"ZIKRI awak masih marahkan saya ker?"tanya Eira.
"Kenapa pula saya nak marah."
"Sejak saya keguguran hari tu awak banyak diamkan diri saja.Saya tahu awak kecewa kan."
"Nak buat macam mana dah bukan rezeki kita."jawabnya menutup kekecewaan di hati.
"Saya minta maaf.Memang salah saya.Saya tak pandai jaga diri."Eira sebak.
"Sudah lah Eira.Insyallah ada rezeki kita nanti."pujuk Zikri sambil memeluk isterinya.
Eira tahu keluarga Zikri sangat menantikan kelahiran bayi sulung mereka.Tambahan Zikri juga merupakan anak sulung dalam keluarga.
"Tapi saya dah kecewakan awak."kata Eira dengan sedih.
"Benda dah jadi.Kita tak boleh nak halang."
"Saya nak tanya awak.Betul ker awak dah lupakan Liya?"soal Eira.Dia juga mahukan kepastian.Sejak keguguran fikirannya sering terganggu.Sedikit sebanyak kata-kata Puan Nirma sudah melekat kuat dalam kotak fikirannya.
Zikri mengeluh kecil.
"Kita dah lama kahwin.Untuk apa awak ungkit lagi.Saya dengan Eiliya dah tak ada apa-apa.Dia pun dah kahwin dengan Leon."
"Entahlah..kadang saya rasa awak tak cintakan saya. Salah saya sebab rampas awak dari dia kan?"
"Eira,kita hampir ada anak dah pun.Awak masih tak percaya kan saya lagi?"tanya Zikri kembali.
"Saya bukan tak percaya.Tapi saya takut awak tinggalkan saya."
"Eira kenapa sekarang baru awak nak ungkit yang bukan-bukan.Kisah saya dengan Eiliya dah lama tamat sejak saya pilih awak."beritahu Zikri walaupun dengan berat hati dia melepaskan Eiliya dari hati.
"Saya tak tahu Zikri.Saya sayangkan awak.Saya takut kehilangan awak."Eira mula menangis kecil.
"Eira,saya tak nak awak fikir yang bukan-bukan.Saya nak awak jaga kesihatan awak dulu."
"Saya takut awak tinggalkan saya."kata Eira berulang kali.Sungguh dia takut kehilangan Zikri.
"Kita balik rumah ibu pula.Dah lama kita tak pergi sana.Mana tahu awak tenang dekat sana."pujuk Zikri.Kali terakhir mereka berjumpa di hospital.
Sudah banyak kali ibunya memujuk untuk mereka tinggal bersama dia pula.Tetapi Eira enggan.Ada saja alasan yang Eira berikan.Pada hal di rumah ibunya bukan ada sesiapa pun.Adik bongsunya hanya pulang ketika cuti semester.Tinggal ibunya seorang diri.Patutnya dia yang kena tinggal di situ menjaga ibu.
"Tapi mama...."Eira takut akan Puan Nirma.
"Saya suami awak Eira.Patutnya awak ikut saya."Zikri berasa kecewa.Eira masih mendahului Puan Nirma dari dia.
Eira terdiam.Apa yang Zikri cakap ada betulnya.Tetapi dia takut mama marah.
"Mama tak benarkan Eira ikut Zikri balik sana!"Puan Nirma bertegas.
"Mama,Eira kena ikut suami Eira.."Eira cuba memujuk Puan Nirma.
"Habis tu mama ni bukan mama Eira?"sengaja Puan Nirma berkeras.Dia tidak mahu anaknya tinggal bersama keluarga Zikri.
"Bukan macam tu mama.Eira rasa dah tiba masa nya Eira kena dengar cakap suami Eira pula."
"Habis tu cakap mama macam mana!?Eira nak tinggalkan mama!?"
"Ma..Eira nak juga merasa duduk dengan mertua.Sejak Eira kahwin dengan Zikri sekali pun Eira tak pernah balik sana."
"Eira belum pulih sepenuhnya lagi.Kat sana kalau Eira kena buat kerja macam mana?Eira bukannya sihat lagi."
"Ma..Eira boleh jaga diri.Mertua Eira pun faham keadaan Eira."
"Kenapa sekarang ni Eira suka melawan dengar cakap mama?Mama tak ajar tau!Ker Eira belajar dari budak tak guna tu!Dia yang hasut Eira untuk keluar dari sini kan!?Boleh lah dia tinggal dekat sini bersenang lenang!"
"Kenapa mama nak kaitkan Liya?Dia tak ada kena mengena pun"Eira kusut bila mama mula libatkan nama Eiliya dalam hal yang terjadi.Bukan sekali dua malah berkali-kali.
"Sebab dia lah semua benda terjadi dalam rumah ni!Eira tak nampak lagi kah permainan dia.Dia cuba nak rampas Zikri dari Eira!Dia punca Eira gugur!"Puan Nirma masih menyalahkan Eiliya.
"Ma!Eira gugur sebab salah Eira sendiri.Eiliya tak ada kaitan.Berala kali Eira nak cakap.Kenapa mama asyik nak salahkan dia.Eira tak faham lah dengan mama ni."bentak Eira.
"Eira baik sangat.Sampai tak nampak apa dia cuba buat!Tak percaya Eira tengoklah nanti!"
"Ma,Liya dah kahwin pun.Tak kan lah dia sanggup nak buat begitu.Lagipun Eira tengok dia bahagia dengan Leon."
Eira menyangkal sepenuhnya apa yang Puan Nirma cuba sampaikan.Entah kenapa mama selalu buruk kan Eiliya.Tak faham Eira dengan sikap mama.
"Dengan orang lain dia boleh tipu!Tidak dengan aku!"kata Puan Nirma dengan sinis.
"Eira tak faham kenapa mama selalu cari salah Liya.Sekarang kita bincang tentang Eira bukannya Liya!"Eira terus berlalu.Sakit kepala dengan sikap mama.
"Ha Zikri!Kamu balik sorang saja.Mana isteri kamu?"tanya ibu Zikri.
Zikri duduk di sofa melepaskan penat.
"Ni mesti mama dia tak bagi ikut kamu kan?"Ibu Zikri sudah menyangka.
Sejak awal perkahwinan lagi Puan Nirma seolah menyekat kebebasan Eira.Pada hal Eira sudah menjadi milik isteri orang.
"Eira masih belum sihat sepenuhnya."jawab Zikri tidak mahu berterusan ibunya bertanya akan Eira.
Ibu Zikri tergeleng kecil.
"Susah betul mama mertua kamu nak lepaskan Eira.Patutnya Eira kena ikut cakap kamu bukan ikut cakap mama dia." ibu Zikri menggeleng kepala lagi.
"Ibu tak faham dengan kamu suami isteri ni.Patutnya kamu sebagai suami kena jadi ketua keluarga.Ini tak asyik nak dengar cakap mama mertua kamu saja."leternya.
"Mama tu sayangkan Eira."celah Zikri.
"Orang lain pun sayangkan anak juga.Tak ada lah sampai nak kongkong hidup anak.Anak dah kahwin biarlah suami yang jaga.Ini tak, dia pula yang melebih."
"Kri dah cuba bincang dengan Eira pasal ni.Dia pun serba salah sebenarnya."
Zikri raut rambut ke belakang.Tersepit.
"Dari dulu lagi kamu asyik bincang.Sampai bila nak macam ni?"
"Ibu..Kri dah cuba ajak Eira pindah tapi mama dia tak benarkan."
"Tak tahu apa masalah sebenar mama Eira tu.Eira nak ambil lesen kereta pun dia tak bagi.Mama tengok adik dia okey saja.Tak pula mama mertua kamu peduli."
Walaupun berjumpa hanya sekali sekala namun ibu Zikri dapat melihat dengan mata kasar cara layanan Puan Nirma pada terhadap bongsunya.Sampaikan Eira nak pergi mana pun dia akan ikut.
"Mama terlalu sayang kan Eira."kata Zikri lagi.Pada hal dia juga pelik bila mama mertuanya selalu sisihkan Eiliya.
"Kalau ibu tahu dari dulu,baik kamu kahwin dengan adik dia saja."
Jujur dia lebih berkenan pada si adik dari si kakak.
"Dulu kamu kata suka si adik.Last minit nak kan si kakak.Ibu tak faham sungguh."runggut ibu Zikri.
Zikri terdiam.Tak sangka ibu masih ingat akan hal itu.
"Jodoh ibu."Itu saja jawapan yang dia ada.
"Tak kisah lah jodoh Kri dengan siapa pun.Asalkan kamu bahagia.Ni tidak.Asal Kri balik sini,Eira tak pernah nak ikut.Ibu pun teringin juga nak berbual dengan menantu.Tengok menantu Mak cik Lijah kamu,selalu bawa mak mertua dia jalan-jalan.Barulah makin mesra."
"Macam mana Eira nak bawa ibu.Dia sendiri tak pandai bawa kereta."Zikri cuba membela isterinya.
"Perempuan zaman sekarang bukannya kuno macam orang dulu.Semua dah pandai berdikari sendiri.Tak kan semua nak harapkan orang.Ibu rasa Eira tu teringin nak memandu kereta tapi mama mertua kamu yang tak bagi."
Apa yang ibu cakap ada betulnya.Pernah Eira bersuara mahu belajar memandu tetapi Puan Nirma membantah dengan alasan takut Eira terlanggar orang.Ke situ pulak.Terus Eira patah semangat.Patutnya bagi galakan.
Zikri sendiri sebagai suami pun menyokong penuh.Terbalik pula dengan mama mertuanya.Mama dia lebih sanggup ambil dan hantar Eira ke mana saja dari suruh Eira memandu sendiri.Apa yang Zikri lihat,Puan Nirma seperti takut akan sesuatu terjadi pada anak kesayangan dia.
"Ibu nak bagi nasihat ni.Nak dengar,dengar lah..tak nak dengar pun kamu kena dengar juga!"
"Sepatutnya kamu suami isteri tinggal berasingan.Barulah rasa kenikmatan hidup berumahtangga.Setiap keputusan berkaitan hal rumahtangga hanya kamu berdua saja yang patut buat keputusan.Kami sebagai ibubapa hanya berikan nasihat yang berguna saja.Ibu memang galakan anak menantu tinggal berasingan baru kamu faham asam garam rumahtangga.Kamu faham ker tidak!?"
Ibu Zikri sudah lama pendam.Dia tidak boleh berdiam diri lagi.Angin betul dengan besannya yang kerap kali masuk campur urusan anak menantu.
"Kri faham ibu.Insyallah... Kri akan cuba buat yang terbaik."
"Bukan cuba tapi memang kena ubah dari sekarang.Jangan dah terlambat baru nak buat.Perkara pertama yang Kri kena buat sekarang adalah bawa Eira pindah dari situ.Ibu rasa papa mertua pun tak kisah."
Encik Ahmadi bersikap lebih terbuka berbanding Puan Nirma.
"Tapi nanti mama tak benarkan."
"Kri suami Eira.Dan Eira sepatutnya dengar cakap Kri dan bukannya cakap mama dia lagi.Bukannya Kri bawak lari anak orang.Dia isteri Kri."tegas ibu Zikri.
"Kadang ibu rasa menyesal pula kahwin kan kamu dengan Eira.Patutnya kamu kahwin dengan Eiliya.Dia lebih sepadan.Tapi nak buat macam mana dah bukan jodoh kamu berdua."terselit juga perasaan kecewa.
"Ibu jangan ungkit lagi.Kri tak nak Eira dengar nanti dia ingat apa pula.Lagipun Eiliya dah kahwin."keluhnya.
"Kalau tak nak rasa menyesal.Kena cepat bertindak.Jangan duduk rumah mertua kamu lagi!"tegas ibu Zikri.
Share this novel