BAB 13

Drama Completed 49800

EILIYA tepuk dahi sendiri.Dia benar-benar lupa sejak akhir-akhir ini.

Ini memberi peluang untuk Leon sebenarnya.Pada hal tadi sudah beringat mahu mengambil tudung yang telah siap di gosok.

Rasanya tadi Leon sudah keluar dari bilik sebelum Eiliya mandi.Tapi sekarang Eiliya dengar seperti bunyi laci ditutup.Mesti Leon masuk kembali dalam bilik.Eiliya sudah berpesan supaya Leon keluar terlebih dahulu kerana giliran dia pula mahu mandi.

"Leon..awak ker tu?"laung Eiliya dari dalam bilik mandi.

Takut pula nak cakap aku kau.Kang mama Leon yang masuk tak ker kantoi.

"Ya..aku."sahut Leon.

"Boleh tak kau keluar kejap.Aku nak pakai tudung."kata Eiliya.

Leon tersenyum kecil.Tudung Eiliya masih terletak elok di atas katil.

"Keluar saja lah.Bukan aku nak tengok pun.Kau pakai baju ker tak?"tanya Leon sambil gelak kecil.

"Hisy!kau ni..pakai lah!Aku nak pakai tudung pula.Kau keluar kejap saja.Tolonglah.."kata Eiliya separuh merayu.

Dia tidak mahu buat kali kedua Leon nampak rambut dia.

"Ya lah..aku keluar."kata Leon.

Segera Leon melangkah ke pintu.Tombol pintu dipulas.Leon berhenti melangkah.Dia mendapat satu idea.Senyum senget mulut dia.

Dia buka pintu dan tutup kembali.

Eiliya yang dengar pintu dibuka dan ditutup terus keluar dari bilik mandi.

Rambut yang baru di sisir rapi di ikat menjadi sanggul.Kemudian di sarungkan anak tudung.

Segera dia mengambil tudung dan memakainya.Tidak sampai lima minit dia telah siap merapikan tudung.

Saat melihat penampilan diri buat kali terakhir,Eiliya ternampak susuk tubuh Leon di dalam pantulan cermin.

Mata mereka berlaga.

Eiliya tergamam.

"Leon,bila kau masuk?"tanyanya dengan degupan jantung yang agak laju.

"Baru saja."jawab Leon bersahaja sambil menyilang tangan ke dada.Tercetus senyuman kecil di bibir.

"Kau keluar kan tadi?"tanya Eiliya was-was.Curiga dengan sikap Leon.

Leon senyum sambil berjalan mendekati Eiliya yang masih berada di hadapan meja solek.

"Keluar."jawabnya sambil senyum jahat dalam hati.

Pada hal dia bersembunyi di sebalik almari yang kedudukannya agak terlindung dari pandangan.

"Cepat juga kau pakai tudung ya."

Eiliya pandang Leon seperti tidak puas hati.

"Tapi cepat sangat kau masuk.Aku tak dengar langsung kau buka pintu."Eiliya masih ragu.

"Kau tu yang asyik sangat sampai aku masuk pun tak sedar."

Eiliya melogo antara percaya atau tidak.

"Dah la jom kita turun.Nanti lambat nak pergi kerja."ajak Leon.Dalam hati masih senyum teringatkan adegan sebentar tadi.

Leon bersiul kecil.Entah kenapa dia rasa gembira setiap kali bersama Eiliya.Tidak dapat dinafikan kecantikan Eiliya bila tidak bertudung.Dia jadi semakin gian untuk melihat lagi.

Terselit perasaan bangga kerana dia adalah lelaki pertama yang dapat melihat rupa sebenar Eiliya.Walaupun tidak sepenuhnya Eiliya menjadi milik dia.Sekurangnya dia ada hak juga ke atas Eiliya.

Sepanjang hari ini Leon asyik senyum sengih seorang diri.

"Boleh tak tutup mulut.Nanti masuk lalat baru tahu."jelek Eiliya melihat senyuman Leon.Sengih.. senyum.. sengih..itu lah kerja Leon hari ini.

"Senyum pun salah."

"Masalahnya kau senyum sorang-sorang.Kot ya gembira sekalipun tak payah lah senyum macam ni."omel Eiliya.

"Kau tak suka ker aku senyum?"

"Senyum tu biarlah bertempat."

"Aku senyum sebab aku happy sangat."

Eiliya mencebik.Tak tahu apa yang buat Leon gembira sangat.

"Liya...lepas ni kita pergi makan nak tak?"

Eiliya kerutkan kening.Ni mesti dia kena cover date Leon dengan Hana.

"Malas lah aku nak ikut kau pergi dating.."

"Bukan selalu."ajak Leon.

"Kau tak boleh tunggu hari cuti ker?Tadi kan baru jumpa Hana."

"Hana?"gumam Leon perlahan.Dia tak ingat pasal Hana pun.

"Ehh..bukan aku ajak kau makan sebab Hana.Aku ajak kau 'dating' dengan aku.Kita berdua saja."

Eiliya pandang wajah Leon.Tak pernah-pernah Leon ajak makan berdua.Mesti ada sesuatu ni.

"Tak nak lah.Aku nak balik."Eiliya menolak.

"Kejap saja.Lepas makan kita balik lah.."

"Malaslah..aku nakk balik rumah terus.Lagi pun mama kan dah pesan tadi nak makan malam sekali."

"Mama ni potong line pulak.."omel Leon perlahan.

"Apa kau kata?"

"Tak ada apa lah.."Leon sedikit kecewa.

Eiliya tidak peduli.Masam saja wajah Leon.Dia malas mahu melayan karenah Leon.Dibiar saja Leon melayan perasan sendiri sambil mengharungi jalan raya yang agak sibuk di waktu kemuncak.

Lama mereka berdiam sehingga lah Leon teringatkan sesuatu.

"Liya..kalau aku tanya kau jangan marah ya?"

Eiliya buat muka malas.Penat menghadap jem setiap kali waktu pulang."

"Apa dia."

"Lepas ni kita masih kawan lagi kan?"tanya Leon tiba-tiba.

"Kau dah ada Hana buat apa kawan dengan aku lagi."jawab Eiliya spontan buatkan Leon terkedu.

"Liya..aku serius ni."

"Kau ni kan..mestilah kawan.Cuma...mungkin kita ada batasan.Kau kena jaga perasaan Hana sama."

"Aku rasa Hana okay dengan kau.Mesti kita boleh berkawan bertiga."kata Leon penuh mengharap.

"Leon..kau ni masih tak faham hati perempuan.Baik macam mana pun perempuan mesti akan ada rasa cemburu.Aku tak nak jadi masalah antara kau dengan Hana.Lebih baik kita buat hal sendiri."

Wajah Leon terus berubah.

"Tapi Liya..lepas ni tak kan aku tak boleh jumpa kau macam biasa?"

"Buat apa jumpa aku.Kau dah ada Hana.Tak payah cari aku lagi untuk tolong settle masalah kau tu."

"Tak kan nak tanya khabar pun tak boleh?"protes Leon.

"Tak payah lah nak sibuk pasal aku.Tahu lah aku jaga diri.Harap aku pun cepat dapat ada jodoh.."Eiliya ketawa kecil.

Leon jeling sekilas pada Eiliya.Hati dia tidak senang mendengar.Sedikit api cemburu mula menghantui bila terbayang ada lelaki lain dapat melihat Eiliya.Malah lebih dari itu 'si dia' dapat.

"Kau nak kahwin lain ker?"

"Apa punya soalan kau ni.Mestilah.Habis tu tak kan aku nak 'menjanda' sampai ke tua."Eiliya ketawa lagi.

"Kau tak payah kahwin lah.."

"Eh!suka aku lah.Amboi kau dah bahagia dengan Hana.Tak kan aku tak boleh."

"Biarlah kita macam ni.."

Eiliya bulatkan mata.

"Kau ni demam ker?Cakap yang bukan-bukan.Dah la malas aku nak layan.Cepatlah buka pintu ni aku nak keluar."gesa Eiliya.

Leon diam membisu.Dia serius tetapi kenapa Eiliya tidak nampak kesungguhan dia.Butang ditekan.Dia menyoroti tubuh Eiliya yang disambut mesra oleh Puan Vina.Terpancar senyuman kegembiraan diwajah dua wanita di hadapannya.Dia gembira melihat suasana begitu.Keduanya sangat akrab.Tak ubah seperti ibu dan anak.

Andai dia diberi pilihan,dia memilih untuk membahagiakan kedua wanita ini.Tetapi dia sudah mempunyai pilihan lain.Dan dia tidak mungkin berundur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience