"SAYANG..sejak you kahwin.I rasa you lain sangat."komplen Hana.
"Lain macam mana tu?B rasa sama saja.."
"Ya lah..nak keluar susah...nak ajak dating lagi lah susah."rungut Hana
"Baby..you kena faham,mama akan syak kalau I selalu keluar malam jumpa you,"terang Leon.
"You tak habis-habis takut kan mama.Sampai bila kita nak macam ni.I bosan tau tak."Hana menjeling
"Sabarlah baby...tak lama lagi.You pun tahu kan mama macam mana.Sekarang I tengah plan untuk 'satukan' mama dan you."
Hakikatnya Leon juga buntu masih buntu.Harapan mahu bersama Hana seolah tipis.Tapi dia tetap akan berusaha juga.
"Lambat lagi lah macam ni..I tak tahu apa kurangnya I sampai mama you tak suka I."Hana berdecit.
"Mama bukan bencikan you pun.Cuma mama tak berkenan dengan cara you..Tak apa itu boleh di ubah kan.."
"I dah memang macam ni..tak kan I nak hipokrit.I tak boleh la kalau mama you asyik tak suka I saja.."Hana beriak kecewa.
"Kita cuba dulu.Sebab itu kita perlukan pertolong Eiliya."kata Leon.
Hana berdecit kecil mendengar nama Eiliya terbit rasa cemburu.Cemburu kerana Eiliya selalu mendapat tempat dihati mama Leon.
"Kenapa ni baby?"pujuk Leon.Wajah Hana makin mencuka.
"Mama you tu lah.Dengan Eiliya boleh pulak.I ni buruk sangat ker?"tanyanya berbaur cemburu.
"Baby..tak kan dengan Eiliya pun you nak jealous?"
Leon masih kurang mengerti dengan sikap orang perempuan.Kadang memeningkan kepala.
"You ingat I tak ada perasaan?Apa yang mama you suka sangat dengan Eiliya?Apa lebihnya dia dari I?"bentak Hana.
Sudu di tangan telah diletakkan.Hilang selera mahu makan Spagetthi Salmon Butter Egg yang menyelerakan itu.
"Hana baby...you cantik dan sempurna di mata I.Tak ada kurang pun.Mungkin mama suka kan Eiliya sebab cara dia yang lemah lembut,pandai ambil hati...."
Cantik,sopan dan...dan..Leon sambung dalam hati.Kadang bila difikirkan balik,mama sangat teliti orangnya.Dan Eiliya bukanlah jenis yang suka berpura-pura dan menonjol diri.
Sangat jauh berbeza dengan Hana.Yang suka meraih perhatian.Dari segi penampila sudah ketara perbezaannya.Apa ntah lagi sikap dan cara percakapan.
"Sayang!"panggil Hana separuh menjerit.Entah apa yang Leon sedang fikirkan.Mengelamun pula.Orang tengah geram ni.
"Ya! I dengar.Cuba you cakap perlahan sikit.Sakit telinga I ni."
Leon pandang keliling,nasib meja mereka agak tersorok dari meja yang lain.Orang sekeliling juga tidak mengendahkan.Masing-masing dengan hal sendiri.
Hana jeling kasar.
"Mesti you tengah ingatkan Eiliya kan!?"tuduh Hana sambil besarkan mata.
"Mana ada.Baby..I keluar dengan you sebab nak spend time dengan you.Tak suka lah marah-marah..merajuk macam ni."kata Leon dengan suara perlahan dan masih terkawal.
Hana silang tangan ke dada sambil mendengus kasar.
"Sekarang ni you tahu apa yang I tengah fikirkan?"
Leon angkat kening.Mana dia tahu apa yang Hana tengah fikirkan.
"I rasa you dah mula suka kan Eiliya!"
Bagai setempek kena muka Leon.
"Merepeklah you ni baby.Kan I dah cakap.I dengan Eiliya kawan.I tak ada perasaan apa pun dekat dia."akui Leon.
"Entah la...tapi I rasa you ada hati dengan dia!"tuduh Hana.
"Baby...tolonglah jangan tuduh I."
"Dah la I nak balik!"Hana terus bangun dan berjalan keluar.Tidak dihiraukan panggilan dari Leon.Kan dah cakap Hana kuat sentap dan merajuk.Satu hal pulak nak kena pujuk.Nasib kau lah Leon.
Termengah-mengah Leon berlari mendapatkan Hana.Nasib Hana masih tidak jauh.Bersandar elok di pintu keretanya.Ya lah Hana pasti menunggu Leon menghantarnya pulang kerana mereka datang bersama.
"Baby,dah la jangan merajuk lagi."pujuk Leon sambil meneruskan pemanduan.
"You tak faham perasaan I.Macam mana I nak hidup dengan you kalau mama papa you tak suka I."
Hana pandang keluar cermin kereta.
"Baby,I yakin lambat laun mereka pasti dapat terima you.Percayalah...I akan berusaha"kata Leon dengan yakin.
Hana ingat lagi pertama kali dia berjumpa dengan mama Leon.
"Hai auntie.Saya Hana kawan Leon."
Puan Vina hanya lerek senyum pendek.
"Auntie apa khabar?"
"Baik."jawab Puan Vina sepatah.
"Auntie datang sini sorang ker?"tanyanya sekadar berbahasa.
"Ya lah sorang saja.Tak kan nak bawa satu rumah."jawapannya sedikit sombong.Ketika itu Leon ke tandas.
Leon sengaja mahu menemukan Puan Vina dan Hana.
"Auntie nak pergi mana-mana lagi tak lepas ni.Boleh Hana temankan."pelawa Hana.
Puan Vina hanya diam.Dari ekor mata dia sedang perhatikan Hana.Hana ketika itu pula berpakaian agak ketat dengan rambut yang diikat satu.
"Dah penat.Nak balik."jawab Puan Vina acuh tak acuh.
Hana sekadar senyum sumbing.Sikap Puan Vina jelas tidak selesa dengan kehadirannya.
"Macam mana mama,okey tak."bisik Leon.Puan Vina hanya mengeluh.
"Mama nak balik dah ni.Leon pun sama,cepat balik."pesan Puan Vina.
"Tadi mama cakap nak cari baju untuk papa.Tiba-tiba saja nak balik."rungut Leon.Hana sudah diam tidak berkutik.
"Tak jadi..mama ada hal lain."
Dapat dirasakan layanan dingin Puan Vina terhadap dia.Sikit pun Puan Vina tidak menoleh memandang padanya.
"Baby..dengar tak ni?"Leon mengelus jari-jemari Hana.
"Leon,I nak tanya.Macam mana kalau mama dengan papa you tak bagi you ceraikan Eiliya?"
Pertanyaan Hana buatkan Leon terkedu sebentar
"I dah fikir Leon.I rasa mama dengan papa you akan pilih Eiliya berbanding I."Hana mengeluh.
Dia sudah lelah.Walaupun baru sebulan Leon berkahwin dengan Eiliya,dia rasa dapat rasakan harapan untuk bersama Leon semakin tipis.
"Baby,nanti I bawa you jumpa Eiliya.Kita bincang.Apa yang you risaukan tak mungkin terjadi.Eiliya sendiri tidak mahu teruskan perkahwinan dengan I.Dia ada hidup dia sendiri."
Leon telan liur.Pada hal bukan itu yang dia mahu cakap.Dia hanya mahu menyedapkan hati Hana sahaja.
"Entah lah kadang I rasa nak mengalah saja.Tak mungkin you tak rasa apa-apa antara you dengan Eiliya."
"Rasa apa?"
"You sengaja buat tak faham.Tak kan lah you tak ada perasaan langsung dengan Eiliya.Dia baik cantik lemah lembut.Bukan macam I ni kasar.Sebagai perempuan pun,I boleh tertarik tak kan you tak ada perasaan langsung.Mustahil sangat!"
Hana sengaja mahu menduga hati Leon.
Leon pandang Hana.Apa sebenarnya tujuan Hana berkata begitu.Memanglah Eiliya baik,cantik dan menarik.Tapi Eiliya tak pernah mengambil kesempatan dengan dia mahupun mama papa.Cuma Leon yang suka mengambil kesempatan dekat Eiliya adalah.
Curi-curi tengok rambut dia.Yang itu Leon mengaku memang dia tertarik sangat.
"Memang lah dia cantik,baik..tapi I tetap pilih you,baby.."
"Kan!dah mengaku pun dia cantik.Makna nya you pun dah tertarik dengan dia.I dah agak dah.Lelaki semua sama.Pantang tengok perempuan cantik."
"Normal lah tu baby.Itu maknanya I lelaki normal.Tapi bagi I, you saja yang paling cantik di mata I."
"I makin tak percaya dengan you ni.Entah you dah tidur dengan dia!"tuduh Hana.
"Astagfirullahalazim!sampai hati you tuduh I macam tu.I masih teruna tau.I simpan untuk you."seleroh Leon sambil gelak kecil.
"Gelak lah lagi.Dah sebulan you sebilik dengan dia.Tak mustahil you tak sentuh dia."
"Baby,you tak percaya I ker?I setia dengan you.I tak kan tergoda dengan mana-mana perempuan."Leon berkata sambil angkat tangan bersumpah.
"Iya lah tu.Buktikan kata-kata you!"cabar Hana.
"Boleh.Nanti you jumpa Eiliya tanya lah sendiri"Leon geram dengan Hana.Suka menuduh tanpa bukti.Hana memang tak akan pernah berubah.Cemburu keterlaluan!
Share this novel