EILIYA tersedar bila cahaya lampu menikam ke muka.Boleh pulak dia tertidur atas sofa panjang.Siap berbantal lagi.Kelibat Leon tidak kelihatan.Bingkas dia bangun menuju ke atas.
Keadaan rumah yang sunyi dan di kelilingi cahaya lampu.Ke mana Leon pergi?
Ah,sudah.Semasa mendaki anak tangga,sempat dijeling jam besar pada dinding.Hampir pukul tujuh.Maknanya sudah lama dia tidur.Kenapalah Leon tak kejutkan dia.Sempat lagi nak solat Asar ni.Laju kakinya melangkah.
Terburu-buru dia membuka pintu bilik.
Pintu dibuka,Leon melangkah keluar dari bilik air dengan hanya berkain tuala yang dililit dipinggang.Titisan air masih mengalir di badan.
"Sorry..."kata Eiliya.Nasib Leon memakai tuala.Kalau tengah pakai baju tak ker haru biru lintang pukang jantung hati limpa pankreas dia melompat terjun.
Laju kaki Eiliya menuju ke bilik air.Gelabah sebenarnya.Dah lama Eiliya tidak nampak Leon dalam keadaan begitu.Selalunya Eiliya akan mengelak.Bila Leon mandi Eiliya akan cepat-cepat keluar dari bilik.
Eiliya mengurut dadanya disebalik pintu bilik air.Bohong lah kalau dia tidak berdebar melihat susuk tubuh Leon yang berketul walaupun tak banyak.
"Kenapa dengan aku ni?"Eiliya menepuk kedua belah pipinya.Mata buat hal pula.Asyik terbayang tubuh Leon.
Eiliya segera menenangkan diri.Dia segera mengambil wudhuk dan keluar kembali dari bilik air.
Leon dilihat sudah selesai solat saat Eiliya keluar dari bilik air.Sejadah masih dibentangkan.Memberi laluan pada Eiliya pula.Mujur Eiliya sempat solat Asar tidak lebur satu waktunya.
"Awak nak makan?"tanya Eiliya sebaik selesai solat.Ligat tangan melipat telekung.
Leon geleng.
Rasa canggung bila Leon tidak banyak cakap.Leon merebahkan badan ke tilam.Tangan naik memicit kepala dengan mata sedikit terpejam.Berkerut dahi dan kening seperti menahan sakit.
Eiliya yang melihat terus mendekati.
Tangan Eiliya automatik naik memicit kepala Leon tanpa diminta.Bukan nak tunjuk baik tapi dia perihatin melihat keadaan Leon yang masih belum sihat sepenuhnya walaupun panas badan sudah makin menurun.
"Jom turun makan."kata Eiliya lagi bila Leon menolak perlahan tangan Eiliya yang mahu memicit lagi kepalanya.
Leon geleng.
"Awak kena makan dulu baru boleh makan ubat.Nanti perut kosong masuk angin."tanpa sedar Eiliya membebel kecil.
Leon masih diam membatu.
"Tak pa lah kalau awak tak larat turun,saya pergi ambil.Awak tunggu kejap.Jangan tidur tau.."pesan Eiliya.Leon kalau tidur susah mahu bangun.
Leon masih diam.Petang tadi dia bila dia tersedar rupanya dia tidur atas paha Eiliya.Patut rasa selesa saja.Kesian Eiliya sampai tertidur duduk kerana memangku kepalanya.
Bila melihat wajah Eiliya yang kepenatan dia tidak sampai hati mahu mengejut.Perlahan dia menapak ke atas dengan kepala yang pening.Dia turun semula dan meletakkan kepala Eiliya di atas bantal.
Lama Leon perhati raut wajah Eiliya.Bukan Leon sengaja mendiamkan diri tapi dia mahu melihat sejauh mana Eiliya mahu menidakkan perasaan sebenarnya.
Sebenarnya dia rindu akan senyuman Eiliya yang dahulu.Eiliya yang sentiasa ceria.Eiliya yang relau membantu dikala dia ada masalah.Pendek kata Eiliya selalu ada bila saat dia memerlukan.Tapi kenapa dia tidak nampak keikhlasan Eiliya waktu itu.Dibiarkan diri hanyut dalam mengejar Hana.Tanpa sedar dia telah melukai perasaan Eiliya.
Betapa menyesalnya Leon bila tahu Eiliya pernah ada perasaan pada dia waktu itu dan dia langsung tidak pernah ambil peduli.
Dia selalu ucap sayang pada Eiliya tapi sayang yang di ucap langsung tiada makna.Dalam diam dia telah melukai hati Eiliya.Sememangnya dia yang bersalah dalam hal ini.
Sekarang bila Eiliya sudah mengaku tiada perasaan pada dia.Kenapa dia pula mahu menagih cinta Eiliya.Bersungguh Eiliya menyatakan telah membuang segala perasaan yang pernah wujud selama ini.Tapi Leon yakin hati Eiliya masih untuknya.
Dia tidak sanggup lagi berjauhan dari Eiliya.Orang yang dia selalu ucap sayang itu adalah cinta sebenar dia.
Ya dia sayangkan Eiliya.Bukan sayang sebagai seorang kawan lagi tapi lebih dari itu.Eiliya terlalu istimewa di hati.Eiliya adalah cinta sejati dia.Cinta yang dia inginkan selama ini.
Dia sudah letakkan Eiliya di tempat yang paling istimewa di hati.Kerana itu dia bertindak 'mengikat' Eiliya dalam perkahwinan kedua mereka.Dia akan berusaha memenangi hati Eiliya.Leon tidak akan mengalah selagi dia tidak dapat menawan hati Eiliya.
Biar Eiliya nak cakap apa pun.Dia tetap mahu Eiliya ada dengannya.Dia akan buat Eiliya kembali mencintai dia seperti mana Eiliya cintakan dia dulu.
Sungguh dalam hati Leon sekarang sentiasa ada nama Eiliya.Debaran dalam dada setiap kali memandang Eiliya sudah membuktikan yang dia cintakan Eiliya.Dia hanya mahu bersama Eiliya.Tidak mungkin dia melepaskan Eiliya pergi lagi.
Eiliya kembali bersama dulang berisi makanan.Bau sup ayam siang hari tadi memenuhi ruang bilik.Diletakkan dulang di atas meja tepi katil.
"Leon..Leon.."panggil Eiliya bila Leon merenung mukanya tanpa berkelip.
"Ya.."baru Leon sedar.Tu la berangan lagi.
"Awak makan dulu.Saya nak turun ambil ubat awak.Tertinggal dekat bawah."beritahu Eiliya.
Leon hanya mengangguk.Eiliya marah macam mana pun masih perihatin pada dia.Tergamak dia melukakan hati Eiliya.
Eiliya kembali bersama ubat ditangan.Dia duduk di tepi katil.
"Kenapa makan sikit sangat?Awak kena makan ubat lepas ni.Nanti perut masuk angin."Eiliya sambung bebel.
Di ambil mangkuk berisi bubur.Sup ayam di masukkan kedalam bubur.
Eiliya memberi isyarat supaya Leon membuka mulut.Leon ikut tanpa membantah.Sebenarnya dia sengaja melambatkan kunyahan.Dia mahu bermanja dengan Eiliya.
"Jangan pandang saya."kata Eiliya bila Leon masih merenung muka Eiliya.
"Liya..terima kasih."kata Leon bersama senyuman di hujung bibir.
"Saya buat ni sebab mama."
"Mama ugut Liya ker?"
"Mama nak anak dia cepat sembuh.Tak ada lah terbaring saja atas katil.Nanti dah sihat saya tak payah nak suapkan awak.Manja sangat kalah budak kecil."ngomel Eiliya.
Leon senyum.Suka dia bila Eiliya melayan dia.Tak kisahlah Eiliya nak cakap apa pun.Janji dia sudah raih perihatian Eiliya.
"Tak payah senyum sangat.Cepatlah baik."
Leon kulum senyum.Dalam hati dia berdoa 'tak nak baik lagi'.
"Liya dah makan?"
"Saya tak apa.Kejap lagi boleh makan."
"Dah kenyang.Liya makan lah pulak."tolak Leon.Dengar Eiliya tak makan lagi dia rasa bersalah pulak.Dia hargai sangat pengorbanan Eiliya menjaga dia.
"Awak tu kena makan banyak baru cepat sembuh.Sekarang makan ubat pula."arah Eiliya sebelum menghilangkan diri ke dalam bilik air.Dia mahu menyegarkan diri.
Leon tersandar kekenyangan bersama senyuman yang tidak lekang dari bibir.
"Jangan tidur pula.Isyak dah masuk."kata Eiliya selepas siap mandi.
"Liya pergilah makan dulu.Nanti Liya pulak sakit."
"Saya nak turun bawah dulu.Awak kalau nak apa-apa, panggil."pesan Eiliya sambil memungut mangkuk serta cawan kotor yang telah digunakan Leon dan diletakkan kembali ke dalam dulang.
Leon menghantar pemergian Eiliya dengan senyuman lebar.Tersentuh hati melihat Eiliya bersungguh mahu dia sihat kembali.
Sampai di dapur,Eiliya meletak dulang berdekatan sinki.Di urut lembut dada yang masih berdebar.
Dari dia suap Leon siang tadi lagi dadanya sudah berdebar sakan.Dia sudah cuba tenangkan diri tetapi debaran semakin kuat dan kencang.
Nak pula dengan renungan mata Leon yang berwarna perang itu.Merenung muka Eiliya tanpa berkelip.Lagi sakan berdebar.Mujur Leon tidak dengar.Terpaksa Eiliya berpura bersahaja agar tidak kelihatan betapa gugupnya jantung dia.
Eiliya menyudahkan kerja membasuh mangkuk.Dia hanya minum secawan nescafe bersama beberapa keping biskut.
Sengaja dia melambatkan naik ke bilik.Hampir jam sepuluh baru dia naik.Dia berdoa agar Leon tidur terlebih dahulu.Ternyata doanya makbul.Leon sudah tidur.
Dia segera menunaikan solat Isyak sebelum tidur.
Setelah menukar lampu bilik yang terang ke lampu yang agak malap,Eiliya mendekati katil.
Perlahan dia membaringkan diri di sebelah Leon.Dia cuba pejamkan mata tapi tidak boleh.Mata ni pun satu asyik nak jeling orang sebelah.Nasib orang sebelah dah tidur kalau tak mana nak letak muka.
Mata Eiliya pandang kipas yang sedang berputar.Mata masih tidak mahu tutup.Eiliya cuba mengiring sebelah kanan.Tak jadi bila membelakangi Leon.Teringat betapa berdosa bila isteri tidur membelakangkan suami.Ehh tiba-tiba pulak terlintas nasihat ustaz.Selama ini Eiliya tak ambil kisah pun bila tidur membelakangkan Leon.Bertimpa-timpa dosa.Tapi malam ni terbit perasaan bersalah.Aduhai hati tolonglah jangan macam-macam.
Perlahan tubuh dikalih mengiring ke kiri.Raut muka Leon yang sedang tidur di amati.Terbit segumpal rasa yang sukar di luahkan.Pemandangan yang buatkan diri rasa lebih selesa.
Lama di amati raut wajah Leon.Masih pucat dan keletihan.Tiba-tiba Leon kalih mengiring ke arahnya.Cepat Eiliya pejamkan mata.Di intai sedikit dari celahan mata.Leon masih nyenyak tidur.
Bantal panjang yang dijadikan sempadan,di peluknya.Menutup sedikit muka yang terasa panas.Dia pun tak pasti sebab apa hati dia tiba-tiba berubah menjadi lembut.Sepatutnya dia tidak berkelakuan begini.Eiliya ketap bibir.
Dia paksa juga diri untuk tidur dengan debaran berlagu kencang.Entah bila dia terlelap sendiri setelah lama berperang dengan perasaan sendiri.
*************
"Abang tak sempat nak lawat Leon tadi.Macam mana dengan dia?"tanya Encik Bad.
"Masih demam.Tapi tak apa,Liya ada."Puan Vina senyum.
"Anak awak tu kalau demam,manja kalah budak kecil."runggut Encik Bad.
"Biasalah abang.Liya okey saja layan karenah dia."Terbayang kembali layanan Eiliya pada Leon.Memang Leon bila demam manja sungguh.Mujur Eiliya sanggup melayan.
"Kenapa pulak senyum-senyum ni?"
"Suka saya tengok Leon dengan Liya.Liya memang menantu yang baik.Harap Leon hargai Liya."
"Abang pun harap macam tu.Kita nampak kan Leon sayangkan Liya.Mungkin dulu dia tersilap langkah.Insyaallah kali ni mungkin tidak."
"Harap macam tu lah.Kita doakan yang baik-baik untuk anak menantu kita ya.Semoga cepat cucu kita lahir."
"Amboi sayang ni..Bagi lah peluang Leon dengan Liya berduaan dulu."
"Leon tu bukannya muda lagi.Kalau lah dulu Liya tak gugur agaknya cucu kita pun lahirkan sekarang ni.."sedikit sedih bila teringat kembali.
"Awak ni..tak baik cakap macam tu.Insyaallah ada rezeki mereka nanti.Yang lepas jangan dikenang lagi."pujuk Encik Bad.
"Harap macam tu lah.Tak sabar saya nak jaga cucu."timbul angan-angan Puan Vina.
"Ingat awak sorang saja.Abang pun teringin juga.Kawan abang ramai dah bercucu.."Encik Bad turut berangab.
"Kan abang.Nanti tak lah sunyi rumah kita.Biar ramai cucu seronok kan.."bersinar mata Puan Vina penuh harapan.
"Ya lah Vina sayang..Mana kopi yang abang minta tadi?"
"Eh..lupa pula.Kejap Vina buat."
"Tu lah.Cucu belum lahir lagi,nenek dah nyanyuk.."Encik Bad ketawa kecil.Menyakat isterinya.
"Alaa abang ni..Vina baru sekali terlupa."Puan Vina ikut ketawa sambil menuju ke dapur.Baik dia buat kopi cepat sebelum suaminya terusan mengusik.Encik Bad kalau dah mula menyakat nanti payah nak berhenti.Puan Vina faham sangat akan sikap suaminya.
Share this novel