BAB 51

Drama Completed 49800

EILIYA terjaga saat azan Subuh berkumandang.Rasa malas mahu bangun.Terasa kesejukan mencengkam di kulit badan.Di peluk erat bantal peluk.Rasa sangat selesa.

Hembusan nafas yang menampar ke pipi memaksa Eiliya untuk membuka mata.Perlahan di angkat kelopak mata.Wajah Leon hampir di mukanya.

Eiliya kaget.Mata Eiliya jatuh ke tangannya yang sedang memeluk bantal.Kering darah dimukanya.Bantal yang disangkanya adalah tubuh Leon.Pantas tangan diangkat laju.

Leon dilihat masih nyenyak tidur.Bantal peluk entah ke mana menghilang.Semalam Eiliya sudah letak di tengah antara dia dan Leon.Harap Leon tak sedar yang dia terpeluk Leon yang disangka bantal.Malu weii.

Beberapa saat berlalu Leon masih begitu.Perlahan tangan Eiliya naik mahu memeriksa suhu badan Leon.Belakang tangan di letak sekali lagi ke atas dahi Leon.Sudah tidak panas macam semalam.Mungkin Leon sudah kembali sihat.

Baru Eiliya mahu angkat tangan kembali,tangan Leon pantas menyambar pengelangan tangannya.

Eiliya terkejut melihat mata Leon terbuka luas.

"Leon lepas lah.."Eiliya cuba melepaskan tangan.

"Kau nak ambil kesempatan kan."kata Leon.

"Mana ada.Saya nak periksa suhu awak saja.Jangan nak perasan sangat."Eiliya jeling sekilas.Malu pun ada bila Leon masih berbaring manakala dia duduk di tepi Leon.

"Dah sihat pun."mendatar saja suara Leon tapi tangan Eiliya masih tidak dilepaskan.

"Baguslah awak dah sihat."jawab Eiliya.

Eiliya tarik kuat pergelangan tangannya namun lagi kuat Leon pegang.Mereka bergelut seketika.
Dengan sengaja Leon melepaskan tangan Eiliya menyebabkan Eiliya yang belum bersedia sepenuhnya jatuh tersembam ke atas badan Leon.

Malangnya bibir Eiliya mendarat di pipi kanan Leon.

Bingkas Eiliya bangun berdiri di tepi katil sambil mengelap bibirnya berkali-kali.

"Sumpah saya tak sengaja!"kata Eiliya yang juga terkejut.

"Sengaja atau tak pipi ni kau dah cium.Jadi siapa nak bertanggungjawab?"Leon pandang Eiliya yang kelihatan takut dan terkulat malu.

"Saya bukan sengaja pun.Awak yang tarik tangan saya!"Eiliya cuba mempertahankan diri.

"Cakap saja lah kau nak ambil kesempatan."Leon jeling kecil.

"Awak jangan perasan sangat boleh tak.Saya nak tengok sama ada awak demam tak lagi.Tak ingin saya nak ambil kesempatan dekat awak.Dah awak tarik tangan saya,saya terjatuh atas awak.Itu saja."

"Kalau jatuh pun tak payah lah sampai cium pipi aku."

"Saya tak sengaja.Awak yang salah.Sapa suruh tarik saya."Eiliya mengesat lagi bibirnya.

"Tak apa lah.Anggap saja benda tadi tak pernah terjadi."Leon ikut bangun dan meninggalkan Eiliya yang masih termanggu di tepi katil.

Eiliya pelik.Leon pergi macam tu saja.Dah tu bahasa yang Leon gunakan 'kau aku' dan bukan lagi 'abang..sayang'.Macam kasar pula bunyinya.

Dalam bilik air,perlahan bibir Leon ukir senyuman.Pipi kanan di raba.Memang dia yang sengaja.

Di luar bilik air,muka Eiliya berubah merah.Memang dia tak sengaja.Tak kan dia nak ambil kesempatan pada Leon pulak.Tak pasal bibirnya sudah tercemar.Mesti Leon ingat dia kemaruk sangat.

Sejak Leon baik dari demam tempoh hari mereka kembali sibuk dengan uusan masing-masing.Tapi yang peliknya sikap Leon berubah kepada kelakuan asal seperti sebelum demam.Tidak banyak cakap dan lebih kepada berdiam diri.

Berat mulut Leon mahu bertutur dengan Eiliya.Boleh dibilang dengan jari berapa patah saja Leon berbicara dengan dia.Eiliya makin pelik dengan sikap baru Leon.Masa Leon demam elok saja dia bercakap dan masih mengharapkan Eiliya.Kini semua telah lenyap sama sekali.Mana perginya ketulusan hati Leon yang mahu mengambil hati dia.

Ponnnnn!Bunyi hon yang panjang menyedarkan Eiliya dari lamunan.

Eiliya baru sedar yang dia sudah berada di tengah jalan.Bunyi hon dan tayar kereta bergesel serentak di atas aspal jalan.Suasana sedikit membingitkan telinga dengan bunyi hon dari kenderaan lain juga.

"Hoi!nak mati ker!"jerit pemandu kereta itu dari tingkap kereta dengan muka marah.Satu saat saja tak pasal jadi kemalangan ngeri.

Eiliya mengurut dada sendiri.Macam mana dia boleh terleka hingga berada di tengah jalan.Mujur ada sepasang tangan yang menariknya ke tepi.

Turun naik dadanya kerana ketakutan.Menggigil seluruh tubuh.Tidak dapat membayangkan tubuhnya digilis tadi.Ngeri dan menakutkan.

"Lain kali nak lintas tengok kanan kiri dulu!Nasib aku tak langgar!"marah pemandu lelaki itu.Dia pun sama terkejut.Mujur sempat brek kalau tidak pasti tubuh wanita ini berada di bawah perut kereta.

Pemandu kereta tadi sudah berlalu pergi sambil marah-marah.Mujur dia sempat menekan brek.Kalau tak sempat tadi mahu diseret tubuh Eiliya hingga berapa meter jauhnya.Takut Eiliya bila membayangkan tubuhnya berkelumuran darah.Entah selamat atau tidak.

"Awak okey ker?"tanya orang yang menyelamatkan Eiliya.

Eiliya yang masih berdebar ketakutan hanya mengangguk laju.Menggigil dia membayangkan situasi yang buruk sebentar tadi.Jantung dia laju mengepam tanpa henti.Takut setakutnya.

Turun naik nafas Eiliya sambil mencengkam dada yang sedang berombak laju.

"Ya Allah Liya..Liya okey tak ni?"tanya Leon yang turut berasa cemas.

Eiliya angkat kepala.Suara Leon.Macam mana Leon tiba-tiba ada di situ.Niat Eiliya mahu membeli pisang goreng di seberang jalan.Kenapa dia leka sangat sampai lupa diri yang sedang melintas jalan.

"Saya..saya okey..."nafas Eiliya masih tidak stabil.Tubuhnya menggigil.

"Bahaya Liya lintas macam ni.." Leon ikut cemas.

"Encik kena bawa cik ni pergi hospital.Kesian dia.Nasib tak jadi apa-apa tadi.Saya yang tengok pun rasa takut.Mujur sempat tarik dia tadi."kata pemuda yang menolong Eiliya sebentar tadi.

"Terima kasih banyak-banyak encik.Saya pun terkejut sangat tadi.Nak kejar memang tak sempat.Terima kasih sekali lagi.."ucap Leon pada pemuda itu.

Leon yang nampak kereta Eiliya di bahu jalan terus memberhentikan kereta.Dia risau melihat Eiliya mahu melintas.Tapi tak sempat nak panggil Eiliya.Tengok-tengok Eiliya sudah terduduk di tepi jalan dengan seorang lelaki asing.Mengucap Leon bila terdengar bunyi hon yang kuat.

"Sama-sama encik.Kereta memang banyak kat sini.Laju pulak tu.Mujur cik ni tak ada apa-apa.."kata pemuda itu dengan wajah kerisauan.

"Ya Allah Liya..mujur tak apa-apa."kata Leon sambil mengusap tangan Eiliya.

"Abang kenal ker cik ni?"tanya pemuda itu bila melihat Leon menyentuh dan membelek tangan dan muka Eiliya sesuka hati.Mana tahu cuba mengambil kesempatan.Macam-macam orang sekarang ni.

"Dia isteri saya.."beritahu Leon.Eiliya masih dalam keadaan terkejut.

"Oh..baik abang bawak pergi hospital.Saya tengok cik ni macam takut lagi.."

"Ya,saya bawak dia sekarang.Terima kasih ya tolong selamatkan isteti saya."ucap Leon.

"Sama-sama abang.."jawab pemuda itu dan berlalu pergi.Bersyukur masih ada insan yang berhati mulia dan perihatin.

"Liya boleh bangun tak ni.Jom kita pergi hospital dulu."ajak Leon.Eiliya masih membatu.Kejadian tadi masih terbayang di ruang mata.Kalau lah pemuda itu tidak tarik dia sudah tentu dia sedang terbaring kaku di atas jalan.

Leon terus memeluk Eiliya bila tiada respon.Tidak dipedulikan banyak mata yang memandang.Dia harus menenangkan Eiliya yang ketakutan.

"Abang tahu sayang takut.Jangan takut.Abang ada.."pujuk Leon sambil menggosok bahu serta belakang Eiliya.Pucat lesi wajah Eiliya.

Baru Eiliya memberi tindak balas.Dia memeluk Leon dengan kejap.Dia masih terkejut,takut dan trauma.Kejadian yang tidak disangka.Sangat pantas berlaku.Airmata meleleh keluar juga.Kalau lah dia jadi arwah tadi tak sempat dia mahu meminta maaf pada semua.Terutama pada Leon.

Leon bangun dan menarik tangan Eiliya menuju ke kereta miliknya.

"Kereta Liya nanti abang arrange kan."Leon tahu Eiliya bimbang akan keretanya.Sempat Leon mengambil semua barang milik Eiliya dalam kereta.

Belum sempat Eiliya buka mulut bertanya Leon terlebih dahulu mendahului

"Abang dah ambil semua barang sayang."

Kereta yang dipandu Leon meluncur laju meninggalkan kawasan pisang goreng tadi.Eiliya tersandar ketakutan dan keletihan.Masih trauma dengan kejadian sebentar tadi.

"Saya..nak balik.."kata Eiliya sambil menangis.

"Syhhh..jangan menangis,abang ada.Abang bawa pergi hosoital dulu.Lepas ni kita balik."pujuk Leon sambil sebelah tangan menggengam jari jemari Eiliya.

Eiliya dibawa untuk pemeriksaan.Mujur tiada sebarang kecederaan.Doktor menasihati agar Eiliya diberikan rehat dan tidak dibenarkan keluar ke mana dalam masa terdekat.Bila keadaan diri sudah bertenang dan stabil baru boleh meneruskan rutin harian.

Sampai saja di rumah terus Leon menyuruhnya membersihkan diri.Selepas bersolat,Eiliya berasa sedikit tenteram.Dia cuba melupakan kejadian tadi yang masih segar dalam ingatan.Terkumat kamit mulutnya berselawat cuba menghilangkan keresahan di hati.Mujur Leon setia memberi kata semangat.Dia perlukan sokongan yang positif juga.

Leon masuk semula ke dalam bilik setelah menyediakan makanan di tingkat bawah.

"Liya..jom turun makan."ajak Leon.

Eiliya geleng.

"Makan lah sikit.Nanti perut masuk angin."

"Saya tak ada selera."

"Kena makan jugak.Dari petang tadi tak makan kan.Kalau teringin sangat nak makan pisang goreng,esok aku belikan."

"Tak nak lah."Eiliya pandang Leon sekilas.

"Kenapa tak cakap nak makan pisang goreng tadi.Aku boleh belikan.Bahaya melintas macam tu."

Eiliya diam.Rasa sakit pula hati dengar Leon beraku kau.Leon sengaja kembali mencipta jurang antara mereka.

"Saya dah tak nak."perlahan sahaja suara Eiliya.Dia kecil hati dengan Leon.Leon kejap-kejap berubah.

"Lain kali kalau teringin sangat,bagitahu.Dah la kereta banyak.Bahaya."tadi memang Leon terlalu bimbang sangat.Dari jauh dia nampak Eiliya mahu melintas jalan dalam keadaan jalan raya yang agak sesak.Memang tak sempat untuk selamatkan Eiliya.

Nasib baik ada pemuda yang baik hati itu cepat menyambar tubuh Eiliya dari dilanggar.Betapa cemas dan terkejut bila terdengar bunyi hon kereta yang kuat.Mujur tidak berlaku sebarang kemalangan jiwa.

"Dah.Lupakan pasal tadi.Sekarang jom makan.Dari balik tadi tak makan lagi."

Eiliya masih tidak berganjak dari katil.

"Kau nak jalan atau aku nak dukung?"tanya Leon.

Terus Eiliya berdiri tegak dan jalan menonong menuju ke bawah.

Leon kulum senyum.Tahu takut.

******************

Balik dari kerja Leon terus pulang ke rumah.Sambil memandu kereta,di kerling sekilas tempat duduk sebelah.Tersenyum dia.Nasib dia sudah memesan awal,kalau tak kena beratur panjang lagi.

Sudah dua hari Eiliya mengambil cuti.Biar Eiliya berehat secukupnya.Leon bimbang keadaan Eiliya yang masih belum stabil.Masih trauma.

"Nah..",Leon hulur bungkusan plastik kepada Eiliya yang sedang ralit menonton tv.

"Apa ni?"Eiliya sambut juga.

Bau goreng pisang hinggap di rongga hidung saat bungkusan di buka.Terus merodak perut Eiliya minta diisi.Bukan tak makan tengahari tadi.Leon siap buat tempahan makanan dan dihantar terus ke rumah.Dari sarapan pagi,makan tengahari hinggalah ke malam.Semuanya Leon main tempah saja.

"Makanlah.."

Eiliya terus bawa ke dapur dan meletakkan dalam pinggan.Tidak lama kemudian Eiliya muncul bersama dua cawan nescafe panas.Satu dihulurkan pada Leon.Jarang sekali Eiliya mahu buat baik.Mungkin nak balas budi Leon yang sanggup belikan dia pisang goreng yang dia idamkan.

Eiliya ambil seketul.Tak kedekut sungguh tauke pisang goreng ni.Cheese parut melimpah ruah.Patut ramai orang sanggup beratur panjang.

Sampai terpejam mata Eiliya menikmati.Sedap sungguh.Rasa manis susu yang di siram ke atas pisang dengan taburan cheese yang banyak.

Leon hanya memerhati.

Eiliya baru perasan yang Leon tidak makan.

"Sedap?"tanya Leon.

"Makan lah.Sedap tau.."Eiliya termalu bila Leon dari tadi hanya melihat dia makan.

Leon masih begitu.Hanya memerhati Eiliya makan.

Eiliya ambil satu dan hulurkan pada Leon.

"Tangan kotor.Segan nak bangun.Tadi beratur lama.Orang ramai."Leon bagi alasan.Padahal tak susah mana.Semalam sempat dia ambil nombor telefon yang tertera di banner gerai pisang goreng.Sebelum balik dari ofis,terus order dan ambil.Tak payah tunggu lama.

Eiliya jeda sekejap.Tangan Leon di amati.Nampak bersih saja.

"Saya tak larat nak bangun.Lenguh kaki beratur tadi.Mujur dapat."Leon berkata sambil menghembus nafas penat lelah.

Eiliya tiada pilihan.Kesian memandang raut muka Leon yang keletihan.Pisang gireng disua depan mulut Leon.Bukan dia tidak biasa suap Leon.Leon yang sudah bersedia terus membuka mulut.Mengunyah dengan perlahan sambil menikmati.

"Betul lah sedap.."

Eiliya ikut makan.Leon bagi isyarat nak lagi.Terpaksa Eiliya suap satu persatu.

"Patutlah Liya nak.Sedap sangat.."dalam hati Leon dah senyum setaman.Ingat Eiliya nak tolak suap dia tadi.Tapi tak sangka Eiliya tidak membantah.

Eiliya hanya diam tak tahu sama ada suka dengan situasi sekarang atau cepat mahu habiskan pisang goreng.

Itulah orang kata hati tak sama dengan lidah yang berkata-kata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience