"LEON ni tak sabar sungguh.Biarlah mama nak bermanja dengan Liya dulu.Rindu pun belum habis lagi.Minggu depan kan boleh pindah."Puan Vina tarik muka masam.Anak dia ini langsung tak bagi peluang untuk dia bermanja dengan menantu.Sudah lama mereka 'terpisah'.
Sempat Puan Vina tampar perlahan bahu Leon.Leon sengih.
"Biarlah dia orang nak pindah.Lagi pun masih mood pengantin baru.Mestilah nak bermesra manja macam kita dulu."celah Encik Bad buatkan Eiliya berpura tidak dengar dan menoleh ke tempat lain.Hakikat sebenar awal lagi dia sudah lancarkan perang.Bukan perang kecil tapi besar-besaran punya perang.
Leon di sebelah asyik tersengih memanjang.Mengiyakan benda yang tak betul.
"Thanks papa sebab faham.."
"Mama rasa tak puas berbual dengan Liya.Leon ni kedekut sangat.."muncung Puan Vina.
"Nanti mama papa datang lah rumah kami."
"Bagus juga cadangan Leon tu.Boleh la mama dengan Liya masak sama-sama..kita boleh makan bersama."terus bertukar ceria wajah Puan Vina.
Eiliya hanya senyum nipis.Tak tahu sama ada berasa gembira atau sebaliknya.Hati dia masih membuak marah pada Leon.Elok sangat Leon ajak pindah boleh la dia lancarkan lagi 'peluru berpandu' yang sedia ada.
"Okeylah..mama papa.Kami balik dulu.Insyallah hujung minggu kami datang sini."
Leon dan Eiliya bersalaman dengan Puan Vina dan Encik Bad.Terpaksa bermanis muka dihadapan mentuanya walahal dalam hati sudah galau.
"Bawak kereta tu elok-elok.Jangan nak buli Liya.Mama nanti tarik telinga Leon."ugut Puan Vina.
Sayang sungguh Puan Vina pada Eiliya.Tadi pun berkali dia menasihati Leon agar menjaga hati Eiliya.Dia tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi.Apa pun masalah jangan buat keputusan melulu.Harus berfikir baik dan buruk.
Leon tenang memandu sambil mengerling Eiliya di sebelah.Dari masuk kereta sepatah pun Eiliya tidak bercakap.Mata asyik tengok pemandangan luar sahaja.Entah ada apa dalam fikiran Eiliya.Kalau boleh dia mahu masuk dan tahu.
Leon beranikan diri meletakan tangan kirinya di atas tangan Eiliya.Baru nak pegang dengan kemas,Eiliya cepat menolak.
"Jangan nak ambil kesempatan!"kata Eiliya sambil menjeling sekilas.
Tersenyum Leon dibuatnya.Eiliya sekarang dah macam periuk api.Tercuit sikit saja pun dah macam mahu meletop.Mengelegak panas.Tapi Leon rela rentung dari menghadap kebisuan Eiliya.
"Sayang mengantuk ker?Kesian tau abang drive sorang.Sayang berbual lah dengan abang."ulah Leon sambil senyum-senyum.
"Boleh tak stop dekat tepi?"pinta Eiliya.
"Kenapa pulak?"Leon sudah bersedia memberi signal di sebelah kiri.
"Saya nak muntah dengar awak panggil sayang.Stop bahasakan abang..sayang.Kita bukan dekat rumah mama papa awak lagi."kata Eiliya dengan sinis.
"Abang ingat apa tadi.Belum apa-apa lagi sayang dah muntah.."Leon ketawa kecil.
"Abang rasa panggilan tu tak salah pun.Sayang isteri abang dan abang suami sayang.Jadi abang..sayang..sayang..abang.."sambil tunjuk ke arah mereka berdua silih berganti.
"Eeii.. saya tak nak lah!Dulu tak ada pun.."rungut Eiliya perlahan.
"Dulu lain sekarang dah lain.Silap abang.Tak apa mulai sekarang kita kena ubah.Sayang jangan lah panggil 'Encik Leon' lagi.Abang rasa tak seronok dengar."
"Dah memang itu nama awak kan!Lagipun kita tak akan lama.ENCIK LEON faham kan!"tekan Eiliya pada nama Leon.Sengaja dia mahu buat Leon marah.
Leon telan liur.Kesat.Eiliya sekarang lebih tegas dari yang dulu.
"Selagi Liya isteri abang,selagi itu lah abang tak akan lepaskan Liya."
"Awak memang suka berangan kan!"
"Memang abang suka..suka angankan sayang."Leon sambung senyum.
"Malas lah saya nak cakap!"
"Liya.. janganlah marah.Abang cuma nak berbual dengan Liya.Abang sunyi bila Liya diam saja.Bagi abang peluang kedua untuk buktikan yang abang cintakan Liya..."
"Dah terlambat!"
"Liya,abang cuma nak bersama dengan Liya.."
"Encik Leon tak reti penat ker?Saya dah tak larat nak ulang cakap benda yang sama.Antara kita tak mungkin ada apa-apa.Saya dah tak simpan perasaan apa pun pada Encik Leon!"
Leon kalih pandang pada Eiliya seketika.
"Jadi betul lah sebelum ni ada?Abang yang terlewat tahu perasaan sayang pada abang."keluh Leon.Bukan senang Eiliya mahu luahkan isi hati.
"Perasaan tu dah lama mati.Jadi jangan berharap hati saya akan terbuka lagi untuk awak."
"Perasaan abang pada Liya lebih dari apa yang Liya rasa.Abang betul-betul sayangkan Liya.Bukan sayang seorang kawan tetapi sayang yang lebih istimewa dari segalanya.Abang dah jatuh cinta dengan sayang.Percayalah abang tak akan luka kan hati Liya lagi."
"Baik awak buang saja perasaan tu.Dah tak ada makna.Hati saya bukan untuk awak,Encik Leon!"
"Abang tak akan mengalah."suara Leon sedikit kendur.
"Saya dah malas nak cakap.Buat lah macam mana pun saya tetap tak akan terima awak!"
"Terima kasih Liya sebab kembali dalam hidup abang.Walaupun Liya benci kan abang.Abang akan terus mencintai Liya.."
Eiliya berpura tidak mendengar.Dia mengalih pandangan ke luar kereta.Bercakap dengan Leon ibarat mencurah air ke daun keladi.Buat sakit hati saja.
Kali kedua Eiliya masuk ke dalam rumah yang sama.Tetapi kali ini dengan suasana yang berbeza.Ikutkan hati dia tidak mahu tinggal bersama Leon.Mengenangkan ibu mertuanya,Eiliya terpaksa mengalah.Baru saja tiga hari berkahwin sudah mahu bercerai.Nanti apa kata saudara mara Leon.
Nampaknya Eiliya terpaksa membuat perjanjian baru dengan Leon.Dia akan meminta Leon untuk melepaskan dia.Mungkin bukan dalam masa sesingkat ini.
Eiliya berjalan di sekeliling bilik.Perabot yang sama.Katil yang sama.Entah kenapa Leon mahu Eiliya duduk di bilik ini.Leon pula entah ke mana.
Selepas mandi dan bersolat Isyak,Eiliya duduk di birai katil.Cadar yang berwarna biru lembut di usapnya.Entah kenapa wangian dalam bilik ini menenangkan perasaan sebenar Eiliya.
Tadi Leon panggil makan pun Eiliya menolak.Biar Leon rasa betapa kerasnya hati perempuan bernama Eiliya Sofia.Tapi sekarang perut dia berkeroncong minta diisi.Kenapa lah dia lupa nak bawak biskut atau roti naik tadi.
Baru nak ambil mood,pintu di ketuk lagi.Dengan malas Eiliya membuka pintu.
"Saya tak nak makan."ucap Eiliya sebelum sempat Leon tanya soalan yang sama.
"Abang bukan nak ajak makan.Abang nak tanya sayang okey ker tak?"Leon simpul senyum.Terkulat malu Eiliya.Ingatkan Leon nak ajak dia makan tadi.
"Sayang tak lapar ker?Dari siang tadi kita sampai,sayang tak makan apa pun lagi.Abang ada belikan nasi goreng tomyam.Sedap tau."pancing Leon.Dia tahu Eiliya mesti tengah lapar.
"Tak nak.Saya nak tidur."Eiliya mahu menutup pintu tetapi Leon cepat menahan.Dia malu sebenarnya mahu cakap dia lapar.Dengar nasi goreng tomyam dah buatkan dia terliur.
"Apa lagi?"
"Abang tahu sayang masih marah kan abang.Tapi jangan seksa diri.Jom kita makan."terus Leon tarik tangan Eiliya.
Tak sempat Eiliya nak cakap apa.Menonong saja kaki mengikut langkah Leon.
"Encik Leon suka paksa kan!"
"Memang abang paksa sayang makan.Nanti sakit macam mana?"bebel Leon sambil meletakkan sepinggan nasi goreng di hadapan Eiliya.
"Kalau sakit pun saya tak akan suruh awak jaga saya."
"Abang tak nak sayang sakit.Nanti abang susah hati."
"Tak payah nak kisah kan saya.Saya boleh jaga diri sendiri."
"Okey dah.Sekarang makan."Leon duduk di sebelah Eiliya.Agak rapat.Dari terusan bertekak baik dia diam.Diam tak bererti mengalah kan.
Eiliya malas mahu bertekak depan rezeki.Di ambilnya sudu dan di suap ke mulut.Hanya sedikit.
"Kenapa tak sedap ker?"
"Macam mana saya nak makan kalau Encik Leon asyik tengok saya saja.Duduklah jauh sikit."kata Eiliya.Sampaikan bahu mereka bersentuhan.Nak makan pun tak selesa.
Leon tersenyum.Eiliya marah pun tetap cantik.Selama ini mana dia perasan semua itu.Asyik cakap orang lain saja cantik.Alahai mata sekarang baru kau sedar.
"Okey abang duduk sini ya.."Leon beralih tempat ke hujung meja.
Eiliya meneruskan suapan demi suapan.
"Sedap kan.Boleh abang rasa sikit?"
Eiliya tolak pinggan ke arah Leon.Sebelah lagi nasi tidak disentuhnya.Tadi kata sedap.Tak kan tak makan lagi.
"Sayang suap lah..."renggek Leon.
"Tak kuasa saya.Suap lah sendiri!"terus Eiliya bangun menuju ke sinki dan membasuh mulut ditinggalkan Leon seorang diri di meja makan.
"Sayang habiskan dulu nasi ni.Abang tak kacau dah."
"Saya dah kenyang."
Leon hanya menghantar pandangan melihat Eiliya menapak ke tangga.Dia mengeluh sesaat.
Pintu bilik di ketuk lagi.Eiliya malas mahu membuka.Dibiarkan bunyi ketukan hingga senyap begitu saja.
Terasa katil sedikit bergegar.Eiliya yang berbaring mengiring terus bangun dan duduk.Leon dengan selamba duduk di atas katil.
"Ehh..kenapa awak masuk sini?"Eiliya dah panik.
"Abang nak tidur lah.."
"Ni kan bilik saya."
"Bilik kita,sayang..."
"Hah!Banyak lagi bilik dekat rumah ni.Saya tak kongsi denfan awak."
"Mulai malam ni abang nak tidur dekat bilik ni.Tak kan abang nak biar sayang tidur sorang-sorang."
"Tak nak lah.Kalau awak nak sangat bilik ni.Baik saya tidur bilik lain."acah Eiliya.
Eiliya baru nak turun dari katil,Leon pantas menarik tangan dia.Tindakan pantas Leon membuatkan Eiliya terjatuh di atas badan Leon.Cepat-cepat dia bangun.
"Apa ni Encik Leon!"marah Eiliya walahal dalam hati dah rasa semacam.
"Sorry abang tak sengaja.Tapi tolong jangan tidur bilik lain.Bukan abang nak buat apa pun.Nak tidur sebelah sayang saja.Dekat rumah mama okey saja."
Eiliya meyedut nafas baru mencari kekuatan.
"Dekat rumah mama lain."Leon memang tak makan saman.Dah bagi amaran jangan tidur sekatil pun dia tetap tidur juga.Celik saja bijik mata Leon dah ada dekat sebelah.
Masa di rumah Puan Vina memang mereka tidur sekatil dan 'bersempadan'.Eiliya rasa selamat lagi sebab ada mertua di rumah.Tapi di sini dia hanya berdua dengan Leon.Risau juga Leon bertinsak di luar kawalan.
"Abang tahu Liya tak sudi tapi abang janji tak akan buat apa yang sayang tak suka walaupun itu hak abang."
Eiliya jeling tajam.Terus di tarik bantal ke tengah antara mereka.Nasib katil ni luas.Letak bantal banyak-banyak dekat tengah.
"Amboi sayang..dah macam kubu perang dah ni.."Leon tawa kecil.
"Diam lah orang nak tido!"
Terus Eiliya letak kepala dalam keadaan berjaga-jaga.Esok lusa ntah sampai bila dia kena menghadap muka dan karenah Leon lagi.Yang peliknya Leon tak ada sebut sikit pun pasal Hana.Macam hilang begitu saja.Leon pun dah tak bergayut di telefon macam dulu.Telefon pun letak merata.Apa sudah jadi pada hubungan Hana dan Leon?tertanya juga Eiliya.
Share this novel