FIKIRAN dan jiwa Eiliya kembali terganggu.Lebih terganggu lagi bila tarikh haid lewat selama seminggu.Eiliya berasa takut dengan segala kemungkinan.
Dia takut apa yang bakal terjadi jika dia betul-betul mengandung.
"Liya..saya akan bertanggungjawab.Malam tu semua diluar kawalan."
Itu kata Leon.Semakin buatkan Eiliya susah hati gelisah dan resah.Berserabut memikirkan.Hari-hari tengok kalender namun yang ditunggu belum muncul.
"Liya..kalau betul Liya mengandung memang itu anak saya."boleh katakan setiap hari Leon akan ulang benda yang sama.
"Bila last period Liya?"
Macam doktor pulak Leon bertanya.Eiliya makin risau dan runsing.
"Saya akan gugurkan."katanya tegas.
Ayat Eiliya buatkan Leon tersentak.
"Liya tak takut dosa?"
Pertanyaan Leon memberi satu tamparan pada Eiliya.
"Menggugurkan kandungan adalah haram.Kecuali kandungan itu membahayakan nyawa si ibu atau pun janin dalam kandungan."
Itu apa yang Eiliya dengar dalam radio sesama dalam perjalanan ke pejabat.Macam tahu-tahu saja ustaz ni akan masalah yang Eiliya tengah hadapi sekarang.Terlanjur dah berdosa besar.Mengandung luar nikah lagi lah berdosa besar.Rasa macam batu besar sebesar rumah menghempap di atas kepala.
"Saya akan bertanggungjawab.Saya tak akan biar Liya seorang diri.."pujuk Leon.
Makin hari makin Eiliya rasa takut.Risau memikirkan perkara yang tak sepatutnya berlaku.Hinggalah pada pagi ini,perut Eiliya rasa tidak selesa.Asyik meragam.
"Eh.. Liya.Kenapa pucat saja muka?"tegur Siti.
"Kurang sihat sikit."
"La..kenapa datang juga kerja.Pergilah klinik."gesa Siti
"Tak apa lah.Kejap lagi lah..tengok keadaan macam mana."
"Jangan biar Liya takut melarat.Siti tengok bibir Liya pun dah pucat semacam."
Tengahari Eiliya mengambil cuti separuh hari.Malas dia mahu ke klinik.Takut apa yang ditakutinya terjadi.Masuk hari ini sudah sembilan hari dia lewat period.Kerisauannya semakin menjadi.
Buka saja pintu rumah,terus dia menekup mulut.Berlari anak dia masuk ke dalam bilik air.Perut nya makin tidak selesa.Dimuntahkan segala isi perut yang ada.Tidak banyak yang keluar hanya angin kerana waktu tengahari tadi dia tidak makan.Hilang selera bila fikiran asyik menerawang ke situ.
Tudung dibuka dan terus dicampak ke atas sofa.Eiliya tersandar lemah di katil.Perasaannya makin berdebar.Dia kembali takut.
"Tak kan aku mengandung."terdetik di hati.Risau juga dia.Pernah Eiliya dengar dari kawan sepejabat tentang tanda-tanda kehamilan.Pening, loya,muntah perut rasa tak selesa.Semua tanda tu Eiliya ada.
Eiliya ingat lagi sewaktu hamil kali pertama tanpa dia menyedari.Badan terasa letih.Tiada alahan seperti muntah dan pening.Setiap orang mempunyai hormon yang berbeza.Itu penjelasan dari doktor Wafa yang merawatnya ketika keguguran.
Eiliya tak senag duduk,mula kembali cemas.Jika betul dia mengandung,macam mana dia nak sorok perut yang makin membuncit.Tentu orang keliling akan memandang serong padanya.Sudah lah janda mengandung luar nikah pulak tu.
Mana nak letak muka sendiri.Dulu mengandung bersuami sekarang tidak bersuami.
Telefon bimbitnya berdering minta di angkat.Tertera nama 'Sayang' di talian.Siapa lagi punya kerja kalau bukan Leon.Mesti masa Eiliya pengsan dia buka henfon Eiliya menggunakan jari Eiliya.Rasa lemah segala urat sendiri Eiliya.Dengan malas Eiliya jawab juga.
"Liya kat mana ni.Kenapa tak bagitahu ambil cuti?"
Tanya Leon sebaik salam dijawab.
"Saya kat rumah lah."sebenarnya Eiliya malas mahu melayan Leon tapi dia tiada pilihan.Leon saja yang tahu apa yang terjadi antara mereka pada malam itu.
"Liya tak sihat kan?Saya datang rumah."
"Tak payah.Nanti okay lah."
"Saya nak jumpa Liya kejap.Ada hal penting."bunyinya semakin serius.
"Esok saja lah."
"Sekarang.Saya tengah on the way ke rumah Liya.Lagi sepuluh minit sampai."
"Tapi...."talian Leon terus dimatikan.
Lepas sepuluh minit kemudian muncul Leon di hadapan rumah.Sambil bersandar di tepi kereta Eiliya, dia mengamati wajah Eiliya yang tampak lesu dan pucat.
"Jom kita pergi klinik."
"Tak nak lah..nanti okay lah ni."jawab Eiliya sambil buang pandang ke arah lain.
"Liya tak okay ni.Makan tak tadi?"tanya Leon.
Eiliya geleng.
"Kenapa tak makan?"
"Tak ada selera."
Leon pandang muka Eiliya lama.
"Liya ada muntah-muntah tak?"
Eiliya diam.Baru sebentar tadi dia muntah.
"Jangan-jangan Liya..."
Leon angkat kedua belah kening.
"Tak lah.."sangkal Eiliya.Sengaja kan Leon nak bagi dia rasa takut.
"Liya,saya rasa tak boleh tangguh dah benda ni.Kita kena cepat.Sekarang kita kena bincang apa yang patut kita lakukan."
"Nak buat apa?"
"Kita kena nikah cepat sebelum perut Liya makin membesar."
Eiliya dah rasa macam nak pecah kepala.Tak tahu sama ada mahu menerima atau menolak.Jika dia tolak dia takut akan dicemuh masyarakat keliling.Betapa berdosanya diri terjebak dengan zina.Dan kalau dia terima bermakna dia kena hidup sekali lagi dengan Leon.Licik betul Leon memerangkap diri dia.
"Kita tak boleh tangguh lagi.Hujung bulan ni kita nikah.Tak kira apa yang terjadi kita tetap kena nikah cepat."tegas Leon lagi.
Fikiran Eiliya terlalu runsing.Nak beli alat menguji kehamilan pun dia rasa takut.Leon pula asyik menyatakan benda yang sama.Malam itu memang Eiliya tak ingat apa yang jadi.Sedar saja dia di atas katil.Baju yang dipakai pun bukan milik dia.Dan Leon juga dalam keadaan mencurigakan.
Pada mulanya Eiliya masih menafikan.
Sekarang perubahan pada diri telah membuktikan yang Leon ada berbuat sesuatu padanya.
Eiliya terus membisu.Tidak tahu keputusan apa yang patut dibuat.Dia takut untuk hadapi semua ini seorang diri.Dia terpaksa ikut rentak Leon.Apa yang jadi lepas ni dia kena fikirkan balik macam maa nak lepaskan diri dari Leon.
Mama Leon orang pertama yang paling gembira bila dapat tahu Eiliya akan kembali menjadi isteri Leon.
Bertalu dia mencium pipi dan memeluk Eiliya.Sikit pun mereka tidak peduli akan perasaan Hana.Hairan juga Eiliya bila keluarga Leon seorang pun tidak menyebut nama Hana.Eiliya nak tanya tapi buat masa ini masalah dia lebih utama.
"Betulkah ni Liya nak nikah semula dengan Leon?"tanya Elman.Dia risau Eiliya buat keputusan yang salah.
"Ya abang El..betul..."
"Abang El memang nak balik sana dah hujung minggu ni.Nanti kita bincang."Suara Elman kedengaran was-was.Terpaksa Eiliya menyakinkan juga.
"Kalau betul Leon nak nikah semula dengan Liya,abang El setuju asalkan dia jaga Liya dengan baik."
"Betul ni Leon nak ambil Liya semula?"tanya Elman lagi.Suaranya sedikit bimbang.
"Betul abang El.Saya sayangkan dia."beritahu Leon tanpa malu dihadapan Eiliya.Ketika itu Elman menghubungi Eiliya untuk pastikan.
Eiliya di hadapan hanya menikus.
"Abang El bukan apa takut perkara lama berulang kembali."
"Tak abang El.Saya janji tak akan sia kan Liya lagi.Saya betul-betul sayang dan cinta kan dia."Leon buat pengakuan sambil memandang ke arah Eiliya yang sedang menunduk.
"Kalau macam tu elok lah kita bincang dengan auntie dan uncle.Abang El tak ada halangan.Asalkan kau orang berdua baik-baik saja."
"Insyallah abang El.Saya akan jaga Liya seperti nyawa saya sendiri."Leon berjanji.
Eiliya hanya pandang Leon sekilas.Tak tahu sama ada Leon sekadar berjanji atau lahir dari hati.Sesungguhnya Eiliya masih ragu akan Leon.
***********************
Sibuk Puan Vina mengatur segalanya.Dari majlis nikah hingga majlis sanding.Kali ini diadakan secara sederhana.Hanya saudara mara terdekat serta sahabat handai.
Ke hulu ke hilir Eiliya tengok Puan Vina tak henti melayan tetamu.Terpancar kecerian di wajah Puan Vina.Encik Bad juga begitu.Seronok mendapat menantu.Mereka memastikan majlis Leon dan Eiliya tiada cacat cela langsung.
Pada hal mereka tak tahu apa yang telah terjadi sebenarnya antara Leon dan Eiliya.Kesian pula Eiliya tengok mama Leon yang sibuk menguruskan apa yang patut.
Kendiri diadakan di rumah Puan Vina dan Encik Bad.Mereka juga turut menjemput semua kakitangan kedua syarikat.Ini kerana Leon mahu menghebohkan pada semua yang Eiliya adalah isterinya yang sah.Kata majlis sederhana tapi besar juga.
"Pandai Liya sembunyikan ya.."usik Siti.
"Saja tak nak heboh."Eiliya malu alah.
"Lepas ni nak jumpa Liya susah dah lah."
"Liya tetap kerja dekat situ lah.."
"Ya lah tu.Tengok Encik Leon tu dari tadi asyik senyum memanjang.Suka lah tu dapat bunga idaman."Siti muncungkan mulut ke arah Leon yang sibuk melayan tetamu.
"Mana Hazrul?"
"Ada dekat meja sana.Siti ajak jumpa Liya dia tak nak."
"Boleh Siti bawa Liya jumpa dia?"
Siti angguk.
Segan Eiliya mahu berjalan seorang diri di kerana banyak mata tertumpu ke arahnya.Leon pula sedang melayani temannya.
"Hazrul."panggil Eiliya sebaik merapat ke meja Hazrul.
Hazrul bingkas bangun mendapatkan Eiliya.Seraut wajahnya mendung.Mata layu menatap wajah Eiliya yang disolek cantik.Sesuai dengan kebaya songket merah hati yang dipakai.Nampak seperti perempuan melayu terakhir.
"Awak cantik Liya."puji Hazrul.Mata dari tadi tidak lepas memandang Eiliya walupun sarat dengan kekecewaan.
"Terima kasih Hazrul sebab sudi datang.Maafkan saya.."kata Eiliya sedikit perlahan.Dia pun tak tahu kenapa dia perlu minta maaf.Sedangkan masing-masing tidak pernah meluahkan kata cinta.
Hazrul memandang Eiliya lagi.
"Saya terlambat kan..."katanya dengan suara penuh kehampaan.
Eiliya tahu yang Hazrul kecewa bila dapat tahu Eiliya berkahwin dengan Leon.
"Sebenarnya...."
"Hei,kat sini rupanya isteri abang.."terus Leon paut pinggang Eiliya.
Hazrul hanya mampu melihat Eiliya kini milik Leon.
"Terima kasih sudi hadir.Jemputlah makan..."kata Leon sambil berjabat tangan dengan Hazrul.
Terbantut Eiliya mahu berbual lebih panjang dengan Hazrul.Renungan mata Leon seolah menghalang niat untuk meneruskan.
"Sayang mesti dah penatkan.Jom abang ambilkan air.."kata Leon sambil memeluk erat pinggang Eiliya.
Eiliya hanya mampu berdiam diri.Dia tidak berani mahu menolak tangan Leon.Dia tahu Leon sedikit marah bila dia berbual dengan Hazrul.
"Tahniah Encik Leon dan Eiliya.Selamat pengantin baru."ucap Hazrul dengan seribu rasa yang terpaksa dia sembunyikan.
"Thank you.Secara rasminya sekarang kami suami isteri.Saya sayangkan Eiliya lebih dari nyawa saya sendiri."kata Leon dengan maksud yang mendalam.
Eiliya dapat rasakan ketegangan di situ.
Leon dan Hazrul sedang beradu pandang.Tersepit Eiliya ditengah.Leon genggam erat jari jemari Eiliya.
'Mana Siti ni.Time ni juga lah sibuk nak makan cendol.'gerutu Eiliya bila Siti pula tudak ada di situ.Cepat sungguh dia menghilang.Patut laju saja Leon mendapatkan Eiliya.
"Tahniah sekali lagi.Semoga berbahagia Eiliya.."ucap Hazrul.
Eiliya tersenyum nipis.Dia mahu bercakap sesuatu namun tangan Leon di pinggangnya membantutkan segalanya.
"Jemput makan cendol."muncul Siti bersama dua mangkuk kecil di tangan.
"Makanlah.Saya nak bawak isteri saya jumpa tetamu lain pula."kata Leon.
"Excuse us.."kata Leon sebelum beredar dan menarik Eiliya pergi dari situ.
Hazrul hanya memandang sepi permergian Eiliya.Kini Eiliya milik Leon sepenuhnya.Bukan dia tak perasan tajam mata Leon memandang dia seolah memberi amaran.Amaran keras gitu.
Share this novel