SAMPAI saja dekat lobi,mereka di sambut oleh rakan sekerja Eiliya.Siap kena renjis dengan kelopak bunga ros lagi.Rata-rata mengucapkan tahniah.
"Cantik Liya sekarang makin berseri-seri.Selamat pengantin baru."ucap Suria.
Eiliya hanya hulur senyuman manis.Leon di sebelah asyik sengih memanjang.
"Encik Leon cepat-cepat timang anak tau."usik Borhan.
"Kau ni Borhan,kan Eiliya dan malu tu.."tegur Sherry.
Leon berpaling melihat muka Eiliya sedikit merah.
"Betul tu.Cepat-cepat timang anak.Kami dah tak sabar nak tengok junior Encik Leon dan Eiliya."kata Dania pula.Masih dalam mood mengusik kedua pasangan pengantin baharu.
"Insyallah..."jawab Leon tersenyum sengih.
"Terima kasih semua.."ucap Leon meminta diri setelah melihat Eiliya kurang selesa dengan usikan mereka.
Eiliya hanya tersenyum nipis pada mereka sebelum masuk ke dalam lif.
"Tunggu abang tau.Kita lunch sekali."pesan Leon sebaik lif berhenti di tingkat tempat Eiliya.Dia tak bagi Leon hantar ke dalam.Nanti makin banyak usikan dari rakan lain pula.
Eiliya hanya berlalu tanpa pamitan.Langsung tidak berpaling ke arah Leon.Menonong saja dia menuju ke tempat duduknya.Nasib hanya mereka berdua di dalam lif tadi.Tidak sudah tentu dia terpaksa berlakon.
Apa yang Leon buat satu pun tidak menarik minatnya.Dia memang sudah tekad tidak mahu menyimpan apa-apa perasaan pada Leon.Dia sudah serik.
Waktu berlalu dengan pantas hingga sudah masuk waktu tengahari,bergegas Leon datang dari pejabatnya mahu membawa Eiliya keluar makan bersama.Bibirnya tak henti dengan senyuman.
Tapi dia berasa hampa bila diberi tahu yang Eiliya telah keluar bersama Hazrul.Sikit pun Eiliya tidak meninggalkan pesan padanya.
Dengan rasa kecewa,Leon turun ke cafe.Dari jauh dia sudah nampak kelibat Eiliya yang duduk semeja dengan Leon.Hanya berdua.
Langkah di hayun laju menuju ke meja mereka.Ketika itu mereka baru mahu makan.
"Laa kat sini rupanya sayang.."terus Leon labuhkan punggung di sebelah Eiliya.Hazrul senyum segaris.
Eiliya agak kurang selesa bila tangan Leon diletakkan atas sandar kerusinya.
"Kami baru nak makan.Encik Leon jemputlah makan sekali."kata Hazrul walaupun kurang selesa dengan pandangan mata Leon.
"Sebenar tadi kami bincang pasal kerja.Terus keluar makan."terang Hazrul supaya Leon tidak tersalah anggap.
"Tak apa.Jom lah kita makan."Leon senyum segaris.Walahal dalam hati sudah terasa bila Eiliya langsung tidak memberi apa-apa reaksi.Mukanya masih bersahaja tanpa rasa bersalah.
Sikit pun Eiliya tidak rasa bersalah.Bagi dia lagi senang biar Leon kecewa dan putus asa.Itu lebih baik.Dari raut muka Leon dia tahu Leon marah pada dia.Sengaja dia buat tak tahu.
Sebaik sampai di rumah terus Eiliya masuk ke bilik.Malas dia mahu berbual dengan Leon.Rumah yang sederhana besar ini pun terasa sempit.
Nak lari mana pun dah tak boleh.Asyik-asyik muka dia saja.Stress Eiliya.
Sengaja Eiliya masuk tidur lebih awal.Sesudah solat Isyak terus dia membungkus diri dalam selimut.
Leon hanya memerhati tingkah laku Eiliya.Hati Eiliya memang keras.Sikit pun tiada pengucapan maaf dari bibir nipis milik dia.Leon tahu bukan mudah untuk Eiliya menerimanya kembali.
Akhirnya Leon terlelap bersama sedikit kehampaan.Dia perlu bersabar untuk menawan jiwa Eiliya yang telah dia lukai.Bukan semudah itu untuk menyembuhkan kembali.Leon tetap tidak akan berputus asa.Dia tahu Eiliya tengah cuba untuk menghindari dari dia.
Apa pun dia angkat tingkatkan usaha lagi.Hari ini dia tidak dapat tengahari untuk menjemput.Sudah tentu peluang Hazrul untuk mendekati Eiliya terbuka.
"Untung Liya dapat suami hensem baik pula tu."puji Siti.
Mana tak pujinya,Leon sudah memesan makanan buat Eiliya untuk makan di pantri.Hari ini Leon bermesyuarat di luar.Jadi dia tidak dapat makan tengahari bersama Eiliya.
"Baik ada makna."terkeluar dari mulut Eiliya tanpa sedar.
"Mestilah.Liya kan cantik.Mesti Encik Leon tak nak isteri dia keluar makan dengan orang lain."kata Siti seolah memerli Eiliya.
"Makan saja pun bukannya buat apa."gumam Eiliya.
"Cemburu tandanya sayang tau.."Siti mengekek ketawa.
"Tak ada maknanya lagipun Liya tak...."Eiliya terus terdiam.Nasib tak terlelas cakap.
Siti kerutkan kening.
"Encik Leon mesti sayang gila dekat Liya kan.Semalam muka dia nampak hampa sangat sebab Liya tak ada."
"Sayang tak apa jangan gila sudah..."
Mengekek Siti ketawa lagi.
"Liya ni kelakar lah.Patut bertambah-tambah Encik Leon sayang."
Eiliya hanya diam.Sayang yang sudah tidak bermakna.
"Sedapnya ayam bakar ni.Pandai Encik Leon beli."tangan Siti dari tadi tak henti mengoyak daging ayam lalu dicicah dengan sambal sos.
"Baca bismillah ker tak tu.Nampak lapar sangat.."
Siti tersengih.Lupa lah tu.Siti kalau bab makan memang tak tolak.Badan saja kurus keding tapi bab makan laju bebenor macam keretapi ekspers.
Leon baru selesai berjumpa klien.Dia segera mahu melangkah keluar dari hotel tempat dia bermesyuarat.Jam di tangan di kerling.Sudah pukul empat suku.Harap dia sampai cepat ke ofis Eiliya.
Sengaja dia tak mahu bagi Eiliya naik kereta sendiri.Dia mahu menjalankan tanggungjawab dia sebagai seorang suami.Walaupun tidak besar mana.Kalau boleh dia mahu Eiliya berhenti kerja dan duduk di rumah sahaja.Dia tak mahu kongsi Eiliya dengan sesiapa pun.Tamakkan Leon ni.Pendek kata Eiliya akan melayan dia sahaja.Pulang di waktu petang sudah ada yang menanti dengan senyuman yang menawan.Aduhh...Leon sudah berangan.
Bam!
Tanpa sengaja dia berlanggar dengan seseorang.Jatuh terduduk mereka berdua.
"Leon."panggil wanita itu.Baru Leon angkat kepala.
Leon pandang atas bawah dan terus bangun berdiri.Di biarkan wanita itu bangun sendiri.
"You buat apa kat sini Leon?"tanya Hana.
"Kerjalah tak kan joli pulak.."sindir Leon.
"Dah lama I tak jumpa you,Leon.You sihat ker?"
"Alhamdulillah makin baik."jawab Leon sambil pandang ke arah lain.
"Kalau you sudi.. jom lah kita minum dulu."ajak Hana.
"Dah lambat ni.I nak kena jemput isteri I.Nanti dia tertunggu pulak."jawab Leon.Kurang senang dengan pertemuan mereka.
"I tak sangka you kahwin balik dengan dia,Leon."
"Kenapa?Tak boleh ker!?"tanya Leon dalam nada sedikit marah.
"You dengan dia hanya kawan kan.Ker you sengaja kahwin dengan dia sebab nak lupakan i."Hana senyum sinis.Masih berharap Leon tak dapat lupakan dia.
"I sayangkan dia.Cintakan dia.Selama ni baru i sedar..cinta sebenar i adalah Eiliya.Dia adalah segalanya untuk i.."ucap Leon buatkan Hana terdiam sebentar.
Hana tersalah tafsiran.Dia ingat Leon masih tidak melupakan dia.
"I minta maaf Leon.I tak tahu nak cakap macam mana.I suka kan Fad dan I masih sayangkan you."
"Suka you cakap?Suka sampai berpeluk masa you masih lagi menjadi tunangan i.You yang cakap tak cintakan i.I pun sama tak ada sebarang perasaan pada you.Semua dah tamat!"
"I tahu..i yang salah.I tak tahu nak cakap macam mana.I dah cuba lupakan Fad.Tapi I tak boleh.IPada masa yang sama i masih sayangkan hubungan kita.Cuma I rasa terkilan sebab parents you masih tak dapat terima I."
"Jangan nak salahkan orang lain.Nasib i tahu lebih awal.Sekarang kita dah ada haluan sendiri.Dan kalau boleh jangan berjumpa lagi."
"Leon,you dah lupakan hungan kita ker?I tahu you masih sayangkan i lagi kan?Tak kan semudah itu you lupakan i."
"Jangan nak perasan boleh tak?I hanya cintakan isteri i,Eiliya Sofia!"
"Tapi dulu you tak suka dia pun.You hanya gunakan dia saja.I tak percaya you cintakan dia."
"Percaya atau tidak,tak ada kena mengena dengan kau!"Leon terus hanyun langkah.Sakit hati bertemu dengan orang yang tak sepatutnya.
"Leon,I belum habis cakap lagi."Hana berlari anak mengejar Leon.
"Nak apa lagi!?Antara kita dah lama selesai."kata Leon dengan kasar.
"I cuma nak kita berbaik macam dulu.I tahu itu mustahil tapi tolong sekurangnya kita boleh jadi kawab."rayu Hana.
"Dengar sini Hana.I tak boleh tengok muka you lagi.Bila tengok kau aku teringat dosa aku pada Eiliya dan penyebab anak kami gugur!"Leon ketap bibir.Terus dia pergi meninggalkan Hana yang terpaku di situ.
Hana hanya melihat Leon pergi hingga hilang dari pandangan.Memang mustahil untuk dia berbaik semula dengan Leon.Dia tahu Leon bukan semudah itu memaafkan dan melupakan.Tapi bila Leon menyayangi seseorang dia akan terus melindungi seperti nyawanya sendiri.Kerana dia pernah berada di hati Leon suatu ketika dulu.
Dan kini jelas sekali cerita cinta mereka sudah lama tamat.Bukan baru tamat tapi sudah lama tamat.Dia hanya mencuba nasib.Dia juga masih keliru.Bila bersama Fad dia masih ingatkan Leon.Tapi bila bersama Leon dia merindui Fad.Sekarang terima lah kenyataan yang Leon cintakan Eiliya.
Buat apa menangih lagi pada cinta yang tidak ada.Sebaliknya Fad masih setia dengan cinta mereka.
*************
"Sayang cubalah senyum sikit.Tak baik tau monyok depan rezeki."Leon menghidangkan nasi bersama lauk untuk mereka berdua.Sempat tadi dia singgah beli sebelum pulang.
"Kan saya dah cakap tak nak makan."Tadi leoas solat maghrib Leon mengajaknya makan.Eiliya dah tolak namun Leon dengan sikap memaksanya.Terpaksa Eiliya turun juga ke bawah.
"Tak baik sayang tolak rezeki.Dah la tadi siang abang tak dapat makan dengan sayang.Ni kira ganti balik.."
"Saya tak suruh pun."
"Sayang memang tak suruh tapi abang yang nak buat.Abang rindu nak makan dengan sayang."Leon kecilkan mata.
Terkebil Eiliya melihat hidangan atas meja.Ada tomyam campur,daging merah,sayur kailan.Nampak mcam sedap.
"Makanlah.Kenapa tengok saja.Nak abang suapkan?"laju saja tangan Leon mahu menyuap.
"Awak janganlah..saya boleh makan sendiri."Eiliya berdecit.Leon bukan boleh.Kalau Eiliya tersilap angguk,laju saja tangan dia akan sampai.
"Kalau macam tu makan.."
"Ya lah saya makan.Tak nak nasi banyak."Eiliya menyuruh Leon mengurangkan separuh nasinya.
"Sayang takut gemuk ker?"Leon kulum senyum.Saja nak sakat Eiliya.Seharian tak dengar suara rasa rindu membuak.
Eiliya jeling sekilas.Dah paksa orang makan.Kang tak mahu makan sendiri kena suap pulak.
"Sayang kalau gemuk pun abang sayang."Leon sengih.
"Tak ingin."
"Abang tak kisah.Asalkan sayang ada untuk abang."
"Awak boleh tolong tak?"Eiliya lembutkan suara.
Leon dah senyum sampai ke pipi.
"Tolong apa sayang?"
"Tolong diam!Orang nak makan!"Eiliya terus mencedok tomyam ke pinggan.Tidak peduli akan Leon yang masih tersenyum sengih.
"Sayang ni kelakar kan.Abang suka.."terhibur dia dengan sikap Eiliya.Macam mana boleh tak perasan selama ini.
Eiliya tidak peduli.Lagi layan lagi menjadi Leon ni.Baik dia diam.
"Lepas makan kita solat Isyak sama-sama ya.Sayang jangan tinggal abang pula.Macam semalam.Laju saja sayang solat tak tunggu abang.Abang nak imamkan sayang."itu pesan Leon.Baik punya pesanan penaja sebab tu dia ajak makan dulu.Nanti boleh solat bersama.
Sejak mereka kahwin,banyak perubahan pada diri Leon termasuklah solat.Kalau dulu dia tak pernah nampak Leon bersolat tapi sekarang solat menjadi keutamaan Leon.
Share this novel