SEPANJANG perjalanan Eiliya asyik menangis.Dia berpaling ke luar tingkap kereta agar Leon tidak nampak.Tapi Leon tahu Eiliya sedang menangis.Bahunya sedikit terhingut.
Eiliya tertidur sehinggalah kereta Leon memasuki pekarangan rumah Puan Vina dan Encik Bad.
Leon menoleh memandang Eiliya.Muka Eiliya kelihatan sembab dan basah.Dia jatuh kasihan.Tak sangka ibu mertuanya sanggup menuduh Eiliya begitu.Pada hal Eira sendiri sudah menerangkan perkara sebenar.
Sepuluh minit sudah berlalu. Leon masih ditempat duduknya sambil memandang Eiliya yang sedang tidur pulas.Tidak sampai hati mahu mengejutkan.
Tok!Tok!
Cermin di sebelah Leon diketuk.Siapa lagi kalau bukan Puan Vina.Senyuman manis dihulurkan tanda menyambut ketibaan anak menantu tersayang.
Leon segera menurunkan cermin kereta.
"Kenapa tak keluar lagi?Patutlah..Liya tidur.Tunggu apa lagi Leon,angkatlah isteri tu.Kesian tidur macam tu."kata Puan Vina.Eiliya tidur sambil berpeluk tubuh sendiri.
Leon terkebil.Gugup.
"Kejap lagi Liya bangun lah tu."
"Hisy..apa lah Leon ni.Tak romantik langsung.Isteri tengah tidur tu.Angkat bawa masuk.Nanti sakit belakang tidur macam tu."gesa Puan Vina.
Leon tiada pilihan setelah didesak berulang kali.Dia keluar dari kereta dan membuka pintu di sebelah Eiliya.Tali pinggang kereta dilepaskan.
Berdebar di hati mahu mengangkat.Berbahang kulit muka.Puan Vina senyum melihat telatah Leon yang nampak kekok.
"Biar mama bawa beg."Puan Vina mengambil beg tangan Eiliya.
Leon masih lagi memandang Eiliya.Dia takut Eiliya marah.Tak pernah dia sedekat ini.
Leon pejamkan mata seketika sebelum menarik nafas.Debaran di dada kian kencang bila tangan sendiri sudah menyelit dibawah tubuh Eiliya.
Baru sahaja tubuh Eiliya dikeluarkan dari kereta,Eiliya mula bergerak kecil.Mata terbuka luas bila terasa diri berada di awangan.
"Leon awak buat apa ni!?"Dia meronta mahu turun.Leon terpaksa kuatkan pelukan.
"Liya duduk diam-diam!Nanti kita jatuh."
"Turunkan ak..."mujur Eiliya perasan Puan Vina turut berada di situ.
"Abang..Liya dah bangun.Tak payah angkat."katanya dengan suara serak yang mula mengendur.
"Sayang jangan lah bergerak..nanti kita sama-sama jatuh.Okey abang turunkan sayang."Leon pun dah panik bila Eiliya bangun.
Leon dari tadi bagi isyarat mata mesti Eiliya tak perasan.Dia kan baru bangun.
"Nasib sayang ringan kalau tak abang memang biar sayang tidur dalam kereta."gurau Leon mahu menutup debaran di dada.
Eiliya berpura tersenyum walahal dalam hati dah fikir macam-macam tadi.Tak kan lah Leon nak ambil kesempatan pulak.Dah sah-sah diri sendiri tertidur.
"Mama yang suruh Leon angkat Liya.Ada ker malu pulak nak angkat.Isteri sendiri kot bukannya orang lain."adu mama pada Eiliya.
Muka Leon sedikit gelabah.Eiliya juga begitu.Keduanya kelu dan terus masuk ke dalam rumah.
"Macam mana dengan kakak Liya?"tanya Puan Vina sambil menuang teh panas ke dalam cawan Eiliya.
"Kesian kak Eira.Dia keguguran."beritahu Eiliya dengan nada sedih.
"AllahuAkhbar kesiannya.."Sedih Puan Vina mendengar.
"Liya pun sedih tengok dia.Baru sahaja nak happy dah jadi macam ni."
"Nak buat macam mana kan..Bukan rezeki dia lagi."Puan Vina turut bersimpati.
"Itu lah mama nak pesan juga.Di awal kandungan memang kena berhati-hati.Kalau boleh jangan pakai yang terlalu labuh sampai mencecah lantai.Kita tak tahu kemalangan kecil boleh buatkan kita keguguran."nasihat Puan Vina.
Leon disebelah hanya terangguk.
"Suami pun kena main peranan.Kena jaga isteri baik-baik."Puan Vina pandang pada Leon.
"Mama ni tak kan lah Leon tak jaga isteri Leon."jawab Leon spontan.
"Nanti kalau ada rezeki Liya mengandung,jangan tinggal dia seorang diri.Kalau Leon banyak kerja hantar saja Liya dekat sini.Mama boleh tengokkan."
Pesanan Puan Vina buatkan Eiliya pula yang terkulat.
Mana mungkin dia mengandung anak Leon.Mereka sudah berbincang dari sebelum kahwin lagi tidak akan melakukan hubungan suami isteri antara mereka berdua.Besar sungguh harapan mama mertuanya.
"Dengar tak ni Leon.Mama tak nak Leon abaikan isteri.Jaga Liya baik-baik."pesan Puan Vina berkali-kali.
"Dengar mama.."Leon mengaku juga.
Eiliya berpura tidak mendengar dan tunduk menyisip teh panas.
"Mana papa?"tanya Leon.Selalu ada saja dengan mama.
"Papa ada dekat atas.Tengah rehat."
"Macam tu kami naik dulu lah.Leon nak mandi,panas dah ni."kata Leon.
Badan pun dah rasa melekit.Sesuntuk mereka berada di hospital sejak pagi hingga ke petang.Eiliya pun nampak letih sangat.
"Pergilah Liya temankan suami kamu tu.Boleh tolong mandikan dia sekali."gurau Puan Vina.
Eiliya hanya tersenyum malu.Manakala Leon cepat mengambil beg pakaian mereka dan menuju ke tingkat atas.
Sudah berapa kali Leon cuba mendail nombor Hana.Hanya peti suara yang menjawab.Leon makin runsing.Ke mana Hana menghilang.Tak kan merajuk.
Eiliya hanya mengerling dengan ekor mata.Sejak tadi Leon kelihatan gelisah.Telefon bimbit tidak lepas dari genggaman.Jelas di telinga Leon sedang mengeluh hampa.
Malas Eiliya nak ambil tahu.Mesti kes Hana merajuk lagi.Itu saja taktik Hana untuk menarik perhatian Leon.
Mundar-mandir Leon berjalan di dalam bilik.Sekejap duduk di kerusi panjang.Sekejap berdiri di luar balkoni.Dah macam cacing kepanasan.Rimas Eiliya tengok.
Eiliya hanya buat tak endah.Selepas solat Isyak,Eiliya terus landing atas katil.Tidak ambil peduli akan hal Leon.
Eiliya pun sudah cukup serabut dengan masalah sendiri.Peristiwa siang tadi terlayar kembali di fikiran.
"Sumpah mama!Liya tak tolak kak Eira!"rayu dia sambil menangis.
"Kau ingat aku nak percaya!Kau tu memang dari kecil dengki dengan Eira.Sebab kau tak dapat Zikri,kau cuba nak musnahkan hubungan mereka!"penuh rasa marah Puan Nirma memandang dia.
"Mama sudah lah tu.Bukan salah Liya.Eira jatuh sendiri.Eira yang cuai.Maafkan I,sayang.."kata Eira pada Zikri.
Dia tahu Zikri pasti kecewa.
"Tak apa sayang.Yang penting you selamat.Bukan rezeki kita lagi."pujuk Zikri.
Eira sendiri sudah terangkan tiada kena mengena dengan Eiliya namun Puan Nirma masih tidak berpuas hati.
"Ma..Eira yang salah.Liya tak buat apa pun.Dah la mama,Eira nak rehat."
"Kau dengar tu,anak aku nak rehat!Kau keluar sekarang.Jangan datang sini lagi!"marah Puan Nirma.
"Ima,sudahlah.Tak malu ker buat bising.Sini hospital.Eira dah cakap Liya tak ada kaitan.Kenapa nak salahkan Liya lagi!"marah papa.Geram dia dengan sikap isteri sendiri.Menuduh tanpa usul periksa.
"Leon bawak Liya balik rehat.Kesian dah letih sangat tu."kata Encik Ahmadi.
Leon mengangguk dan menarik tangan Eiliya keluar dari situ.
Puan Vina berpaling ke arah lain.Langsung tidak mahu memandang muka Eiliya.
Eiliya mengeluh perlahan.Kenapa mama masih tidak percaya.Apa salah aku sebenarnya?
"Liya,kau dengar tak.Aku dah cuba call Hana tapi tak dapat.Tolonglah aku."kedengaran suara Leon di tepi katil.
Eiliya berdecit geram.Leon tak habis bermasalah dengan Hana.Cepatlah kahwin kan senang.Pening aku nak kena hadap 'masalah' dua orang ni.
Leon duduk di sisi Eiliya yang sedang berbaring mengiring menghadap arah bertentangan.
"Leon tolonglah.Aku nak tidur.Sakit kepala dah ni."
"Kau sakit kepala?tadi elok saja.."ulas Leon.
"Kalau kau nak cerita masalah kau dengan Hana,bukan malam ni.Bagi aku rehat dulu."
Leon segera bangun mencari sesuatu di dalam laci.Minyak angin cap Kapak di capainya.
Dia duduk kembali di tepi Eiliya.Terkejut Eiliya dan terus bingkas bangun dari pembaringan.
"Mari aku letak minyak.Boleh kurangkan sakit kepala kau tu."Leon sudah sedia menuang sedikit minyak ke jarinya.Baru dia teringat masalah yang melanda Eiliya lagi rumit dari dia.
Eiliya segera menghalang.Leon ni tak faham bahasa rupanya.Eiliya tidak mahu diganggu.Sebab tu dia bagi alasan sakit kepala.
"Tak apa..aku boleh letak sendiri."halang Eiliya.
"Tak apa biar aku letak.Aku dah tuang ni."Leon berkeras.
Leon sapu jugak minyak di kedua belah tepi kepala Eiliya.Berangin saja rasanya.
Eiliya sudah berdebar sebenarnya.Tetapi dia berpura tenang.Sudah lah tadi Leon mengendong tubuh dia.Kehangatan tangan Leon masih terasa dibelakang tubuh.
Makin kuat Eiliya mengusir,semakin kuat perasaan itu kembali bertaut.Tambahan dengan sikap romantik Leon.Bertuah Hana.
Eiliya cepat sedarkan diri.Leon milik Hana!
"Macam mana rasa lega tak?"tanya Leon yang masih setia duduk di sisi Eiliya.
"Okey sikit dah."
"Aku tahu kenapa kau sakit kepala.Kepala kau tu asyik berbungkus saja 24 jam.Mana angin nak masuk.Cuba kau buka tudung kau ni.Aku bukannya nak tengok pun."kata Leon.
Ada benarnya apa yang Leon cakap.
Sejak berkahwin dengan Leon,Eiliya kerap memakai tudung walaupun di dalam bilik.Setiap kali mandi dia akan cepat keringkan rambut menggunakan mesin pengering rambut.
"Macm ni lah.Aku nak keluar jumpa Hana.Kau boleh buka tudung kau ni.Aku balik lambat.Kau boleh kunci pintu bilik.Aku ada kunci spare.Nanti nak masuk aku ketuk."kata Leon.
Terkelip-kelip mata Eiliya dibuatnya.Ada juga rasa perhatin Leon dengan keadaan dia.
"Okey aku keluar dulu.Kalau mama tanya kau tolong cover aku tau."Sempat Leon kenyit mata.
"Ya.. aku tahu."jawab Eiliya malas.
"Macam tu lah.Aku sayang kau."kata Leon spontan dan terus melangkah pergi.
Sekali lagi Eiliya mengeluh.Perlahan dia merungkai tudung di kepala.Getah rambut juga dibuka.
Rambut dia sudah bebas.Terasa lega sangat.Lama sangat terkurung.
Baru rasa ringan kepala.Nak tidur pun selesa saja.Eiliya tersenyum senang.Baru berasa saat matanya sudah tertutup rapat.
Share this novel