PAGI ini seperti biasa Eiliya bangun dan bersiap untuk ke tempat kerja.Leon dilihat masih berbungkus di atas katil seperti semalam.Eiliya hanya pandang melalui cermin meja solek.
"Biar betul dia ni.Selalu awal saja bangun."gumam Eiliya sendirian.Perasan juga Eiliya setiap hari Leon akan bangun awal pagi.Bersolat subuh dan terus ke tempat kerja.Tapi pagi ni,Subuh pun Leon tak bangun.Ternyata perubahan sikap Leon hanya sekejap sahaja.Leon tidak ikhlas.
Jam sudah merangkak ke pukul tujuh tiga puluh pagi.Eiliya pandang lagi melalui cermin,masih tiada tanda-tanda Leon mahu bangun.
"Tak nak pergi kerja ke dia ni.Ker dia cuti..."
Eiliya bangun dan menghampiri Leon.Satu badan berbungkus dengan selimut tebal.Sikit pun tidak bergerak.
"Awak..awak.."panggil Eiliya perlahan.Namun masih tidak sedar.
Risau juga Eiliya bila tiada sahutan.Semalam lepas mengemas dapur,Eiliya masuk ke bilik pun Leon sudah tidur.Tak kan tak bangun lagi.Setahu Eiliya,Leon gemar bangun di awal pagi walaupun di hari cuti.Leon selalunya akan bersenam di balkoni rumah.
Ini pelik sangat bila Leon tidak mahu bangun.
"Awak..Leon..bangunlah.Awak tak kerja ker hari ni?"panggil Eiliya.
Masih tidak bergerak.Terbit rasa bimbang.Tak kan Leon..mati.Timbul perasaan tidak enak.Mana tahu kan.Dah la panggil tak menyahut,tubuh pun langsung tak bergerak.
Eiliya beranikan diri menyelak selimut yang menutupi separuh muka Leon.Takut-takut dia meletakkan jari dekat dengan hidung Leon.Lega.Masih ada nafas.Cuma muka Leon kelihatan merah.Belakang tangan Eiliya automatik naik ke atas dahi Leon.Panas.Demam rupanya.
"Leon..awak demam ni.."kata Eiliya.Leon masih begitu.Tidur selenanya.
Eiliya segera turun ke bawah dan membawa sebesen kecil air.Di ambilnya tuala kecil lalu di celup ke dalam besen.Tuala diperah dan diletakkan atas dari Leon.
Patutlah tido macam patung rupanya demam.
Leon mula bergerak apabila terasa ada benda sejuk menyentuh dahinya.Dia terbatuk kecil.Tangan naik meraba tuala di atas dahi.
"Awak demam."kata Eiliya.
Leon mahu bangun namun dia seperti tiada tenaga.Kesian Eiliya tengok Leon yang terkial-kial.Tidak tergamak dia membiarkan.
Eiliya segera membantu Leon untuk duduk.Pucat saja bibir Leon.
Leon julur kaki ke lantai dan mahu berdiri.Pergerakannya sangat lemah.Terhoyong hayang langkah kakinya.
"Awak nak pergi mana?"tanya Eiliya.Dah la jalan pun senget sambil pegang kepala.
"Toilet."kata Leon perlahan.Suara pun macam tak nak keluar.
Eiliya segera memimpin Leon sehingga ke pintu bilik air.Leon masuk ke dalam dan Eiliya masih menanti di luar pintu.Bimbang juga melihat keadaan Leon yang tidak stabil.
Lima minit menunggu,pintu bilik air terbuka.Leon menapak keluar.Eiliya segera memimpin sekali lagi.
"Tak payah lah..saya boleh jalan sendiri.."Leon menolak.
"Awak jalan pun senget.Kalau jatuh macam mana?"kata Eiliya.Sakit pun masih degil.
Leon tidak jadi membantah dan hanya membiarkan Eiliya memimpinnya hingga ke katil.
Leon terus baring atas katil.Keadaan diri benar-benar lemah.Pulang dari kerja semalam.Badan dah rasa lemau.Makan panadol dua biji terus tertidur.Ingat pagi ni dah okay tapi makin melarat pula jadinya.
"Pergilah kerja.."kata Leon dengan suara lemah.Sempat dia kerling Eiliya yang masih berdiri di sisi katil.Bukan dia tak perasan Eiliya sudah siap berbaju kurung.Hari ini kan Jumaat.
"Awak demam tak kan saya nak tinggal awak seorang."kata Eiliya.Terselit perasaan simpati.
"Tak apa..pergilah...."kata Leon sebelum menutup mata.Bunyi suara seakan merajuk pun ada.
Eiliya pandang muka Leon yang sedang tidur.Nampak sangat keadaan Leon tidak stabil.Jalan pun terhoyong-hayang.Tak kan dia nak pergi kerja lagi.Nanti jatuh ker pengsan seorang diri,siapa pun tak tahu.
Tapi suara Leon tadi seolah tidak mahu dia berada di situ.Mungkin Leon sudah tidak mengharapkan Eiliya lagi.
Eiliya sedikit terasa hati.Kaki melangkah ke almari dan mengambil sepersalinan pakaian yang lebih sesuai.
Sesudah menyalin pakaian,Eiliya segera masuk ke bahagian dapur.Dia mengeluarkan ayam yang baru di beli tempoh hari.Nasib terlintas mahu beli.Segera dia mengeluarkan segala bahan yang diperlukan untuk membuat sup ayam.
Sempat dia menelefon bapa mertuanya memberitahu akan keadaan Leon.Dia juga mengambil cuti untuk menjaga Leon.
Bertungkus lumus dia menyiapkan sup dan bubur.Sudah lama dia tidak memasak sup nampaknya skill memasaknya masih ada.
Tersenyum puas bila semua sudah siap.
Dingdong!
Loceng pintu berbunyi.Pantas Eiliya membuka nya.Dia sudah tahu akan kehadiran tetamu yang datang.Siapa lagi kalau bukan mertua dia.
"Masuklah mama.."kata Eiliya sambil mencium tangan dan pipi Puan Vina.
Puan Vina menghulurkan bungkusan berisi buah-buahan pada Eiliya sambil tersenyum.
"Apa ni mama.Buat susah-susah saja."kata Eiliya.
"Tak ada lah.Mama singgah kedai depan rumah saja.Mana orang demam tu?"tanya Puan Vina
"Ada dekat atas.Sekejap Liya pergi tengok.Tadi Leon tidur lagi."
"Kalau dia tidur biarlah.Mama singgah sekejap saja.Papa ada meeting."beritahu Puan Vina.
"Okay lah mama.Liya naik kejap."
Eiliya segera naik ke atas.
Pintu di buka.Leon yang sudah bangun agak terkejut sangkanya Eiliya sudah ke tempat kerja.
"Awak dah bangun?"tanya Eiliya.
Leon tidak menjawab mahupun menunjuk sebarang reaksi.Kepalanya masih pening.Penangan lama tidak demam.
"Jom kita turun.Mama ada dekat bawah."ajak Eiliya.
'Patutlah baik sangat.Rupanya ada mama.'gumam Leon dalam hati.Tetapi dia ikut juga rentak Eiliya.
Leon dipimpin hingga ke tingkat bawah.Tersenyum mama melihat Leon dipimpin Eiliya.
"Demam pula hero kita ni.Selalu tu kebal."kata mama sambil kulum senyuman.Tangan di letakkan ke dahi Leon.
"Panas lagi ni.."kata Puan Vina.
Leon duduk bersandar di sofa.Kepala masih berat.Eiliya sudah menghilang diri ke dapur.
Tak lama kemudian Eiliya keluar sambil menatang dulang berisi segelas air suam,air oren,semangkuk sup ayam,bubur dan potongan buah-buahan.
Eliya letak gelas air oren di depan Puan Vina.
"Minum lah mama.Mama nak makan ker.Liya nak ambil?"
"Ehh.. tak payah.Mama dah makan pagi dengan papa tadi.Hantar papa ke ofis terus mama ke sini.Papa ada meeting tak dapatlah nak jenguk Leon."beritahu Puan Vina pada Leon.
Kembang kempis hidung Leon menghidu bau sup ayam.Perut mulalah berkerongcong.Sakit pun tetap lapar.Sudah lah semalam dia hanya sempat makan tengahari saja.Masuk ke petang,badan dah rasa lain macam.Terus dia balik awal ke rumah.
"Liya bagi Leon makan dulu.Tengok macam dah lapar sangat tu."gesa mama.
Eiliya segera menyudu sup yang masih panas.Dia menghembus perlahan.Disua ke mulut Leon.
Leon ikut membuka mulut tanpa banyak soal.Lapar sangat.Bau sup ayam sudah membuatkan dia tidak sabar untuk makan.
Eiliya suap sehingga habis semangkuk bubur dan juga sup.Tersenyum puas Puan Vina melihat layanan Eiliya pada Leon.Dia tahu anak dan menantunya sedang bahagia kini.Harap berkekalan untuk selamanya.
"Sedap sangat lah tu.."kata Puan Vina memuji menantunya.
Leon segera mencapai air oren.Eiliya menahan.
"Abang kan demam.Tak boleh minum ais.Ni air mama.."Eiliya ambil kembali dari tangan Leon dan meletak semula di hadapan Puan Vina.
"Nasib ada isteri.Kalau tak semuanya dia nak makan.Bukan boleh kira ni.."
Leon terkebil.Telinga dia belum ada masalah pendengaran kan.Eiliya memanggilnya 'abang'.Rasa macam tak percaya.Mungkin sebab ada mama,Eiliya berlakon kalau tak jangan haraplah.
"Ni haa makan buah.Cepat baik demam."Puan Vina menolak perlahan pinggan berisi buah-buahan yang telah siap dikupas Eiliya.
"Malas lah nak pegang.."jawab Leon.
"Kalau malas biar Liya suapkan.Leon ni manja sungguh.."Puan Vina masih senyum melihat kelakuan Leon.Bila demam macam ni lah.Manja Leon kalah budak kecik.Makan pun kena bersuap.
Eiliya hanya ikut tawa.Di capai potongan buah epal merah dan di dekatkan ke mulut Leon.Leon tanpa banyak cakap terus makan.Bukan senang dia nak dapat layanan macam ni dari Eiliya.Kalau dia sihat jangan harap Eiliya nak duduk dekat macam sekarang.
Thank you mama sebab faham perasaan anakmu.Leon senyum dalam hati.
"Tengok kan mama dah cakap.Manja betul.Nasib ada isteri kalau tak jenuh mama nak melayan.."Puan Vina gelak-gelak.
Eiliya masih setia menyuap potongan buahan sehingga Leon menolak.Nasib Leon sakit kalau tidak jangan harap dia nak suap.
Puan Vina sambung berbual kosong dengan Eiliya.Macam-macam hal dan cerita yang keluar bila perempuan bertemu.Rancak berbual sampai tak sedar suami di sebelah.Bab kasut lah bab baju lah bab makan lah.Semua topik ada.Leon di sebelah sudah dilupakan.Eiliya terlupa terus akan Leon di sebelahnya.Puan Vina juga begitu.
Sengaja Leon menyengetkan kepalanya ke arah Eiliya yang sedang rancak berbual.Mama pun gembira sungguh jumpa menantu sampai lupa anak dia yang tengah sakit.Nampak sangat kasih mama sudah beralih arah.Orang yang demam pun mereka tidak peduli dah.
Leon memejamkan mata berpura tidur sambil perlahan melurut hingga jatuh ke atas riba Eiliya.
Eiliya terkejut.Dia tak tahu samada mahu menolak atau membiarkan kepala Leon di atas ribanya.
Leon intai sedikit melalui matanya.Dia mahu melihat reaksi Eiliya.Nak berlakon sangat kan.Biar aku test tengok.
Puan Vina masih rancak berbual.Tidak dipedulikan Leon yang berbaring di riba Eiliya.Sekarang baru dia tahu betapa beruntungnya duduk di sofa panjang.Leon senyum sedikit.Dia masih mahu menguji Eiliya.Dia tahu Eiliya tidak selesa.
Dengan mata yang masih terpejam,Leon capai tangan Eiliya dan meletakkan di atas kepalanya.Dia menggerakkan jari Eiliya agar memicit kepalanya.Eiliya agak berdebar sedikit.Kalau tak ada Puan Vina,sumpah dia dah cabut lari.
"Leon memang macam ni.Demam saja mula lah manjanya menjadi-jadi.."sempat lagi Puan Vina mencelah sambil sambung berbual dengan Eiliya.Ingatkan dia tidak perasan.
Puan Vina masih senyum-senyum penuh makna.Eiliya sudah tersipu malu.Mengada betul Leon ni.Tangan Eiliya tetap memicit lembut kepala Leon.
Dalam hati Eiliya tak payah cakaplah.Rasa nak terkeluar dah jantung asyik melompat-lompat.Tipulah kalau Eiliya cakap tak ada rasa.Sekarang ni apa.Tu la cakap besar lagi konon tak ada langsung perasaan pada Leon.Apa dah jadi?
"Mama minta diri dulu lah.."Kata Puan Vina.
"Tak kan mama nak balik dah.Makan pun tak.Kejap Liya bungkuskan."
Eiliya mahu bangun tetapi Leon sudah benar-benar tertidur atas ribanya.
"Tak payah Liya.Kejap lagi mama nak pergi ofis papa,lunch sekali.Liya makan saja dengan Leon.Nanti mama tutup pintu sendiri.Amboi...lena sungguh orang sakit ni.Dah sakit nak bermanja dengan isteri lah tu...."usik Puan Vina.
Eiliya tersipu malu.Nasib Leon dah tidur.
"Boleh ker mama.Tak pa Liya hantar dekat pintu."Eiliya mahu bangun tapi kepala Leon terasa berat.
"Ehh..tak apa.Mama balik dulu.Terima kasih Liya jagakan Leon.."ucap Puan Vina sebelum pergi.
Eiliya hanya tersenyum.Leon pula tidur pulas.Tangan Eiliya automatik naik mengusap rambut Leon.Tersedar akan keterlanjuran dia gigit bibir sendiri.Rasa takut.Tak tahu kenapa dia bertindak begitu.Pada hal dia yang selalu menidakkan perasaan sebenarnya pada Leon.
Nak bangun pun tak boleh.Akhirnya Eiliya turut tertidur sambil meriba kepala Leon.
Share this novel