BAB 52

Drama Completed 49800

"EH,Liya tu bukan ker Encik Leon ?"Siti muncungkan mulut ke arah meja di hujung sana.

Eiliya ikut melihat sosok tubuh yang Siti maksudkan.Memang benar itu Leon tapi siapa perempuan yang bersama dengan dia.Cantik pulak tu dengan rambut panjang mengurai.Kelihatan ayu dan sangat elegan.

"Cantiknya perempuan tu.Madu kau ker?Padanlah dengan Encik Leon yang hensem tu."sakat Siti sambil ketawa kecil.

"Klien dia lah.."jawab Eiliya serentak dengan satu jelingan maut pada Siti.Mulut Siti tak reti nak cover langsung.

Kurang asam punya kawan.Eiliya rasa cemburu melihat kemesraan Leon dengan wanita itu.Entah apa yang mereka bualkan.Asyik senyum memanjang saja si wanita.Mata Leon pun asyik ke depan saja.Tak pandang sisi lain dah.

"Kau tak kenal ker sapa tu Liya?Cuba kau pergi tanya suami kau.Elok sungguh pompuan tu."

Siti ni pun satu asyik puji memanjang.Hati aku dah sakit ni.Elok-elok aku teman dia kang aku tinggal dia sorang dekat sini.Tadi paksa ikut dia keluar sangat.Entah apa yang mahu dibelinya.Beria sungguh mengajak datang sini.Kalau Eiliya tahu nak sakit mata sakit hati macam ni sumpah dia tak nak datang.

Patutlah Leon berwajah ceria dan bersemangat tadi.Siap bersiul lagi.Rupanya sudah ada kekasih baru.

"Tengok Encik Leon tu dari tadi tak pandang kiri kanan dah.Ehh...siap tukar makanan pulak.."kata Siti sambil ternganga mulut.Turut tergamam melihat adegan itu.

Eiliya letak sudu dan garfu ke dalam mangkuk.Hilang sudah selera untuk makan mee kuah udang.Hari cuti ingat nak hilangkan stress tapi semakin bertambah stress lagi.

Leon pun satu,kalau betul itu kekasih baru dia kenapa tak berterus terang saja.Kan senang.Takut mama tak nak terimalah tu.

"Liya rasa siapa pompuan tu?Takkan suami Liya ada skandal.Baru sangat Liya kahwin dengan Encik Leon.Lagi pun Liya tak ada kurang apa pun Siti tengok."Siti membuat pandangan pelik.

Rasanya tadi Leon keluar lambat dari dia.Macam mana pula boleh ada dekat sini.Masa Eiliya tengah bersiap Leon masih bermalasan atas katil.

"Kenapa berhenti makan,tak sedap ker?"

"Sedap..tapi tak boleh nak habiskan."

"Nak udang tu boleh?"Siti sengih.Bab makan memang nombor satu Siti ni.

"Ambil lah.."

Mangkuk di tolak ke arah Siti.Mee yang sedap pun jadi tak sedap bila hati tengah sakit.

Rasa pedih menjalar ke tangkai hati.Lagi perit melihat Leon ketawa gembira bersama perempuan lain.Sedang hati Eiliya yang terluka.

Eiliya cuba tenangkan diri.Bukan kah ini yang dia mahukan.Tapi sekarang kenapa hati dia rasa sakit.Apa yang dia rasa sekarang ini adalah cemburu melihat Leon bersama perempuan lain.Tertanya juga Eiliya siapa gerangan wanita cantik itu?Sampai Leon tidak beralih mata ke arah lain.Pada hal jarak meja mereka hanya beberapa meter.

"Liya okey tak ni?Kalau Liya nak,boleh saja kita pergi 'serbu."kata Siti.

"Err..tak nak lah.Biar sajalah."

"Macam tu saja Liya cakap.Kalau Siti dah lama pomouan tu makan kasut.Suka-suka nak keluar dengan suami orang."

"Jangan riaaulah.Liya rasa tu klien dia."kata Eiliya.Pada hal dalam hati sudah melonjak ingin tahu.

"Siti dengan Hazrul macam mana pula."Eiliya cuba mengubah topik.

"Kami masih dalam fasa perkenalan hati budi.Siti pun tak nak terlalu berharap."

"Okeylah tu,ada perkembangan.Lepas ni Liya nak terus balik.Siti ada nak beli barang lain lagi ker?"

"Liya janji nak teman sampai pukul lima.Sekarang baru nak dekat pukul empat?"protes Siti.

"Letih dan la.Siti bukan beli apa sangat pun.Beg Liya yang banyak.."Eiliya muncungkan mulut pda beg kertas di tepi meja.

Siti tersengih.

"Tak berapa nak berkenan sgt."Siti masih tersengih.Eiliya mencebik manja.

"Macam tu cepat makan,jom kita balik."

"Bunyi macam tengah jealous saja.."sempat Siti mengusik Eiliya lagi.Bertambah cemburut muka Eiliya.Nak mengaku pun tidak nak menafikan pun tidak.

**********************

Lewat sebelum Maghrib,Leon pulang ke rumah dengan wajah berseri-seri sambil bersiul gembira.
Orang tengah bahagia sedangkan ada hati yang terluka.

Leon terus mencapai tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air.Tidak sampai beberapa minit dia keluar dengan baju yang sudah berganti.Eiliya hanya memerhati dari ekor mata.

"Esok mama ajak lunch dekat rumah."beritahu Leon sambil menepuk bantal sebelum meletakkan kepala.

"Mmm.."itu jawapan paling pendek Eiliya bagi.Sakit hati bila Leon langsung tidak menunjukkan tanda bersalah.

Sikap Leon telah berubah sema sekali.Leon tidak lagi menyapanya sebelum tidur.Malah bila telefon bimbit berbunyi Leon akan cepat menjawab panggilan jauh dari kedudukan Eiliya.

Sedihnya hati.Rasa macam nak nangis.Leon sudah tidak mempedulikan dia lagi.

Laju saja airmata buat kerja.Eiliya peluk bantal sambil menyembunyikan kesedihan diri.Banyak-banyak hari,hari ini paling menyedihkan.Dia cuba lelapkan mata sedangkan orang di sebelah siap tidur berdengkur kecil lagi.Penat berdating agaknya.

*********************

Selepas sarapan pagi,mereka berangkat ke rumah keluarga Leon.Encik Bad dan Puan Vina menyambut mesra kedatangan mereka.Sudah lama mereka tidak singgah ke mari.

"Kenapa Liya nampak macam tak bermaya saja mama tengok.Leon tak jaga Liya ker?"tembak Puan Vina.Pantang dia kalau dapat tahu Leon buat hal lagi.

Sempat lagi mama membelek muka Eiliya.Leon pandang Eiliya.Memang betul muka Eiliya tidak ceria.Keruh dari tadi.

"Leon jaga lah.Liya ni kadang susah nak tidur malam."beritahu Leon.

Memandai saja Leon kata Eiliya tak tidur.Mana dia tahu.Dia boleh lah letak saja kepala terus masuk alam mimpi.Eiliya pula letak kepala tapi minda asyik menerawang merata.

"Leon kena bagi Liya makan vitamin.Mama takut Liya tak sihat."Risau sungguh Puan Vina akan kesihatan menantu kesayangan dia.

"Ya lah..nanti Leon belikan.."Leon lirik pada Eiliya.

"Tak apa mama.Liya okey..."jawab Eiliya.Dia tak perlukan vitamin doktor,yang diperlukan saat ini adalah vitamin kasih sayang dan juga cinta dari Leon.

"Liya kena jaga badan sama.Hal kerja ker apa letak tepi dulu.Yang penting badan kena sihat baru minda cergas."nasihat Puan Vina.

"Baik mama.."Eiliya hanya mampu mengaku.Hati dia yang tidak sihat bukannya tubuh badan.

"Dah jom kita makan.Mama dah siap masak macam-macam ni."

"Cepatnya siap.Tak sempat Liya nak tolong."

"Tak apa.Liya tolong hidang saja."

Eiliya baru nak angkat dulang minuman,mama sudah menahan.

"Yang berat biar Leon angkat."

Eiliya pandang Leon sekilas.Leon senyum.Mungkin mahu mengaburi mata mama sahaja.

Pelbagai jenis lauk mama masak.Banyak pula tu.Tak habis makan kalau untuk mereka berempat saja.Patut lah beria mama suruh balik.Mama dengan papa mahu pergi ke China atas urusan kerja.

Masa berbual tiba-tiba loceng berbunyi.Puan Vina bangun menyamburt tetamunya.Muncul Puan Nirma di situ.Eiliya terpaku sebentar begitu juga Puan Nirma.Masing-masing menjadi kelu.

Eiliya tersedar dan bingkas bangun mahu menyalami tangan Puan Nirma.Namun Puan Nirma bersikap dingin.Langsung tidak mahu memandang wajah Eiliya.

"Ima..duduklah dulu.Jom kita berbual.Dah lama kita tak berbual bersama."kata Puan Vina.

"Malaslah aku.Kalau aku tahu dia ada dekat sini.Tak ingin aku datang ke mari."kata Puan Nirma sambil menjeling kasar pada Eiliya.

"Duduklah dulu Ima."pelawa Encik Bad pula.

"Huh..aku balik dulu lah.Lain kali aku datang lagi."Puan Nirma berkata dengan sinis.

Eiliya terasa sangat dengan sikap ibu tirinya.Bertahun mereka tinggal bersama di bawah satu bumbung.Dari kecil dia hanya kenal Puan Nirma sebagai ibu tetapi ini pula yang terjdi.Selepas arwah papa meninggal terus Puan Nirma membuang dia dari hidup mereka

"Sampai bila kau nak marah Liya!?"tanya Puan Vina dengan tegas.Geram dia akan sikap Puan Nirma yang tidak mahu mengalah.

Langkah Puan Nirma terhenti.Dia berpaling.

"Sampai mati!"katanya dengan kuat.

"Astagfirullah al-azim..mengucap Ima.Sampai macam tu sekali kau berdendam."tergeleng kepala Puan Vina

Encik Bad turut menggeleng kepala dengan sikap Puan Nirma.Keras kepala!

"Aku kalau dah benci sampai mati pun aku benci!Sama saja macam arwah mak dia!Perampas hak orang!"

Eiliya hanya tunduk memandang ke lantai.Sedih bila arwah ibunya masih di anggap begitu.Kalau betul pun,semuanya sudah lama berlalu.Keduanya sudah pergi menghadap Illahi.

"Aku benci tengok muka dia!"Puan Nirma mencebik mulut.Kalau boleh dia tak mahu tengok muka Eiliya di mana pun.

"Ima,kau dah lupa ker pesanan arwah Madi?Dia nak kau bebaik dengan Liya."kata Encik Bad.

"Dia dah tak ada.Jadi buat apa aku ikut pesanan dia.Semua tu tak penting.Yang penting aku tak tengok muka dia ni lalu depan mata aku!"

"Aku rasa kau dah lupa perkara sebenar.."mendatar saja suara Puan Vina buatkan Puan Nirma terdiam.

"Kalau kau lupa,biar aku ingatkan balik."

Puan Vina geram dengan sikap besannya.Tak habis nak salahkan menantunya.Pada hal dia tahu apa yang terjadi sebenarnya.

"Dah la malas aku nak ingat balik.Aku balik dulu lah."Puan Nirma cuba mengelak.

"Nanti dulu!"kata Puan Vina.Dia perlu meleraikan kekusatan yang telah lama membelit jiwa Eiliya.

"Aku rasa dah tak ada apa yang nak dibincangkan lagi."

"Ada.Aku cuma nak ingatkan balik apa sebenarnya yang terjadi 24tahun dulu."

Puan Nirma sudah gelabah.

"Kau...kau tak payah nak ingatkan.Aku malas nak ungkit balik."

"Ni lah sikap sebenar kau.Salah kau,kau tak mengaku!24 tahun dulu kau rampas Madi dari ibu Liya.Kau rampas tunang Aishah.Kau lupa ker?"

"Bukan salah aku.Madi yang tergilakan aku."

Puan Vina senyum senget.

"Ima..Ima..kau dah lupa apa.yang kau buat pada Madi.Kau paksa dia kahwin dengan kau.Pada hal dia tak pernah suka kan kau.Kau guna taktik kotor.Kau guna ayah kau.Kau fitnah arwah Madi sampai dia terpaksa kahwin dengan kau."

Puan Nirma menutup kedua belah telinga dia.Dia tak sanggup mengingati apa yang telah dia lakukan.

"Sebab ayah kau orang berpengaruh,Madi terpaksa akur sedangkan dia tak bahagia dengan kau.Madi masih cintakan Aishah.Dia kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan kau.Dia nak tunaikan janji dia pada Aishah.Mereka saling menyintai sebelum kau wujud dalam hidup Madi lagi."

"Madi sayangkan aku lebih dari perempuan tu.Dia rampas Madi dari aku!"

"Kau sebenarnya malu kan bila tahu Madi masih cintakan Aishah.Madi bahagia bersama Aisah.Tapi Allah uji mereka,Aishah mati lepas bersalinkan Liya."

"Padanlah dengan muka dia.Rampas lagi hak orang."

"Kau masih dengan ego kau kan.Madi sayangkan Aishah lebih dari segalanya.Bila Madi bawak balik Liya kau terpaksa terima.Dalam diam kau bencikan Liya.Kau tanam kebencian kau sumpah seranah kau pada anak yang tidak berdosa.Kau berdendam dengan arwah Aishah sampai Liya jadi mangsa."

"Sebab tu aku benci dia!Dia sama macam mak dia.Perampas!Dia dah rosakkan kebahagian kami sekeluarga!Dia tak layak ada dalam keluarga kami!"

Eiliya sudah menangis.Tisak sangka Puan nirma masih benci dan berdendam dengannya.

"Siapa yang kau panggil perampas sebenarnya!?"tanya Puan Vina.

"Bukan aku.."Puan Nirma sedikit ketakutan.Rahsia yang selama ini di simpan akhirnya terbongkar juga.

"Kau berani sumpah bukan kau yang perangkap Madi malam tu?"

Terbayang peristiwa di mana Puan Nirma memerangkap Ahmadi.Dia sengaja memanggil Ahmadi ke pejabat dengan menggunakan nama bapanya.Ahmadi yang tidak mengerti apa,terus masuk ke ofis.Tahu-tahu saja pihak agama Islam sudah nenangkap mereka.Arwah bapa Nirma malu lalu terus mengahwinkan mereka.

"Tak boleh dapat cara baik,kau guna taktik kotor?Sekarang cakap lah yang kau perangkap Ahmadi?"

Puan Nirma gelabah.Rahsianya sudah pecah.

"Macam mana kau tahu?"

"Ahmadi dan ceritakan semuanya pada kami.Sebab dia hormatkan ayah kau,dia terima juga.Dia kesian kalau ayah kau mendapat nama buruk.Ayah kau penghidap sakit jantung masa tu."

Eiliya tidak sanggup mendengar lagi.Laju kaki menuju ke pintu utama.Di sana dia hampir berlanggar dengan seorang wanita.Mujur keduanya sempat brek mengejut.

"Leon."panggil wanita itu.

Macam kilat sabung menyambung padangan mata Eiliya pada wanita itu.Ya,wanita yang sama Eiliya nampak semalam bersama Leon.Sampai ke sini dia datang,maknanya Leon memang ada hubungan dengan wanita itu.

Eiliya terus keluar,tak sanggup menahan pedih di hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience