EILIYA tidak pedulikan rayuan Leon.Bagi Eiliya, Leon sengaja mahu menyakiti hati dia.Cukup sekali dia terluka dan tidak mahu berulang lagi.
"Liya perasan tak.Anak Tuan Bad makin kerap turun sini.Lepas tu asyik pandang-pandang Liya saja.Ada apa-apa yang Siti tak tahu ker?"
Kuat betul firasat Siti ni.
"Ke situ pulak.Tak ada apa nya.Mata Siti dah rabun teruk agaknya.Nanti buat spek lain."
Siti membelek speknya yang besar ala-ala korea tu.Ikut trend lah kata kan.
"Mungkin la kot.Nanti nak kena buat lain lah.Power makin tinggi pulak."
Lega hati bila Siti tidak bercakap pasal Leon lagi.Kalau tidak sampai ke balik asyik ulang tanya benda yang sama.Mati kutu nak jawab jugak.
Bukan Siti saja perasan,malah Encik Bad sendiri.
"Liya,Leon ada ganggu Liya ker?"tanya Encik Bad.
Eiliya serba salah nak cakap.Takut Encik Bad terasa hati.Ya lah Leon kan satu-satunya anak mereka.Nak mengadu pada Puan Vina tidak sama sekali.
"Tak lah papa."
"Papa pun hairan kerap dia datang sini.Kalau dia ada kacau Liya bagitahu papa.Papa tak nak dia ganggu Liya."
Hakikatnya Eiliya memang stress pun.Ada saja bunga setiap hari landing atas meja.Meja Eiliya dah jadi macam kedai bunga.Kadang Eiliya ambil dan buang dalam tong sampah besar.Bimbang Siti atau yang lain nampak.Tak cukup dengan itu,kereta Liya jadi sasaran.Coklat lah bunga lah.Tak pun makanan.
Nombor dah kena block pun,masih kacau orang lagi.Eiliya pun sampai naik lali dah.Dekat rumah lagi lah,ada saja makanan yang akan sampai depan pintu rumah.Kerja sapa lagi kalau bukan Leon.Sampai sekuriti pun asyik senyum-senyum bila hulur.
"Dia banyak sayang sama you.Hari-hari datang hantar makan.Dekat saya pun dia bagi juga."Patutlah pun awal awal lagi dah kena sogok uncle India ni.
"Liya saya nak ajak awak keluar makan malam ni.Awak free tak?"tanya Hazrul.
"Malam ni boleh.Kat mana nak pergi."
"Nanti saya bagitau.Malam ni saya ambil awak."Hazrul senyum lebar bila Eiliya tidak menolak.
"Okeylah.Nanti awak call saya tau."pesan Eiliya.
Eiliya baru saja sampai di hadapan rumah.Saat terpandang cermin tengah dalam kereta,baru dia perasan kereta hitam berhenti di belakang keretanya.Kenal sangat kereta siapa.Sengaja Eiliya tidak mahu keluar dari kereta lagi.
Leon keluar dan berdiri di tepi pintu kereta Eiliya.
Cermin kereta Eiliya diketuk perlahan.Eiliya terpaksa turunkan sedikit cermin.
"Assalamualaikum.."tuturnya sambil tersenyum manis.
Eiliya sudah merengus.Kesal tidak perasan akan kereta Leon yang mengekorinya hingga ke rumah.Kalau tahu tadi dia nak melencong ke arah lain.
Salam Leon Eiliya hanya jawab dalam hati.Berat rasa nak keluar dari kereta.Leon tak reti nak mengalah ker.Dah macam tak ada kerja dekat ofis tu.Sanggup datang hari-hari nak jumpa Eiliya.
"Ada apa lagi?"soal Eiliya sedikit rimas.
Leon masih senyum.
"Nak ajak Liya dinner.Jom..."kata Leon sambil cuba membuka pintu kereta Eiliya dari luar.
Eiliya sudah garu dahi.
"Encik Leon..tolonglah.Saya minta satu saja.Jangan cari saya lagi!Encik Leon ni dah pekak ker apa.Saya tak nak ada kaitan dengan Encik Leon lagi!"
"Saya nak ajak Liya makan saja."
"Saya tak nak.Saya nak rehat.Saya penat.Awak tak reti penat ker hari-hari datang ofis saya.Sampai sini awak datang.Hantar bunga makanan bagai.Saya tak nak semua tu.Awak boleh tolong jangan ganggu saya lagi."Eiliya cakap elok-elok.Marah-marah pun bukan Leon kisah, lagi suka adalah.
"Kali ni saja.Tolong teman saya makan."Leon cuba memujuk Eiliya.
"Tak nak.Tunang Encik Leon kan ada.Kenapa nak ajak saya pulak."Eiliya tayang muka bosan.
"Dah lama kita tak makan berdua.Untuk kali ni saja saya minta."jawab Leon selamba.
"Hisy..susah lah macam ni."rungut Eiliya.Tak faham bahasa betoi.Memaksa saja kerja Leon.
"Saya nak ajak makan saja bukan teman saya tidur ker apa.Lepas makan kita balik."pujuk Leon lagi.
Eiliya jeling tajam pada Leon di luar kereta.
"Saya tak nak nanti ada masalah antara awak dengan Hana.Nanti orang cakap saya goda tunang orang ker apa..Lagipun saya tak nak lah tunang saya terasa hati."
"Siapa?Hazrul?"Leon naikkan kening.
Laju Eiliya angguk.
"Saya dah siasat.Liya belum bertunang lagi dengan dia atau sesiapa.Jadi Liya masih solo."
"Dia bakal tunang saya.Kenapa Encik Leon nak peduli saya dah bertunang ker belum!?Itu hal peribadi saya,awak tak perlu tahu."
Terus terdiam Leon.Maknanya betul Eiliya akan bertunang dengan Hazrul.Dia tak akan benarkan.Sedaya upaya dia akan cuba menghalang.
"Untuk kali terakhir boleh tak kita makan bersama?"pinta Leon lagi tanpa mahu mengalah.
Eiliya mengeluh.Leon buat muka sedih.Masih mengharap.
"Please Liya..."rayunya lagi.
Sejenak Eiliya berfikir.Tadi dia sudah berjanji dengan Hazrul.
"Saya tak boleh.Saya dah ada janji malam ni."
"Liya kali ni saja.Mungkin lepas ni saya tak ganggu awak dah."
Untuk kali keberapa Liya asyik mengeluh.
"Saya tunggu Liya dekat sini."Leon terus duduk di kerusi laman.Masih berkeras.Menanti Eikiya keluar dari kereta.
Eiliya terpakasa matikan enjin kereta dan keluar.Nampaknya Leon tidak mahu mengalah.
"Baiklah.Saya ikut dari belakang."Eiliya terpaksa mengalah.Mungkin kali ini dan terakhir.Lepas ini dia harap tak ada gangguan dari Leon lagi.
"Naik dengan saya lagi cepat.Cepat makan cepat balik."kata Leon.Sedikit senyuman mula terbit di bibir.
Mula Eiliya nak protes tetapi melihat wajah sugul Leon dia terpaksa turutkan juga.
"Awak ni sengaja kan.Sampai bila awak nak macam ni.Kali ni saja saja keluar dengan awak.Lepas ni jangan ganggu saya dah..awak tunggu sini.Saya nak tukar baju dulu.."Eiliya terus masuk dan mengunci pintu.
Leon senyum dalam hati.
Terpaksa jugak Eiliya naik kereta Leon.Wajah Leon yang tadi mendung berubah ceria.Eiliya hanya mendiamkan diri.Lepas ini dia akan minta Leon berjanji agar tidak menganggu hidup dia lagi.
Sempat dia menghantar pesanan pada Hazrul untuk membatalkan temujanji mereka.Kebetulan Hazrul juga ada hal.Jadi tak adalah sangat Eiliya rasa bersalah.
"Mesej siapa tu?"tanya Leon.Dari tadi dia tengok Eiliya gelisah sambil menaip sesuatu di henfon.
"Kawan saya."jawab Eiliya ringkas.
Leon hanya mengangguk.Dalam hati dia dah cukup gembira bila dapat berduaan dengan Eiliya.
Sampai di hadapan hotel,Eiliya rasa kakinya berat untuk melangkah masuk.Banyak tempat makan lain dekat hotel juga Leon nak bawak dia.Dah la tempat tertutup.Was-was pula nak masuk.
"Kenapa berhenti?"tanya Leon bila Eiliya berhenti melangkah.Teragak untuk masuk.
"Tak boleh makan dekat tempat lain ker?"muka Eiliya dah cuak.
"Sini privasi sikit."jawab Leon.
"Saya rasa tak selesa."jawab Eiliya berterus terang.
"Come on Liya...kita nak makan saja pun.Saya nak kita rasa selesa berbual."
Eiliya sedut nafas sedalamnya sebelum meneruskan langkah.Leon hulurkan tangan mahu memimpin Eiliya namun Eiliya tidak menyambut.Gila nak sambut.
"Maaf..."ucap Leon sedar akan keterlanjurannya.
Mereka makan di sudut yang paling privasi.Agak terlindung dari pintu masuk.Mungkin Leon juga tidak mahu tunangnya nampak.Itu yang Eiliya fikirkan.
Sikap Leon sangat pelik.Layanan pada Eiliya semakin baik.Hingga Eiliya rasa seperti hubungan mereka masih seperti di masa lalu.Hubungan sebagai seorang sahabat.
Leon siap tolong potong kepingan daging dalam pinggan Eiliya lagi.Memang sikap Leon sangat lain dan terlebih prihatin terhadap Eiliya.
"Saya nak awak janji lepas ni jangan ganggu saya dah."kata Eiliya mengingatkan Leon.
Leon hanya senyum segaris tanpa mengaku apa pun.
Tak larat Eiliya nak elak dah.Pandangan mata Leon sentiasa pada dia.Meneroka setiap inci wajah Eiliya.Biar dia tengok puas-puas lepas ni harap dia kotakan janji dia.
"Kenapa tak habiskan air tu?"tanya Leon.
Eiliya menolak.Perut pun rasa kenyang sangat.Macam-macam yang Leon pesan.Leon pun macam Puan Vina asyik nak bagi dia makan.Kurus sangat ker dia.
"Dah kenyang."jawab Eiliya.Kepala pula rasa sedikit pening.Mungkin kesan makan terlalu banyak sangat.Leon lah ni.Apa yang dia makan semua dia nak kongsi dengan Eiliya.Dah tolak tapi tak jalan.
"Sakit kepala ker?"tanya Leon bila lihat jari Eiliya naik memicit kepala.
"Makan banyak sangat."jari memicit-micit kepala.Tiba-tiba saja rasa sakit dan pening.
"Nah minum air sikit."
Eiliya tidak menolak.Dia sedut jus oren di gelas panjang yang tinggal separuh penuh hingga habis.
"Dah,jom kita balik."ajak Leon.
Eiliya membetulkan langkah kakinya.Pandangan mata semakin berpinar.Dia rasa dunia sekeliling berputar.
"Leon.."panggil Eiliya antara dengar dan tidak.Suaranya sudah tenggelam.
Dia hampir jatuh ke lantai.Ada tangan yang menyambut tubuhnya dari terhempas.Kemas pelukan dipinggangnya.
"Liya...Liya..."suara Leon yang nemanggil namanya ikut kedengaran perlahan.
Terus Eiliya tidak sedarkan diri.
**************
Bahu Eiliya terasa ditepuk beberapa kali.Terdengar namanya di seru.
"Liya...Liya...Liya sayang...bangun.."suara yang memanggil kedengaran dekat di telinga Eiliya.
Perlahan Eiliya buka mata.Terasa berat.Kepalanya juga begitu.Benda pertama yang dia nampak adalah Leon.Terpampan wajah Leon di hadapan mukanya.Leon tersenyum nipis.
Tangan Eiliya naik memicit dahi.Masih rasa pening.
"Saya kat mana?"tanya Eiliya dengan suara masih lemah dan serak.
"Liya tak ingat apa yang jadi semalam?"
Soalan Eiliya dibalas soalan dari Leon.
Eiliya cuba bangun untuk bersandar.Dipandang sekeliling.Bukan katilnya malah bukan juga biliknya.Tudung di kepala di raba.Hilang.
Eiliya dah panik.Cemas.
"Leon apa semua ni!?Saya kat mana!?"semakin cemas bila baju yang dipakai tidak sama dengan baju semalam.Ya dia masih ingat.
Leon duduk di sisi Eiliya.Baru Eiliya perasan Leon hanya berkain tuala dan tidak berbaju.Rambutnya masih basah.Malah ada titisan air pada tubuhnya.
Jantung Eiliya makin mengepam kuat.
"Leon!Apa semua ni?Saya kat mana!?"
Eiliya mahu turun dari katil.Tetapi pantas Leon menghalang.
"Liya dengar dulu.Semalam Liya pengsan.Jadi saya tak ada jalan lain.Saya bawak Liya naik ke bilik."
"Hah!?pengsan?macam mana boleh jadi macam tu.Awak letak apa dekat makanan saya!?"marah Eiliya.Turun naik dadanya.Berdebar.Hilang sudah pening di kepala.
Eiliya makin naik angin.Nak menangis semua ada.Kelam kabut dia turun dari katil.
"Liya jangan tuduh saya macam tu.Saya jaga Liya sepanjang malam.Liya tak sedarkan diri."
"Kenapa tak hantar saya pergi hospital saja.Tak pun call Hazrul."
Muka Leon sedikit berubah bila nama Hazrul meniti di bibir Eiliya.
"Kita dah...."
"Cukup Leon!Saya percayakan awak ini yang awak balas."Eiliya mula menangis teresak.Tak sanggup mahu mendengar apa yang mereka lalui semalam.
"Liya..benda dah jadi.Saya akan bertanggungjawab pada Liya.."
"Sampai hati awak kan Leon.Sekali lagi awak dah musnahkan hidup saya!"Eiliya terus menangis.
Leon mahu memeluk Eiliya dan menenangkan dia.Kasihan Leon tengok Eiliya menangis begitu.Pantas saja tangan Eiliya menepis dengan laju.Sedikit tertolak tubuh Leon.
"Puas hati awak kan Leon!?Dua kali hidup saya musnah sebab awak!Saya benci awak,Leon!!!"
Terus Eiliya masuk ke dalam bilik mandi bersama baju dan tudung di tangan.Dia menangis semahunya di dalam.Dia rasa jijik bila baju yang melekap ditubuhnya bukan milik dia.Entah berapa lama dia duduk di dalam bilik mandi.Menangis semahunya.Sekali kagi maruahnya tercalar.Kali ini lebih teruk.
Buka saja pintu,Leon sudah mennati di hadapan pintu bilik mandu.Sudah lengkap berpakaian.Laju Eiliya berjalan mencapai telefon bimbit di atas meja kecil berhampiran.Tidak dipedulikan renungan mata Leon yang sedang memandangnya.
"Liya,awak nak call siapa tu?"
"Saya nak suruh Hazrul ambil saya."
Cepat sahaja Leon rampas telefon di tangan Eiliya.
"Liya nak dia tahu yang Liya tidur dengan saya semalam?"kata Leon.
Terus Eiliya terduduk di birai katil.Dia menangis lagi.Mukanya merah.
"Jom saya hantar Liya balik.Kita kena fikirkan apa yang patut kita buat lepas ni.Saya takut Liya....mengandung..."seius Leon berkata.
Kata-kata Leon mematikan segala urat saraf Eiliya.Leon memang sengaja memerangkap dia.Leon masih macam dulu.Mengambil kesempatan atas diri Eiliya.
Sesungguhnya dia benci lelaki ini!Dia benci Leon Maalikkkk!
Share this novel