BAB 1

Drama Completed 49800

"LIYA... kau kena tolong aku jugak.Aku dah tak tahu nak minta tolong dekat siapa dah."Leon Maalik beralih tempat dan duduk bersebelahan dengan Eiliya Sofia.

Eiliya Sofia mencebikkan mulut.Kalut lah lelaki sorang ni.Asal ada masalah saja cari aku.

"Tolonglah Liya....Kali ni saja."rayu Leon Maalik dengan riak kerisauan.Dia sudah buntu.

"Relaks lah....Kau ni asal ada masalah saja cari aku.Kali ni dengan sapa pulak?"

Eiliya Sofia mengangkat kedua belah keningnya sambil mencebik.

Selalu kalau Leon Maalik ada masalah dengan perempuan,dia lah yang akan menjadi orang tengah.Posmen karat pun dia juga.Memujuk 'buah hati' Leon Maalik yang sedang merajuk pun dia jugak.

Macam mana?Dia yang kena belikan bunga coklat atau apa saja barangan wanita.Pendek kata kalau berkenaan masalah perempuan,Leon akan merujuk pada dia.

"Bukan macam tu.Kali ni lain pula.Aku dah buntu ni,"Leon Maalik menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Kepala dia rasa macam nak pecah dah.Permintaan mama dan papa sangat keterlaluan.Dia dah tak ada jalan keluar lagi dah.

"Liya aku merayu ni.Tolonglah aku.."rayu dia lagi.

"Ya,aku tahu.Nak tolong macam mana?"tanya Eiliya Sofia.Dia tertanya juga apa masalah yang Leon alami sampai tak menyempat nak jumpa dengan dia.

Bergegas dia bangun seawal pagi datang ke taman rekreasi.Ingatkan Leon mahu mengajak berjogging.Setiap hari cuti ini saja aktiviti Eiliya Sofia bukannya Leon.Boleh dikira dengan jari berapa kali saja Leon ke sini.

Leon meraup muka.Nak cakap macam mana pun dia tak tahu.

"Kau ni,apa masalah sebenarnya.Dari tadi muka tu asyik berkerut seribu.Cepat tua baru kau tahu.Cer cerita apa masalah kau baru lah aku boleh tolong."

"Masalah kali ni terlalu rumit.Aku dah tak tahu nak fikir macam mana."

"Cerita lah.Kau ni lambat lah..Bagi aku jogging seround dua baru kau cakap lah..."Eiliya sudah naik bosan.Menunggu Leon bercakap sama macam menunggu buah tak gugur.Rasanya sudah setengah jam mereka di situ.Kalau jogging dah boleh bakar berkilo kalori dalam badan.

Eiliya Sofia sudah bersedia untuk bangun.

"Jangan lah pergi.Okey aku cerita sekarang.."

Eiliya Sofia kembali duduk di sebelah Leon Maalik.Haru lah dengan 'lion' sorang ni.

Sejak dia mengenali 'berkawan' dengan pemuda ini tiga tahun lalu,hidupnya tidak pernah aman.Bermula dari rakan sekolej dan sekelas sampai lah mereka bekerja di bawah satu bumbung.

Bukan itu saja hubungan kekeluargaan mereka juga amat rapat.Malah kedua belah pihak saling mengenali sejak mereka belum lahir lagi.

Bermula dengan itu lah,Eiliya Sofia sering dijadikan tempat untuk Leon meminta bantuan atau rujukan.

"Macam ni..papa dengan mama aku...suruh aku kahwin."

Leon meraup muka.Gelisah.

"So apa masalahnya?kahwin saja lah..."kata Eiliya dengan selamba.Kahwin saja pun nak kecoh.

Eiliya tak nampak sebarang masalah pun.Bukan Leon tak ada girlfriend.Dah suruh kahwin,kahwin saja lah.

"Masalahnya mama dengan papa tak suka Hana."Leon berdecit kecewa.

Mama dan papa Leon memang dari awal tidak berkenan dengan girlfriend Leon.Terutamanya mama Leon.Memang bantah sekerasnya.

"Yang tu pun kau nak ribut.Senang saja kau buatlah bagi mama dengan papa kau sukakan dia.Tak kan itu pun aku nak ajar."

Eiliya meneguk air putih dari botol yang dibawanya.Boleh kering kerongkong bercakap dengan Leon ni.

"Kau tahu saja lah.Mama dengan papa tak berkenan dengan Hana.Aku dah cuba macam-macam cara tapi tak jalan juga."

"Kau ni memang kan.Kalau ada masalah mula lah nak gelabah.Cuba kau suruh Hana sendiri yang pikat hati mama dengan papa kau."saran Eiliya.

"Hana dah cuba tapi mama dengan papa masih tak nak terima dia.Aku pun tak tahu sebab apa."

Leon berwajah muram.

"Dan satu lagi..diaorang dah rancang majlis untuk aku.Mereka sendiri sudah pilih isteri untuk aku."

Eiliya ketawa kecil.Zaman moden macam ni pun masih ada ibubapa yang memilih sendiri pasangan untuk anak mereka.

Leon memandang Eiliya dengan tajam.

Orang tengah serius boleh pula dia ketawa.

"Stop it Eiliya!Aku serius ni."Leon sedikit marah.

"Okey..okey..aku minta maaf.Tapi kelakarlah.Siapalah perempuan yang malang tu.."Eiliya masih geli hati tetapi disembunyikan tawa nya takut Leon terasa.

"Gelak lah lagi.Lepas aku bagitahu ni,kau kena gelak lagi kuat tau!"Leon menarik nafas panjang sebelum menyambung.

"Diaorang nak masuk meminang kau!"

Leon tatap wajah Eiliya sedalamnya.

Automatik mata dan mulut Eiliya terbuka luas.Sisa tawa tadi turut hilang.

"Kenapa aku pulak!?"tanya Eiliya sedikit kasar.

Dengan Leon memang taklah dia nak cakap lemah gemalai macam perempuan lain.Aku kau lebih baik.

"Sebab dia orang dah lama kenal kau dari Hana.Jadi dia orang hanya nak kan kau jadi menatu.Kau faham!?"

Eiliya terdiam.Tak pasal dia terbabit sama.

"Apa pula nama aku ada dalam cerita kau.Kau pun satu,cakap lah terus terang pada mama dengan papa kau.Kita bukannya pasangan kekasih!"kata Eiliya.

"Aku dah cakap.Tapi dia orang tak terima sebarang alasan."

Leon termenung seketika.Begitu juga Eiliya.

Memang lah auntie Vina dan uncle Bad suka Eiliya berkawan dengan Leon.Tak kan sebab tu Eiliya nak kena kahwin dengan Leon.Eiliya menggeleng laju.Huh! tak mahu dia.

Memang Eiliya pernah berkunjung ke rumah keluarga Leon.Itu pun bersama papa dan mama.Sebab terpaksa ikut kalau tak jangan harap dia nak pergi.

Eiliya kenal sangat dengan Leon yang jenis macam mana.Dia sangat setia pada Hana.Tak kan Leon dengan senang hati nak terima orang lain.
Macam tu juga dengan Eiliya,dia tak pernah ada perasaan pada Leon.
Simpang mailakat 44 kalau dia tersuka Leon!

"Nanti aku terangkan pada parent kau.Mungkin diaorang dah salah faham pasal kita."

"Kalau tak berjaya juga,kita buat pelan B."cadang Leon sambil kembali tersenyum.

Eiliya kerutkan dahi.Pelan B?

"Apa maksud kau?"

"Ya lah.Kita mesti ada pelan.Macam mana nak gagalkan rancangan mama dengan papa aku ni.Jadi aku dah pelan semuanya."

Leon senyum menyerlahkan wajahnya yang agak tampan.

Eiliya menjeling sekilas.Tak tergoda.Dia bukan macam sebahagian gadis yang gilakan ketampanan Leon.Bagi Eiliya semua lelaki sama saja mempunyai aura maskulin tersendiri.Macam tu juga dengan perempuan.

Leon ni sejak dari kolej lagi sudah popular.Boleh kata ramai gadis kolej yang jatuh cinta pada ketampanan dia.Mana tak hensem.Leon Maalik anak kacukan Melayu-Belanda.Mestilah hensem.

"Aku ikut saja.Asalkan aku tak ada kaitan dengan kau!"kata Eiliya sambil membuntangkan matanya yang berwarna hitam.

"Kau ni berlagak kan.Aku minta tolong sikit saja pun.Bukan aku suruh kau kahwin dengan aku."Leon tersenyum sengih.Mahu mengusik Eiliya.

"Jangan mimpi.Aku tak ingin!"Tegas Eiliya.

Dia dah macam anti dengan lelaki.Semuanya sebab abang iparnya.

"Aku pelik juga dengan kau ni.Ramai perempuan kat luar sana tergilakan aku,tapi kau sorang saja yang tolak aku.Buruk sangat ker aku ni?"Leon kecilkan mata.

Kadang terfikir juga kenapa Eiliya tak pernah tertarik dengan dia.Pada hal berebut gadis dekat luar sana mahu menjadi kekasih dia.Tapi setakat ini Hana yang menjadi pilihan.

"Kau ingat kau tu hensem sangat?Ramai lagi lelaki kat luar sana lagi hensem dari kau.Kalau setakat hensem tapi tak reti nak jaga hati perempuan,baik tak payah acah-acah baik."balas Eiliya.

Pada hal dalam hati tetap cakap Leon hensem.Cuma Eiliya tidak pernah tertawan lagi dengan Leon.Mungkin sebab Leon bukan pilihan hati dia kot.

"Baik kalau kau cakap macam tu.Aku nak tengok siapa lah boyfriend kau yang malang tu."Leon kulum senyuman.Selama dia kenal Eiliya tak pernah dia nampak atau tahu siapa kekasih Eiliya.

"Sibuk saja nak tahu.Kalau ada pun,aku tak akan tunjuk dekat kau lah."balas Eiliya dengan geram.

"Sebab tak ada kan.."Leon tersenyum nipis.Mengejek.

Eiliya menjeling kasar.

"Ada ker tak ada,kau sibuk kenapa?Biarlah tak ada pun.Janji tak serabut kepala macam kau."sindir Eiliya.

"Aku nak tengok jer.Mana lagi hensem boyfriend kau ker aku."Leon ketawa sinis.

"Perasan.Dah la malas nak layan.Nanti kau pandai-pandai lah settle sendiri masalah kau."Eiliya sudah naik angin.

Dia sudah bersedia untuk pergi.

"Alahhh..usik sikit pun nak merajuk.Okey aku janji tak tanya dah."Leon angkat sebelah tangan seperti akur janji.Saja buat muka kesian.

Eiliya medengus.Sedikir geram dengan Leon.Ingat comel sangat buat muka macam tu.

"Eiliya please....".

Eiliya duduk kembali.Dijeling Leon.

"Aku minta maaf,Liya..."suara Leon bertukar lembut dan penuh romantis.

"Aku sayang kau.."

Eiliya kalah lagi.Setiap kali Leon ucap benda yang sama, mesti dia akan rasa lemah.Itu lah modal Leon.

selamat bertemu kembali salam sayang dari Sakura Leo :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience