BAB 54

Drama Completed 49800

"MAA...mama..."panggil Eira sambil menepuk lembut bahu Puan Nirma.

Sejak dua tiga hari ini,Puan Nirma seperti berada dalam keadaan gelisah.

"Kenapa dengan mama ni?Eira tengok mama macam tak tentu arah.Mama ada masalah ker?"kejap Puan Nirma berdiri kejap duduk.

Risau juga Eira melihat keadaan Puan Nirma.Semalam Elman menefon Eira untuk melihat keadaan ibu mereka.Bimbang akan keadaan Puan Nirma yang banyak mendiamkan diri.Entah apa yang mengganggu pemikiran mama mereka.

Terdengar keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut Puan Nirma.

Eira duduk bertentangan dengan mamanya.Dipandang muka Puan Nirma yang jelas runsing.

"Mama,Eira risau tengok mama macam ni.Cuba mama cerita,mana tahu Eira boleh tolong."pujuk Eira.

"Mama...mama..."suara Puan Nirma tersekat dikerongkong.

"Mama tahu kan kami sayangkan mama.Mama jangan simpan masalah seorang.Eira mengaku,Eira jarang balik sini.Tapi tak semestinya Eira terus lupakan mama.Eira juga ada tanggungjawab pada suami.Eira ajak mama tinggal sekali mama tak mahu."

"Mama sebenarnya...susah mama nak cakap."Puan Nirma dah macam cacing kepanasan.

"Okey-okey mama tenang dulu.Mama tarik nafas dan cerita satu persatu dekat Eira.Eira akan cuba tolong mama.."

Eira sentuh tangan Puan Nirma.Sejuk dan sedikit menggigil.

"Mama rasa...rasa bersalah.."terkeluar juga dari mulut Puan Nirma.

"Rasa bersalah?pada siapa ma?"

Puan Nirma betulkan duduknya.Perasaan bersalah seolah membelit seluruh tubuhnya.Dia gelisah.Dia takut.Kebenaran sudah terbongkar.Untuk apa dia sembunyikan lagi.

"Maa...mama ada buat sesuatu yang kami tak tahu ker?"teka Eira.

Bimbang juga Eira kalau Puan Nirma ada terlibat dengan sesuatu yang melibatkan pihak berkuasa.
Selama ini mama tak pernah mengambil rasuah atau melakukan jenayah.Semua urusan perniagaan keluarga abang Elman yang banyak uruskan.

"Mama...mama...mama rasa bersalah..pada...Li..Liya..."lambat dan satu persatu keluar dari mulut.

Eira pandang muka Puan Nirma seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.Selama ini mama tak pernah sebut nama Eiliya.Kalau ada pun semua yang buruk-buruk pasal Eiliya.

"Kenapa mama cakap macam tu?"Eira pelik dengan sikap mama sendiri.

"Mama bersalah pada dia.Mama tak sepatutnya hukum dia atas kesalahan yang dia tak pernah buat.Kesilapan semuanya dari mama bukannya dia atau ibu kandung dia.."

Wajah Puan Nirma kelihatan sugul.Dia sudah sedar akan kesilapan keterlanjuran sikap dia terhadap Eiliya.Tak sepatutnya dia membenci Eiliya.

Terbayang wajah Eiliya sewaktu bayi.Pertama kali Eiliya dibawa pulang oleh arwah suaminya.Dia teringin mahu memangku tetapi egonya melarang keras.

Bukan dia tak jatuh sayang pada bayi comel itu cuma hatinya menjadi sakit setiap kali teringat dia dikhianati suaminya sendiri.
Dia tahu suaminya masih menyintai Aishah.Mana mungkin suaminya melupakan Aishah begitu saja.

Tanpa sedar Encik Ahmadi kembali menjalin hubungan di belakang Puan Nirma.Dia menyintai bekas tunangnya melebihi Puan Nirma.
Semasa Eira berumur empat tahun,rahsia Encik Ahmadi terbongkar.Dia sudah setahun menikahi Aishah.

Puan Nirma mengamuk sakan tapi Encik Ahmadi tetap dengan pendirian.Dia masih memilih Aishah.Puan Nirma menjadi marah dan berdendam.
Siapa sangka saat melahirkan,Aishah pergi buat selamanya.Belum sempat melihat wajah puteri mereka.

Encik Ahmadi sangat bersedih akan kehilangan Aishah.Rupanya Aishah hanya pijaman sementara untuk dia.Selama mereka berkahwin Aishah sebenarnya menghidap barah otak.Dia merahsiahkan dari pengetahuan suaminya.Hinggalah di saat akhir baru Encik Ahmadi dapat tahu.

Bayi perempuan yang comel itu di bawa pulang ke rumah Puan Nirma.Encik Ahmadi seperti hilang arah.Dia kehilangan wanita yang dicintainya buat selamanya.Anaknya perlukan seorang ibu.
Dia merayu pada Puan Nirma agar menerima kehadiran Eiliya Sofia di dalam keluarga mereka.Puan Nirma masih enggan menerima dan Encik Ahmadi pula tiada pilihan lain selain membesarkan Eiliya bersama anaknya yang lain.Puan Nirma sikit pun tidak mahu menyentuh langsung anak itu selama mereka tinggal bersama.

Segala keperluan Eiliya diuruskan oleh pembantu rumah.Bila Puan Nirma pandang muka Eiliya,dia seakan melihat wajah arwah Aishah seperti sedang mentertawakannya.Puan Nirma berasa malu kerana suaminya masih memilih arwah ibu Eiliya.

Dia berusaha menjauhkan diri dari Eiliya.Dia benci pada Aishah.Dia benci pada anak Aishah.Sepatutnya cinta Ahmadi hanya untuk dia.Tak sangka bila dia sudah berjaya perangkap Ahmadi dan berkahwin,Ahmadi masih menyintai bekas tunangnya itu.

Sejak dari itu,api kebenciannya pada Eiliya makin bertambah.Dia langsung tidak boleh pandang muka Eiliya.Ada saja yang tidak kena di mata dia berkaitan Eiliya.

Dia berjaya membina tembok agar Eiliya tidak mendekati dia.Dia benci!Benci!Benci pada Eiliya!

"Mama nak minta maaf pada dia."ucap Puan Nirma.Eira tergamam sebentar.Dia dengar dengan jelas apa yang Puan Nirma cakap.

"Ya Allah mama.Kami pun berharap benda yang sama jugak.Kami hanya nak tengok mama terima Liya.."Eira turut sebak.

"Mama nak jumpa dia Eira.Tolong bawa mama jumpa Liya."pinta Puan Nirma.Dia tidak tenang selagi tidak bertemu Eiliya.Tiada guna dia bermusuhan dengan Eiliya sedangkan Eiliya langsung tidak pernah menuntut sebarang haknya.

"Ya mama.Nanti Eira bawa.."Eira terus mendail nombor seseorang.Dia sudah tidak sabar mahu menyampaikan berita gembira ini pada semua.Mesti semua orang akan gembira mendengar.

****************

"Okey dah sampai.Jom turun."ajak Leon.Eiliya masih ragu-ragu.Sudah lama dia tidak menjejak kaki ke mari.

Bila Leon mengajak dia ke sini,dia rasa gementar.Beria abang El menyuruh mereka datang ke mari.Eiliya bukan apa dia bimbang akan penerimaan Puan Nirma.Tak nak lah Puan Nirma bermasam muka kerana dia.Kalau boleh elak memang Eiliya akan elak.

"Kalau tunggu dalam kereta tak boleh ker?"tanya Eiliya.

"Sayang..tak baik tau.Penat abang El ajak kita ke sini.Jom lah kita masuk dulu."

"Saya takut..."

"Tak payah takut,abang ada.."Leon sulam jari jemari Eiliya.Menyalur sedikit kekuatan.

"Awak janji tak akan tinggal saya dekat sini?"

"Ya sayang.Tak kan abang nak tinggal isteri yang cantik ni dekat sini.Malam nanti abang nak peluk siapa."sempat lagi Leon berseleroh.

Eiliya cubit paha Leon.Nyett!gatal sangat.Orang tengah risau ni dia boleh buat lawak.

"Aduh!sakitlah sayang ni..Abang cakap betul lah..Abang tak boleh tidur kalau tak peluk sayang."

"Awak ni.Orang tengah risau dia boleh buat lawak."terus Eiliya buat muka monyok.

"Tengok tu..kan abang dah pesan.Panggil abang."

Eiliya geleng sambil senyum nipis.Dalam hati dah macam meletup-letup.Berdebar takut pun ada.Tertanya juga kenapa abang El nak ajak makan dekat sini.Makan dekat rumah abang El kan senang.Sini tak tahu lagi akan penerimaan tuan rumah.

"Ada yang nak kena cium dekat sini.Dah pesan tak nak ikut.Sayang tak nak ya..."Leon menggertak.Badan di dekatkan pada Eiliya.

"Awak...eh abang jangan la.."Eiliya berusaha menghalang serangan Leon.

"Degil lagi kan dah dapat."Leon ketawa kecil sambil mencuit hidung Eiliya setelah pipi Eiliya dicium.

"Awak ni kan.."

"Nak kena cium lagi ni.."sekali lagi Leon dekatkan tubuhnya.Tak sempat nak kena cermin tingkap sebelah Eiliya diketuk.

Leon segera menurunkan cermin tingkap.Tersenyum Elman sambil bercekak pinggang.

"Korang buat apa ni sampai bergoyang kereta."Elman tersengih.

"Mana ada buat apa."kata Eiliya tersipu malu.Leon punya pasal lah ni.Leon disebelah hanya tersengih.

"Dah jom masuk.Semua dah tunggu."

"Abang El,Liya takut.."

"Nak takut apa.Kita bukan nak pergi berperang."Elman sambung ketawa.Leon juga begitu.

Dalam hati Eiliya dah macam tengah berperang sakan sangat ni.Bimbang juga Eiliya jika kehadirannya mengganggu ketenteraman Puan Nirma.

Mereka bertiga melangakah masuk ke dalam.Semua mata tertumpu pada mereka.Puan Vina dan Encik Bad juga turut berada di situ.Leon pegang tangan Eiliya.Dapat dirasakan tangan Eiliya berubah sejuk.Macam ais batu.

"Sayang..tak ada apa lah.Jangan risau abang ada.Tengok mama dengan papa pun ada."bisik Leon menenangkan Eiliya.

Mereka bersalaman dengan semua.Lama Eiliya berpelukan dengan Eira.

"Liya sihat?"tanya Eira.

"Alhamdulillah.Dah berapa bulan kak Eira?"Eiliya tumpang gembira melihat Eira mengandung.

"Lima bulan.Liya bila lagi?"usik Eira.

"Insyallah tengah usaha lagi.."jawab Leon mendahului Eiliya.Eiliya jegilkan mata sempat dicubit lengan Leon.Gatal sangat.Tengok yang lain pun ikut mengusik.

Zikri menepuk perlahan bahu Leon.Tersengih Leon.

"Liya."panggil Puan Nirma.

Eiliya berpaling.Berdiri Puan Nirma dibelakang Eiliya dengan wajah penuh kekesalan.Eiliya hanya kaku berdiri.Seolah kurang percaya dengan apa yang dilihatnya.

"Maafkan mama.."terus Puan Nirma menyambar tubuh Eiliya.Menangis.Eiliya masih keliru dengan perubahan sikap Puan Nirma.Belum pernah selama ini Puan Nirma memeluknya.

"Maafkan mama..mama yang salah.."ucap Puan Nirma bersama linangan airmata.Pipi Eiliya dicium beberapa kali.

Eiliya turut menangis.Dipandang muka semua yang berada di situ.Puan Vina mengangguk mengiyakan segala perilaku Puan Nirma.

"Mama."panggil Eiliya kepada Puan Nirma.

"Ya sayang..maafkan mama..mama sayangkan Liya.."ucapnya lagi sambil menangis di bahu Eiliya.

"Mama..maafkan Liya sebab banyak buat mama terluka."Eiliya mengelus-gelus bahu Puan Nirma.Tidak pernah dia sedekat ini dengan Puan Nirma.Terasa sentuhan kasih sayang seorang ibu sama seperti ibu mentuanya,Puan Vina.

"Tak Liya..mama yang salah.Liya tak salah pun..mama yang bersalah pada arwah ibu Liya..arwah papa.."ucap Puan Nirma sambil menangis teresak.

"Liya dah lama maafkan mama..Liya hanya kenal mama dari kecil.Liya pun sayangkan mama.."luah Eiliya.Selama ini dia teringin sangat untuk berada dalam pelukan Puan Nirma.Hari ini ternyata doanya di makbulkan Allah.

"Mama minta ampun dan maaf Liya..mama tak sepatutnya layan Liya macam tu.."Hidup dia tidak tenang selagi dia tidak mohon maaf pada Eiliya.

"Dah mama jangan ingat lagi..Liya dah lupakan..mama jangan 'buang' Liya lagi.Liya perlukan mama juga."

"Tak Liya,mama nak Liya balik semula kat sini..Liya anak yang baik.Mama yang jahat letakkan semua kesalahan pada Liya.."

"Liya hanya nak kasih sayang mama.Liya teringin sangat nak peluk mama.Dari kecil Liya cemburu tengok mama peluk kak Eira.."akui Eiliya.Eira terus mendekati mereka dan memeluk keduanya bersama tangisan kegembiraan.

"Kak Eira pun sayangkan Liya.Maafkan kak Eira selama ini tak pernah peduli akan perasaan Liya.."

"Abang El juga minta maaf.Kami semua sayangkan Liya.."Elman turut sebak.Tidak sangka akhirnya terbuka juga pintu hati Puan Nirma untuk menerima Eiliya.

Leon,Asyikin,Zikri,Puan Vina dan Encik Bad menyaksikan penyatuan semula ahli keluarga Puan Nirma.

Mereka berempat berpelukan sambil menangis gembira.Tak henti-henti Eiliya mengucapkan kesyukuran.Maha suci Allah yang telah membolak balikkan hati manusia.Dia Maha Mengetahui segalanya.Akhirnya Puan Nirma sendiri terbuka hati untuk menerima Eiliya sebagai sebahagian dari ahli keluarganya.

"Jemputlah makan semua.Hari ni saya buat makan-makan sikit sebagai ucapan maaf saya untuk Vina dan Bad tempoh hari."kata Puan Nirma.

"Tak apa Ima.Ni pun dah cukup baik.Terima kasih Ima sebab terima Liya.Liya anak yang baik,percayalah."

"Saya tahu Vina.Sejak kecil dia tak pernah melawan cakap saya.Macam-macam yang saya buat dekat dia.Dia sikit pun tak marah atau berdendam.Saya yang terlalu pentingkan diri."kata Puan Nirma penuh sesal.Kalau suaminya masih ada,tentu dia gembira melihat.

"Bersyukur semuanya dah bersama.Kita lupakan yang lepas.Arwah Madi mesti tenang bila semua dah berbaik."kata Encik Bad seperti tahu apa yang Puan Niema fikirkan.

"Saya harap begitulah.Kalau saya ada buat salah dan silap pada Vina dan Bad,saya minta maaf.."

"Kami dah lama maafkan Ima.Ima tak payah fikir lagi."

Puan Nirma pandang pada Leon yang sedang duduk bersama Eiliya.Dari tadi dia nampak layanan Leon pada Eiliya sangat romantik.Betul cakap arwah suaminya,Leon adalah yang terbaik untuk Eiliya.

"Tengok tu.Sayang sungguh Leon dekat Liya.."tunjuk Puan Nirma pada Puan Vina dan Encik Bad.Ketika itu Leon sedang menyuap kek ke mulut Eiliya.

Puan Vina ikut tersenyum.Leon memang sayangkan Eiliya.Mereka nampak semua itu.Layanan Leon pada Eiliya tidak seperti dahulu.Kalau dahulu hanya lakonan tapi kini sudah menjadi realiti.Malah Leon boleh gila kalau Eiliya hilang.

"Amboi makan pun bersuap.Tak lama lagi lepas Eira bersalin,Liya pula lah.."sakat Elman.Mereka berdua tersenyum.

"Kak Ikin dulu kan.."sampuk Eira.Asyikin juga terlihat lebih sarat dari Eira.

"Bulan depan saja ni.."kata Asyikin.Sebab tu pergerakannya makin perlahan.Elman tersenyum bangga.Dalam kandungan Asyikin sudah disahkan doktor,bayi lelaki.Dia tersenyum bangga.

"Abang El ni paling tak sabar.."usik Eira.

"Mestilah.Geng abang El kot.."selorohnya sambil ketawa bahagia.

Leon lirik pada Eiliya sambil tersenyum penuh makna.Hanya Eiliya yang faham akan maksud senyuman itu.

"Leon dengan Liya bila senang baliklah ke sini.Pintu rumah ni sentiasa terbuka untuk semua."kata Puan Nirma.Sekarang baru dia berasa tenang dalam hidup.

Eiliya tersenyum gembira.Tak pernah dia bayangkan berada dalam situasi begini.Bersyukur mereka sekeluarga sudah bersatu.Dia berharap tiada lagi persengketaan yang berlaku.Kalau ada pun dia sendiri yang akan mengalah.

Mengalah tidak bereti kalah.Itu sudah jelas terbukti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience