LEON tidak senang duduk bila dapat tahu Eiliya keluar makan dengan Hazrul.Resah gelisah semua ada.Pagi tadi dia keluar meeting di luar pejabat.Bila sampai di pejabat sudah masuk waktu makan tengahari.Ingatkan nak ajak Eiliya keluar makan bersama.
Leon mundar mandir di dalam biliknya.Sesekali kepala dipanjangkan ke luar bilik.Rasa dekat setengah jam dia menunggu.Bayang Eiliya pun belum kelihatan lagi.
Dia mendapat akal.Telefon bimbit di atas meja di capainya.
-Tolong belikan aku makanan.Lapar sangat ni.Cepat sikit.-
Sesaat dua dia menanti balasan.
Tit tit.Whatsapp masuk.
-Lah tak makan lagi ker.Kata tadi ada meeting dekat luar-.
-Dah balik ofis..Ni aku lapar sangat.Kau belikan aku makanan!-
-Kenapa tak keluar makan?Kami baru saja nak makan.-
Kami?Geram pula baca.Rasa nak tiup saja Hazrul biar melayang.
-Malas nak keluar.Kau bungkuskan saja.Aku tunggu.-
-Nak makan apa?-
-Apa-apa pun boleh.-
-Okey lah.Tapi kalau lambat jangan marah.Kami makan dekat Green Heaven.-
Macam nak terkeluar biji mata Leon.Jauh juga tu.Situ kan tempat cantik siap ada taman lagi.Agak dah mesti mereka keluar berdating.Mula la Leon tidak senang duduk.
-Aku lapar ni.Cepat sikit balik!-
-Sabarlah.Tengah tunggu order kau!-
Leon berdecit.Tak dapat dia nak bayangkan suasana tempat yang mewah.Berlatarkan suasana romantik.Sangat sesuai untuk pasangan bercinta.Dia sudah pernah pergi dengan Hana.
Tak kan Eiliya dengan Hazrul bercinta.Kepala Leon tergeleng-geleng.Tak mungkin.Eiliya masih isteri aku!
Tapi yang aku perasan sejak kebelakangan ini wajah Eiliya sentiasa ceria.Perlu ker aku siasat?Leon berperang dengan perasaan sendiri.
Pintu di ketuk.Terjengul wajah Eiliya bersama bungkusan makanan di tangan.
"Nah makan kau.Cepat makan nanti sejuk tak sedap."Eiliya letak atas meja.Dia segera mahu keluar.
"Aduh!,sakit perut."tiba-tiba Leon mengadu.
"Tu lah kau tak nak makan lagi!Cepat makan dulu."Eiliya sedikit cemas melihat Leon menekan perutnya sendiri.
"Kau lah lambat sangat.Lain kali makan lah tempat yang dekat."
"Mana nak tahu Hazrul bawa pergi jauh.Tapi tempat tu best sangat."kata Eiliya dengan gembira.
"Yang best kau.Aku dekat sini merana."kata Leon sambil mengaduh sakit.
"Aku pula yang salah?Lain kali jangan tahan lapar..Pergilah makan."
Leon menjeling kecil.Eiliya tidak faham maksud sebenar dia.
"Macam mana nak makan kau tak hidang."
Bulat mata Eiliya mendengar.
Terus dia bangun mengambil pinggan di pantry.Eiliya kembali dan memindahkan nasi goreng chicken chop ke dalam pinggan.
"Makan cepat.Nanti lagi sakit perut tu."Eiliya letak pinggan di hadapan Leon.
"Kau jangan keluar lagi.Tunggu sampai aku habis makan.Kang aku pengsan ker apa tak ada siapa tahu."Leon beri alasan.
Eiliya mendengus kecil namun dia masih melayan permintaan Leon.Bimbang juga dia kalau Leon pengsan sorang-sorang.
Eiliya menunggu sehingga Leon habis makan.Habis sepinggan.Kira okey lah tu sakit perut pun boleh habiskan makanan.
Leon tersandar kekenyangan.
"Aku keluar dulu."Eiliya meminta diri dan membawa pinggan kotor.
"Sekejap!Kau tolong sapukan minyak angin dekat perut aku dulu."pinta Leon.
Eiliya dah tercengang.Leon ni biar betul.
"Cepatlah Liya sayang oii.."panggil Leon yang sudah berbaring atas sofa panjang.Baju sudah di selak ke atas paras dada.
Leon hulur minyak angin kepada Eiliya.Teragak Eiliya mahu mengambilnya.Terpaksa juga ambil bila tengok muka Leon berkerut seolah menahan sakit.
"Sapulah cepat."gesanya sambil tersenyum senget dalam hati.
"Leon kau sapu sendiri boleh tak?"
"Aku tengah sakit ni.Kau tak kesian ker?"Leon buat suara sedih dengan muka menahan sakit.Tadi elok saja.
Eiliya tuang atas tapak tangan.Dia pejamkan mata saat tangan sudah berada atas perut Leon.
Sedikit nenggigil tangan Eiliya.Leon menarik tangan Eiliya agak menyapu ke seluruh bahagian perutnya.
Eiliya masih menutup mata.Dapat dirasakan bulu-bulu halus yang menyucuk kecil tapak tangannya.Dia kegelian.
"Situ lah Liya.Sakit sangat."Leon kecilkan mata seolah menahan rasa sakit.
Cepat saja Eiliya sudahkan kerja menyapu.Dia sudah tidak tentu arah.Tak pernah dia menyentuh kulit di bahagian tersembunyi Leon selama mereka menjadi pasangan suami isteri.
"Okeylah Leon aku keluar dulu."Eiliya terus keluar bersama pinggan kotor.Dia tak tengok muka Leon dah.Terus menonong dia keluar.
Leon ketawa kecil.Berjaya kenakan Eiliya.Pada hal perut dia tak sakit pun.Sengaja dia nak tengok reaksi Eiliya.Suka dia tengok muka Eiliya yang berwarna merah padam.
Eiliya kembali ke tempat duduknya.Dia menghembus nafas.Lega.
Apa lah Leon ni.Suka sangat kena kan dia.Tapi tak kan Leon nak kenakan dia.Mungkin dia betul-betul sakit.
Eiliya bermain-main dengan pen di tangan.Kadang terfikir juga bila semua ini bakal berakhir.Dia takut bila terlalu lama akan timbul perasaan lain pula.
Kertas kerja dihadapannya di teliti.Dia mahu melupakan hal tadi.Tidak mahu memikirkan lagi.Niat dia hanya untuk membantu tak lebih dari itu.
Teet...teet..
Bunyi menandakan ada mesej di Whatsapp.
Malas mahu membuka.Tapi setelah banyak kali bunyi mungkin mesej penting.Eiliya capai telefon dan membaca.Empat mesej dari Leon.
-Liya...-
-Thanks tau.Dah tak sakit perut :) -
-Balik nanti tunggu aku.Jangan turun lagi.-
-Aku ada benda nak cakap dengan kau.-
Leon ni dah kenapa.Rasa pelik tau.Selalu tak macam ni.Eiliya balas juga.
-Okey.-
Tak sampai dua saat.Leon balas.
-Okey saja kau taip??-
Dah tu nak taip apa.Eikiya pelik dengan sikap Leon.
-Aku banyak kerja lah.Kau tak apa lah bosss.-
Leon tersenyum lebar.
-Bos pun kena kerja juga untuk bagi makan isteri.-
-Dah la malas nak layan.Bye.-
Terus Eiliya tutup telefon.Dia menyambung kembali kerjanya yang tergendala.
Petang itu dia menunggu Leon di depan kaunter pertanyaan.Malas dia mahu menunggu dalam bilik bersama Leon.
"Tak balik lagi ker?"tegur Hazrul.
"Saya tunggu Leon."beritahu Eiliya.
Hazrul tersenyum kecil.Belum nampak kelibat Leon.
"Saya temankan awak dulu."
"Ehh! tak payah.Kejap lagi Leon keluar lah tu."
Sebenarnya Eiliya agak kurang selesa bila Hazrul sering mendekatinya.Dia juga harus menjaga nama baik Leon dalam syarikat.Eiliya keluar dengan Hazrul tadi hanya kebetulan.Tu pun bukan berdua.Azi,Khairul dan Steven ikut sekali.
Hazrul pandang muka Eiliya.Entah kenapa dia tertarik pada Eiliya.Bukan tak ada perempuan lain dalam pejabat ,ramai lagi yang masih single.Tapi isteri orang juga yang berjaya menarik perhatian dia.
"Kenapa pandang saya macam tu?"soal Eiliya tidak selesa.
"Saja.Saya suka tengok awak."
"Err..saya ni isteri orang, tak ada apa yang istimewanya.Cuba awak cari gadis yang masih bujang.Ramai lagi dekat pejabat ni."
Hazrul senyum.Sebab itu dia tertarik pada Eiliya.Dia juga tahu Eiliya isteri Leon.Tapi dia kesian pada Eiliya kerana dapat suami macam Leon.Di belakang ada perempuan lain.
"Eiliya sebenarnya saya...."Belum sempat nak berbual dengan Eiliya,Leon sudah tiba.
"Sayang...maaf abang lambat."
Leon tergesa mendapatkan Eiliya.Bukan Eiliya saja terkejut,Hazrul ikut terkejut.Siap bersayang bagai.Eiliya terpaksa memaniskan muka.
"Sorry abang lambat.."Leon terus memeluk bahu Eiliya.Eiliya tergamam dengan tindakan Leon.
"Tak apa.Jom kita balik."Sumpah dia rasa kaku dengan kelakuan Leon.
"Okey jom.Abang tahu sayang penat kan.Kejap lagi balik abang tolong urut satu badan."
Mata Eiliya sudah membulat.Apa yang Leon cakap ni.Depan orang lain pula tu.
"Maksud abang urut tangan kaki sayang lah.Sayang ni suka fikir yang bukan-bukan."Leon ketawa kecil.
Hazrul hanya menjadi pemerhati.
"Terima kasih tolong temankan wife I ni.Sekarang I nak bawak dia balik.Excuse."kata Leon pada Hazrul sambil menarik tangan Eiliya masuk ke dalam lif.
Hazrul memberi laluan kepada mereka dan berjalan mengikuti dari belakang.
Dalam lif jangan cakap lah.Muka Eiliya sudah bertukar warna.Mana tak macam tu.Leon bukan saja peluk bahu malah kerap tangannya berada di pinggang Eiliya.Eiliya cuba bagi isyarat mata namun Leon buat tak faham.
Sempat Eiliya selit cubitan kecil yang berbisa ke lengan Leon.
"Aduh!sayang ni.Nak gurau pun tunggu balik rumah dulu."kata Leon sambil menggosok lengan kirinya.
Hazrul hanya diam membisu.Dia masih memandang Eiliya.Dia tahu Eiliya seperti tidak selesa.
"Kenapa dengan kau ni Leon?"marah Eiliya sebaik masuk ke dalam kereta.
"Kenapa apa?"soalnya kembali.
"Buat tak tahu pula.Boleh tak kau jangan over sangat.Pegang sana.. pegang sini.Aku rasa tak perlu kot.Lagi pun kita dekat ofis."tegur Eiliya.Geram dia bila Leon buat tak faham bahasa!
"Aku rasa tak salah pun.Kau isteri aku."jawab Leon tanpa rasa bersalah.
Eiliya sedut dan hembus nafas dengan kuat.
"Bukan dengan cara ambil kesempatan!"
"Aku bukan buat benda tak senonoh pun.Cuba kau cakap aku buat apa?"soal Leon sengaja memprovok Eiliya.
"Kau!kau!...Eeeiiii!geram aku!Lepas ni kalau kau buat lagi siap kau!"
Leon hanya tersenyum.Dia tahu Eiliya marah tapi dia lagi suka!
Share this novel