RIMAS Eiliya dibuatnya,ke mana saja dia pergi pasti Leon ada.Jangan cakap ini kebetulan.Sebab dia dan Hazrul makan di sini selepas keluar dari klinik berdekatan.
Tiba-tiba saja Leon terpacak tepi meja mereka dengan cermin mata gelap.Muka pun tak senyum.
"Boleh saya join sekali?"tanya Leon.
"Sila kan Encik Leon."kata Hazrul.Mereka berdua masih terkejut dengan kehadiran Leon di situ.
Leon duduk bersebelahan Hazrul.Cermin mata ditanggalkan.Mata tidak lepas memandang Eiliya.Seolah Eiliya sedang buat kesalahan besar.
"Tak mengganggu ker?"tanya Leon lagi.
"Ehh..tak lah."jawab Hazrul.
"Selalu ker makan dekat sini?"
"Ohh tadi pergi klinik.Kebetulan kedai makan dekat sini.Jadi singgah teruslah."
"Klinik?Siapa yang sakit?"
"Eiliya ni.Mata dia masuk habuk.Bengkak.Risau juga jangkitan kuman ker apa.Tu bawak datang klinik.Mujur tak ada apa."terang Hazrul.
Eiliya masih mendiamkan diri.Dapat dirasakan renungan mata Leon menikam mata dia.
"Macam mana boleh jadi macam tu?Tengok sikit."kata Leon.Hilang rasa marah bila tahu Eiliya sakit.Matian dia ingat mereka berdating.
Tadi dia memang singgah di pejabat mereka.Ingat mahu mengajak Eiliya makan.Bila Suria bagitahu Eiliya ke klinik dengan Hazrul terus dia datang ke mari.Lupa pula dia nak tanya siapa yang sakit.
Eiliya hanya angkat sedikit wajahnya.Pasal Leon dia jadi macam ni.
Eiliya kembali tunduk dan meneruskan suapan tanpa mempedulikan mata Leon yang sibuk memandangnya lagi.Hazrul masih berbual dengan Leon.Entah apa yang mereka bualkan.
Tiba-tiba Eiliya tersedak.Cepat saja Leon hulurkan air mendahului Hazrul.Hazrul jeda dengan sikap Leon yang kelihatan lebih prihatin dari dia.
Eiliya terpaksa sambut juga air dari Leon.Mata dia pun dah berair.Boleh pula tersedak jam ni.Nasib tak sembur nasi ke muka Leon.
"Okey dah?"tanya Leon lagi.Ikut hati mahu saja dia menggosok belakang Eiliya.Namun perasan itu ditahan.Tisu dihulurkan pada Eiliya.
Eiliya hanya mengangguk.Mata sudah berair.
"Lepas ni saya nak hantar Eiliya balik rumah.Biar dia berehat."kata Hazrul.
Leon telan liur.Kelat.Kalau boleh dia yang nak hantar Eiliya.
"Ya lah biar dia berehat dulu."
"Encik Leon tak nak makan sekali ker?"
"Saya kenyang dah.Minum saja lah.."jawab Leon.Mata masih melirik pada Eiliya yang sedang menggelap air mata.
"Excuse me.Saya pergi toilet sekejap."
Eiliya bangun nak berjalan masuk ke belakang restoran.
Berderau darah Eiliya sewaktu melintasi meja belakang dua pasangan yang sedang berpelukan dengan mesra.Terdengar rengekan manja dan gelak tawa antara keduanya.Kelihatan mereka terlebih mesra seperti pasangan bercinta.
Eiliya berpura tidak nampak.Dia kenal sangat dengan pemilik suara itu.Sekilas dia pandang.Memang sah itu adalah Hana.
Meja mereka agak tersorok dari meja yang lain.
Makan pun siap bersuap lagi.Tak kan kawan Hana?
Pelik.
Eiliya kembali semula ke meja setelah balik dari tandas.Dia pandang muka Leon yang beriak tenang.
.Takkan Leon tak tahu pasal Hana.
"Kejap saya nak pergi tandas."kata Leon meminta diri.
"Err...tandas tengah cuci."kata Eiliya cuba menghalang.
"Saya nak cuci tangan saja."
"Err...jangan pergi sana!"kata Eiliya cuba menghalang.Hazrul juga ikut tercengang.Eiliya kelihatan resah.
Leon berasa pelik.Dia terus bangun dan melihat ke arah laluan ke tandas.Tiada apa yang pelik.Eiliya masih kelihatan bimbang.Bila difikirkan balik buat apa dia risau.Itu hal mereka dan tiada kena mengeaa dengan dia.
"Err..tak ada apa lah.Jom kita balik."segera Eiliya mengajak Hazrul pergi dari situ.Hazrul masih berpandangan pelik dengan kelakuan Eiliya.Tergesa Eiliya mahu meninggalkan tempat itu.
Eiliya ketap gigi.Menyalahlan diri sendiri.Tak sepatutnya dia ikut campur hal Leon.Entah kenapa itu adalah tindak balas spontan dari dia.Terpacul keluar dari mulut.Rasa nak saja tampar mulut sendiri.
*************
"Apa hal you datang sini malam-malam macam ni?"soal Leon.Hana muncul depan pintu rumah secara mengejut.Bagi salam apa pun tidak.Dengan wajah garang.
"Mana mama you?"tanya Hana dengan muka sombong.
"Tertiba datang cari mama i.You nak apa sebenarnya?"
"Adalah i nak cakap sikit dengan mama you.Panggil dia kejap!"
"Cakap saja lah dekat i.Kalau pasal cerita siang tadi baik tak payah.Buang liur saja.Cerita dah basi."Perli Leon.
Hana jeling geram.Terus dia meluru masuk ke dalam tanpa dipelawa.Dia datang sini untuk sakitkan hati Leon sekeluarga.Dia nak tengok satu keluarga merayu melutut di kaki dia.
"Kenapa kecoh-kecoh ni?"Puan Vina baru turun dari tingkat atas.Encik Bad juga ikut serta.Mereka terdengar suara orang bertekak jadi turun untuk melihat.
"Entah Hana ni datang tiba-tiba cari mama."Leon angkat kening sambil cekak pinggang.Berpura tidak faham.
"You saja kan..lepas ni i nak tengok you merana sebab i tinggalkan you.."sinis Hana.Pasti seleoas ini Puan Vina akan melutut untuk anak kesayangan dia.Belagak sangat dengan aku.
"Cakap lah apa yang you nak cakap.."Leon jongket kening.Sambil mata mencerlung memandang Hana.Puan Vina dan Encik Bad masih bingung.Tidak tahu punca sebenar.
Hana terus cabut cincin dijari dan dibaling ke arah Leon.Tidak kena.Jatuh bergolek ke lantai.Entah terpelanting ke mana.
"I tak ingin kahwin dengan you!"katanya dengan angkuh.Satu persatu muka ahli keluarga Leon dipandang dengan jelek.
"You nak sangat ikut cakap mama you kan.Sekarang duduk lah bawah ketiak mama you.I pun tak ingin lah nak jadi menantu keluarga ni!"hambur Hana.
"Apa ni Leon.Mama tak faham.."berlapis kedutan dahi Puan Vina.Tak pasal kena buat rawatan muka pulak.
"Ohh!auntie buat-buat tak faham pulak.."Hana berdecit sambil senyum sinis.
"Ambik balik anak kesayangan auntie ni.Sebab auntie lah i tak nak kahwin dengan dia.Auntie pandang i sebelah mata sangat kan..sekarang i nak auntie tengok betul-betul anak kesayangan auntie ni.Akan dah tak ingin kahwin dengan dia.Baru padan dengan muka auntie.Biar dia merana bila i tinggalkan dia.."Hana ketawa di hujung kata-katanya.
"Hana merepek apa ni?"Puan Vina masih bingung.
"Biarkan dia cakap mama.Dah habis ker?"Leon angkat tangan.
"Baru puas hati i.You ingat i nak sangat dekat you.You tak layak untuk i!"
"Okey dah habis kan.Dengar sini,you ingat i akan merayu dekat you untuk kembali pada i..Oh silap..you nak mama i merayu pada you untuk kahwin dengan i.You silap Hana!I pun dah tak ada perasaan apa pada you."
"Tahu sejak bila?!You bertunang dengan i tapi you ada hubungan dengan lelaki lain.Benda ni simple saja..i dah tahu lama.Cuma i nak tengok sejauh mana permainan you."
Hana menelan liur.Leon sudah tahu lama tentang Fad.Dia tersilap percaturan.
"Kenapa you terkejut?you nak mainkan i sebab mama i tak terima you.Memang betul apa yang mama i buat .I saja yang buta dulu.Jangan ingat cinta i pada you masih ada.Dah lama hilang."
Hana menjeling Leon.Hati siapa yang sakit sekarang ni?
"Leon apa pun masalah bincang dengan elok."celah Encik Bad.
"Papa rasa patut lagi ker kita nak bincang.Dia dah pilih apa yang dia nak.Jadi nak tunggu apa lagi.Ingat i kisah kita putus tunang..huh..i lagi suka.Tak payah sibuk peningkan kepala dengan sikap you yang tak pernah berubah!"tegang muka Leon.Jelas urat biru di leher.
"Kalau you nak tahu,cinta i hanya pada Liya.Sekarang baru i sedar betapa i sayangkan dia.I bodoh sebab dulu kejar cinta you.I dah lukakan hati Liya sebab you.Tapi apa yang i dapat?Jiwa i kosong sejak dia pergi.I bersalah pada dia.."Leon tunduk kesal.
Hana masih kaku berdiri.Termalu sendiri.Ingat Leon akan sedih tapi sebaliknya.Nama Eiliya juga yang disebut.
"Baguslah you minta putus.I pun tak nak kahwin dengan you.Nak tahu sebab apa.Sebab dalam hati i ada Liya."ucap Leon.Jelas dia sayangkan Eiliya.
"I pun tak hairan lah kalau you nak kan dia.Tu pun kalau you boleh dapat dia."sindir Hana.Biar Leon rasa sakit hati pula.
"So you tunggu apa lagi..ingat i nak menangis merayu dekat you.Jangan mimpi!"Leon tunjuk ke arah pintu yang terbuka luas.Mengusir Hana dari situ.
"Hana,uncle rasa baik Hana balik dulu.Pasal hal ni uncle akan jumpa keluarga Hana.Kita selesaikan secara baik."kata Encik Bad.
Hana terus pergi dengan hati membengkak.Niat nak malukan Leon sekeluarga tapi dia yang termalu.
"Leon,mama minta maaf.Semua ni salah mama kan.."Puan Vina mula menangis.Sedih kerana telah membuat Leon kecewa.
"Bukan salah mama.Salah Leon.Leon buta tak mengenal cinta sebenar.Sekarang baru Leon sedar.Cinta Leon untuk Liya.Leon yang tak pandai hargai kasih Liya.Leon lagi menyesal kerana biarkan Liya pergi.."redup wajah Leon mengenangkan Eiliya.
"Sabarlah Leon.Mama yakin Leon masih ada harapan."tercetus senyuman di bibir Puan Vina.Selama ini dia berharap dan berdoa yang baik-baik saja untuk Leon.
Encik Bad hanya menepuk bahu Leon.Memberi semangat.
"Leon tak..."serba salah Puan Vina mahu cakap pasal Hana.
"Tak mama.Leon tak sedih pun.Kalau dari dulu Leon sedar semua ini tak akan jadi kan.."Leon faham apa yang Puan Vina maksudkan.
************
"Macam mana dengan mata Eiliya?"tanya Hazrul.Bimbang dia akan keadaan Eiliya.
"Dah okay sikit.Harap esok bengkak makin kurang."
"Dah makan ker?Kalau belum saya nak hantar makanan dekat Liya."
"Saya dah makan.Terima kasih Hazrul.Susahkan awak saja malam-malam macam ni."
"Kasih diterima.Mana ada susah.Bukan saya masak pun.Saya upah kakak kedai tolong masakkan."Hazrul ketawa kecil disebelah sana.
Eiliya tahu Hazrul bergurau.Dia ikut terhibur.
"Ubat yang doktor bagi tadi jangan lupa makan.Nanti lambat nak baik."pesan Hazrul.
"Ya saya tahu.Awak ni kan pesan macam saya ni budak kecil."Eiliya ketawa kecil.Dari klinik tadi Hazrul sudah menginggatkan dia.
"Mana tahu awak lupa ker.Nanti lambat baik.Lambat awak masuk ofis.Sunyi tau ofis bila awak tak ada.Siapa nak temankan saya makan."
"Macam-macam lah awak ni Hazrul.Siti kan ada.Ramai lagi lah.."
"Tak sama.Awak jangan lama sangat cuti nanti saya rindu.."suara Hazrul kedengaran sesuatu.Lembut dan mendayu.
Eiliya gigit bibir.Rasa lain macam bila Hazrul cakap begitu.
"Apa lah awak ni.Macam lah saya nak cuti lama.Esok lusa baik lah ni."
"Dua hari tu lama jugak..kalau awak perlukan apa-apa bagitau saya."
"Baiklah awak.Sekarang pergi tidur,esok awak nak kerja kan.Saya tak apa cuti lagi."
"Liya.."lembut Hazrul memanggil.
"Kenapa?"
"Err..tak ada apa lah.Okay..selamat malam."ucap Hazrul.
"Selamat malam.Thank you tau belanja makan tadi."
"Tak ada apa lah.Untuk Liya apa pun boleh."
Eiliya rasa seram sejuk pulak.Suara Hazrul juga tidak seperti selalu.Hazrul tak sihat ker.Tapi tadi elok saja.
Setelah menamatkan perbualan dengan Hazrul.Eiliya menarik selimut.Sebelum tidur dititiskan ubat mata terlebih dahulu.Makin kurang sikit dah bengkak mata dia.Harap cepat sembuh.Banyak kerjanya di ofis masih menanti.Kesian Siti kena tolong siapkan kerja yang sekerat jalan tadi.Nanti kena bagi 'upah' dekat Siti.
Share this novel