Bab 47

Drama Completed 49800

"EILIYA..jom saya hantarkan."pelawa Hazrul.Dia terdengar Eiliya berbual dengan Siti tadi.

"Eh tak apa.Saya naik grab."jawab Eiliya.

"Tak payah la.Lagi pun ada benda saya nak cakap pada awak."

Eiliya berfikir sejenak,mungkin Hazrul ada penting nak cakap dan dia terus bersetuju.Nasib dia belum membuat tempahan perkhidmatan grab lagi.

"Terima kasih sudi tumpangkan saya."ucap Eiliya sebaik masuk ke dalam kereta milik Hazrul.

"Tak ada masalah.Satu jalan juga."Hazrul senyum manis.

"Nak tumpang Siti tadi.Last minit dia ada hal pulak."beritahu Eiliya.Pada hal Hazrul dah tahu pun.Tertunggu juga apa yang Hazrul ingin sampaikan.Sudah separuh perjalanan mereka.

"Saya ada benda nak cakap dengan Eiliya."akhirnya Hazrul memulakan.

"Ada apa tu?"tanya Eiliya.Masih tertanya mengenai hal apa.

"Sebenarnya saya..dah lama suka kan Eiliya.Tapi tu lah tak sangka tiba-tiba ada orang lain sudah mendahului saya.Tak sempat saya nak luahkan perasaan pada Eiliya.."Hazrul pandang Eiliya sebentar.

Eiliya di sebelah sudah terkedu.Hazrul ada hatinya pada dia.Sejak bila?Tak tahu kah Hazrul sebelum ini dia sudah bergelar janda.

"Hazrul,saya minta maaf.Saya tak ada niat nak buat awak kecewa atau apa pun.Saya minta maaf sekali lagi.."Eiliya rasa dia perlu minta maaf kerana telah mengecewakan Hazrul.

"Nak buat macam mana kan..dah orang tak sudi.Siapa lah saya ni.."kata Hazrul merendah diri dan kecewa.

"Bukan macam tu Hazrul.Saya tak layak pun untuk awak.."Eiliya tarik nafas pendek.

"Bukan Eiliya yang tak layak tapi saya yang tak layak untuk Eiliya.."suara Hazrul kendur tenggelam bersama perasaan sendiri.

"Awak tak akan faham,Hazrul.Saya bukan seperti apa yang awak sangka.Saya dah pernah jadi.."

"Janda?Saya tahu semua tu Eiliya.Dulu awak pernah berkahwin dengan Encik Leon kan.Saya tahu semuanya pasal awak,pasal Encik Leon bertunang."

Eiliya tidak terkejut sangat.Tak mustahil hal dia dan Leon sudah diketahui umum.Terutamanya rakan sekerja di syarikat Leon.

"Hazrul,saya minta maaf.Awak carilah perempuan yang lebih sesuai dengan awak."

Hazrul mengeluh kecil.

"Saya tak pandang pun status awak,Eiliya.Saya ikhlas suka kan awak.Tapi tak sangka awak pilih dia."

Eiliya telan liur.Mana mungkin dia mahu menceritakan hal sebenar bagaimana dia boleh berkahwin semula dengan Leon.Taktik licik Leon untuk memerangkap dia.

"Bukan macam tu..Awak tak akan faham situasi saya macam mana."keluh Eiliya.

"Jujur saya cakap yang saya masih ada hati pada awak,Eiliya.."Hazrul pandang muka Eiliya sesat dua.Ketika itu kereta sudah berhenti di hadapan rumah milik Leon.

"Hazrul,tolong jangan macam ni.Kita dah kenal lama.Saya tak selesa bila awak cakap macam ni.Lagipun saya tiada yang istimewa.Awak carilah orang lain.Jangan tunggu saya lagi.."

"Saya faham Eiliya.Saya dah cuba buang perasaan saya pada awak tapi tak boleh."Hazrul kalih pandang pada Eiliya yang sudah bersedia mahu keluar dari kereta.

"Hazrul...saya masih isteri dia."kata Eiliya.Dia tidak mahu memberi Hazrul harapan.Kalau sebelum ini dia tahu awal akan perasaan Hazrul pada dia,mungkin jalan cerita tidak jadi seperti ini.Tapi...dia tak rasa seperti apa yang Hazrul rasa.Ahh!perasaan sayang dan cinta boleh dipupuk.

"Silap saya kan.Lambat bertindak..kan awak dah disambar orang."Hazrul pura ketawa kecil menutup kekecewaan di hati.

"Awak kena tahu yang saya dan dia...."

Belum sempat Eiliya mahu menghabiskan ayatnya, cermin kereta di sebelah Eiliya di ketuk.Keduanya segera menoleh.

Leon.Tengah berdiri dengan muka sedikit serius.

Eiliya sedikit tergamam begitu juga dengan Hazrul.Hampir sereyat darah di mukanya.Tapi tidak lama.Dia tak ada buat salah apa pun.Buat apa nak takut pada Leon.Awal pula Leon sampai.Entah berapa lama Leon melihat mereka berduaan dalam kereta.

Kedua mereka segera keluar dari kereta.

"Encik Leon."Hazrul hulurkan tangan pada Leon dan di sambut seperti biasa.Hanya senyuman nipis di bibir Leon.

"Terima kasih tolong hantarkan wife I."kata Leon.

"Tak ada masalah.Satu haluan juga."Hazrul nak senyum pun macam takut-takut.Genggaman tangan Leon tadi terasa sedikit keras dari biasa.

Eiliya masih berdiri di sebelah Hazrul.Leon tarik perlahan tangan Eiliya supaya berdiri di sebelahnya.Pinggang Eiliya di paut erat.

"Terima kasih,Hazrul."ucap Eiliya.Mata dia sempat mengisyaratkan agar Hazrul segera pergi.

Hazrul hanya membalas dengan senyuman.Entah faham atau tidak.

"Saya minta diri dulu.."kata Hazrul.Sakit mata dan hati melihat Leon memeluk pinggang Eiliya.

"Ehh.. tak nak masuk dulu ke.Boleh borak-borak lagi."pelawa Leon.Tetapi lebih kepada sindiran.

"Tak apa lah Encik Leon.Lain kali saja."Hazrul pandang Eiliya sekali lagi.Dia tahu sukar untuk dia bersama Eiliya.Eiliya adalah hak Leon.Tengok saja renungan mata Leon seolah mahu 'membunuh' dia.

"Bye Hazrul."kata Eiliya sambil melambai kecil.Dapat dirasakan tangan Leon dipinggangnya diperketatkan.Petanda amaran tu.

Selepas kereta Hazrul hilang dari pandangan terus Eiliya tepis tangan Leon dengan kasar.Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah tanpa menunggu Leon.

Tidak dipedulikan akan renungan tajam Leon.

Eiliya terus masuk ke bilik dan membersihkan diri.Selesai solat Maghrib, dia berbaring di atas katil bagi merengangkan segala urat sarafnya.Harap jangan sampai tertidur.Takut lebur satu waktunya.

Leon tiba-tiba masuk dan bercekak pinggang.Eiliya berpura tidak nampak dan berpura membelek henfonnya.

"Kenapa balik dengan dia?"soal Leon sambil berdiri sebelah katil dengan renungan yang sama macam tadi.Tajam dan..menakutkan.Tapi Eiliya buah tak endah dengan renungan itu.

"Saya nak call grab tadi.Dah dia ajak tumpang,saya naik lah."jawab Eiliya malas dan masih berbaring.Mata masih di henfon walaupun dari ekor mata dia nampak Leon masih memandangnya.

"Kan abang dah pesan."Leon cuba kawal suara dari naik satu oktaf.

"Tumpang balik saja pun bukan pergi mana."jawab Eiliya bersahaja.

Dah agak mesti Leon akan soal siasat dia macam-macam.Macam besar sangat kesalahan dia.Tumpang kereta pun tak boleh.

"Abang tak suka Liya rapat dengan dia."kata Leon berbaur peringatan keras.

Eiliya berdecit.

"Salah ker dia tolong hantarkan saya balik.Lagipun jimat..tak payah keluar duit."jawab Eiliya.Jawapan yang diberikan seolah menjerut leher sendiri.Tapi dia tak kisah,biar Leon naik angin.Lepas tu Leon akan mula bencikan dia.Cepat sikit Leon lepaskan dia pergi.

"Abang lagi suka Liya naik grab tadi dari tumpang orang.Liya sengaja tak nak faham kan.Abang cemburu."Leon berterus terang.

Eiliya cebik mulut.Cemburu?Leon cemburu.Nak tergelak pun ada.Dulu tak ada pun..Eiliya masih nak samakan dengan dulu .

"Abang nampak tadi.Lama Liya dengan dia dalam kereya.Sembang apa tadi?"Leon mahu tahu.Sebab dia nampak seolah Hazrul berkata sesuatu pada Eiliya buatkan Eiliya terkedu.

Eiliya juling biji mata ke atas.Semuanya Leon nak tahu.

"Tak ada apa lah.Kami sembang kosong saja."jawab Eiliya.Tak penting pun untuk Leon tahu.

"Abang berhak tahu.Liya isteri abang!"bentak Leon.Suaranya sedikit keras.Terus Eiliya bangun dari pembaringan dan duduk.

"Kenapa awak nak marah?Tak ada kena mengena dengan awak pun."Eiliya lawan pandang mata Leon.Mata mereka berdua seolah sedang bertarung.

"Sebab abang ada hak lah abang nak tahu dia cakap apa.Dah tolong hantar tu cepat lah blah.Tak payah sibuk nak sembang lama-lama ker apa.Dia tak tahu ker Liya ni isteri orang!"Leon sedikit marah.Eiliya menyebelahi Hazrul.

"Awak ni dah kenapa?Nak marah-marah orang pulak.Nak tahu sangat kan,dia cakap apa.Dia cakap suka kan saya.So awak nak buat apa?"Geram Eiliya bila Leon mahu tahu sangat.Sekarang biar dia berterus terang.Mana tahu Leon berubah fikiran dan melepaskan dia.

"Abang dah agak dah..Liya, boleh tak jangan layan dia lagi."suara Leon yang tadi tegang kembali kendur.

"Habis tu awak nak saya tutup mulut tak payah cakap dengan dia."

"Ya memang macam tu abang nak.Tak payah cakap terus dengan dia lagi bagus."cadangan Leon buatkan mata Eiliya terbuka luas.Terus dia bangun berdiri di sisi katil.

"Tak nak!Saya akan cakap juga dengan dia."Eiliya berani menentang mata Leon.

"Abang tak nak tengok Liya rapat lagi dengan dia."kata Leon lagi.

"Apa ni Leon!Semuanya tak boleh.Awak tak boleh kontrol hidup saya!"Eiliya naik angin.Dia tak puas hati bila Leon mahu campur tangan urusan peribadi dia.

"Abang tak nak Liya rapat dengan dia.Ramai lagi perempuan dekat ofis tu,kenapa dia nak Liya juga."Leon tidak sembunyi lagi akan rasa cemburunya.Biar Eiliya tahu yang dia begitu sayangkan Eiliya.

Tapi Eiliya salah faham.

"Awak sengajakan.Baru saya tahu tujuan awak kahwin dengan saya sebab awak nak kontrol hidup saya!Best kan jadi suami.Boleh kontrol hidup orang perempuan sesuka hati!"Eiliya bertambah marah.Ingat Leon sorang boleh marah,dia pun boleh!

"Liya..dengar sini.Abang sayangkan Liya.Sumpah abang rasa cemburu bila Liya rapat dengan lelaki lain.Bukan sekarang saja tapi sejak dulu.Cuma masa tu abang masih keliru dengan perasan sebenar abang."

"Awak tak boleh halang saya.Saya tetap akan jumpa dengan Hazrul!"Eiliya tidak mahu mengalah.Dia nak bagi Leon marah tapi terbalik sekarang ni.Leon sudah bertenang dan dia...macam puting beliung mahu berputar dan memusing semua benda di sekeliling terurama Leon!

Leon terus memandang Eiliya.Eiliya sengaja mencabar dia seolah Leon tidak punya hak pada Eiliya.

Dengan sekali sauk tubuh Eiliya yang berdiri ditepi katil terus di humban ke atas tilam.Melantun sedikit tubuh Eiliya namun tidak kuat bila Leon naik ke atas katil.

"Leon apa ni!Lepaskan saya!"jerit Eiliya bila kedua belah tangannya di tekan kuat ke tilam.Dia cuba melawan namun jari jemari mereka pula bertaut kemas masih ditekan ke tilam.

Mula lah berpeluh dahi Eiliya.Rasa takut mula menjalar.Tadi berani sangat.Anak mata Leon tepat memandang ke dalam mata Eiliya.Leon dalam posisi di atas badan Eiliya.Belum sepenuhnya tubuh Eiliya ditindih.

"Leon!Lepas lah!Awak nak buat apa hah!?saya jerit nanti!"Eiliya sudah tercungap ketakutan.Risau Leon bertindak di luar kawalan.Malam itu sudah terbukti tiada apa yang berlaku tapi malam ini dia berasa tidak selamat.

"Jeritlah kuat-kuat.Bukan ada orang nak tolong pun."Leon berkata dalam nada perlahan.Tercetus senyuman di ulas bibirnya.Eiliya makin kecut.

"Sayang tanya apa tadi?Abang nak buat apa..buat yang suami isteri patut buat..."Leon senyum sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Eiliya yang resah gelisah.

"Awak jangan macam-macam.Saya cakap lepas..lepaslah!"Eiliya berusaha meronta namun gagal.

"Sayang marah-marah macam ni lagi lah buat abang bertambah..hmmmm...abang rasa tak sabar nak kan sayang.."bisik Leon ke telinga Eiliya.Makin Eiliya bertambah kecut perut.

"Leon..tolong jangan ulangi kesilapan yang sama.Hubungan kita langsung tanpa perasaan.."suara Eiliya kendur bersama esakan kecil.

"Abang sayang dan cintakan Liya.Abang perlukan sayang..."Leon renung ke dalam mata Eiliya.

"Perasaan saya dah lama mati untuk awak."Eiliya menangis teresak.

"Abang tahu.Liya masih terluka.Izinkan abang rawat hati Liya.Abang janji akan bahagiakan Liya.."ucap Leon sambil mengelap airmata Eiliya yang mengalir turun.

Eiliya pejamkan mata seketika.Ikatan tangan telah lama terlerai.Namun Leon masih menindih tubuhnya yang keras kejung.Takut.

"Abang cintakan Liya..."Leon ucap lagi bersama ciuman di dahi Eiliya.

"Saya tak cintakan awak,Leon.Awak carilah perempuan lain yang boleh bahagiakan awak."

Leon geleng kepala.

"Abang nak hidup dengan Liya.Abang betul-betul cintakan Liya.Mana mungkin orang lain dapat menggantikan tempat Liya.."ucap Leon dengan sepenuh jiwa.

"Abang akan tunggu Liya.Abang tahu Liya masih cintakan abang.Abang tak akan putus asa."ucap Leon lagi.

"Suatu hari abang pasti Liya akan datang pada abang.Masa tu Liya hanya nak abang ada depan mata.Abang tunggu Liya terima abang sepenuhnya."

Leon berkata dengan yakin.Perlahan dia turun dari menindih tubuh Eiliya.

"Abang akan tunggu sayang...."ucapnya lagi bersama satu perasaan yang sukar digambarkan.Suara Leon sedikit serak.

Bukan Eiliya tidak nampak mata Leon merah.Airmata Leon gugur di situ sebelum Leon melangkah keluar dari bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience