BAB 18

Drama Completed 49800

"TERIMA kasih Leon.Kalau tak ada kau tadi dah tentu kak Eira akan salahkan aku."ucap Eiliya sebaik mereka tiba di rumah.

"Kau tu kalau nak balik rumah papa.Tunggu aku dulu."Nasib Leon sempat baca mesej Eiliya yang memberitahunya mahu ke rumah Encik Ahmadi.

"Aku tak nak ganggu kau.Lagi pun aku balik nak tengok papa."katanya dengan mata masih sembab.

"Aku tahu tapi kau kena beringat Zikri masih ada hati dengan kau."

"Aku tak tahu kenapa dengan Zikri tu.Dah kahwin pun dengan kak Eira.Kenapa nak kacau aku lagi."

"Orang kalau masih sayang memang susah dia nak lepaskan."Leon berkata sambil menatap muka Eiliya.

Eiliya terdiam.

"Dah sekarang kau pergi naik.Aku nak panaskan lauk, lepas ni kita makan."

"Kau beli dekat mana?"tanya Eiliya agak teruja.Dia agak lapar sebenarnya.Tadi tak sempat nak makan mee goreng dengan papa.

"Mama bagi untuk menantu kesayangan dia."

Eiliya tersenyum pendek.Mama mertuanya sangat baik hati pada dia.Kalah mama sendiri.

"Macam tu aku naik mandi dulu."terus Eiliya menuju ke tangga dan naik ke atas.

Leon hanya memerhati gerak langkah Eiliya hingga hilang dari pandangan.

Dada sebelah kanan di usap perlahan.Di situ Eiliya menangis tadi.Kepala di sandar pada dada Leon. Kejadian berkalu dengan pantas.Leon sendiri yang menarik Eiliya dan memeluknya tanpa sedar.

Eiliya benar-benar bersedih tadi.Leon dapat rasakan bebanan yang Eiliya tanggung.Dituduh malah hilang kepercayaan dari kakak sendiri.

Jantung Leon berdebar sakan saat memeluk Eiliya.

Leon tersenyum sendiri.

"Aku minta maaf pasal tadi.Kau jangan fikir aku ambik kesempatan pulak."

Eiliya sedar dia menangis di dada Leon tadi.Dia termalu sebenarnya.Entah kenapa dia tidak menolak.Malah terasa dilindungi.

"Kau jangan risaulah.Kalau kau sedih.Sini dah sedia untuk kau."kata Leon sambil menepuk perlahan dadanya.

Ketika itu mereka menonton tv selepas makan.

"Terima kasih sajalah.Lepas ni aku kena cari dada orang lain pula."seleroh Eiliya sambil ketawa kecil.

Kata-kata Eiliya buatkan Leon tersentap.Terbayang wajah Hazrul bersama Eiliya.

"Kau jangan macam-macam Liya.Haram kau sentuh lelaki bukan muhrim.Lain lah aku.Aku ni halal untuk kau."kata Leon berbaur cemburu.

"Kau ni aku gurau saja lah.Macam lah aku tak tahu.Maksud aku lepas kita dah tamatkan semua ni,aku pun kena cari 'pengganti'."Eiliya sambung gelak.

Terus berubah muka Leon bila Eiliya cakap begitu?Pengganti?Adakah Hazrul yang Eiliya maksudkan.

"Lambat lagi.."jawab Leon mendatar.

Eiliya berhenti ketawa.Leon mengambil remote dan mencari siaran yang sesuai.

"Kau dengan Hana macam mana?dah ada perkembangan ker dengan mama?"alih Eiliya.

"Susah mama nak terima Hana.Aku pun dah buntu."Keluh Leon.

"Kalau kau masih perlukan pertolongan dari aku,aku sedia membantu kau dengan Hana.Sebab tu aku cuba rapatkan hubungan mama dengan Hana."kata Eiliya dengan penuh keikhlasan.

Leon terdiam.Patut Eiliya jarang mahu berjumpa mama.Ini salah satu dari rancangan dia.Mahu merenggangkan jarak antara dia dan mama.

"Hana kena lah pandai ambil peluang yang ada.Kau pun jangan lah wait and see.Cuba buat sesuatu.Macam mana kau orang berdua nak cepat kahwin kalau kau tak mahu bertindak."

"Bunyi macam kau tak sabar saja.Ker kau dah plan nak kahwin dengan Hazrul?"tembak Leon.

"Hazrul?Kau ni aku baru saja kenal dia.Kalau ada jodoh..aku terimalah.Tapi ada ker orang nak kan janda macam aku nanti."kata Eiliya dalam nada bergurau.

"Jadi tak payah jadi janda."jawab Leon bersahaja.

"Tak nak lah aku jadi isteri 'palsu' kau selamanya.Hana kau nak campak mana?"sengaja Eiliya bergurau mahu hilangkan kesedihan di hati.
Sekurangnya kesedihan yang melanda hilang seketika.

"Campak sajalah mana pun."serius Leon berkata tanpa secalit senyuman.

"Eiii.. tak baik tau kau ni!Aku bagitahu Hana nanti."ugut Eiliya.

"Bagitahu lah..so kau dengan aku..."Leon mengesot perlahan ke arah Eiliya.

"Jangan nak menggatal!Bagi remote dekat aku.Kau kalau dah buka cerita Korea ni confirm terkena tempias.Mula lah perasan kau jadi hero Korea tu.Malangnya heroin kau tak asa dekat sini.Aku bukan Hana okey!"

Eiliya rampas remote dari tangan Leon dan menukarkan ke siaran lain.

"Cerita ni baru best.Perang-perang."Kata Eiliya sambil menumpukan perhatian ke kaca televisyen.

Leon merungut kecil.Baru nak beramontika Eiliya dah cantas.Eiliya memang tak faham!

Leon semakin galak menghimpit ke arah Eiliya hingga bahu mereka bersentuhan.

"Leon sanalah sikit!Sempitlah tempat aku."diusirnya Leon agar duduk menjauh.

Leon terpaksa mengesot semula.Ingat Eiliya tidak perasan.Sikit-sikit dia berganjak ke arah Eiliya semula.

"Bukannya nak buat apa pun."gumamnya perlahan.

"Duduk hujung sana.Kena ada penjarakan sosial."kata Eiliya.Jarak mereka pun lebih kurang satu meter.

Leon berdecit.Eiliya langsung tidak memberinya peluang.

Hampir satu jam mereka menonton.Suara Eiliya juga sudah tidak kedengaran.Leon menoleh ke sisi.

"Patutlah pun dah tidur..Tadi bersemangat sangat.Alih dia yang tidur.Ini lah dikatakan tersungkur sebelum berperang."Leon ketawa kecil.

Eiliya yang sudah terlentok dipandang.
Dah la dengan pakai tudung.Apa yang dia takut sangat nak buka pun aku tak faham.Buka saja lah bukannya luak pun.

Perlahan Leon mengesot ke arah Eiliya yang sedang tidur.

Leon perhatikan muka Eiliya dari jarak dekat.Tiada apa yang kurang.Perlahan dialihkan kepala Eiliya ke bahunya.
Dia biarkan Eiliya terlelap di situ sehinggalah cerita yang ditayangkan tamat.

Eiliya tersedar dan menguap kecil.

"Mengantuknya.."dalam keadaan mamai dia menuju ke tangga.Sedikit terhoyong-hayang.

Leon hanya memerhati.Niat dia nak biar saja Eiliya tertidur hingga ke pagi.Leon senyum sendiri.Entah kenapa dia rasa gembira bila bersama Eiliya.

Dia tahu telah tersasar dari tujuan asal.Hati dia makin memberontak mahu mendekati Eiliya.Dia sendiri tidak faham akan kehendak hati dia sekarang.

Mungkin dia jatuh kesian pada Eiliya yang sering dilanda kesedihan setiap kali kali berkunjung ke rumah keluarga sendiri.Termrtanya juga di hati Leon mengenai mama mertuanya yang bersikap berat sebelah.Eiliya dilayan seperti bukan anak kandung dia.Seolah Eiliya anak tiri.

Mustahil Eiliya anak orang lain kerana Eiliya berbintikan papa mertaunya.

Eiliya Sofia binti Ahmadi!Dah terang kan Eiliya anak papa dia.

Mujur Leon datang tepat pada masa nya.Kalau tak tahu apa nasib Eiliya.Zikri pun satu.Dah kahwin dengan Eira kenapa masih mahu mengganggu Eiliya lagi.Kakak dia dapat adik pun dia nak.Tamak betul Zikri.

Terima sajalah kenyataan yang Eiliya bukan jodoh dia.Terangan Eiliya cakap tak ada hati pada dia.Lagi nak kacau.Susah betul kalau bercakap dengan jenis orang yang tak faham bahasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience