MALAM ini mereka bermalam di rumah keluarga Eiliya pula setelah seminggu mereka tinggal di rumah keluarga Leon.
"Jemputlah makan Leon.Jangan segan."pelawa Encik Ahmadi.Teruja dia menyambut kepulangan Eiliya dan Leon.
Puan Nirma kerap menghantar jelingan tajam ke arah Eiliya.Seperti Eiliya sedang melakukan kesalahan besar.
Mana tak jelingnya bila Zikri duduk bertentangan dengan Eiliya di meja makan.
Zikri pun satu,isteri sendiri ada di sebelah,sibuk saja nak pandang isteri orang.Eiliya berlagak seperti biasa dan pura-pura tidak nampak.
"Abang nak udang tak?tanya Eiliya dengan lembut pada Leon.
"Boleh juga.."Leon terpana sebenarnya.Bukan senang nak dengar Eiliya memanggilnya 'abang' dengan penuh keikhlasan.Terasa menusuk pulak kali ini.
"Sayang tak ambil udang pun."kata Leon bila tengok Eiliya hanya mencedok kuah sambal udang ke atas nasinya.
"Malas nak buang kulit."beritahu Eiliya.
"Tak apa..abang tolong buangkan.Nah..sayang makan dulu."Leon meletakkan beberapa ekor udang besar yang telah siapa dibuang kulit ke dalam pinggan Eiliya.
"Thanks abang..."ucap Eiliya tanpa sedar beberapa pasang mata terarah kepada mereka.
Lebih-lebih lagi Zikri.Bulat mata memandang.
"Nak romantik pun dekat sini lah.."sindir Puan Nirma perlahan tetapi masih di dengari oleh Eiliya.
"Eiliya memang macam tu.Tak suka makan udang sebab ada kulit."beritahu Encik Ahmadi.
Faham sangat dengan perangai Eiliya sejak kecil.
"Eira teringin nak makan apa lagi?Kalau teringin lagi bagitahu mama.Orang mengandung memang macam ni."kata mama sambil tersenyum lebar.
Bangga Eira sudah mengandung.
"Kak Eira mengandung?"tanya Eiliya dengan gembira.
"Ya..baru dua bulan."beritahu Eira dengan wajah berseri-seri.Seri bakal ibu.
"Alhamdulillah...tahniah kak Eira."ucap Eiliya.Dia tumpang gembira untuk kakaknya.
"Udang ni pun memang masak khas untuk orang mengidam."beritahu Puan Nirma sambil memandang Eira.Sengaja dia mahu buat Eiliya terasa hati.
Eiliya berhenti mengunyah.Rasa tak tertelan udang yang sedang dikunyah dalam mulut.
"Maaf kak Eira..Liya..tak tahu kakak nak makan udang ni."Eiliya rasa serba salah.Dalam mangkuk masih berbaki empat ekor.Sempat lagi dia mengira.
Leon disebelah turut mendiamkan diri.Nak teruskan suapan pun rasa macam tersekat.Ibu mertuanya macam tidak suka akan kehadiran mereka di situ.Layanan dan cara percakapan sungguh ketara terhadap mereka.
"Ehh.. tak apa.Makan lah...mama masak banyak tadi.Lagipun kak Eira makan sekor dua saja.Tekak ni rasa semacam."jawab Eira.
"Banyak lagi dekat dapur tu.Kan mama?"kata Encik Ahmadi.Malu dia dengan Leon.
Tak sepatutnya Puan Nirma berkata begitu.Orang tengah sedap makan dia boleh cakap macam tu.Kasihan dia tengok Eiliya terkulat malu.Nak makan pun rasa tak tertelan.
Puan Nirma hanya buat muka beku.Sakit hati dia tengok Eiliya makan masakan yang dia masak khas untuk anak kesayangan dia.
Eiliya terus menyambung suapan dan mendiamkan diri sehingga masuk ke bilik.
Leon juga berasa aneh dengan sikap ibu mertuanya. Seolah membezakan Eiliya dan Eira.Pada hal mereka adik beradik kandung.Tapi nampak sangat yang ibu mertuanya lebih sayangkan Eira dari Eiliya.
Tak akan dia salah faham pulak.Nak tanya Eiliya takut dia terasa hati.
Mata Leon ikut menyoroti Eiliya yang sedang membentangkan hamparan alas di tepi katil.
Leon masih setia melihat Eiliya menyiapkan tempat tidur.
"Kenapa?"tanya Eiliya.
Dari masuk bilik sampai lah siap nak tidur,Leon asyik memandangnya dengan pandangan yang pelik.
Leon berdehem kecil.
"Kau okey ker?"tanya Leon.
"Okey.Kenapa tanya?"Eiliya kerutkan kening.
"Kalau aku tanya kau jangan marah.Kau ada masalah dengan mama kau ker?"tanya Leon tiba-tiba.
Eiliya yang sedang membetulkan kedudukan bantal di atas katil hanya berpura tersenyum.
"Mana ada."dalihnya.
"Tapi tadi mama kau macam..."Leon tidak jadi meneruskan.
"Tak ada apa lah.Kak Eira kan mengandung jadi mama layan dia lebih lah."jawab Eiliya.
Tapi bukan itu yang Leon nampak.Puan Nirma seolah tidak suka akan kehadiran mereka atau lebih tepat Eiliya.Tambahan mata Zikri kerap terarah pada Eiliya.Macam ada sesuatu
"Kalau kau ada masalah .kongsi lah dengan aku.Aku setia mendengar."kata Leon.Kesian pula bila teringat Eiliya terkulat malu tadi sebab makan udang yang Puan Nirma masak untuk Eira.
Dia pun rasa tak tertelan udang tadi.Macam nak luah balik pun ada.
"Mana ada apa.Dah la jom tidur."kata Eiliya mahu menamatkan perbualan.
"Hah!kau ajak aku tidur?"Leon teruja dan senyum simpul.
"Ya lah tidur.Macam biasa lah.Kau tu kenapa suka fikir yang bukan-bukan."marah Eiliya.
Eiliya sebenarnya malu bila mama menunjuk sikap yang sebenar di hadapan Leon.Walaupun Leon hanya suami 'olok-olok',dia tetap orang baru dalam keluarga mereka.
"Aku tak kisah kalau kau nak kongsi tempat tidur dengan aku.Mana tahu kau teringin nak tidur sebelah aku ni.Aku okey jer."Leon senyum semanis gula.
"Tak ingin aku.Dalam mimpi pun aku tak ingin nak tidur situ."Eiliya menjuihkan bibir dan terus meletakkan kepala di atas bantal.
Malam ini pertama kali Leon tidur di rumah keluarga Eiliya.Jadi sebagai tetamu, dia menyuruh Leon tidur di atas katil.
"Aku kesian kau kena tidur bawah.Sungguh aku tak kisah kalau kita nak kongsi katil ni."Leon cuba memancing lagi sambil senyum.
Mana tahu Eiliya sudi tidur di sebelahnya.Tak kan lah dia mahu mengapakan Eiliya pula.
"Diamlah!Orang nak tidur."Terus Eiliya tutup suis utama dan menghidupkan lampu tidur.
"Kau juga yang rugi.Aku dah offer tadi.."Leon ketawa kecil.
"Diam Leon! sebelum aku suruh kau tidur luar!"
"Liya..."panggil Leon dengan nada perlahan.
"Apa lagi!Orang mengantuklah.."suara Eiliya bercampur kantuk.
"Aku sayang kau..."ucap Leon dalam kesamaran cahaya yang terbias dari lampu tidur.
Eiliya hanya diam dan terus tidur.Hati dia sedikit tercalar kerana sikap Puan Nirma tadi.Bukan dia tak terasa hati malah lebih dari itu sudah dilaluinya.Sejak kecil lagi dia tidak pernah berjaya mendapat perhatian dari Puan Nirma.
Buatlah macam mana pun,dia tidak akan pernah mendapat tempat di hati Puan Nirma.
*************
"Ima,ni abang nak cakap sikit."kata Encik Ahmadi sambil menyandarkan badan ke kepala katil.
Puan Nirma yang sedang menyisir rambut menghentikan seketika perilakunya.Dia memandang ke arah suaminya.
"Cakaplah apa."
"Pasal di meja makan tadi."
Terus Puan Nirma mendengus kasar.Berus sikat dihempas kuat ke meja solek.Dia dah agak pasti suaminya akan menegur tetang hal di meja makan tadi.
"Kenapa tadi?Ada masalah apa?"tanyanya tidak puas hati walaupun dah tahu puncanya apa.
"Ima..boleh tak jaga perasaan Eiliya sama.Abang tengok tadi dia termalu depan Leon."
"Nak malu pasal apa pulak!Dah memang betul,Ima masak untuk Eira.Tak kan yang tu pun salah."Puan Nirma menjeling pada suaminya.
"Kalau ya pun masak untuk Eira tak payah la cakap depan Eiliya macam tu.Kesian abang tengok air muka dia.Nak makan pun rasa macam tak boleh nak telan."tegur Encik Ahmadi.
"Jadi abang nak cakap salah saya.Saya masak untuk Eira.Sebab Eira tu mengandung.Kang budak tu makan habis udang tu macam mana.Orang mengandung ni tak boleh biarkan macam tu.Bila teringin kena makan tidak nanti keluar anak meleleh air liur."Puan Nirma tidak rasa dirinya salah.Yang salah Eiliya bukannya dia.
"Abang tahu.Masalahnya Ima masak banyakkan.Dekat dalam periuk pun ada lagi abang tengok.Apa salahnya kita jamu Eiliya dengan suaminya sama.Lagipun Leon pertama kali makan bersama dengan kita."
"Abang ni tak habis nak cari kesalahan saya!Salah ker saya bagitahu anak abang macam tu.Dari dia laki bini habiskan udang tu baik saya bagitahu awal-awal."
"Bukan abang nak cari salah sesiapa.Cuma abang minta,apa yang Ima cakap tolong fikirkan perasaan orang lain sama."
"Ima tahu,abang tetap akan menangkan anak abang juga!Dari kecil sampai sekarang tak habis menyusahkan orang!"marahnya.
"Dah kahwin pun tetap nak balik sini lagi.Duduk sajalah rumah Vina tu!"
"Ni kan rumah Liya juga.Tak salah pun mereka nak ziarah kita."
"Alasan saja tu.Dia nak porak perandakan hidup Eira yang betulnya.Ingat saya ni tak nampak tadi dia main mata dengan Zikri!"tuduh Puan Nirma.
"Astagfirullahalazim Ima..tak kan lah Liya dengan Zikri macam tu.Abang tengok Leon sayang sangat dengan Liya.Kenapa nak kaitkan lagi Liya dengan Zikri.Kalau Eira dengar tak kesian ker?"
"Abang memang macam tu.Selalu budak tu tak salah.Habis tu semuanya salah Ima!?"
Tergeleng Encik Ahmadi dengan sikap isterinya.
"Ima yang salah faham.Abang cuma tegur.Dua-dua anak kita.Jadi layanan kena sama rata."pinta Encik Ahmadi.
"Dia anak abang!Bukan anak Ima!"kata Puan Nirma sedikit kuat.Dia terus keluar dari bilik dan menghempas pintu dengan kuat.
Terkejut Encik Ahmadi dengan tindakan isterinya.Tangan naik mengusap dada sebelah kiri.Terus dia meraba ubat dalam laci di tepi katil.
Menggigil dia menelan ubat tahan sakit.Sejak dua tahun lalu ini doktor sudah mengesahkan dia menghidap penyakit jantung.Dia banyak memikirkan Eiliya dan isterinya.Puan Nirma lagsung tidak boleh menerima Eiliya sebagai anak mereka.
Bila Badrul dan Vina mahu menyatukan dengan anak mereka,dia berasa lega.Sekurangnya dia tahu Eiliya disayangi oleh keluarga kawan baiknya.Dia hanya mahu melihat Eiliya bahagia sebelum menutup mata.Bila-bila masa sahaja dia akan dijemput Illahi.
Itu yang Encik Ahmadi rasakan.
Share this novel