BAB 21

Drama Completed 49800

EILIYA yakin perasaannya pada Leon bukan hanya bertepuk sebelah tangan.Leon juga sayangkan dia.Dia tersenyum sendirian mengenangkan kenangan semalam.Dia akui sudah jatuh cinta dengan Leon sejak peristiwa di rumah papanya lagi.Leon bertindak sebagai penyelamat di saat Eiliya di fitnah oleh mama.

Sekarang dia bertambah yakin Leon juga mencintai dia.Eiliya tersenyum bahagia.Mukanya terasa panas.Ya dia cintakan Leon.

Setelah mandi dan mengemas katil,Eiliya turun ke bawah.Eiliya masih tercari akan kelibat Leon.Namun hampa bila melihat kunci kereta Leon tiada di tempat biasa.

Melihat kereta Leon tiada di luar rumah,Eiliya pasti Leon sudah keluar.Mungkin Leon ada urusan penting yang perlu diselesaikan walaupun hari ini mereka tidak bekerja.

Eiliya meraba bibirnya lagi.Kali pertama dia membiarkan Leon mencium dia.Pipi Eiliya yang tidak pernah disentuh sesiapa dihujani ciuman bertalu dari Leon.Dia telah menyerahkan segalanya pada Leon.Tiada erti sesal bila diri sendiri ikut terbuai dengan rentak Leon.

Masih terasa kehangatan tangan Leon membelai tubuhnya hinga terkulai layu di sebelah tubuh Leon.Segalanya berlaku dengan pantas tetapi setiap inci terselit di dalam fikiran Eiliya.Dia tidak lagi perlu menyembunyikan perasaannya pada Leon.

Semuanya telah terbukti semalam.Eiliya yakin Leon juga mencintai dia.Masih terngiang bisikan Leon di telinga.Masih terasa setiap sentuhan Leon.Masih terasa kehangatan cinta semalam.

Sepanjang hari bibir Eiliya menguntumkan senyuman masih terkenangkan peristiwa semalam.Senyuman di bibir dan lirikan mata Leon telah memukau dirinya untuk merelakan.Dia akur terbuai dalam keasyikan semalam.

Sementara itu,Leon keluar di awal pagi.Kebiasaannya di hujung minggu Leon masih bermalasan di atas katil.Tapi semalam adalah perkara pertama yang berlaku dalam hidup dia.Dia tidak boleh kawal lagi kemahuannya untuk memiliki Eiliya.Terbukti dia lebih hebat dari lelaki lain yang mendampingi Eiliya.Itu hak dia sebagai suami kenapa mesti dinafikan.

Dia terjaga lebih awal dari Eiliya.Muka Eiliya yang sedang tidur di amati.Eiliya cantik sempurna malah terbukti gadis itu masih suci sehinggalah dia yang meragutnya.

Dia telah meniduri Eiliya dengan kerelaan.Terbayang muka Eiliya yang malu-malu.

Semalam dia yang mula merayu dan mencumbui Eiliya hingga dia terlupa akan masalah sebenarnya.
Dia terpesona akan kecantikan Eiliya.Dalam baju tidur separa betis,Eiliya kelihatan sangat menarik dan menimbulkan keinginan yang satu itu.

Tubuh Eiliya terasa hangat dalam pelukan dia walaupun dia dapatkan rasakan tubuh itu sedikit menggigil.Setiap inci tubuh Eiliya dia mahu sentuh.Tak tahu kenapa semalam dia begitu bernafsu terhadap Eiliya.Dia tidak dapat mengawal lagi.

Kali pertama dia mencium bibir seorang perempuan.Keterujaannya makin bertambah.Malah tidak dapat di tahan lagi.Rambut Eiliya yang wangi disedut sedalamnya.Dia sudah khayal.

Bau serta bentuk tubuh badan Eiliya begitu memukau dirinya.

Rayuan Eiliya bertukar menjadi kerelaan apabila dia berjaya menyakinkan Eiliya.Apa yang ada dalam kepala dia hanyalah keinginan penuh nafsu yang tidak dapat ditahan lagi.

Bukan dia tidak sedar tangan Eiliya yang kerap menolak dan menepis.Tetapi dia tidak mahu mengalah.Terbayang wajah Hazrul yang tersenyum pada Eiliya.Dia makin cemburu.Dia mahu membuktikan yang dia lebih berhak memiliki Eiliya.

Mata mereka bertentangan dan Leon mengambil kesempatan membisikkan khalimah cinta serta keikhlasan kasih sayang untuk gadis itu.Saat tangan Eiliya turut membalas pelukan,dia tidak menunggu lama.Dengan tindakan yang berani dia dapat menakluki gadis itu.

Leon berasa lega kerana dia telah berjaya menawan Eiliya.Dan dia lelaki pertama bukannya Hazrul!

Sekarang timbul pula rasa bersalah.Dia baru tersedar yang dia tak sepatutnya meniduri Eiliya.

Kalau Hana dapat tahu macam mana.Dia masih menyintai Hana.Dia masih berharap Hana akan kembali padanya.Tak mungkin dia dapat lupakan Hana dalam sekelip mata.

Leon gelisah.Helaan nafas berat dilepaskan.

Seharian Eiliya menunggu Leon pulang namun masih tidak muncul.Telefon pun Leon tak angkat.Dia risau jika ada sesuatu menimpa Leon.Gelisah dia menanti sehingga tertidur di atas sofa.

Saat pintu dibuka Eiliya ikut terjaga sambil mengenyeh kedua belah biji mata.Dia lemparkan senyuman pada Leon yang kelihatan sugul dan teragak-agak untuk masuk.

"Leon."panggil Eiliya.

"Kau tak tidur lagi?"tanya Leon.

"Belum.Pergi mana tadi?Call pun tak dapat."

"Keluar.Tenangkan diri."

Leon mengeluh panjang sebelum mengatur bicara.

"Liya... aku minta maaf.. pasal semalam.Aku tak sepatutnya..."ucap Leon penuh kekesalan.

Eiliya yang baru rasa kebahagiaan menarik balik senyuman.Apa maksud sebenar Leon?

"Aku bergaduh dengan Hana dan dia putuskan hubungan kami.Aku kecewa sangat.Aku tak tahu kenapa aku cari kau.Aku rasa bersalah sangat pasal semalam.Aku tak sepatutnya buat begitu pada kau."katanya lagi sambil meraup muka.Rambut pun kelihatan kusut.

Terus berubah muka Eiliya.Maksudnya semalam Leon mendatangi dia tanpa sengaja!Dan dia....

Terus darah menyerbu ke muka.Malu yang teramat.

"Aku masih cintakan Hana.Maafkan aku Liya...."ucapnya lagi.

Eiliya rasa mahu meraung saja di situ.Leon boleh cakap macam tu.Maknanya semalam...tak bawak apa-apa erti pada Leon.Tapi segala ucapan dan kata-kata manis Leon adalah tipu belaka!

"Aku tahu Hana merajuk dengan aku.Aku kecewa dengan dia.Tapi aku tahu dia akan kembali jua pada aku.Kau tahu kan aku dengan dia dah lama bersama.Mana mungkin aku boleh lupakan dia...."luah Leon tanpa sikit pun rasa bersalah pada Eiliya.

Hati Eiliya ibarat tergores dengan belati.Disiat-siat hingga berdarah.Leon masih sayangkan Hana..cintakan Hana.Jadi siapa Eikiya dihati Leon?Tak ada makna!

"Aku minta maaf sangat pada kau Liya.Aku tak tahu macam mana nak cakap lagi.Semalam adalah kesilapan aku.Bagi aku ruang dan masa untuk fikirkan cara untuk selesaikan.Aku dah buntu."katanya sambil meraup kasar rambut ke belakang.

Eiliya hanya diam tidak berkutik.Dia benar-benar terluka dan kecewa.Kerana semalam dia telah hilang segalanya.

"Aku minta maaf.."ucapnya sekali lagi sebelum berlalu pergi.

Eiliya masih berdiri kaku di situ.Hati dia menangis.Rasa mahu menjerit sekuat hati.Leon telah merampas kesucian dirinya dan sekarang Leon seperti menganggap itu hanya satu kesilapan.

Eiliya berasa malu yang teramat sangat.Malu kerana cinta dia hanya bertepuk sebelah tangan.Dia sudah sayangkan Leon sepenuh hati.Remuk rendam dihati bila fikirannya meleset sama sekali. Leon tidak cintakan dia.Leon masih cintakan Hana.Leon tetap jua memilih Hana dari dia!

Hati Eiliya berkecai-kecai.Dia menangis seorang diri.Hati dia sudah tidak tahan lagi.Menangis meratap meraung sekuat hati macam mana pun kesucian diri tidak akan kembali.

Kini dia berasa menyesal.Patutnya dia bertegas menolak segala kemahuan Leon semalam.Tetapi apa kan daya dia turut tewas dalam melayan hawa nafsu.Dia ingat Leon benar-benar ikhlas ternyata Eiliya hanya tempat Leon melepaskan keinginan diri.

Betapa bodohnya diri kerana mempercayai bisikan cinta dari Leon.

Nampak sangat Leon seperti mahu mengelak dari Eiliya.Sejak kejadian malam itu,Leon banyak diamkan diri.Mereka bercakap hanya bila perlu.Itu pun berkaitan dengan kerja ataupun hal keluarga mereka.Jauh sekali tentang hati dan perasaan.

Di rumah,Leon buat seperti Eiliya tidak pernah wujud.Bila Eiliya ada di dapur,Leon akan ke ruang tamu.Bila Eiliya menonton tv,Leon akan terus naik ke bilik.Tiada lagi gurauan mesra dari Leon.Leon benar-benar menyisihkan Eiliya dari hidup dia.

Bila di pejabat pun begitu.Leon melayan Eiliya seperti orang asing.Mereka seperti orang asing yang tidak pernah berkongsi apa-apa.

Dalam diam Eiliya menangis hiba.Pilu dihati.Sakitnya di hati hanya Allah saja yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience