BAB 56

Drama Completed 49800

Beberapa bulan kemudian....

"KAN abang dah pesan,kalau nak apa bagitahu.Sayang tak payah nak naik turun tangga macam ni."bebel Leon.

"Tak apa.Sayang boleh.Abang janganlah risau."

"Kalau terjatuh ker macam mana?Abang risau."

"Abang ni,sayang baru mengandung tiga bulan.Tak ada apa lah.Boleh lari-lari lagi."sengaja Eiliya nak tengok reaksi Leon.

"Hah!sebab tu abang tak bagi sayang turun naik tangga.Kalau jadi apa-apa macam mana."Leon dengan berwajah risau.

"Abang jangan risau.Sayang tahu jaga diri.Baiklah sayang ikut cakap abang tak sayang naik turun tangga kan.Lepas ni kita buat lif dalam rumah."saja Eiliya nak sakat Leon.

"Abang pun rasa macam tu.Baru selamat."serius Leon berkata.

"Err..abang.Serius lah nak buat lif dalam rumah kita ni?"Eiliya pula yang cuak.Nanti semua orang ingat dia mengada pula.Tak nak lah.

"Mestilah.Abang bimbang keselamatan sayang."

"Tak payah laa...Lagi enam bulan saja lagi.Lagipun rumah kita dah cukup cantik tak payah nak tambah apa dah."

Leon buat muka merajuk.Mencuka saja muka.

"Abang.."Eiliya sentuh tangan Leon dan mengusap lembut.

"Sayang tahu abang risau.Tapi abang kan ada.Tak perlu lah nak bazir duit buat lif semua.Sayang akan berhati-hati naik turun tangga.Lagipun abang sentiasa ada dengan sayang kan.."pujuk Eiliya.Sejak Eiliya mengandung ni,Leon suka merajuk.Sensitif sungguh bakal papa orang ni.

Leon terus tenung mata Eiliya.Tubuh Eiliya dirangkul kemas.Ciuman kudus dilepaskan pada kening Eiliya.

"Abang risaukan sayang.."

Pendek ucapan Leon tetapi sangat menyentuh hati.Dia bimbang akan keselamatan Eiliya.

"Sayang tahu abang bimbang.Tapi sayang janji akan berhati-hati."Eiliya angkat tangan tanda berjanji.

"Abang tak nak kehilangan sayang dan baby kita..."ucap Leon.

"Jangan risau.Insyallah semuanya akan selamat.Abang doakan baby kita sihat dan selamat.Yang lain kita berserah pada Allah.Jika tertulis baby ni milik kita,Insyallah dia akan jadi milik kita."

Leon mengusap perut Eiliya yang sedikit membuncit.Saat dapat tahu Eiliya mengandung,dia adalah orang yang paling teruja.Siap sujud syukur lagi.Dia akan sentiasa menemani Eiliya di sisi hingga saat melahirkan.Dia tidak mahu melepaskan peluang ini lagi.

"Sayang sungguh Leon dekat Liya.Susu pun dia siap bancuhkan."kata Puan Nirma.

"Sampai kembung perut Liya kena minum susu ni mama.Kalau Liya tak habiskan mama jangan bagitahu Leon tau."Eiliya cuba berkromponi bersama Puan Nirma.

"Dia lagi cerdik,dia suruh mama tengok Liya dah habis minum atau belum."Puan Nirma ketawa melihat wajah cemburut Eiliya.

"Mama tolonglah jangan cakap dekat dia.Setiap malam dia paksa Liya minum sebelum tidur.Rasa tak boleh nak telan dah susu ni."adu Eiliya memohon simpati Puan Nirma.

"Leon buat untuk kebaikan Liya dan baby.Kak Eira pun minum susu ni juga."

"Tak boleh ker ganti dengan teh atau nescafe?"

"Tak boleh sayang.."sampuk Leon yang baru balik dari kedai.Tadi dia keluar sebentar membeli barang.Puan Nirma tersenyum melihat pasangan bahagia ini.

Malam ini mereka bermalam di rumah Puan Nirma.Sudah banyak kali mereka bermalam di sini.Kadang mereka bergilir ke rumah Puan Vina pula.Eira pula masih dalam pantang di rumah ibu mentuanya.

"Cepatnya abang balik.Beli apa tu?"Tak sempat nak sorok susu yang masih berbaki separuh gelas.

"Beli yang sayang nak lah.Cepat habiskan susu.Kalau tidak tak boleh makan aiskrim coklat.Ni abang beli satu kotak susu lagi.."kata Leon sambil memegang sekotak susu Anmum berperisa coklat.

Terlopong mulut Eiliya,baru nak seronok dapat makan aiskrim.Ingat dah habiskan sekotak tak perlu minum lagi.Dia kan tak suka minum susu.Eiliya buat muka masam.Kena minum susu lagi.Bila lah kilang susu dekat Malaysia ni nak tutup.Stok susu tak pernah susut.Macam-macam jenama ada di luar sana.

"Liya memang macam ni masa kecil.Tak suka minum susu.Liya lebih suka minum milo ataupun teh."

Puan Nirma masih ingat.Kiranya masa kecil Puan Nirma tahu juga serba sedikit tentang Eiliya cuma dia tidak ikut sepenuhnya perkembangan Eiliya.

"Mama tahu?"tanya Eiliya.Dia cuma berasa pelik bila Puan Nirma tahu apa yang digemari dia sewaktu kecil.

Puan Nirma senyum.

"Mama tahu tentang Liya walau tak banyak.Tipulah kalau mama tak ingat langsung."tulus Puan Nirma.

Eiliya terus memeluk Puan Nirma.Sangkanya Puan Nirma tidak pernah ambil peduli langsung tentang dia.Ternyata Eiliya silap.

"Liya sayangkan mama."ucap Eiliya sebak.Sejak mengandung dia sangat sensitif.Cepat tersentuh dengan airmata.Jangan baby keluar nanti asyik menangis pula.Haru Eiliya nak pujuk.Tu tak masuk lagi dengan Leon yang suka merajuk.Mahu terkenen dengan baby lagi gawat Eiliya dibuatnya.

"Mama pun sayangkan Liya."balas Puan Nirma sambil mengusap rambut Eiliya.

"Habiskan susu dulu.Kesian papa dia penat beli tapi mama tak nak habiskan."kata Puan Nirma.Leon tersengih bila mama mentuanya menyokong dia.

Leon tunduk dan bercakap dekat perut Eiliya.

"Betul tu.Penat papa pergi kedai.Ini papa belikan yang baru,susu perisa coklat pulak.Baby dah tak sabar nak minum susu tapi mama tak nak minum.Nanti baby keluar mengadu dekat nenek ya.."mereka sama-sama ketawa.

Terpaksa Eiliya habiskan juga susu.Demi baby,Eiliya sanggup telan.Leon dah macam doktor peribadi pula.Bab minum susu habis keluar segala mak nenek kebaikan minum susu.Baik untuk tulang lah,baik untuk jantung lah.Tapi Eiliya suka dimanja oleh Leon.
Bukan dia tak boleh nak telan tapi dia cepat muak dengan susu.

Tapi memang betul Eiliya ada terbaca dalam Google tentang kebaikan susu untuk ibu hamil.Susu dapat menambah asid folik yang membantu pertumbuhan dan perkembangan janin serta memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah.Keperluan asid folik untuk ibu hamil adalah lebih tinggi.Ia juga membantu membina sel tisu badan.

Betul cakap Leon susu juga membantu perkembangan dan pertumbuhan tulang dan gigi yang kuat kerana ia adalah sumber kalsium yang penting.

Ketika hamil,para ibu hendaklah mendapat keperluan khasiat yang secukupnya untuk tubuh dan janin dalan kandungan.Dalam susu mengandungi DHA dan probiotik.Pengambulan DHA semasa hamil dapat membantu menyokong perkembangan otak,mata dan sistem saraf janin.Probiotik pula adalah bakteria baik d dalam susu yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan agar menyokong penyerapan nutrien yang efektif.

Patutlah Leon selalu paksa Eiliya minum setiap hari dua gelas.Sebelah pagi dan sebelah malam sebelum tidur.Bagus rupanya khasiat susu.Tak apa lah demi baby,mama sanggup minum.

**************

"Leon duduklah dulu..dari tadi asyik mundar-mandir depan mama.Rimaslah.."rungut Puan Vina.Bukan dia tak risau akan Eiliya dia juga turut bimbang.Cuma dia pening tengok Leon sekejap berjalan ke sana ke mari.

Sudah lebih 40 minit Eiliya ditolak masuk ke dalam bilik pembedahan.Mana Leon tak cemas.Bukaan rahim Eiliya tidak cukup 10cm.Kesian Leon tengok Eiliya menahan kontraksi yang telalu lama jadi dia bersetuju untuk Eiliya di bawa ke bilik bedah.Doktor juga khuatir bayi akan lemas kerana tidak mendapat oksigen yang secukupnya.

"Leon duduk dulu.Insyallah semuanya akan selamat."Encik Bad faham akan perasaan Leon ketika ini.Dulu dia juga pernah berada di tempat yang sama seperti Leon.Cemas memikirkan isteri dan anak di dalam.

"Kita doakan yang baik-baik.Semoga Eiliya dan baby selamat."kata Puan Nirma yang turut menemai mereka di hospital.

"Makanlah roti ni sikit.Dari tadi Leon tak makan apa lagi."sunggut Puan Vina.Leon geleng.

Leon duduk juga di sebelah Encik Bad.Tak ada selera dia nak makan mengenangkan isteri di dalam sedang bertarung nyawa membawa anak mereka melihat dunia.Hanya sedikit air mineral yang diteguknya bagi menghilangkan kering di kerongkong.

"Banyakkan berdoa.Selawat..Insyallah Liya okey tu.."pujuk Encik Bad lagi sambil menepuk lembut bahu Leon.

Tadi semasa dalam bilik bersalin memang Leon menemani Eiliya.Tapi disebabkan kontraksi yang terlalu kuat,doktor memutuskan untuk membuat pembedahan.Pihak hospital tidak membenarkan suami atau ahli keluarga menemani ibu bersalin semasa proses pembedahan dijalankan.

Terbuka saja pintu bilik pembedahan,terus Leon bangun mendapatkan doktor.Tersenyum doktor wanita itu melihat Leon seperti tidak sabar mahu tahu.

"Isteri saya macam mana doktor?"itu ayat pertama Leon.Wajah pertama yang dia nak lihat adalah Eiliya.Bukan dia tak sayang pada anak mereka yang baru lahir tapi Eiliya paling utama dan penting dalam hidup.

"Alhamdulilah keduanya selamat.Sekejap lagi nurse akan bawa Puan Eiliya ke bilik.Tahniah Encik Leon dapat anak lelaki."ucap doktor itu sebelum meminta diri.

"Terima kasih doktor."ucap Leon dengan gembira.

"Alhamdulillah..."lega semua yang mendengar.Leon lagi lah.Dia tak sabar mahu melihat Eiliya.

Pintu bilik bedah terbuka lagi.Kali ini Eiliya disorong di atas katil.Masih mampu tersenyum walaupun diri masih lemah.

"Terima kasih nurse."ucap Leon dan terus mendapatkan Eiliya.

"Sekejap lagi nurse akan bawa baby ke sini,encik boleh azankan.Lepas tu nurse akan bawa masuk wad baby.Baby tak boleh lama dekat luar sebab sistem imun baby masih lagi lemah.Dia akan mudah dapat jangkitan kuman.Kalau ibu nak menyusu atau baby lapar nurse yang akan bawa dia ke sini."terang nurse yang bernama Hanis di tag bajunya.

"Baik nurse,saya faham."kata Leon.

Perlahan Eiliya membuka mata.Walaupu dia berasa sedikit lemah tetapi masih ada tenaga yang tersisa.

"Sayang..sayang okey ker?"Sayang nak air?"tanya Leon.

"Lapar juga.Nak milo."

Leon segera mencapai cawan berisi milo panas yang dibancuh Puan Nirma.Eiliya diberi straw untuk memudahkan Eiliya menyedut milo.Bila baby dah keluar perasaan lega bertukar lapar.Dia meminta beberapa keping biskut.Leon pula sudah bersedia menyuap ke mulut Eiliya.

Tak lama selepas itu,bayi mereka ditolak masuk ke dalam.

"Tak sabar tok ma nak tengok cucu."Puan Vina angkat perlahan bayi yang berbungkus biru itu.Patutlah semangat,besar rupanya.3.8kg,kuss semangat.

"Alooo comelnya dia.."kata Puan Nirma sambil tunduk mencium dahi baby Eiliya.

"Tok pa pun tak sabar nak dukung.Tapi bagi papa dia azan dulu."

"Lupa pula kita.."kata Puan Vina sambil ketawa kecil bersama Puan Nirma.Mereka berdua teruja hingga terlupa pada Leon.

"Excited sungguh dua orang tok nenek ni.."sakat Encik Bad buatkan mereka ketawa kecil.Mujur Leon mengambil bilik yang besar dapatlah ahli keluarga masuk sekali melawat.

Kekok sekali Leon mengendong bayi mereka.Eiliya cuma tahan ketawa.Nak gelak takut perutnya yang ditoreh tadi berdarah kembali.Sudahlah sebelum bedah tadi dia di suntik dengan epidural pada tulang belakangnya.Bila ingat balik rasa ngeri pulak.Tak sangka dia berjaya juga mengharungi.

"Sayang..abang tak pandai lah..dia rasa lembik macam jeli.."kata Leon sedikit gelabah.

Terkekek ketawa Puan Vina dan Puan Nirma.Encik Bad juga ikut ketawa.

"Pegang elok-elok Leon."pesan Encik Bad.Bimbang juga terlepas dari tangan Leon.

Sebelah tangan Leon memangku belakang baby,sebelah lagi Leon pegang belakang lehernya.Kepala baby di halakan ke arah kiblat.Lembut saja Leon memegang.Dia juga berhati-hati agar tidak terlepas dari pangkuan.Leon mula mengazankan sehingga selesai.Eiliya menyeka airmata yang menitis.Tersentuh hati melihat naluri kebapaan Leon terserlah.

Sebelum menyerah kepada Eiliya,Leon sempat mencium kedua belah pipi anak mereka.Semangat betul anak mereka tak sangka akhirnya keluar juga seketul tanda cinta dan kasih sayang mereka berdua.

"Dah ada nama baby ker?"tanya Puan Vina.Dari tadi dia geram tengok cucu mereka.Tidur sampai tak nak buka mata.Dah la tembam.Tunggu balik rumah ni tok ma gomol kamu.

"Arjuna Mateen bin Leon Maalik.Sedap tak?"tanya Leon pada mereka.

"Ikut kamu lah Leon.Asalkan makna yang baik saja."kata Encik Bad.

Leon dan Eiliya tersenyum.Putih teguh makna nama bayi mereka.Siapa lagi yang pilih kalau bukan Leon.Sanggup dia beli buku nama-nama bayi.Setiap malam asyik ulang baca buku yang sama.

"Kami minta diri dulu lah.Bagi Liya rehat.Esok mama papa dan mama datang lagi.."kata Puan Vina.Mereka terus bersalaman dan meminta diri.

Bayi mereka juga telah di bawa pergi oleh nurse ke dalam wad.Eiliya mulanya kekok juga untuk menyusu.Menjadi kebiasan pada kali pertama menjadi ibu.Lama kelamaan biasa lah tu.

"Terima kasih sayang.Abang hargai sangat pengorbanan sayang lahirkan anak kita."Leon kucup dahi Eiliya.Rasa terharu melihat Eiliya menangung kesakitan.

Bukan itu saja,luka pembedahan mengambil masa selam enam minggu atau lebih untuk sembuh sepenuhnya.Itu adalah antara risiko yang doktor terangkan pada Leon.

"Sayang baringlah.Jangan duduk lama."risau Leon akan keadaan isterinya.

"Kalau sayang nak apa bagitahu abang.Kalau sakit pun cakap."

"Abang jangan risau,sayang okey."tersenyum Eiliya melihat keprihatinan Leon pada dia.Tak payah cakap pun Eiliya tahu Leon sayangkan dia.

"Abang sayangkan Liya.Sayang sangat.."ucap Leon sambil mengucup tangan Eiliya.

Ayat ni memang tak luntur dari bibir Leon.Setiap hari dia akan ucap yang sama.Eiliya suka mendengarnya.Tak henti ucapan sayang buatkan dirinya terbuai dengan cinta Leon.

Tak semua orang diberi peluang kedua.Hargailah bila ada.Peluang tak akan datang berulang kali.Jadi jangan sia-sia kan.Sayang kamu bukan sekadar ucapan.Ianya lahir dari hati yang tulus menyayangi dan mencintai.


*TAMAT*

Terma kasih buat semua readers yg membaca Sayang Kamu sehingga habis...SL mohon maaf atas kelewatan mengupdated setiap hari.. jutaan terima kasih yang tak terhingga pada yang sudi komen dan rewards :) tq tau korang semua memang terbaik buatkan SL lagi bersemangat utk menaip :) love u olls...muahhh

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience