbanding sikap Hana.Dah siap pakai cantik memang tak reti nak tolong layan tetamu.Asyik mahu berkepit dengan Leon saja.

Ingat Puan Vina tak nampak tadi.Dia tarik tangan Leon pergi dari meja Eiliya.Mesti kes cemburu.

"Hai auntie,tengok apa tu?"tanya Wafa sambil menghala pemandangan yang sama ke arah pandangan Puan Vina.Ralit sungguh Puan Vina memandang.

"Seronok tengok tetamu makan."

Wafa adalah anak kepada sepupu Puan Vina.Jadi dia adalah dua pupu Leon.

"Anak-anak wafa dah makan?"

"Dah,auntie.Semua ada dekat dalam.Auntie ni dah makan ker belum?"

"Dah tadi."Pandangannya masih ditempat yang sama.

"Auntie tengok siapa sebenarnya?Wafa tengok dari tadi auntie pandang tempat yang sama saja."

Pandangan Wafa di hala kan ke arah meja wanita berbaju kuning cair yang sedang tersenyum manis.Siapa wanita itu?

"Siapa dia tu auntie?"tanya Wafa ingin tahu.

"Siapa?"tanya Puan Vina kembali.

"Tu yang duduk semeja dengan lelaki dan perempuan baju biru tu.Dari tadi auntie tengok dia kan.Cantik orangnya.Anak saudara uncke ker?"tanya Wafa lagi.Kalau saudara sebelah Puan Vina dia kenal sangat.

"Err..dia staff uncle."beritahu Puan Vina.

"Yang pakai baju kuning tu rasa muka dia macam pernah Wafa tengok.Tapi di mana ya."Wafa cuba mengingati tapi dia lupa di mana.Bila Eiliya mengalihkan pandangan ke arah mereka,baru dia teringatkan sesuatu.

"Rasanya dia bekas patient Wafa."

Puan Vina tercengang.Dia tahu Wafa bertugas di hospital.Memang berjumpa dengan ramai orang.Tidak mustahil muka pun hampir sama.

"Orang lain kot.Tak mungkin Liya pernah masuk hospital."sangkal Puan Vina.

"Tapi Wafa pasti memang dia.Tak silap tiga bulan sudah.Sebab Wafa yang rawat dia."beritahu Wafa lagi.

"Betul ker.Tak akan dia sakit?"

"Nama apa dia auntie?Tak silap Wafa nama dia...Sufia...Safiyya...eehh..Sofia.Hah.. Sofia!"kata Wafa dengan yakin.

"Eiliya Sofia?"

"Hah betul lah nama tu.Wafa lupa nama depan dia."

"Dia sakit apa Wafa?"Puan Vina berdebar ingin tahu.

"Keguguran."

Sekali lagi Puan Vina terperanjat.

"Wafa salah orang kot.Tak kan lah..."

"Tapi Wafa rasa memang betul dia.Nama dia..muka dia..muda lagi orangnya.Wafa pasti memang dia."kata Wafa dengan yakin.

Puan Vina pandang ke arah Eiliya dan Wafa silih ganti.

"Kesian dia waktu keguguran,suami tak ada.Dia terjatuh waktu tu.Ada abang dan kakak ipar dia saja."

Terduduk terus Puan Vina.Kalau betul apa yang Wafa cakap..maknanya Eiliya diceraikan waktu mengandung.Ya Allah!apa yang Leon dah buat!

"Auntie okay ker ni?"tanya Wafa bila melihat Puan Vina terdiam kaku.Muka pun pucat.

Puan Vina hanya mengangguk kecil.Wajahnya bertukar sedih.

"Auntie kenal dia ker?"

Puan Vina pegang hujung kerusi.Mata dipejam sebelum menjawab pertanyaan Wafa.

"Dia...bekas isteri Leon."

"Hah!?"Wafa pula terkejut.

Selama ini memang Wafa tidak kenal dengan bekas isteri Leon.Semasa Leon berkahwin dia masih di luar negara.Jadi dia tidak kenal siapa isteri Leon.Tup tup dengar dah bercerai.

Lemah segala urat Puan Vina.Dia akan tanya sendiri pada Eiliya.Kalau betullah Eiliya keguguran waktu itu,maknanya Leon telah buat satu lagi kesalahan besar dalam hidup!Buat masa sekarang dia mahu Wafa merahsiakannya dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience