AKHIRNYA selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan Leon dan Eiliya.Hanya sekali lafaz,Eiliya Sofia sudah menjadi isteri Leon Maalik.
Majlis diadakan penuh meriah serta gilang-gemilang.Keduanya sama cantik,sama padan.
Majlis diadakan di hotel milik keluarga Eiliya.Pada mulanya Eiliya menolak,dia tidak mahu majlis besar-besar.Cukup sekadar majlis kecil.Tetapi Encik Ahmadi mahu Eiliya dilayan seperti abang dan kakaknya juga.Semua majlis perkahwinan anak-anaknya diadakan di situ.
Hari ini baru mereka pulang ke rumah ibubapa Leon setelah bermalam di hotel sejak dua malam lalu.
Leon terus merebahkan tubuh di atas katil.Rasa selesa sangat.Semalam mereka terpaksa tidur di hotel.Tak selesa langsung bila dia terpaksa tidur atas sofa.
"Leon,dekat mana nak letak beg ni?"geram Eiliya tengok Leon yang sedang berbaring tersenyum sambil mata tertutup.
Entah apa yang Leon sedang fikirkan.
"Letak sajalah dekat mana-mana pun."jawabnya selamba.
"Leon,aku nak balik rumah lah."kata Eiliya.Tidak selesa berduaan dengan Leon di dalam satu bilik.
Dua malam kemarin ingat dia tidur nyenyak ker.Takut tetap juga ada.Buatnya Leon mungkir janji.
Terus Leon bangun dan duduk bersila.
"Nak buat apa?Nanti tak pasal aku kena soal dengan mama."
Eiliya menggaru kepalanya.
"Aku tahu kau tak selesa.Tapi kita tak ada pilihan.Nanti mama dengan papa syak sesuatu macam mana."tekan Leon.
"Aku tak selesa tinggal sebilik dengan kau."kata Eiliya tanpa sembunyi.
"Kau ingat aku nak mungkir janji.Tak kan aku nak buat apa-apa pada kau pulak."tempelak Leon.
Eiliya berdecit.Bab kongsi bilik ni yang dia tak mahu.Leceh betul.Langsung tak ada privacy.Takkan 24 jam nak bertudung dalam bilik.
"Relaks lah..Aku tak sentuh kau pun."kata Leon sambil kulum senyuaman.
Iya ker Leon tak sentuh Eiliya.Masa pembatalan air sembahyang tu apa.Lama Leon kucup ubun-ubun Eiliya,sampai Eiliya sendiri terpaksa menarik kepala sendis
Waktu tu hanya tuhan saja yang tahu betapa berdebarnya jantung Eiliya.
Bukan itu saja.Masa majlis repsepsi,Leon menggengam erat jari-jemari Eiliya.Bukan Eiliya tak tepis.Berkali pulak tu.Dia tak mahu lah syok sendiri.Tapi Leon selamba saja pegang sana sini.
Pertama kali dia bersentuhan tangan dengan lelaki yang halal.Dan orang itu adalah Leon Maalik.
"Liya,terima kasih banyak tau.Aku akan ingat jasa kau ni sampai bila-bila."ucap Leon dengan lembut.
"Iya aku dengar..Dah berapa kali kau cakap kan.Tak payah ulang-ulang kau bukannya Astro."sindir Eiliya dengan geram.
"Disebabkan kau dah berkorban untuk aku.Jadi malam ni aku bagi kau tidur dekat atas katil aku ni."kata Leon sambil tersenyum.
"Habis tu kau nak tidur dekat mana?"tanya Eiliya.
"Dekat bawahlah.Aku hampar toto."jawab Leon.
"Okeylah macam tu.Leon,kau boleh keluar tak?Aku nak mandi."
"Mandi saja lah.Bukan aku nak intai kau pun."Leon tersengih.
"Leon...."Eiliya merungut kecil.
"Ya lah.Aku keluar."Leon mengalah.
"Satu lagi,boleh kau hampar sejadah.Aku tak tahu arah mana kiblat kat rumah kau ni."
Leon berpaling.Di ambik sejadah yang tersangkut di tepi dinding dan menghamparnya.
"Thanks Leon."ucap Eiliya sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
"Welcome.Jangan lupa doa kan aku sama."usik Leon.Terus dia keluar dari bilik dan menutup pintu.
**************************
"Mama gembira,Eiliya dah jadi family kita."kata Puan Vina.Ketika itu mereka semua baru selesai makan malam.
"Lega dah satu bab.Sekarang tak payah nak risau dah.Leon dah ada yang menjaga.Jadi papa tak payah kongsi mama dengan Leon.Leon dah ada wanita sendiri."gurau Encik Bad.
Mereka semua ketawa kecil.
"Apa lah papa ni.Kedekut juga rupanya."balas Leon.
"Mestilah.Wanita ini papa yang punya."kata Encik Bad sambil memeluk bahu isterinya.
Eiliya tersengih.Romantik juga papa dan mama Leon.
"Leon pun dah ada wanita Leon juga.Kan sayang..."Leon peluk bahu Eiliya.
Terperanjat Eiliya bila Leon selamba memeluk bahunya dan memanggil dia 'sayang'.Nak tepis tangan Leon pun tak boleh.Dua pasang mata asyik memandang mereka.Dah la tangan tu berat macam batu.
"Liya,kalau rasa bosan kita boleh keluar bersama sementara Leon sibuk."ujar Puan Vina.
Dia tahu Leon kadang sibuk bekerja.Dia tidak mahu Eiliya berasa terasing dari mereka.
"Baik auntie...errr mama..."Leon sempat cuit bahu Eiliya.
Tersasul pula.Tadi Leon dah ajar agar menunjukkan kemesraan di hadapan mama dan papa dia.
"Biasa lah tu.Awal lagi memang tersasul.Lama-lama okey lah.Anggap mama macam mama Liya juga tau."ujar Puan Vina sambil tersenyum.
"Baik mama."sambut Eiliya.
Encik Bad meniti jam di tangannya.Sudah lewat.Dia memang begitu,sentiasa memakai jam di tangan walaupun berada di rumah.
"Dah lewat ni.Pergilah tidur."katanya.
"Okeylah.Good night mama papa."ucap Leon.
"Good night mama papa."ucap Eiliya pula.Meniru Leon.
"Good night booth of you."jawab papa.
"Jom sayang.."Leon tarik tangan Eiliya.
"Cepat lahirkan baby.Mama tak sabar nak dukung cucu."
Sempat lagi Puan Vina mengusik.Eiliya dah gigit bibir sendiri.Mata ikut membulat.
Nasib mama dan papa Leon tidak nampak.Leon juga ikut terkejut mendengar ucapan mama nya.
Terus ditarik tangan Eiliya naik ke atas.Lagi lama mereka di situ,lagi merah muka Eiliya.Bukan dia tak perasan.
"Sorry Liya.Mama dengan papa aku memang macam tu.Open minded."kata Leon sebaik masuk ke bilik.
"Tak apa.Aku tak kisah pun..Seronok tengok family kau."jawab Eiliya.
"Jadi kau tak kisah?"tanya Leon sambil menatap muka Eiliya.
Eiliya kerutkan dahi.Masih tak faham maksud sebenar Leon.
"Maksud kau?"tanya Eiliya.
Leon dah tersengih.
"Kau tak dengar ker tadi mama minta apa?"soal Leon sambil tersenyum sengih.
"Minta apa?"tanya Eiliya masih tidak menyedari.
"Mama minta cucu dari kau."Leon sengih lebar.
"Kau jangan macam-macam.Aku jerit nanti."ugut Eiliya.Seram pula dia tengok senyuman Leon.
"Jeritlah.Nanti mama tanya aku cakap lah tengah proses cucu untuk dia."kata Leon sambil menapak mendekati Eiliya.
Eiliya dah terlopong.Leon makin mendekat dan dekat hingga Eiliya tidak sempat lari.
Tangan Eiliya naik menahan dada Leon yang semakin mendekat.Eiliya turut pejamkan mata.
Berderai gelak tawa Leon.Eiliya kembali membuka mata.
Leon sedang ketawa berdekah.Dia dah takut tadi.Ingat Leon mahu mengapakan dia.
"Leon!"Eiliya terjerit kecil.Geram marah dan sakit hati.
Leon sama macam mama dan papa nya kuat mengusik.Tapi Eiliya terhibur.
"Tak kan lah aku nak 'ngap' kau.Aku dah janji kan."kata Leon bila tengok muka Eiliya merah menahan marah.
"Kau saja kan.Kalau gatal sangat pun tunggu lah kau kahwin dengan Hana.Dah jangan kacau aku.Aku nak tidur!"marah Eiliya.
"Okeylah!aku tak kacau kau.Aku minta maaf.Aku tak akan mungkir janji.Aku sayang kau...kita masih kawan kan..."pujuk Leon bila mulut Eiliya sudah muncung.
"Ya lah tu.Malas aku nak layan."jawab Eiliya dan terus meletakkan kepala di atas bantal.
Leon juga turut membentangkan toto dan tidur di bawah.
"Mana ada orang tidur pakai tudung."kata Leon.
"Suka hati aku lah.Sibuk lah kau ni."kata Eiliya dengan mata sudah terpejam.Suara pun makin perlahan.
Tilam di bilik Leon ni terasa nyaman sangat.Letak kepala saja terus terlelap.
Sementara itu Leon tidak boleh melelapkan mata.Sekejap beralih ke kanan sekejap ke kiri.Dia mana biasa tidur atas lantai.
Dipandang ke arah Eiliya yang sedang nyenyak tidur di atas katilnya.Tangan Eiliya sedikit terjuntai ke bawah.
Merah menyala inai di jari jemari Eiliya.Leon tertarik sebenarnya.Jari Eiliya di pandang lama sebelum jatuh melihat ke kaki Eiliya.Merah juga.
Nampak semakin menarik perhatiannya.Leon tersenyum dalam diam.Rasa mahu saja dia menyentuh jari-jemari Eiliya.Sungguh dia terpesona melihat kecantikan Eiliya semasa majlis mereka berlangsung.Terus hilang wajah Hana.
Eiliya cantik.Itu yang hati Leon cakap.
Hati Leon makin tak keruan melihat jari-jemari merah Eiliya yang runcing.Kata orang warna merah memberangsangkan.Patutlah dia rasa semacam.
Leon telan liur.Eiliya pun satu,tidurlah sebelah sana katil.Ini tak sebelah kanan juga dia nak juntaikan tangan dia.Nak goda aku ke apa tu.
Leon terpaksa menahan debaran di dada.Dia terpaksa beralih memandang dinding.Takut dia tak dapat menahan gelora di hati.
Kang ada yang kena terkam!
Share this novel