"SAKIT tau hidung aku ni kau tarik."Eiliya menggosok hujung hidungnya yang masih terasa sengal.
"Aku tarik tak kuat pun.Tak kan sakit lagi.."
"Tengok dah merah hidung aku."kata Eiliya sambil melihat pada cermin di meja solek.
"Mari sini aku gosok balik."
"Ehh!tak payah..dah pergi sana.Jauh sikit.."halau Eiliya bila Leon semakin hampir dengannya.
Adengan petang tadi muncul kembali.Tak sangka gurauan mereka berakhir di bilik dan Leon berani mencuit hidungnya.Perasaan Eiliya bercampur baur.Terkejut..malu..
"Jomlah beg kau pun aku dah kemas.Kau tolong angkat beg aku turun sekali."arah Eiliya.
"Tu sebab aku sayang dekat kau.Thank you wife."ucap Leon dengan lagak manja.
"Dah jangan nak gedik.Kau angkat beg aku elok-elok.Jangan kau seret macam lembu pulak."
"Amboi besarnya beg kau.Kau letak almari kau dalam ni ker?"perli Leon.
Memang besar sungguh beg pakaian Eiliya.Berat pula tu.
"Kalau ikut hati aku,satu barang dalam bilik ni pun aku tak nak tinggal.Tak payah nak share dengan kau nanti."
"Barang apa yang kau bawak banyak sangat ni?"
"Barang aku lah..selimut,bantal peluk,ubat gigi,sikat,tuala...."
"Orang perempuan ni memang macam ni kan.Cerewet sungguh.Nak kongsi barang pun tak boleh.Kongsi saja...bukan nak luak pun.."
"Mestilah.Tambah dapat partner sebilik macam kau..dah la kau suka curi-curi guna barang aku.."rungut Eiliya perlahan.
"Kau mengata aku.Tak apa aku nak tengok,suatu hari nanti kau mesti nak kongsi semua benda dengan aku.Baru kau tahu langit tu tinggi ker rendah."Leon tersengih.
"Eeiii..tak ingin aku.."Eiliya menjuihkan bibir.
"Tak ingin konon.Jangan sampai kau tidur malam ni termimpikan aku.Aku tengok kau tidur atas katil aku siap golek-golek lagi.Bantal aku pun kau buat peluk.Wangikan..ada bau aku.."usik Leon.
Eiliya besarkan mata.Dah tilam tu empuk sangat.Selesa saja.Rasa macam tak nak bangun pun ada.
"Hah tu mula la berangan.Kalau kau teringin nak peluk aku cakap saja.Silakan..."Leon ketawa berdekah sambil mendepa kedua belah tangannya.
"Leon!"jerit Eiliya dengan geram.
Leon sudah lari bersama beg baju mereka.Tak pasal nanti kena ketuk dengan penyangkut baju.
Eiliya segera mengemas biliknya buat kali terakhir.Setelah menutup pintu,dia segera turun ke bawah.Hari ini mereka akan pulang ke rumah ibu bapa Leon.Hati Eiliya sedikit lega.Dia lebih selesa tinggal di rumah Leon berbanding di sini.
Semasa di anak tangga atas dia bertembung dengan Eira.Eira kelihatan cantik mengenakan gaun labuh berwarna biru muda.Dia tidak pasti Eira mahu ke mana.
"Hai kak Eira.Cantik sangat nak pergi mana?"tanya Eiliya sekadar berbasi.
Eira membalas dengan senyuman yang mekar di bibir.
"Saja nak melawa sebelum perut makin buncit.Kak Eira nak lunch dekat luar dengan Zikri."beritahunya.
"Semoga kak Eira bahagia selalu."ucap Eiliya.
"Terima kasih Liya."balas Eira.
Eira tergesa-gesa menuruni tangga mendahului Eiliya.
Lagi lima anak tangga mahu sampai ke bawah,tiba-tiba kaki Eira tersangkut gaun labuh yang dipakainya.Dia tidak sempat mengimbangi badan.Bergolek-golek Eira jatuh hingga ke lantai bawah.
Eiliya yang panik terus menjerit.Menggigil dia melihat depan mata Eira jatuh tergolek.
"Kak Eira!"jerit Eiliya dengan kuat.
Semua yang berada di ruamg tamu turut meluru ke arah Eira yang sudah terdampar di atas lantai.
"Sakit..sakit.."kata Eira sambil menekan perut sendiri.
Eiliya yang sedang memangku kepala Eira kelihatan sangat cemas.Kelihatan tompokan darah pada baju yang dipakai Eira.
Eiliya makin panik.
"Zikri!cepat angkat kak Eira bawa pergi hospital."teriak Eiliya.
Macam lipas kudung Zikri mengendong isterinya masuk ke dalam kereta.
Leon yang datang dari arah luar masih terpinga.Tidak tahu punca sebenar kejadian.Cemas juga dia apabila mendengar Eira merintih kesakitan.
Eiliya mahu masuk ke dalam kereta Zikri namun dihalang oleh Puan Nirma.Kereta Zikri meluncur pergi dengan laju setelah diarah oleh Puan Nirma.
"Kau tak payah sibuk!Sebab kau Eira jatuh!"tuduh Puan Nirma.
Eiliya menggeleng laju.
"Kau yang tolak Eira kan!"tuduhnya lagi.Sempat lagi dalam kekalutan,Puan Nirma menuduh Eiliya penyebab kejadian itu berlaku.
"Tak mama..Liya tak tolak kak Eira.Kak Eira jatuh sendiri."beritahu Eiliya.
"Kau ni memang jahat kan.Kau saja nak sakitkan anak aku!"marahnya sambil menjegilkan mata pada Eiliya.
"Sumpah mama!Liya tak tolak!"Eiliya sudah menangis takut.Takut melihat keadaan Eira.
"Apa ni Ima.Tak kan lah Liya nak tolak Eira.Jangan tuduh sebarangan!"marah Encik Ahmadi.Dia ikut cemas bila tubuh Eira tergolek jatuh dari anak tangga hingga ke lantai bawah.
"Saya tak tuduh.Tapi saya nampak dia berjalan belakang Eira.Saya tahu ini kerja dia!"tekan Puan Nirma.
"Ima tak elok menuduh.Liya tak kan sanggup menyakiti Eira."bantah Encik Ahmadi.
"Orang macam dia ni akan buat apa saja untuk rampas hak orang!Dia cemburu sebab Eira mengandung!Mesti dia tergilakan Zikri lagi!"
"Ma,Liya tak buat semua tu."Eiliya menangis.Bertubi dia kena dengan Puan Nirma.
Leon segera mendapatkan Eiliya.
"Jangan kau nak berdalih lagi.Aku tahu sangat perangai licik kau tu!"marah Puan Nirma.
"Ima sudah lah!Yang penting Eira!Tak habis nak cari salah Liya!"
"Abang pun sama saja!Jadi apa-apa pada Eira siap kau!"kata Puan Nirma sambil menunding jari ke muka Eiliya.Lagi sejengkal nak kena kulit muka Eiliya.
Eiliya masih menangis.Sedih kerana Puan Nirma tidak mempercayainya.
"Puas hati kau sekarang!?"serang Puan Nirma sebaik Eiliya dan Leon muncul di bilik hospital.
"Ima sudahlah."kata Encik Ahmadi.
Eira baru sahaja sedar dari pengsan setelah dua jam berada dalam bilik kecemasan.Zikri setia menemani Eira di sisi.
"Kak Eira macam mana?"Eiliya bertanya dengan riak penuh kesedihan.
Kesian dia melihat wajah Eira yang pucat dan keletihan.
Belum sempat Eira mahu menjawab,Puan Nirma terlebih dahulu menjawab.
"Puas hati kau sekarang!Dia keguguran disebabkan kau!"desis Puan Nirma dengan suara yang tidak menyenangkan.
"Ya Allah.. kak Eira..."Eiliya sebak.
"Tak payah nak berlakon kesian konon.Kau lagi seronok kan..."sindir Puan Nirma.
"Ima..apa ni.Liya tak salah apa pun.Kan Eira dah cakap tadi."tegur Encik Ahmadi.
Puan Nirma menjeling kasar.
"Selalu orang bersalah tak kan tunjuk yang dia salah.Tambah orang yang pandai bermuka-muka."hambur Puan Nirma dengan geram.
"Mama..percayalah..Liya tak tolak kak Eira."kata Eiliya mahu membela diri.
"Walaupun aku tak nampak tapi aku tahu niat buruk kau tu!Kau sengaja nak buat dia gugur sebab nak goda laki dia kan!"tembak Puan Nirma.Dia tidak peduli perasaan Leon mahu pun Zikri.
Zikri menunduk sedikit wajah.Puan Nirma kalau sedang marah satu sen pun tak guna.
"Tak mama..Liya tak kan buat macam tu."Eiliya sudah sedih.Airmata cepat saja bergenang di pelupuk mata dan mengalir turun.
"Kau memang nak rampas Zikri dari Eira kan!?kau masih berdendam sebab Zikri pilih Eira dari kau!"tuduh Puan Nirma dengan mata berapi.
"Apa ni Ima!Kenapa nak tuduh Liya macam tu.Liya dah kahwin dengan Leon pun."kata Encik Ahmadi.Tak faham betul dengan sikap Puan Nirma.Tadi Eira sendiri cakap dia jatuh bukan sebab Eiliya.Masih nak tuduh Eiliya.
Leon yang berada di sebelah Eiliya agak terkejut juga bila Puan Nirma berkata begitu.
"Ma..sudahlah.Liya tak ada kena mengena pun.Eira yang cuai."kata Eira dengan suara lemah.
Eiliya berasa lega bila Eira bersuara.Setidaknya dia telah membuktikan dia berada di pihak yang benar.
Eira ingat lagi masa nak turun,dia sudah mendahului Eiliya dalam keadaan tergesa-gesa.Dia lupa mahu mengangkat kain gaun yang sedikit labuh.Akibatnya dia terpijak kain sendiri.
"Dengar tu Ima.Kenapa asyik nak tuduh Liya.Eira sendiri cakap yang dia sendiri terpijak kain.Abang tak faham betul lah dengan Ima ni,suka sangat nak cari salah Liya."Encik Ahmadi mula naik angin.
"Saya tak kan berdiam diri bila anak saya disakiti.Setiap masalah yang muncul dalam keluarga kita mesti berpunca dari dia!"Puan Nirma masih tidak berpuas hati.
"Mama,Liya tak tahu kenapa mama suka tuduh Liya yang bukan-bukan.Liya minta maaf andai ada salah dan silap Liya yang Liya tak sedar selama ini.."kata Eiliya bersama tangisan.
"Aku memang tak suka kau!Kau tak faham lagi!"katanya sedikit kuat.
"Liya minta ampun dan maaf mama."Eiliya mahu merangkul kaki Puan Nirma tapi pantas ditolak Puan Nirma.
Eiliya jatuh terduduk.Leon agak terkejut dengan tindakan ibu mertuanya.Dia segera mendapatkan Eiliya yang sedang menangis di lantai.
"Pergi dari sini sebelum aku hilang sabar!"katanya dengan kuat.Buatkan yang lain terkejut sama.
"Ima!"jerkah Encik Ahmadi sambil memegang dada.
"Leon bawa Liya keluar."arah Encik Ahmadi.
Leon tanpa menunggu lama terus menarik tangan Eiliya dan pergi dari situ.
"Ima dah melampau kan!Jangan libatkan Liya dalam setiap masalah."marahnya.
Puan Nirma terdiam.Eira dan Zikri juga ikut membisu.Mereka keliru dengan apa punca masalah sebenar.Dia yang baru keguguran hanya menghela nafas berat.Sesungguhnya dia juga pelik dengan sikap mama terhadap Eiliya.
Share this novel