EILIYA baru sampai di tempat kerja.Pagi ini dia agak terlewat sedikit.Semalam dia lupa untuk mengunci jam.Terkocoh dia duduk di meja kerjanya.
Saat meletak beg tangan,Eiliya baru perasan akan bungkusan plastik berisi nasi lemak dan dua ketul karipap di atas meja kerjanya.
"Siapa yang bagi ni."gumam Eiliya.Macam tahu saja dia tengah lapar.Memang tak sempat nak sarapan tadi.
Eiliya mencari kelibat Siti.Kalau bukan Siti mungkin Hazrul yang bagi.
Eiliya bangun sambil membawa bungkusan nasi lemak.Baru saja nak tanya Siti,dia sudah sibuk berjalan laju menuju ke mesin photostap.
"Siti.."Eiliya tunjuk nasi lemak di tangan.
"Liya pergi makan dulu.Siti nak kena photostap banyak ni."Siti sibuk dengan kertas ditangannya.
"Err..terima kasih Siti."sambil tunjuk lagi nasi lemak di tangan.
Siti hanya mengangguk.Mata selebihnya di mesin photostap.Dia kelam kabut membuat kerja.Pagi ni Suria memberi arahan untuk siapkan kertas kerja dengan segera.
Eiliya mengatur langkah menuju ke pantri.Bukan dia sorang saja di situ ada lagi beberapa kakitangan lain yang turut bersarapan.Masing-masing menggalas perut terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.
Eiliya segera menghabiskan nasi lemak berlaukkan sambal ikan bilis bersama telur rebus.Sedap.Macam pernah dia makan suatu ketika dulu.Karipap turut dihabiskan juga.Mahu simpan sehingga tengahari mesti kurang sedap.
Sudah kenyang,Eiliya kembali memulakan tugasan harian.Siti disebelah dah macam robot Nak berbalas senyuman pun dah tak sempat.Jari pula sibuk menaip diselang seli dengan mencatat sesuatu pada kertas kerja.
Sedang asyik membuat kerja.
Telefon bimbit Eiliya tiba-tiba berbunyi.Tertera nombor yang tidak dikenali.Malas mahu menjawab.Selalunya bila tertera nombor saja tentu scammer yang acah-acah pandai mahu mencari mangsa.Dibiarkan telefon berdering lagi.Siti disebelah sudah pandang semacam.Menganggu konsentrasi dia membuat kerja.Eiliya terpaksa juga menjawab panggilan.Dia bangun menjauhi meja Siti.
"Hello..."
Suara disebelah sana memberi salam.Eiliya pun menjawab salam.Suara yang cukup Eiliya kenali.Siapa lagi kalau bukan si lion.
"Awak nak apa lagi?"tanya Eiliya sedikit kasar.
"Saja nak dengar suara Liya."
"Saya sibuklah tak ada masa nak layan awak."suara Eiliya terpaksa dikawal agar tidak terlalu kuat.
"Liya..janganlah marah.Dah sarapan?"
"Sibuk saja nak tahu.Dah jangan ganggu saya lagi!"
"Sekejap Liya,jangan letak lagi.Saya nak minta maaf."
"Maaf untuk apa lagi?"
"Sebab lepaskan Liya.Saya belum dengar Liya maafkan saya lagi.Boleh Liya maafkan saya?"
"Benda dah lepas kan.."Eiliya mencebik walau tahu orang sebelah sana tidak nampak.
"Tapi saya belum dengar Liya maafkan saya lagi..."kata Leon.
Eiliya mencari nafas baru.Leon menelefon seawal pagi semata mahu mengucapkan kata maaf.Kenapa baru sekarang?
"Liya....saya rasa bersalah..tolong jangan diam macam ni."
Eiliya pejamkan mata dan tarik lagi nafas sebelum menyambung.
"Saya dah maafkan Encik Leon.Simpan saja rasa bersalah tu.Dah tak ada gunanya lagi."terus Eiliya matikan talian.Dari mana Leon mendapat nombor pun dia tahu.Pada hal dia sudah berpesan pada Puan Vina agar tidak memberi nombor barunya kepada sesiapa.Terutamanya Leon!
Dia sudah muak dengan sikap Leon.Cukup hanya sekali hati dia sakit.Dia sudah serik.Tak perlu nak ungkit lagi.Sudah cukup kemas dia kuburkan apa yang dia rasa dulu.Tak perlu nak robohkan kembali.
Eiliya kembali ke tempat duduk dengan hati yang sebal.Terus dimatikan telefon agar Leon tidak menganggu waktu kerjanya.Leon nak apa sebenarnya.Benda dah lepas tak payah nak ungkit lagi.
Eiliya cuba bertenang dan tidak mahu ingat lagi.Laju tangan memyambung kerja yang terbengkalai.Siti disebelah masih tidak panggung kepala punya tekun buat kerja.Baru nampak macam pekerja berhemah.
Tiba waktu tengahari,baru dengar suara Siti.Sunyi juga bila tak dengar suara potpet si Siti.
"Amboi Liya berseri sungguh hari ni.Baju biru tudung pun biru.Cantik sekali..."kata Siti sambil ketawa kecil.
Dah siap kerja lah tu.Tadi nak ajak bual pun susah.
Dari pagi tadi senyap saja.Tengahari baru timbul.
"Liya tak ada duit kecil nak bagi.Thank you tau belanja nasi lemak dengan karipap tadi.Sedap.Siti beli dekat mana?"
Siti kerutkan dahi.Berfikir sesuatu.
"Nasi lemak?karipap?"Dia sendiri pun tak sempat nak sarapan pagi.Lagi mau belanja orang.Dia hanya sekadar makan biskut kering saja.Tak sempat nak lepak dekat pantri pagi tadi,Suria dah bagi arahan.Siti buat muka blurr.
"Bukan Siti ker yang bagi?"tanya Eiliya inginkan kepastian.
Siti geleng laju.
Ah!sudah.Siapa pula yang bagi.
"Hazrul kot.."telah Eiliya.
"Lorr.. Liya tak tahu ker Hazrul cuti hari ni."beritahu Siti.
Eiliya dah terlopong plus terkebil.Siapa pula yang baik hati belanja dia pagi tadi.
"Secret admire Liya lah tu.Makan saja lah Liya.Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari.."usik Siti.
"Takut tersilap makan makanan orang lain punya.."Eiliya beriak risau.
"Tak kan lah.Dah sah-sah orang tu letak atas meja Liya kan.Mesti untuk Liya lah.Tak kan orang lain punya."omel Siti.
"Mana tahu tersilap letak."
"Nampak sangat orang yang letak tu buta.Dah sah tertera nama dekat atas meja tu kan.."
Betul juga cakap Siti.Tak kan salah letak pula.Dah terang setiap meja ada nama sendiri.
"Tapi kan Liya.Mak Siti pesan kalau nak makan baca bismillah dan doa dulu.Bukan apa takut orang letak ubat guna-guna."Siti berkata sambil tersengih.
"Adoii!Siti ni saja nak takutkan Liya tau.."takut juga Eiliya bila dengar Siti cakap macam tu.
"Hehe..Siti lawak saja.Tak apa Siti doakan orang yang belanja Liya tu masuk dalam mimpi Liya malam ni.Baru Liya tahu siapa kan."Siti angkat kedua belah kening.Masih mengusik Eiliya.
Pelik juga tiba-tiba ada sarapan pagi atas meja.Nak kata selalu Hazrul atau Siti belanja,kadang-kadang ada lah.Siti pun cakap bukan dia.Hazrul pula cuti.Siapa lah yang baik hati sangat ni?
Tiba-tiba Eiliya akan teringat pertanyaan Leon tadi.
"Dah sarapan?"
Terbayang raut muka Leon bersama senyuman.Maknanya...dia.Terus rasa pucat muka Eiliya.
Terbit rasa menyesal makan tanpa usul periksa.Patut lah rasa nasi lemak tadi macam pernah dia makan dulu.Leon juga yang belikan.
Motif Leon tentu mahu Eiliya berbaik semula dengan dia.Ini kalau Siti tahu,habis kepoh satu ofis.Tak pasal Eiliya kena siasat habis-habisan.
"Cuti semalam pergi mana?"tanya Eiliya sebaik terserempak dengan Hazrul di muka pintu ofis.Hazrul juga kelihatan ceria sambil menjinjit bungkusan palstik mahu menuju ke pantri.
"Balik kampung.Kenapa..rindu ker?"tanya Hazrul kembali.
Eiliya tersenyum malu.Tu la tak menyempat mahu tahu sangat.
"Sekejap sangat.Kenapa tak balik banyak hari.Boleh rehatkan diri dekat sana."
"Saja balik sekejap saja.Lain kali baru balik lama sikit.Sekarang ni dekat kampung tengah musim buah."beritahu Hazrul.
"Ni ha,saya ada bawakan buah dari kampung."sambil mengangkat pastik ditangan.
"Wah bestnya!mesti seronok kampung Hazrul.Saya tak ada kampung."
"Liya nak ker ikut balik kampung?"tanya Hazrul buatkan Eiliya sedikit teruja.
"Boleh ker?"
"Mestilah boleh.."Hazrul pandang muka Eiliya,mereka berbalas senyuman.Membiarkan mata berbicara sesama sendiri.
"Amboii.. dating kat sini rupanya!"sergah Siti.Kedua mereka hanya tersenyum nipis pada Siti.
"Siti ni kecohlah.Mana ada datingnya.Ni ha,Hazrul bawakan kita buah tangan dari kampung.Ada manggis,rambutan,langsat...ciku pun ada."
"Wahh..banyaknya."Siti sudah teruja.Dia mengambil buah rambutan dan mula mengupas kulitnya.
"Kampung Hazrul memang musim buah ya?Boleh kita pergi melawat."kata Siti beria.
"Boleh.Nanti cuti kita pergi."kata Hazrul.Siti makin teruja.Dia juga seperti Eiliya.Tak ada kampung.Setelah arwah atuk dan nenek meninggal,habis semua tanah dijual pada pemaju.Anak-anak sudah tidak berminat mahu tinggal dikampung.Kebanyakkan mahu tinggal di bandar besar.Sekarang siapa yang rugi?Habis tanah orang Melayu terjual.Cucu cicit sudah tidak kenal erti suasana kampung.
"Baiknya Hazrul.Rasa tak sabar dah nak pergi.Ada sungai tak?"Siti mula terbayang suasana kampung seperti di dalam tv.
"Ada.Air dia sejuk sangat.Boleh mandi."beritahu Hazrul.
"Bestnya...Liya jom kita ikut Hazrul balik kampung."
Siti semakin teruja.
"Tak sabar sungguh Siti ni."Eiliya menggeleng kepala.
Siti masih sibuk mengunyah rambutan.
"Sedapnya.Manis pulak tu.Isi pun lekang.Ada lagi dekat sana?"
"Eh banyak lagi..atas pokok pun banyak."
"Ya ker.Boleh la panjat ambil."
Hazrul ketawa kecil.
"Nanti Siti boleh la cuba panjat."seleroh Hazrul.Orang sekarang mana ada panjat sangat.Semuanya gula galah siap ada gunting dihujung.Lebih senang dan cepat.
"Macam tu kita pergi hari sabtu ni.Boleh kan Liya?"
Eiliya bersetuju.Sekurangnya mereka boleh mendapat pengalaman baru dan suasana baru.Jauh dari kesibukan bandar.Dia juga ikut teruja macam Siti.Sudah tidak sabar menunggu hujung minggu.
Share this novel