"RINDUNYA I dekat you,B...."Hana mula tunjuk aksi lenggok manja nya.
"I pun rindu dekat you juga,Baby.."ucap Leon.
"Ingat B dah lupa dekat I lepas kahwin dengan dia."Hana buat muka merajuk.
"B tak lupa lah."pantas Leon memangkah serangan Hana.
"Ya lah.. mana tahu B dah tersuka dekat dia."
"Kan kita dah janji tak akan ungkit.Lagipun Eiliya dah janji akan tolong kita."pujuk Leon.Hana kalau merajuk susah nak pujuk.
"Memanglah janji...mana tahu B dah terjatuh hati pada dia pula."lencong Hana.
"Hisy!apa ke situ pula.Tak ada lah.B setia dengan sayang saja tau."Leon cuit hidung Hana.
"Sayang!?bukan B panggil I,Baby ker?kenapa sayang pulak!"Hana sedikit marah.
"Salah ker B panggil Baby..sayang.Sama saja kan."Leon tersasul sebenarnya.
Hana memandang Leon dengan hujung mata.Leon dengan wajah bersahaja.
"Tak jadi apa-apa kan antara B dengan dia?"soal Hana penuh curiga.Mana tahu dah tinggal sebilik.Halal pula tu.
"Tak kan B nak buat macam tu.B masih lagi teruna tau."
Leon menghela nafas.Teringat malam pertama dia sebilik dengan Eiliya.Tengok jari jemari merah Eiliya pun dia dah tak keruan,kalau benda lain tak tahu lah.
Leon raup muka.
"Kenapa dengan B ni?"soal Hana dengan curiga.
"Mana ada apa.Jom lah tadi kata nak makan."dalih Leon meredakan gelora di hati.
"Baby laparlah B...sejak B kahwin Baby tak lalu makan...hari-hari teringatkan B..."Hana dengan lagak manja nya.
"Ya ker.Alahh siannya...sekarang jom B temankan."
Hana muncungkan mulut.
"Baby tengok B sejak kahwin dengan Eiliya makin happy saja muka tu."Hana sambung balik.Tadi dah berhenti.Ni dah habis makan dia sambung balik.
Gaya masih tidak puas hati.
Sambil makan tadi dia perhati saja ke arah Leon yang kelihatan ceria dan asyik tersenyum.
"B happy lah dapat jumpa Baby..."jawab Leon.
Hana kerling sekilas pada Leon.Senyum di bibir Leon menaikkan api cemburunya.
"Entah-entah B teringatkan Eiliya."tembak Hana.Api cemburu Hana mula menguasai.
"Mana ada.Baby.. kenapa suka cakap yang bukan-bukan.B dengan Eiliya tak ada apa-apa perasaan pun."Leon bertegas.
"Baby cuma takut B jatuh hati pada dia.Ya lah tiga bulan tu lama juga.Macam-macam boleh terjadi."kata Hana berbaur sesuatu.
"Tiga bulan tak lama mana pun.B harap Baby sabar sekejap.B boleh bertahan tak kan Baby tak boleh?"Leon sedikit rimas dengan sikap Hana yang kuat cemburu dan merajuk.
"Memang lah boleh.Tapi Baby takut B yang tak tahan.Eiliya tu boleh tahan cantik juga."ulah Hana tanpa sengaja.
"B tak pandang pun.Baby saja yang cantik di mata B."puji Leon buatkan Hana tersenyum manja.
Seharian mereka menghabiskan masa bersama.Dari tengahari hingga ke malam.Leon tidak mahu kekasih hatinya merajuk lagi.Sebab itu diluangkan masa yang lama untuk Hana.
Kalau tak buat begitu mahu Hana merajuk seminggu.Bukan senang nak pujuk pula tu.Leon dah kenal Hana macam mana.Sebab tu kalau Hana merajuk,Leon akan minta pendapat Eiliya untuk memujuknya.
Kadang Eiliya dah jadi macam kaunter pertanyaan dan aduan.Ada saja yang tak kena dengan Hana.Sikit punya hal pun nak merajuk.
"Hai Hana..."sapa seorang lelaki yang berkumis nipis.Senyuman manis dilayangkan.
Ketika itu mereka baru keluar dari menonoton wayang.
Hana cuma angkat sedikit tangan membalas sapaan lelaki itu.Dia tak berani nak tegur lebih kerana Leon disebelahnya.
"Siapa tu?"soal Leon sebaik lelaki itu melintasi mereka.
"Kawan kepada kawan I."jawab Hana sedikit gagap.
"Kawan you.. yang mana satu Baby?"soal Leon pelik.Boleh kata kan semua kawan Hana dia kenal.
"B tak kenal lah.Kawan dekat ofis I."Hana menggumam perlahan.Macam mana boleh terserempak dekat sini.
"Ohh.."Itu saja yang keluar dari mulut Leon.
"Jom lah hantar I balik.I dah penat.Esok nak kerja."
"Okey lah.Jom B hantar."
**********************
"Lambat balik.Leon pergi mana?"soal mama sebaik Leon melintasi ruang tamu.
Mama dan papa sedang menonton rancangan di televisyen.
"Leon jumpa kawan.Ada hal sikit."sembunyi Leon.
"Bertuah punya budak.Kenapa tak di bawa Eiliya sekali.Kesian dia kena tinggal."
"Leon jumpa kawan lelaki.Tak kan nak bawa Eiliya."dalih Leon.Dah la tipu.
"Patut lah Liya bagitahu tadi.Dia pun baru saja naik ke bilik."beritahu papa pula.
"Oh ya ker.Leon naik dulu lah."
"Ni mama nak pesan sikit.Kalau boleh jangan lah tinggal Eiliya.Kesian mama tengok.Dah la kamu berdua masih pengantin baru."Puan Vina jeling tajam.
"Bukan selalu mama.Leon betul ada hal tadi.Tak apa lain kali Leon bawa Eiliya sekali."tutur Leon.
"Ya lah tu.Kalau mama jadi kamu baik duduk di rumah dengan isteri.Boleh berkepit 24 jam."sempat lagi mama mengusik.
"Dengar tu Leon.Kalau papa jadi kamu baik layan isteri dari kawan."tokok papa sambil senyum penuh makna.
"Baiklah mama papa.Leon naik dulu nak pergi layan isteri Leon pula.Bye."ucap Leon sambil berlari anak naik ke atas.
Tergeleng mama dan papa Leon.
Leon ketuk pintu perlahan sambil memberi salam.Dia takut mahu terjah nanti Eiliya marah.
"Waalaikumusalam."jawab Eiliya yang sedang menggosok baju untuk di pakai kerja esok.
Leon sengih.Eiliya hanya pandang dia sekilas.
"Nak minta tolong boleh tak?"Leon buat suara lembut.
Eiliya buat tak dengar.Ada lah tu yang tak kena.
"Tolong apa?"tanya Eiliya tanpa memandang Leon.Dia lebih menumpukan pada baju yang sedang digosoknya.Terbakar kang satu hal pulak.Dah la baju dia pun tak banyak mana.Selebihnya masih ada di rumah papa.
Leon menuju ke almari dan mengeluarkan baju dan seluar kerja.
"Tolong iron sekali..."Leon kelip kan mata beberapa kali.
Eiliya mencebik.Ingat comel ker buat mata macam tu.
"Letak lah atas katil tu.Kejap aku iron."jawab Eiliya sambil menyangkut tudung yang telah di seterika.
Baju Leon di capainya.Sedikit air di spray kan ke baju kemeja biru Leon bagi memudahkan kerjanya untuk menggosok.
Leon berdehem kecil.
"Nak apa lagi?"tanya Eiliya sekali lagi tanpa melihat ke arah Leon.
"Terima kasih sebab tolong cover aku tadi."ucap Leon.
"Hmmm.."itu saja jawapan dari Eiliya.
"Lepas ni,aku rasa kena bawa kau sekali."
Eiliya kalih pandang sekejap pada Leon.
"Kenapa pulak?"tanya dia.
"Takut mama dengan papa syak."
"Tak nak lah aku.Pandai-pandai lah kau cari alasan nak keluar dating.Tak kan 24 jam aku nak kena ikut kau pula."
"Mama dah pandang aku semacam tadi.Kau tak tahu mama tu kalau soal lebih dari polis pencen.Silap haribulan boleh kantoi aku."
"Kau cari lah alasan lain.Nak bercinta pandai sangat.Ini tak aku nak kena jadi PA tak berbayar kau.Siap pakej jadi bodyguard lagi."sindir Eiliya.
"Tolonglah Eiliya.Kau saja yang boleh tolong aku."
Naik lali dah telinga Eiliya mendengar.Setiap kali Leon minta pertolongan,hanya ayat itu saja yang Leon guna kan.
"Tengok lah macam mana nanti.Kalau free aku ikut.Kalau tak pandai-pandai lah kau.Semua nak harap aku saja."Eiliya mengeluh kecil.
"Thanks Eiliya.Sayang kau..."ucap Leon sambil kenyit mata sebelah pada Eiliya.
Eiliya buat muka malas.
"Nah baju kau.Dah siap iron."
"Alahh.. tolong lah gantung sekali.Aku baru balik ni.. penat..."Leon buat muka kesian.
"Ni yang aku malas.Ada saja alasan kau.Orang lain pun bercinta juga tapi tak ada lah kemaruk sangat macam kau ni."
Eiliya jeling kasar pada Leon.Baju Leon digantung semula ke dalam almari.
Selepas menutup suis seterika,Eiliya terus rebahkan badan ke atas katil.Malas dia mahu melayan karenah Leon.
"Liya..tak kan kau nak tidur dah.Awal lagi ni..Jom lah sembang dulu."sambil mengerling jam di dinding hampir pukul sepuluh malam.
"Diam lah kau!orang nak tidur pun kacau."rungut Eiliya dah terus pejamkan mata.Tak tahu kenapa dia seperti hilang mood untuk berbual dengan Leon.
Share this novel